7 Panduan Kewangan Buat Anak Muda Yang Baru Bekerja

Pengurusan kewangan ketika usia muda amatlah kritikal, kerana itulah yang akan mempengaruhi kehidupan kita di usia tua. Malangnya ramai graduan mudah terjebak dalam masalah kewangan setelah mula bekerja, kerana tidak dididik daripada awal tentang cara pengurusan kewangan yang betul.

Diharapkan perkongsian daripada Tuan Amir Syahir ini sedikit sebanyak dapat dijadikan rujukan buat fresh grad untuk mengurus kewangan masing-masing,

Tahniah aku ucapkan kepada anak muda yang baru menghadapi scene baling topi konvokesyen ke udara secara berjemaah. Sekarang sudah masanya korang memulakan hidup sebagai pekerja. Mulakan dengan membuat pelan dan menguruskan kewangan sendiri. Di antaranya adalah dengan:

1. Mulakan Dengan Menyimpan Pendapatan

Apabila dah dapat gaji sendiri terus mulakan menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji. Janganlah nak tunggu gaji tinggi baru nak belajar menyimpan. Simpan RM100 sebulan pun okay. Kalau tak mampu sangat, simpan la sebulan RM50 sebagai permulaan.

2. Merangka Bajet

Belajarlah merangka bajet untuk mengetahui kemana duit korang akan pergi.

Pandai-pandai koranglah merangka perbelanjaan bila dah dapat gaji. Tapi ingat, bila buat bajet tu kena ikut kemampuan sendiri, bukan ikut kemampuan orang lain ye.

3. Monitor Perbelanjaan

Dah ada bajet kewangan, korang kenalah pantau dan pastikan tidak terlalu lari daripada bajet. Kalau bulan ni kantoi, bulan depan korang kena bagi mantap balik. Ini tidak, setiap bulan rabak, susah jugek. Tambah-tambah lagi bila nak pujuk makwe merajuk. Korang terpaksa beli barang yang mahal.

Jangan pandai buat bajet je tapi tak guna. Jangan jadikan bajet korang hanya sebagai hiasan.

4. Mulakan Melabur

Mulakan melabur di instrument pelaburan yang diyakini. Duit korang boleh cepat bertambah. Boleh mula di TH ataupun ASB. Nak melabur guna ASBF boleh juga. Kumpul duit deposit rumah dengan tool ASBF. Korang boleh disiplin menyimpan. Jangan masuk skim cepat kaya dah la ye.

5. Rancang Matlamat

Rancanglah matlamat masa hadapan. Sediakan pelan untuk 3, 5, 10 tahun akan datang dan pelan jangka panjang. Kalau takde perancangan susah korang nak nampak apa yang korang nak capai pada tahun-tahun mendatang.

If you fail to plan, you plan to fail. Jadi, fikir-fikirkanlah.

6. Tangguhkan Kehendak

Siapa yang tak nak naik kereta mewah, pakai baju berjenama, ber-selfie depan cermin tandas sambil pegang IPhone X ataupun lepak dekat pondok teduh di Pulau Bora-Bora kan?

Tapi ingatlah, tak rugi kalau korang tangguhkan seketika segala impian tu. Gaji korang mungkin rendah lagi sebab baru je bekerja. Lagi 5-10 tahun bila gaji korang dah kencang beli lah apa yang korang nak beli pun.

7. Perlindungan Takaful Dan Tabung Kecemasan

Peruntukkan sedikit kewangan korang untuk membuat dana perlindungan diri sendiri. Kalau korang dah buat takaful di usia muda, bayaran bulanan lagi murah dan rendah. Korang juga buatlah tabung kecemasan untuk menghadapi saat-saat yang getir serta berliku. Manusia tidak akan terlepas daripada ujian Tuhan.

Kredit: Amir Syahir

Nak Deposit Rumah Pertama? ‘Overlap’ Hutang? Bayar Tunggakan PTPTN?

Ringankan tanggungan semasa anda dengan pembiayaan peribadi berkonsep syariah di platform Direct Lending. Dapatkan pinjaman kadar rendah untuk satukan semua hutang mahal anda. Semak kelayakan secara percuma. Anda boleh semak dahulu & mohon kemudian. Tiada apa-apa caj yang dikenakan.

KLIK sini untuk terima pembiayaan bank & koperasi yang bersesuaian dengan posisi kewangan anda.

Previous ArticleNext Article
An introverted chocoholic whom happened to be involved in content curation and stock trading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pelaksanaan e-Invois Dilanjutkan Setahun Lagi Bagi Syarikat Dengan Nilai Jualan Tahunan RM1- RM5 Juta

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) Kerajaan akan melanjutkan tempoh peralihan pelaksanaan invois elektronik (e-invois) tanpa penalti selama setahun lagi bagi syarikat dengan nilai jualan tahunan RM1 juta hingga RM5 juta, yang sepatutnya dilaksanakan bermula 1 Januari, 2026.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penangguhan pelaksanaan tersebut dibuat kerana sebahagian syarikat belum bersedia susulan kos pelaksanaan e-invois yang tinggi.

“Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan tempoh peralihan (pelaksanaan e-invois) tanpa penalti untuk satu tahun lagi kerana banyak mengatakan dia melibatkan kos yang terlalu tinggi, ” kata beliau ketika menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2026 pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri, di sini, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata selain itu kerajaan juga akan memperluaskan kemudahan e Invois bersepadu kepada sektor peruncitan dan bahan binaan.

Sementara itu, kerajaan turut bersetuju melaksanakan program pengakuan sukarela bagi duti setem selama enam bulan bermula 1 Januari hingga 30 Jun 2026.

Pelaksanaan e-invois bermula pada 1 Ogos 2024 dan kerajaan telahpun memulakan fasa keempat pelaksanaannya yang merupakan satu lagi usaha untuk memperkukuhkan pentadbiran cukai, selain meringankan beban pematuhan terhadap perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

E-invois yang diperkenalkan sebagai platform digital bagi memperkemaskan urusan invois dan pematuhan cukai memerlukan perniagaan (pembayar cukai) menjana dan menghantar invois secara elektronik, bagi meningkatkan pelaporan dan kecekapan kutipan cukai sambil mengurangkan kebocoran.
— BERNAMA