Kenapa Pelajar “A” Bekerja Dengan Pelajar “C” dan Pelajar “B” Bekerja Dengan Kerajaan?

Tajuk ini adalah inspirasi dari penulis buku best-seller Rich Dad, Poor Dad iaitu Robert Kayosaki dengan tajuk asal buku “Why A Students Work For C Students and B Students Work For Government”

Buku ini mengajak kita semua berfikir tentang pendidikan kewangan yang perlu diterapkan sejak usia muda. Mentaliti setiap orang berbeza hasil pengalaman dalam kehidupan mereka sejak kecil yang sudah tentu dicorakkan oleh ibu bapa.

Adakah sekolah-sekolah di Malaysia mampu mempersiapkan anak kita bagi menghadapi dunia yang sebenar?

Pendidikan adalah bagus,tapi pendidikan bagaimana yang membuat kan pelajar “C” dapat mengalahkan pelajar “A”?

Jawapannya: Dengan belajar apa yang tidak dipelajari oleh pelajar “A”.

Ada satu kisah dalam buku tersebut mengenai Obama dan Romney.

Kempen presiden 2012 Amerika Syarikat di antara Presiden Barack Obama dan mantan Gabenor Massachusetts Mitt Romney yang menyerlahkan perbezaan tahap pendidikan kewangan kedua-dua calon ini.

Mereka berdua memiliki kelulusan tinggi. Presiden Obama adalah graduan daripada Universiti Columbia dan Harvard Law School. Mitt Romney pula dari Harvard Business School dan Harvard Law School. Perbezaan utama adalah Presiden Obama berasal daripada keluarga biasa, manakala mantan gabenor pula berasal dari keluarga kaya.

Nak tahu apa yang beza?

Bayaran cukai!

Semasa berkempen, Presiden Obama mendedahkan beliau membayar 20.5% cukai ke atas pendapatan berjumlah USD3 juta manakala Mitt Romney hanya membayar cukai sebanyak 14% cukai ke atas pendapatan USD21 juta.

Apabila terjadinya perkara begini, marahlah mereka dari golongan miskin, kelas menengah dan pengundi muda, katanya Mitt Romney penipu dan sebagainya. Jadi, menanglah Presiden Obama atas faktor ini.

Mereka yang beremosi itu pernah berfikir tak bagaimana Mitt Romney dengan memiliki pendapatan yang lebih tinggi, tetapi membayar cukai dengan kadar yang sikit?

Pada penggal kedua sebagai Presiden, Obama menaikkan kadar cukai kepada golongan kaya. Ini bukan cara penyelesaiannya dan ini sebenarnya membuatkan golongan kaya bertambah kaya kerana mereka ni bijak dan kreatif. Mereka boleh membuka bisnes baru, memberi peluang pekerjaan dan modal dari syarikat sedia ada; yang akhirnya mereka boleh membayar cukai yang rendah.

Contoh di Malaysia kita lihat sendiri, usahawan selebriti “Datuk Terlajak Laris” yang mengaku tidak pandai dalam akademik, berasal dari keluarga biasa, tetapi pengalaman lain yang beliau dapat dalam hidup adalah ilmu kewangan dari bonda beliau.

Pernah kita terfikir bagaimana beliau membesarkan perniagaan serta modal kewangan untuk bermula? Bagaimana beliau mampu memiliki beberapa hartanah di kawasan ternama?

Sudah jadi orang kaya, sudah tentu kadar cukai yang beliau bayar juga tinggi. Bagaimana beliau menghadapi semua itu?

Syabas juga buat beliau mampu ubah kehidupan diri dan keluarga dan menjadi inspirasi golongan marhaen untuk memulakan perniagaan. Besar jasa beliau ni.

Bagi figura yang sudah berasal dari golongan kaya dan bijak pandai seperti Neelofa, Vivy Yusof, Hanis Zalikha yang turut mengusahakan perniagaan, bagaimana mereka kembangkan jenama perniagaan dan penduduk dari luar Malaysia turut berminat mendapatkan manfaat dari produk mereka?

Cara mereka lebih tenang dan bersistematik. Mereka juga turut berusaha membesarkan perniagaan, membayar cukai dan membuat perbelanjaan lain. Mereka bertuah kerana ada mentor yang terdiri daripada ibu bapa sendiri yang boleh memberi nasihat dalam perjalanan hidup mereka.

Semua golongan A, B dan C berhak menjadi kaya dengan belajar pendidikan kewangan berterusan.

Artikel ditulis oleh Puan Sarah Hata. Penulis merupakan seorang konsultan kewangan unit amanah dan takaful di sebuah institusi kewangan di Malaysia dan juga perunding imej. Mempunyai pengalaman menulis, memberi ceramah di beberapa syarikat seluruh Malaysia dan juga klien individu

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kaya Di Mata : Realiti Kewangan Malaysia Yang Jarang Didedahkan

Dalam dunia yang gemar menilai kekayaan melalui apa yang nampak secara fizikal seperti kereta mewah, rumah besar, pakaian berjenama, ramai terperangkap dalam “kaya tipu-tipu”: mewah di luar, rapuh di dalam.

Artikel ini menyelami perbezaan asas antara “kaya tipu-tipu” dan “kaya sebenar”, disokong dengan data pencapaian kewangan isi rumah Malaysia, untuk memberikan gambaran yang lebih bernas dan tidak klise.

1. Kaya Tipu-Tipu: Ilusi Kekayaan yang Rapuh

Golongan ini menumpukan kepada persepsi, mereka lebih mementingkan imej daripada asas kewangan yang sihat.

Ciri-ciri utama:

  • Aliran tunai rapuh dan aliran keluar lebih besar
  • Pendapatan besar habis dibelanjakan untuk pembayaran ansuran kereta, kad kredit dan gaya hidup. Walaupun gaji tinggi, kos perbelanjaan lebih menguasai.
  • Nilai bersih (net worth) negatif
  • Tiada simpanan atau nilai bersih positif. Aset yang dimiliki adalah atas nama pinjaman. Jika aset dijual sekalipun, hasilnya tidak cukup untuk membayar hutang.
  • Hutang tinggi dan “good debt” tiada
  • Gaya hidup dibiayai oleh hutang (BNPL), bukan pelaburan atau aset produktif.
  • Motivasi status, bukan kestabilan
  • Pembelian didorong oleh keinginan untuk menunjukkan kekayaan, bukan atas dasar keperluan

2. Kaya Sebenar: Kekayaan yang Kukuh, Terlihat Biasa

Golongan ini mungkin tidak menarik perhatian, tetapi struktur kewangan mereka teguh dan bebas dari tekanan luar.

Ciri-ciri utama:

  • Nilai bersih positif
  • Pendapatan pasif dari sewaan, pelaburan dan saham. Aset melebihi liabiliti.
  • Pendapatan pelbagai aliran
  • Gaji, sewaan hartanah, dividen saham, perniagaan, pengagihan risiko dan kestabilan jangka panjang.
  • Kecairan tunai mencukupi
  • Simpanan kecemasan yang mencukupi membolehkan ketenangan apabila berdepan krisis.
  • Hidup di bawah kemampuan

Walaupun berkemampuan, mereka memilih kesederhanaan kewangan demi ketenangan jangka panjang.

3. Statistik Malaysia: Menyokong Fenomena Kekayaan Tipu-Tipu vs Sebenar

i) Hutang Isi Rumah Tinggi

Sehingga hujung 2021, nisbah hutang isi rumah kepada KDNK Malaysia mencecah 89 peratus, antara yang tertinggi di Asia Tenggara. Ia merangkumi RM1.4 trilion hutang, 58 % bagi pinjaman perumahan, 13 % pinjaman kenderaan, 14 % pinjaman peribadi, dan 3 % kad kredit.

ii) Tabung Kecemasan Rendah

Hanya 40 peratus isi rumah menyangka mereka boleh bergantung pada simpanan sendiri atau keluarga jika menghadapi kecemasan.

Sebanyak 55 peratus responden melaporkan mereka mempunyai kurang daripada RM10,000 simpanan yang boleh diakses segera.

iii) Kadar Simpanan Rendah

Tahun 2022 mencatat kadar simpanan isi rumah (household savings rate) hanya sekitar 3 peratus daripada pendapatan boleh guna (disposable income).

Purata sebelum ini (2006–2013) lebih rendah, sekitar 1.4 hingga 1.6 peratus.

iv) Ketahanan Terhadap Kejutan Kewangan Lemah

Kajian mendapati hanya 10 peratus isi rumah bandar Malaysia benar-benar tahan terhadap kejutan kewangan seperti kehilangan pendapatan, kecacatan, atau kematian. Lebih daripada 20 peratus tidak mampu bertahan sekurang-kurangnya tiga bulan jika pendapatan terputus.

4. Implikasi dan Kesedaran Kewangan

Data menunjukkan ramai rakyat Malaysia berada dalam situasi “kaya tipu-tipu”: hidup mewah tetapi asas kewangan rapuh. Gagal memiliki simpanan kecemasan dan nisbah hutang tinggi mengancam daya tahan ekonomi isi rumah.

Langkah yang disarankan:

1. Meningkatkan literasi kewangan agar rakyat lebih faham risiko hutang dan pentingnya simpanan.

2. Mempromosikan pengurusan kewangan yang rasional seperti membina simpanan, elak gaya hidup melebihi kemampuan.

3. Sokongan dasar untuk menyediakan insentif tabungan (contoh: subsidi simpanan, pendidikan kewangan).

Tidak semua yang kelihatan hebat benar-benar kukuh. “Kaya tipu-tipu” adalah rentap jangka pendek yang menjerat manakal “kaya sebenar” adalah kestabilan yang dilandasi disiplin kewangan dan perancangan masa depan.

Data Malaysia menggambarkan bahawa masih ramai yang terjebak dalam ilusi, bukan realiti dan artikel ini diharap membuka mata kepada perlunya kebijaksanaan dalam membina kekayaan sejati bukan sekadar apa yang nampak, tetapi apa yang kekal dan tahan dalam ujian masa.