6 Cara Nak Mula Menyimpan Bagi First Timer

Bagi anda yang baru nak mula menyimpan, kami akui ianya bukan satu perkara yang mudah. Tahniah kami ucapkan kerana sudah ada kesedaran.

Biasanya kena ada sesuatu yang trigger kita, baru kita sedar nak belajar menyimpan. Itulah yang biasa berlaku dalam masyarakat kita. Sebabnya menyimpan duit bukan fitrah semulajadi kita. Ini adalah tabiat yang perlu dibiasakan. 

Namun perlu diingat bahawa, jika kita tak mula menyimpan dari sekarang, pasti akan berdepan dengan risiko lebih tinggi pada masa akan datang.

Hari ini, segala-galanya perlukan duit. Mahu atau tidak, kita kena juga ada simpanan. Perlu paksa diri untuk menyimpan walaupun sedikit.

Jom kami kongsikan beberapa cara untuk mereka yang baru nak mula menyimpan.

#1. Tanamkan Mindset

Mindset memainkan peranan penting kepada seseorang dalam melakukan sesuatu perkara. Jika dari awal kita katakan bahawa kita boleh nak menyimpan walaupun dengan jumlah yang kecil, sebenarnya anda boleh lakukan.

Nak menyimpan sebenarnya jadi mudah bila kita ingat saat “Susah” ketika kita masih “Senang”.

#2. Mula Dengan Sedikit

Membuat simpanan bukannya terus bermula dengan jumlah yang besar. Tak perlu terus simpan RM500 sebulan. Memadai sekiranya anda dapat menyimpan dengan jumlah yang kecil. RM50 pun OK.

Ini bagi membiasakan diri kita dengan tabiat baru ini.

#3. Rekod Perbelanjaan Harian

Penting untuk kita membuat rekod keluar masuk setiap duit yang dibelanjakan. Dengan adanya rekod tersebut, kita dapat lihat dan membuat semakan ke atas setiap transaksi yang dilakukan.

#4. Berhenti Membeli dan Mula Menjual

Elakkan daripada membeli barang-barang yang tidak perlu. Kena pandai bezakan di antara keperluan dan kehendak.

Dalam masa yang sama, boleh jual barang yang tidak diperlukan lagi. Banyak juga boleh dapat hasil daripada penjualan tersebut, di samping rumah lebih lapang dan hidup lebih tenang.

#5. Simpan Baru Belanja

Jangan tunggu duit lebih baru nak menyimpan sebab memang tak akan ada duit lebih.

Sebaik saja dapat gaji, terus masuk ke dalam tabung simpanan. Kalau boleh asingkan 10% siap-siap ke dalam tabung tersebut.

Bila kita latih diri untuk hidup sebegini, maka kita sebenarnya sedang belajar untuk kurangkan nafsu untuk berbelanja.

#6. Tambah Sumber Pendapatan

Zaman sekarang yang semakin mencabar, kita tidak lagi boleh bergantung kepada satu pekerjaan saja. Ada banyak benda yang boleh dilakukan untuk menambah pendapatan.

Wang daripada side income ini boleh digunakan untuk menambah lagi simpanan, manakala gaji daripada kerja tetap tadi boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan.

Baca juga Pelaburan Pendapatan Tetap (Fixed Income) Yang Berisiko Rendah


Asingkan sedikit pendapatan anda dan tukarkan kepada bentuk emas. Kaedah termudah dan termurah di Malaysia buat masa ini bagi sesiapa nak simpan emas. Tak perlu 1 gram pun, minimum 0.25 gram.

Boleh mulakan simpanan emas patuh syariah dengan KAB Gold.

This image has an empty alt attribute; its file name is kab-gold-uncang-emas-800-700x990.jpg

Dengan minimum pembelian 0.25 gram emas atau serendah RM65 (berdasarkan harga emas RM260 segram), semuanya boleh dilakukan secara online.

Prosesnya sangat mudah:

  • Layari laman web KAB Gold
  • Lengkapkan borang pendaftaran
  • Verify emel

Kemudian dah boleh login dan buat pembelian pertama anda hari ini juga.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tiada Lagi Caj RM1 Pengeluaran Wang Di Semua Mesin ATM Mulai 1 Julai

KUALA LUMPUR: Pelanggan semua bank di Malaysia boleh mengeluarkan wang tunai di mana-mana mesin teler automatik (ATM) atau mesin kitar semula pintar (SRM) tanpa dikenakan caj RM1 mulai 1 Julai 2026.

Pengumuman itu dibuat Persatuan-Persatuan Bank di Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) dan Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM) dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini.

Menurut ketiga-tiga pihak itu, inisiatif berkenaan membolehkan pemegang kad debit di Malaysia mengakses lebih 14,000 ATM dan SRM di seluruh negara, tanpa mengira bank pengeluar kad mereka, dengan pengeluaran tunai percuma tanpa had.

“Pengecualian caj itu terpakai bagi ATM dan SRM yang dikendalikan oleh bank-bank di Malaysia,” menurut kenyataan bersama itu.

ABM, AIBIM dan ADFIM berkata, inisiatif itu yang dilaksanakan dengan kerjasama Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) mencerminkan komitmen berterusan industri perbankan untuk menjadikan perkhidmatan kewangan lebih mudah diakses, insklusif dan berpatutan kepada pelanggan.

Ia berkata, industri perbankan mengiktiraf bahawa wang tunai masih kaedah pembayaran yang penting dan asas bagi ramai rakyat Malaysia dalam mengurus kehidupan harian mereka.

Justeru, katanya, pemansuhan caj pengeluaran tunai ATM antara bank mencerminkan komitmen industri dalam memastikan akses yang boleh dipercayai, mudah dan berpatutan, di samping membantu meringankan beban kewangan harian rakyat.

Inisiatif itu menegaskan usaha berterusan sektor perbankan untuk menyokong semua lapisan masyarakat dengan memastikan pelanggan mempunyai akses kepada perkhidmatan kewangan yang praktikal, insklusif dan berfokuskan pelanggan.

Walaupun wang tunai masih merupakan pilihan penting bagi banyak komuniti, industri turut mengalu-alukan peningkatan penggunaan pembayaran digital dan tanpa tunai di seluruh negara.

ABM, AIBIM dan ADFIM berkata, seiring dengan kemajuan Malaysia ke arah ekonomi yang lebih digital, bank akan terus memperkukuh dan mempromosikan penyelesaian pembayaran tanpa tunai yang selamat, lancar dan mudah sebagai alternatif yang sesuai untuk transaksi harian.

Katanya, industri kekal komited untuk memperkasakan pelanggan dengan kebebasan memilih kaedah pembayaran yang paling sesuai dengan keperluan mereka, di samping memajukan keterangkuman kewangan dan meningkatkan pengalaman perbankan secara keseluruhan untuk semua rakyat Malaysia.

— Berita Harian