Sejarah ‘Black Friday’ Dan Kesannya Ketika Musim Pandemik

Black Friday merupakan hari yang paling ditunggu-tunggu oleh rakyat Amerika Syarikat pada setiap tahun. Ia adalah hari yang istimewa kerana pada hari Black Friday ini, hampir seluruh pasaraya besar mengadakan jualan pada harga yang tidak masuk akal.

Banyak barangan terutamanya barangan elektronik dijual pada harga yang sangat rendah menyebabkan keadaan hura-hara tercetus. Ianya kesan daripada karenah pelanggan yang meyerbu ke dalam gedung beli belah yang membuat sale pada hari Black Friday.

Asal-Usul Black Friday

Black Friday adalah istilah yang mula-mula digunakan oleh para pelabur di dalam dunia saham pada kurun ke-19. Pada tahun 1860-an, dua orang speculator yang terkenal iaitu Jay Gould dan James Fisk yang mempunyai pengaruh yang kuat di dalam dunia perdagangan telah membuat spekulasi terhadap harga emas.

Disebabkan spekulasi ini, ianya telah menyebabkan para pelabur menjadi panik dan harga emas telah jatuh dengan mendadak pada hari Jumaat. Sejak dari itu, Black Friday dikenali sebagai hari yang malang bagi mana-mana pelabur yang melabur di dalam dunia saham.

Kaitan Black Friday dengan Thanksgiving

Kredit Gambar: NBC News

Bagi kebanyakan negara yang mempunyai majoriti penduduk yang beragama Kristian, Thanksgiving merupakan satu acara keagamaan yang penting. Ianya merupakan salah satu acara kesyukuran kepada Tuhan yang telah memberi rezeki melalui tanaman.

Amerika Syarikat yang merupakan salah sebuah negara Kristian terbesar dunia telah mengamalkan acara ini sejak zaman-berzaman. Presiden Abraham Lincoln telah mewartakan bahawa hari Thanksgiving sebagai cuti umum bagi Amerika Syarikat.

Hari Thanksgiving merupakan hari yang berlaku pada hari Khamis minggu keempat setiap tahun pada bulan November. Pada waktu tersebut, penduduk diberi cuti umum dan kebanyakannya mereka bergembira menyambut hari Thanksgiving bersama keluarga dengan hidangan makanan malam yang istimewa.

Pada keesokan harinya pula, mereka akan keluar untuk membeli-belah bagi menyambut perayaan hari Krismas yang bakal berlangsung sebulan lagi.

Bagaimana Black Friday Mendapat Nama?

Secara tradisi, kaedah perakaunan yang dijalankan di Amerika Syarikat mempunyai kaedah yang tersendiri. Mereka menulis keuntungan menggunakan warna hitam manakala kerugian ditulis menggunakan warna merah di dalam buku akaun.

Ketika bulan Black Friday berlaku, semua akaun syarikat perniagaan  ditulis dengan dakwat hitam akibat keuntungan yang mereka perolehi hasil daripada jualan Black Friday. Disebabkan peristiwa tersebut, ia dinamakan sebagai Black Friday.

Kebanyakan pengusaha jualan telah memberi potongan harga yang luar biasa kepada pelanggan sehingga menjadikan hari Black Friday menjadi aktiviti tahunan bagi penduduk Amerika Syarikat. Peristiwa membeli-belah ini bermula pada era 1980-an dan kini menjadi tradisi bagi rakyat Amerika Syarikat sehingga sekarang.

Black Friday Ketika Musim Pandemik

Kredit Gambar: Metro UK

Setiap tahun, aktiviti ini berjalan dengan begitu meriah tetapi ganas. Terdapat kematian yang berlaku pada hari Black Friday disebabkan oleh pelanggan yang menyerbu ke gedung membeli-belah kerana berebut barangan.

Secara umumnya, Black Friday telah menghasilkan jualan yang sangat tinggi kepada ramai peniaga. Pada Black Friday tahun lalu, jualan mencecah sebanyak USD7.4 bilion dengan pembelian secara atas talian menguasai hari tersebut.

Kini musim pandemik telah melanda dan kemeriahan yang berlaku pada setiap tahun apabila tibanya Black Friday kini tidak lagi berlaku.

Hanya jualan secara online saja dan tiada lagi adegan bersesak-sesak seperti tahun-tahun sebelum ini.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kaya Di Mata : Realiti Kewangan Malaysia Yang Jarang Didedahkan

Dalam dunia yang gemar menilai kekayaan melalui apa yang nampak secara fizikal seperti kereta mewah, rumah besar, pakaian berjenama, ramai terperangkap dalam “kaya tipu-tipu”: mewah di luar, rapuh di dalam.

Artikel ini menyelami perbezaan asas antara “kaya tipu-tipu” dan “kaya sebenar”, disokong dengan data pencapaian kewangan isi rumah Malaysia, untuk memberikan gambaran yang lebih bernas dan tidak klise.

1. Kaya Tipu-Tipu: Ilusi Kekayaan yang Rapuh

Golongan ini menumpukan kepada persepsi, mereka lebih mementingkan imej daripada asas kewangan yang sihat.

Ciri-ciri utama:

  • Aliran tunai rapuh dan aliran keluar lebih besar
  • Pendapatan besar habis dibelanjakan untuk pembayaran ansuran kereta, kad kredit dan gaya hidup. Walaupun gaji tinggi, kos perbelanjaan lebih menguasai.
  • Nilai bersih (net worth) negatif
  • Tiada simpanan atau nilai bersih positif. Aset yang dimiliki adalah atas nama pinjaman. Jika aset dijual sekalipun, hasilnya tidak cukup untuk membayar hutang.
  • Hutang tinggi dan “good debt” tiada
  • Gaya hidup dibiayai oleh hutang (BNPL), bukan pelaburan atau aset produktif.
  • Motivasi status, bukan kestabilan
  • Pembelian didorong oleh keinginan untuk menunjukkan kekayaan, bukan atas dasar keperluan

2. Kaya Sebenar: Kekayaan yang Kukuh, Terlihat Biasa

Golongan ini mungkin tidak menarik perhatian, tetapi struktur kewangan mereka teguh dan bebas dari tekanan luar.

Ciri-ciri utama:

  • Nilai bersih positif
  • Pendapatan pasif dari sewaan, pelaburan dan saham. Aset melebihi liabiliti.
  • Pendapatan pelbagai aliran
  • Gaji, sewaan hartanah, dividen saham, perniagaan, pengagihan risiko dan kestabilan jangka panjang.
  • Kecairan tunai mencukupi
  • Simpanan kecemasan yang mencukupi membolehkan ketenangan apabila berdepan krisis.
  • Hidup di bawah kemampuan

Walaupun berkemampuan, mereka memilih kesederhanaan kewangan demi ketenangan jangka panjang.

3. Statistik Malaysia: Menyokong Fenomena Kekayaan Tipu-Tipu vs Sebenar

i) Hutang Isi Rumah Tinggi

Sehingga hujung 2021, nisbah hutang isi rumah kepada KDNK Malaysia mencecah 89 peratus, antara yang tertinggi di Asia Tenggara. Ia merangkumi RM1.4 trilion hutang, 58 % bagi pinjaman perumahan, 13 % pinjaman kenderaan, 14 % pinjaman peribadi, dan 3 % kad kredit.

ii) Tabung Kecemasan Rendah

Hanya 40 peratus isi rumah menyangka mereka boleh bergantung pada simpanan sendiri atau keluarga jika menghadapi kecemasan.

Sebanyak 55 peratus responden melaporkan mereka mempunyai kurang daripada RM10,000 simpanan yang boleh diakses segera.

iii) Kadar Simpanan Rendah

Tahun 2022 mencatat kadar simpanan isi rumah (household savings rate) hanya sekitar 3 peratus daripada pendapatan boleh guna (disposable income).

Purata sebelum ini (2006–2013) lebih rendah, sekitar 1.4 hingga 1.6 peratus.

iv) Ketahanan Terhadap Kejutan Kewangan Lemah

Kajian mendapati hanya 10 peratus isi rumah bandar Malaysia benar-benar tahan terhadap kejutan kewangan seperti kehilangan pendapatan, kecacatan, atau kematian. Lebih daripada 20 peratus tidak mampu bertahan sekurang-kurangnya tiga bulan jika pendapatan terputus.

4. Implikasi dan Kesedaran Kewangan

Data menunjukkan ramai rakyat Malaysia berada dalam situasi “kaya tipu-tipu”: hidup mewah tetapi asas kewangan rapuh. Gagal memiliki simpanan kecemasan dan nisbah hutang tinggi mengancam daya tahan ekonomi isi rumah.

Langkah yang disarankan:

1. Meningkatkan literasi kewangan agar rakyat lebih faham risiko hutang dan pentingnya simpanan.

2. Mempromosikan pengurusan kewangan yang rasional seperti membina simpanan, elak gaya hidup melebihi kemampuan.

3. Sokongan dasar untuk menyediakan insentif tabungan (contoh: subsidi simpanan, pendidikan kewangan).

Tidak semua yang kelihatan hebat benar-benar kukuh. “Kaya tipu-tipu” adalah rentap jangka pendek yang menjerat manakal “kaya sebenar” adalah kestabilan yang dilandasi disiplin kewangan dan perancangan masa depan.

Data Malaysia menggambarkan bahawa masih ramai yang terjebak dalam ilusi, bukan realiti dan artikel ini diharap membuka mata kepada perlunya kebijaksanaan dalam membina kekayaan sejati bukan sekadar apa yang nampak, tetapi apa yang kekal dan tahan dalam ujian masa.