4 Cara Mudah Untuk Berfikir Di Luar Kotak

Dunia perniagaan semakin hari semakin mencabar. Kehadiran perniagaan-perniagaan baru yang semakin kreatif dengan inovasinya memaksa setiap pemilik perniagaan untuk sentiasa pantas berfikir dan menghasilkan idea-idea baru bagi memastikan perniagaan mereka kekal berdaya saing.

Disebabkan itu, para usahawan perlu sentiasa berfikir di luar kotak. Berikut merupakan 4 tips bagaimana anda boleh dapatkan idea di luar kotak.

1. Research

Buat kajian dari akar umbi. Dapatkan segala maklumat berkaitan sebanyak mungkin.

Dengar kisah-kisah bagaimana rakan-rakan atau pesaing anda boleh berjaya. Kalau anda tak tahu hendak bermula dari mana, ambil tahu apa yang berlaku di sekeliling anda. Setiap permasalahan yang berlaku mungkin boleh menjadi satu peluang untuk anda.

Sebagai contoh, Syarikat Brahim’s Food memahami masalah rakyat Malaysia di perantauan yang rindu dengan masakan Malaysia. Jadi mereka pun mencari jalan supaya rakyat Malaysia dapat menikmati hidangan tradisi ini di mana sahaja mereka berada tanpa mempengaruhi rasanya yang asli.

Baca: Kenali Pembekal Pek Makanan Tentera

2. Lihat Daripada Pelbagai Perspektif

Dalam dunia bisnes anda perlu berfikir dari setiap sudut. Gunakan hasil kajian anda tadi cuba untuk lihat dari sudut yang berbeza. Dan cuba cari idea bisnes baru melaluinya.

Kemudian, cuba test pasaran tersebut dalam jumlah yang kecil. Ini bagi mengetahui respond pengguna terhadap produk baharu tersebut. Kalau produk tersebut berjaya, barulah anda lancarkannya dengan kuantiti yang lebih besar.

Syarikat Brahim’s menggunakan teknologi terkini dalam pembungkusan makanan mereka supaya makanan mereka tahan lama walaupun tanpa pengawet. Namun mereka cuba untuk mengekalkan rasa asli makanan itu.

3. Bersedia Terima Benda Baru

Kadang-kadang untuk mencuba dan menghasilkan sesuatu yang baru itu bukanlah mudah. Tambah lagi kalau produk yang anda cipta itu belum wujud lagi dipasaran. Jadi anda perlu bersedia untuk melakukan inovasi bagi mendapatkan idea terbaik.

Untuk mendapatkan hasil yang diingini, Syarikat Brahim’s telah membuka sebuah kilang dengan pelbagai peralatan canggih bagi memudahkan lagi usaha R&D dijalankan.

4. Berani

Sebagai seorang usahawan anda perlu bersedia dalam menghadapi sebarang risiko. Kadangkala untuk mencapai sesuatu kejayaan itu, anda mungkin akan mengalami kegagalan.

Tetapi kegagalan ini yang akan memberi pelajaran berguna di masa akan datang. Jadikan kisah-kisah usahawan seperti Kolonel Sanders, Jack Ma dan ramai lagi sebagai sumber inspirasi.

Tanpa keberanian untuk bersaing dan mencuba melakukan inovasi dalam dunia pembungkusan makanan, Syarikat Brahim’s mungkin tidak akan mengecapi kejayaan seperti hari ini.

Sumber Rujukan: Usahawan

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Mahsuri Food Labur RM250 Juta Bina Kilang Baharu Di Negeri Sembilan

NILAI, 18 Mei (Bernama) — Pengeluar produk makanan, Mahsuri Food Sdn Bhd (Mahsuri Food) membuka kilang pembuatan baharunya di Bandar Enstek di sini dengan nilai pelaburan berjumlah RM250 juta yang akan beroperasi sepenuhnya pada awal tahun 2025.

Pengarah Bukan Eksekutifnya Datuk Mohd Roslan Mahayuddin berkata kilang berkeluasan 24,000 meter persegi itu membolehkan Mahsuri Food meningkatkan kapasiti pengeluarannya selain menyediakan produk halal berkualiti tinggi untuk masyarakat.

Beliau berkata seiring dengan pembukaan kilang baharu itu juga, pihaknya mahu produk Mahsuri menembusi pasaran global seperti di Amerika Syarikat dalam tempoh lima tahun akan datang sekali gus menempatkan produk buatan Malaysia di persada dunia.

“Ini merupakan kilang kedua Mashuri Food selepas di Shah Alam. Ia merupakan langkah ke hadapan Mahsuri Food dalam merancakkan lagi pasaran tempatan dan luar negara terutamanya dalam industri halal selain daripada membuka peluang pekerjaan berkemahiran kepada penduduk setempat.

“Kilang baharu ini bakal dilengkapi dengan teknologi moden Mesin Pembuat Koji jenis Rotary yang menjadikan Mahsuri Food syarikat pertama yang menggunakan teknologi canggih ini di rantau ASEAN,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pecah tanah kilang berkenaan yang disempurnakan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Industri, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan, Datuk Dr Mohamed Rafie Ab Malek; Ketua Pegawai Eksekutif Invest Negeri Sembilan; Datuk Najmuddin Sharif Sarimon dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Wira Arham Abdul Rahman.

Mohd Roslan berkata kilang berkenaan turut mempunyai tempat pembuatan, gudang, makmal jaminan kualiti, pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D), pejabat serta kemudahan sosial selain menggunakan sumber tenaga boleh diperbaharui bagi meminimumkan penggunaan tenaga konvesional.

Sehubungan itu, beliau berkata Mahsuri Food berhasrat untuk mencapai pensijilan ‘Leadership in Energy and Environmental Design’ (LEED) supaya kilang itu dapat beroperasi dengan efisien, menjimatkan kos serta mesra alam sekitar.

Beliau berkata sejak penubuhannya sekitar tahun 1990-an, Mahsuri Food telah terus berusaha memperkasakan R&D dalam bidang penghasilan makanan sehingga berjaya mempelbagaikan produk-produk yang sedia ada untuk dijadikan bahan asas masakan rakyat Malaysia.

Mohd Roslan berkata Mahsuri Food kini meluaskan empayarnya dan menghasilkan pelbagai variasi produk halal sekali gus berjaya menembusi pasaran di Indonesia, Filipina, Singapura, Vietnam, Thailand, Myanmar, Kemboja, India dan Timur Tengah.

Sementara itu, Aminuddin berkata kerajaan negeri amat mengalu-alukan pelaburan baharu kilang Mahsuri Food ke Negeri Sembilan yang mampu merancakkan industri berasaskan makanan bukan sahaja di negeri ini malah ke seluruh negara.

“Pembukaan kilang baharu ini pastinya akan menyumbang kepada pembangunan prasarana pengeluaran produk halal, rangkaian pemasaran dalam dan luar negara serta pembangunan sosioekonomi yang akan berpusat di negeri ini,” katanya.

Beliau turut menyarankan supaya Mahsuri Food memberi perhatian segera terhadap persijilan halal bagi setiap penemuan R&D serta perubahan resipi dan cita rasa baharu sebelum dipasarkan kerana status halal merupakan nilai tambah yang membolehkan sesuatu produk bersaing di pasaran global.

— BERNAMA