PM Anwar Mahu Bank Digital Tingkatkan Transaksi e-Pembayaran

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin sasaran 400 transaksi e-pembayaran per kapita mampu dicapai lebih awal berbanding sasaran asal pada 2026 menerusi usaha yang dilakukan oleh bank digital.

Beliau berkata terdapat peningkatan transaksi e-pembayaran sejak 2011 namun angkanya dilihat masih rendah dan menjadi tanggungjawab semua pihak untuk menyebarkan manfaat penggunaan kemudahan tersebut kepada semua rakyat Malaysia.

“Ini bukan sasaran yang terlalu tinggi dan sukar untuk dicapai dan saya jangka kalau kita ada asakan lebih kuat…kita harus capai lebih awal,” kata beliau ketika berucap merasmikan bank digital, Boost Bank, di sini, pada Khamis.

Bank Negara Malaysia dalam Laporan Tahunan 2023 memaklumkan sebanyak 343 transaksi  e-pembayaran per kapita dicatatkan pada 2023, iaitu pertumbuhan sebanyak 20 peratus daripada 285 transaksi pada tahun sebelumnya.

Boost Bank adalah gabungan 40:60 oleh RHB Bank dan Boost Holdings Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung Axiata Group Bhd.

Anwar berkata bagi mencapai sasaran itu, usaha tersebut perlu mula dilaksanakan pada masa ini dengan gerakan bersungguh-sungguh.

“Kalau bank-bank banyak bagi maklumat biasa berkenaan perbankan kepada pengguna, bank juga harus maklumkan kepada pengguna tentang penemuan baharu mengenai digital,” kata beliau.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata usaha yang bersungguh perlu dilakukan untuk memastikan rakyat mampu memahami kecelikan digital, bagi memanfaatkan perkembangan teknologi terkini termasuk kecerdasan buatan.

“Saya harap keluarga dalam Boost Bank ini, Axiata dan RHB sebagai tonggaknya turun untuk menyebarkan kemudahannya supaya dimanfaatkan oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) sebagai keutamaannya dan kepada rakyat terbanyak, ini baru ada makna,” kata beliau.

Beliau berkata usaha itu akan dibantu oleh Kementerian Digital di bawah Menterinya Gobind Singh Deo dalam memberi idea dan saranan yang sesuai kepada Boost Bank. 

Anwar turut meminta laporan berkaitan usaha yang dilakukan oleh Boost Bank itu dibentangkan oleh Gobind kepada Kabinet dalam tempoh enam bulan.

— BERNAMA

Previous ArticleNext Article

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.