Sportswashing, Teknik Negara Yang Melanggar Hak Asasi Manusia Menutup Kesalahan

Kita sering mendengar istilah money laundering yang merupakan salah satu teknik yang digunakan oleh penjenayah yang melakukan jenayah kewangan untuk menutup kegiatan mereka di mata orang ramai. Kebanyakan penjenayah yang melakukan money laundering ini akan memilih golongan berpengaruh untuk bekerjasama bagi menampakkan perniagaan mereka itu benar-benar wujud.

Antara golongan yang menjadi sasaran adalah golongan selebriti yang berpengaruh terutamanya selebriti yang mempunyai pengaruh yang kuat di dalam dunia media sosial. Dengan bekerjasama dengan golongan ini, penjenayah dapat menutup kesalahan yang dilakukan oleh mereka daripada dihidu pihak berkuasa.

Selain kegiatan money laundering, kita juga ada kegiatan sportswashing yang popular terutamanya melibatkan golongan bangsawan.

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Sportswashing?

Sportswashing merupakan salah satu teknik yang dilakukan oleh pihak yang melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia, kemudiannya menjadikan kegiatan sukan sebagai tempat untuk menutup jenayah yang dilakukan oleh mereka.

Di antara sukan yang menjadi pilihan untuk melakukan sportswashing adalah sukan bola sepak yang merupakan sukan yang paling popular di dunia. Pihak yang melakukan kegiatan ini memilih kelab bola sepak dari Eropah untuk dijadikan sportswashing kerana kelab Eropah merupakan kelab yang paling popular di dunia.

Antara negara yang pernah melakukan sportswashing adalah Emiriah Arab Bersatu (UAE). Negara ini dikritik oleh pihak hak asasi manusia kerana mereka melakukan kezaliman terhadap pekerja imigran yang mencari rezeki di sana.

Pihak hak asasi manusia mendakwa UAE perlu memberi perlindungan yang sewajarnya kepada mereka seperti yang termaktub di dalam undang-undang antarabangsa bagi menjaga hak kebajikan pekerja.

Kredit Gambar: The Guardian

Untuk menaikkan kembali imej negara tersebut di mata dunia, mereka telah melakukan sportswashing dengan membeli kelab Manchester City. Mereka telah melabur sejumlah wang yang sangat besar sehingga berjaya menjadikan Manchester City sebagai gergasi bola sepak di Liga Perdana Inggeris dalam masa yang sangat singkat.

Selain itu juga, syarikat Emirates Airlines turut memainkan peranan yang penting dalam membantu UAE meningkatkan imej negara mereka di mata dunia. Syarikat ini menaja pasukan gergasi Eropah seperti Real Madrid, AC Milan, PSG dan Arsenal.

Mereka turut menjalainkan kerjasama yang erat dengan pasukan Arsenal yang mana stadium rasmi kelab tersebut dinamakan sebagai Emirates Stadium.

Selain UAE, jirannya Qatar juga melakukan perkara yang sama. Qatar yang terkenal dengan sistem pemerintahan Oligarki yang mana raja mempunyai kuasa penuh. Pihak hak asasi manusia mengkritik kebebasan bersuara negara tersebut yang dianggap teruk apabila rakyat tidak dibenarkan mengkritik pemerintahan negara tersebut.

This image has an empty alt attribute; its file name is Sportswashing-Teknik-Negara-Yang-Melanggar-Hak-Asasi-Manusia-Menutup-Kesalahan-Mereka3.jpg
Kredit Gambar: The Drum

Langkah sportswashing yang dilakukan oleh Qatar adalah sama seperti UAE iaitu dengan menaja gergasi kelab Eropah. Apa yang menarik mengenai penajaan yang dilakukan oleh Qatar Airways Qatar ini adalah mereka berjaya menaja pasukan kelab terhebat dunia, Barcelona dengan tajaan yang luar biasa besarnya.

Qatar Airways menaja pasukan tersebut pada tahun 2011. Barcelona kemudiannya menamatkan kerjasama tersebut pada tahun 2016 kerana isu ini menjejaskan reputasi kelab tersebut.

Bayern Munich juga turut dikritik hebat kerana menerima tajaan dari Qatar Airways.

Kredit Gambar: Medium

Selain dua negara tersebut, Arab Saudi juga melakukan sportswashing dengan membida pemilikan kelab Newcastle United pada tahun ini. Bagaimanapun bidaan tersebut tidak berjaya kerana telah dihalang oleh badan induk EPL kerana putera Arab Saudi, Mohammed Salman telah dituduh menjadi dalang kepada pembunuhan wartawan Washington Post, Jamal Khashoggi pada tahun 2018.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA