Rumah: Nak Sewa Atau Beli?

“Beli rumah lagi mahal dari menyewa…”

“Sampai bila nak menyewa? Bila nak ada aset sendiri?”

Mesti dah kerap dengar dua soalan ni kan? Ini merupakan dilema klasik apabila kita bincangkan mengenai nak menyewa atau membeli rumah.

Ada anak muda pada masa kini lebih selesa dengan hidup menyewa berbanding membeli rumah. Ada pula yang sanggup berkorban masa dan keringat demi melayakkan mereka untuk memiliki rumah sendiri.

Golongan millennial sekarang mempunyai pandangan hidup yang berbeza dan tidak lagi terikut-ikut formula lama iaitu “bekerja, berkahwin dan beli rumah”.

Persoalannya sekarang, adakah anak-anak muda ini perlu terus menyewa ataupun membeli rumah sendiri?

Berikut adalah kelebihan dan kekurangan bagi kedua-dua pilihan sama ada ingin menyewa ataupun membeli sebuah rumah.

Tujuan Menyewa?

This image has an empty alt attribute; its file name is build-a-house-house-for-sale-house-for-rent-property-building-construction-700x525.jpg

Memang tidak dinafikan, harga rumah yang tinggi akan menyebabkan bayaran ansuran pembiayaan kepada pihak bank juga lebih tinggi daripada bayaran bulanan jika menyewa. Bagi yang boleh mendapat pembiayaan, wang deposit pula menjadi penghalang.

Bukan satu isu yang menghairankan sekiranya ramai yang lebih memilih untuk menyewa berbanding membeli sebuah rumah.

Apabila telah selesa dengan kehidupan menyewa tanpa terasa bebanan komitmen membayar ansuran rumah, ia sekaligus telah meletakkan satu tanda aras keselesaan di dalam mentaliti.

Tujuan Membeli?

Alasan pelaburan tak sepatutnya digunakan setiap kali nak membeli rumah. Ada kalanya kita patut buat perkara yang membahagiakan. Jika memiliki rumah idaman membuatkan kita gembira, apa salahnya?

Kalau nak tahu tidak banyak negara di luar sana yang menawarkan peluang membeli rumah mampu milik sama seperti yang ada di Malaysia. Dengan adanya peluang yang dibuka oleh pihak kerajaan ini, ia merupakan satu petanda yang baik kepada golongan muda untuk memiliki rumah.

Usaha daripada kerajaan ini adalah bagi memastikan golongan muda mampu memiliki sebuah rumah seiring dengan kemampuan kewangan mereka bagi memastikan golongan ini tidak berasa terbeban.

Jika anda perhatikan, pasaran hartanah kini adalah merupakan pasaran bagi pembeli di mana pemaju sendiri banyak memberikan rebat, diskaun dan sebagainya.

Kredit: RTM

Baru-baru ini, keluar kenyataan bahawa masih banyak unit rumah yang masih tidak terjual. Disebabkan ini, sudah pasti persaingan hebat di kalangan pemaju semakin meningkat bagi memastikan rumah mereka terjual.

Sekiranya anak muda masih selesa menyewa tanpa mengambil peluang yang telah terbentang luas, bagaimana lagi untuk membantu golongan muda memiliki rumah kediaman?

Apa pun, ianya terpulang kepada setiap individu tersebut.

Sama ada ingin terus menyewa sehingga tua ataupun membeli sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai bekalan di hari tua.

Nak Tahu Anda Layak Dapat Pinjaman / Pembiayaan Dengan Bank atau Tidak? Semak Laporan CTOS / CCRIS Terlebih Dahulu. Pastikan Cantik!

Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman / pembiayaan daripada bank. Namun rekod CCRIS hanya sebuah laporan skor kredit, bukan rekod blacklist yang sering jadi salah faham dalam kalangan rakyat Malaysia.

Berapa harga untuk laporan CTOS / CCRIS?

Anda boleh dapatkan di laporan MyCTOS serendah RM24.85 di CTOS score, ataupun muat turun secara online di MyCreditInfo daripada EXPERIAN serendah RM 19.50 RM 15.60.

Dengan EXPERIAN My Credit Info (nama lama dia RAMCI), mereka ada produk bernama Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai status kewangan anda.

Laporan ini mengandungi maklumat seperti CCRIS;

  • Kemudahan kredit anda dengan bank / institusi kewangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS), Bank Negara Malaysia.
  • Kemudahan kredit peribadi, secara bersama atau diperolehi oleh hak milik tunggal di mana anda adalah pemilik.
  • Nama bank atau institusi kewangan yang memberi kemudahan kredit/pinjaman, cawangan institusi kewangan di mana kemudahan kredit/pinjaman yang anda diperolehi.
  • Jumlah pinjaman/had kredit, baki tertunggak daripada kemudahan kredit anda dan tarikh terakhir untuk jumlah belum dijelaskan akan dilaporkan oleh bank / institusi kewangan.
  • Jenis cagaran atau jaminan yang dicagarkan untuk kemudahan kredit.
  • Pembayaran yang kerap untuk setiap kemudahan, seperti setiap bulan atau mingguan.
  • Permohonan kredit yang diluluskan selama 12 bulan terakhir dengan ahli CCRIS yang mengambil bahagian.
  • Pelbagai kemudahan kredit anda dipantau khas oleh bank atau institusi kewangan di bawah Akaun Perhatian Khas

Selain itu, ada juga maklumat SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA – baki potongan & sejarah pembayaran), PTPTN, maklumat bukan berkaitan perbankan dan banyak lagi.

Maklumat yang TIDAK termasuk dalam laporan ini adalah:

  • Akaun Deposit atau Simpanan
  • Rekod pekerjaan
  • Status perkahwinan
  • Kesihatan
  • Rekod jenayah
  • Butiran gaji
  • Agama

Contoh Laporan Kredit:

Dapat gred 10 kira dah terbaik, bermaksud kurang risiko untuk pembiayaan tidak dibayar atau default. Agak-agak ada ke bank nak bagi pembiayaan kalau kita berisiko tinggi? Paling teruk sekali dapat skor 1 – 3 (WEAK), bank pasti akan terus tolak bulat-bulat je permohonan korang tu tanpa cakap banyak.

Maklumat yang digunakan bagi mengira skor kredit ini termasuk:

  • Pinjaman yang anda ada (kad kredit, pinjaman / pembiayaan perumahan, kereta, pinjaman peribadi, dan lain-lain.);
  • Sama ada anda membayar pinjaman / pembiayaan tepat pada masanya;
  • Jumlah hutang anda yang belum dijelaskan;
  • Sama ada anda telah secara aktif memohon kredit baru;
  • Sama ada anda mempunyai apa-apa tindakan undang-undang;
  • Usia akaun anda

Skrol bawah sikit akan ada bahagian Banking Credit Information. Dekat sini akan disenaraikan segala pinjaman / pembiayaan / kredit kad dan sejarah pembayaran.

Kena pastikan lebih banyak angka kosong ‘0’ bermakna kita buat bayaran on-time setiap bulan. Kalau dapat semua ‘0’, itu memang terpaling flawlessbank dengan rela hati akan meluluskan permohonan pembiayaan korang.

Menarik bukan? Cepat check dan DOWNLOAD sekarang.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pasaran Hartanah Malaysia Raih Paras Tertinggi Dalam Lima Tahun Pada Separuh Pertama 2024


PUTRAJAYA, 9 Sept (Bernama) — Pasaran hartanah Malaysia pada separuh pertama 2024 mencatat pertumbuhan tertinggi bilangan dan nilai transaksi dalam tempoh lima tahun, kata Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

Menurut Laporan Pasaran Harta Separuh Pertama 2024 yang dikeluarkan hari ini, JPPH berkata pada separuh pertama tahun ini, transaksi menokok lapan peratus dan 23.8 peratus kepada 198,906 bernilai RM105.65 bilion berbanding tempoh yang sama pada 2023.

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying dalam kenyataan hari ini berkata pencapaian tertinggi pasaran hartanah pada separuh pertama 2024 didorong oleh pertumbuhan kukuh ekonomi Malaysia pada 5.9 peratus.

“Ini membuktikan Malaysia berada pada landasan yang betul untuk mencapai transformasi ekonomi negara berdasarkan kerangka Ekonomi MADANI,” katanya yang menyempurnakan pelancaran laporan itu.

Terdahulu, Lim turut merasmikan Simposium Penyelidikan Hartanah Antarabangsa (IRERS 2024) serta Sambutan Jubli Perak Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) di Institut Penilaian Negara (INSPEN).

Mengulas lanjut, Lim berkata sokongan berterusan kerajaan melalui pelaksanaan langkah Belanjawan 2024, termasuk menyediakan jaminan sehingga RM10 bilion di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan, pengekalan Kadar Dasar Semalaman pada 3.0 peratus dan pengecualian duti setem dokumen pindah milik bagi pembelian rumah pertama, menjadi pemangkin pasaran hartanah yang lebih kukuh.

Menurut Laporan Pasaran Harta Separuh Pertama 2024, prestasi aktiviti pasaran mengikut subsektor menunjukkan pertumbuhan kukuh iaitu subsektor kediaman (6.1 peratus), komersial (22.4 peratus), industri (2.3 peratus), pertanian (6.5 peratus) dan tanah pembangunan (12.1 peratus).

Nilai transaksi meningkat bagi semua subsektor terutama komersial (41.5 peratus) dan tanah pembangunan (59.3 peratus).

Menurut Lim, segmen aktiviti pembinaan bagi hartanah kediaman sangat menggalakkan apabila semua peringkat pembinaan menunjukkan pertumbuhan positif. 

“Namun masih ada risiko dan cabaran ekonomi global serta persekitaran luaran yang sukar diramal,” katanya.

Beliau berkata, bagi menggalakkan pengembangan pasaran hartanah, kerajaan memperkenalkan inisiatif melalui kerangka Ekonomi MADANI, antaranya menambah baik fleksibiliti syarat permohonan bagi program Malaysia My Second Home (MM2H), membangunkan Zon 2 Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.

Projek Rapid Transit Link (RTS) Johor Bahru-Singapura dan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak dijangka terus memangkin peningkatan ekonomi dan pasaran hartanah negara, katanya.

Laporan Pasaran Harta dan semua penerbitan lain boleh dilayari melalui portal rasmi NAPIC di https://napic2.jpph.gov.my.

— BERNAMA