Apa Yang Perlu Dilakukan Oleh Isteri Selepas Kematian Suami?

Memang tak dapat nak gambarkan kesedihan apabila berlakunya kematian. Walaupun begitu, seorang isteri perlu tabah menghadapi kematian suami kerana masih ada anak-anak dan keluarga yang perlu meneruskan kehidupan.

Banyak sebenarnya perkara yang perlu dilakukan oleh seorang isteri setelah kematian suami. Di antara urusan penting untuk diselesaikan adalah pembayaran hutang arwah, pengeluaran wang simpanan serta mendapatkan duit tuntutan hibah dan takaful.

Ianya perlu dilakukan dengan segera bagi mengelakkan di pada masa hadapan. Semakin lambat tindakan di ambil maka semakin lambat proses dilakukan.

Berikut merupakan 4 perkara utama yang perlu si isteri selesaikan terlebih dahulu selepas kematian suami.

1. Semakan Hutang

Hutang adalah wajib untuk dibayar. Kita sebagai waris bertanggungjawab untuk menjelaskan hutang arwah.

Dan hari ini, kita dan hutang memang susah untuk dielakkan. Tidak kira sama ada hutang kereta atau pun hutang rumah.

Maklumkan kepada institusi kewangan atau bank di mana arwah ada membuat pinjaman dan masih mempunyai outstanding. Dapatkan berapa baki hutang yang perlu dijelaskan.

Namun ada hutang yang akan diselesaikan kerana ada mengambil pakej perlindungan atau takaful yang dapat berikan perlindungan apabila berlakunya kematian.

Di antaranya adalah MLTT atau MRTT bagi pembiayaan perumahan. Diharapkan perlindungan tersebut mencukupi untuk menjelaskan baki hutang yang ada.

Baca: MRTT vs MLTT, Dan Apa Jadi Kepada Keluarga Selepas Kematian?

2. Semakan Perlindungan Takaful Atau Hibah

Bagi memudahkan kerja isteri dan waris, perlu untuk mengenali siapakah yang menjadi ejen takaful suami. Atau sekiranya arwah mempunyai seorang penasihat kewangan (financial planner).

Sekiranya suami memilki pelan takaful hayat dengan jumlah yang besar, waris dan isteri bleh menggunakan wang tersebut untuk melangsaikan hutang-hutang sedia ada.

Selepas selesai bayar hutang, bakinya boleh digunakan sebagai wang belanja untuk meneruskan kehidupan.

Salah satu kegunaan takaful adalah sebagai alat ‘penggantian pendapatan’ atau income replacement. Sekiranya apa-apa terjadi, waris akan dapat pampasan di atas kematian atau tidak boleh bekerja disebabkan kemalangan.

3. Semakan Duit Simpanan Dan Pelaburan

Sekiranya suami memiilki caruman KWSP semasa hayatnya, isteri ataupun waris perlu hadir ke mana-mana cawangan KWSP yang berdekatan untuk membuat pengeluaran duit KWSP tersebut.

Sama juga halnya dengan simpanan dalam ASB, Tabung Haji dan sebagainya. Duit dalam amanah saham atau pelaburan saham juga boleh dikeluarkan dengan mengemukakan bukti yang sewajarnya.

Kita memang perlu bersedih dan berkabung apabila berlakunya kematian suami yang dicintai. Tetapi kena kuatkan juga semangat dan teruskan kehidupan demi anak-anak dan keluarga yang masih ada.

Semoga dengan adanya serba sedikit peninggalan harta arwah, dapat juga membantu.

Baca juga series berkaitan pengurusan harta:

  1. Selepas Berlaku Kematian, Waris Jangan Terus Faraidkan Harta Pusaka
  2. Kaedah Pengiraan Dan Pembahagian Faraid Menurut Al-Quran
  3. Bukan Semua Harta Atas Nama Si Mati Adalah Harta Pusaka Dan Perlu Difaraidkan
  4. Kenapa Dalam Faraid, Bahagian Perempuan Lagi Sikit Daripada Lelaki?
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Hibah Amanah: Instrumen Pengurusan Pusaka

RM90 bilion. Angka yang cukup besar untuk membuatkan kita termenung sejenak.

Itulah jumlah harta pusaka yang masih terbeku dan tidak dituntut oleh waris yang sah menurut data daripada Amanah Raya Berhad. Bayangkan berapa ramai keluarga yang terkesan, berapa lama mereka terpaksa menunggu, dan berapa banyak peluang yang hilang disebabkan harta-harta ini terkunci dalam proses pentadbiran pusaka yang berlarutan.

Mengapa Perkara Ini Masih Berlaku Di Malaysia?

Punca Masalah: Kesedaran Yang Tertangguh

Selepas berada dalam industri perancangan kewangan selama lebih 10 tahun, bertemu dengan pelbagai klien dan berbincang dengan rakan seprofesion, satu pola yang sama terus berulang: ramai yang tahu kepentingan perancangan pusaka, tetapi ramai juga yang memilih untuk menangguhkannya.

“Nanti lah.”

“Masih muda lagi.”

“Belum ada masa.”

“Tak nak fikir pasal mati.”

Alasan-alasan ini kedengaran familiar? Malangnya, ajal tidak menunggu kita bersedia.

Instrumen Pengurusan Pusaka

Dalam industri perancangan pusaka, terdapat beberapa instrumen yang boleh digunakan:

  1. Wasiat – Arahan pembahagian harta selepas kematian
  2. Hibah – Pemberian harta semasa hidup
  3. Amanah (Trust) – Pengawalseliaan dan pengurusan harta
  4. Kombinasi instrumen – Menggabungkan kelebihan setiap instrumen

Masing-masing mempunyai kelebihan dan kesesuaian tersendiri bergantung kepada situasi individu.

Hibah: Solusi Segera Yang Kurang Difahami

Antara instrumen yang paling berkesan tetapi kurang dimanfaatkan ialah Hibah.

Hibah adalah pemberian harta secara sukarela daripada seseorang kepada orang lain semasa pemberi masih hidup. Ia berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja Ijab (tawaran) dan Qabul (penerimaan) selesai, dengan syarat-syarat rukun hibah dipenuhi.

Hibah Amanah: Gabungan Terbaik Dua Konsep

Namun, ramai yang tertanya-tanya: “Kalau saya hibahkan harta sekarang, adakah saya kehilangan kawalan ke atas harta saya sendiri?”

Di sinilah kelebihan Hibah Amanah  atau Trust Hibah.

Hibah Amanah menggabungkan konsep hibah dengan struktur amanah, membolehkan pemberi hibah untuk:

  • Kekalkan kawalan ke atas pengurusan harta sepanjang hayat
  • Nikmati manfaat daripada harta tersebut seperti pendapatan atau dividen
  • Tetapkan syarat penggunaan harta untuk benefisiari
  • Pastikan pemindahan segera kepada waris selepas kematian tanpa proses mahkamah

Konsep ini sangat sesuai untuk mereka yang mahukan ketenangan fikiran sambil terus menikmati harta mereka.

Contoh Produk Hibah Amanah di Malaysia

Beberapa institusi di Malaysia menawarkan kemudahan hibah amanah yang mudah dan praktikal:

1. Hibah Amanah ASB (Amanah Saham Bumiputera)

Pelaburan ASB boleh dihibahkan melalui mekanisme hibah yang disediakan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Pemegang unit boleh:

  • Menghibahkan sebahagian atau keseluruhan unit ASB kepada waris atau benefisiari
  • Kekalkan hak untuk menerima dividen sepanjang hayat
  • Pemindahan unit berlaku secara automatik selepas kematian tanpa perlu melalui proses pentadbiran pusaka
  • Proses yang mudah dengan mengisi borang hibah di kaunter ASNB

Ini bermakna pelaburan ASB anda tidak akan terbeku dan waris boleh terus menerima manfaat tanpa kelewatan.

2. Hibah Tabung Haji

Lembaga Tabung Haji turut menyediakan kemudahan hibah untuk simpanan para pendeposit:

  • Pendeposit boleh menghibahkan simpanan Tabung Haji kepada benefisiari yang dipilih
  • Hibah boleh dibuat secara mutlak atau bersyarat
  • Proses mudah melalui Sistem Hibah TH yang boleh dilakukan di kaunter atau secara online
  • Hibah berkuat kuasa serta-merta selepas penyerahan borang dan penerimaan benefisiari
  • Selepas kematian pendeposit, simpanan yang dihibahkan dapat dituntut dengan segera oleh benefisiari

Kedua-dua produk ini menawarkan cara yang mudah dan patuh Syariah untuk memastikan simpanan dan pelaburan anda tidak terbeku dan dapat memberi manfaat segera kepada orang tersayang.

Apa Yang Boleh Anda Lakukan Sekarang

  1. Buat senarai harta – Aset, simpanan, pelaburan, takaful, hutang
  2. Kenal pasti benefisiari – Siapa yang anda mahu lindungi dan jaga
  3. Dapatkan nasihat profesional – Perunding perancangan pusaka, peguam syarie, atau perancang kewangan berlesen
  4. Pilih instrumen yang sesuai – Wasiat, hibah, amanah, atau kombinasi
  5. Ambil tindakan – Jangan tangguh lagi

Warisan Terbaik Adalah Perancangan

Warisan terbaik yang boleh kita tinggalkan bukan hanya harta, tetapi ketenangan dan perlindungan untuk keluarga yang kita sayangi.

Jangan biarkan RM90 bilion itu bertambah. Jangan biarkan keluarga anda menjadi antara ribuan yang terpaksa menunggu bertahun-tahun, menanggung kos beribu-ribu ringgit, dan mengalami tekanan emosi hanya untuk mendapatkan hak mereka.

Mulakan perancangan pusaka anda hari ini. Kerana esok mungkin sudah terlambat.


Penafian: Artikel ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran umum dan tidak sepatutnya dianggap sebagai nasihat undang-undang atau kewangan. Pembaca digalakkan untuk mendapatkan nasihat profesional yang sesuai dengan situasi peribadi mereka.


Artikel ini dibawa kepada anda oleh Sampul Sdn Bhd. Artikel ini diterbitkan bersama MajalahLabur untuk membantu jenama bercerita melalui kandungan berkualiti.