Syarikat Dan Individu Yang Berjaya Buat Untung Ketika Wabak COVID-19

Dunia semakin bercelaru dengan kehadiran wabak yang telah tersebar ke seluruh dunia. Keadaan ekonomi dunia semakin menjurus ke arah kemelesetan akibat virus yang berbahaya ini.

Virus ini telah memberi pelbagai musibah terutamanya kepada hampir semua sektor ekonomi di dunia. Walaupun begitu terdapat beberapa syarikat hedge fund dan syarikat berkaitan farmaseutikal yang berjaya ‘mengambil kesempatan’ dan mendapat keuntungan dari peristiwa ini.

Berikut adalah senarai hedge fund yang berjaya membuat keuntungan daripada situasi yang tidak menentu di dalam pasaran akibat daripada virus Covid-19 ini .

 Odey European

Sebuah hedge fund yang berpengkalan di London yang diuruskan oleh Robin Crispin William Odey. Pada bulan lepas, syarikat hedge fund ini mengalami kerugian yang besar akibat pertaruhan yang dilakukan oleh pengurusnya terhadap saham Tesla dan juga minyak mentah.

Tesla yang berjaya menarik ramai pelabur termasuk pengurus hedge fund yang mana pada awal tahun, saham syarikat ini merupakan saham yang paling banyak meningkat disebabkan faktor pembukaan kilang di Gigafactory di China dan dapat menghantar kesemua tempahan kenderaan mereka.

Odey European telah berjaya membuat short di dalam pasaran saham pada minggu terakhir bulan lepas yang mana menyaksikan syarikat tersebut berjaya membuat keuntungan sebanyak 5%.

Citadel

Merupakan sebuah hedge fund yang berpangkalan di Chicago, Amerika Syarikat yang mempunyai aset pengurusan sebanyak $32 bilion dan merupakan salah satu hedge fund terbesar di dunia.

Di antara strategi yang terkenal dilakukan oleh hedge fund ini adalah melabur dalam mutual fund yang dimiliki oleh The Vanguard Group yang dikenali sebagai Wellington Fund. Hedge fund ini juga terkenal dengan peristiwa di mana berjaya meningkatkan aset pengurusan mereka dengan aggressive pada tahun 2014 yang menyaksikan hedge fund ini berjaya menambah aset pelaburan mereka sebanyak $10 bilion dalam tempoh 18 bulan.

Pada kali ini syarikat hedge fund ini melakukan pertaruhan terhadap syarikat penerbangan Eropah yang mana telah berjaya memberi keuntungan kepada syarikat tersebut sebanyak 1%.

Kepos Capital

Merupakan sebuah syarikat hedge fund yang berpangkalan di New York yang mana syarikat ini merupakan syarikat hedge fund yang baru. Syarikat ini mempunyai aset pengurusan sebanyak $2 bilion.

Syarikat hedge fund ini diasaskan oleh tiga sahabat yang pernah bekerja di Goldman Sachs yang mempunyai pengalaman selama 30 tahun di syarikat terbabit. Syarikat ini berjaya mendapat keuntungan sebanyak 5.9% pada bulan lepas ketika keadaan ekonomi yang tidak menentu ini.

Bilionaire Dari China

Selain dari syarikat hedge fund dari barat, terdapat beberapa syarikat dari Asia terutamanya syarikat dari China berjaya mendapat manfaat dari krisis ini. Walaupun Negara China dilanda krisis Covid-19 yang mana menyebabkan kematian seramai 3000 orang sejak penularan wabak ini, pada minggu lepas sahaja, indeks CSI 300 telah meningkat sebanyak 5% yang mana menyaksikan penambahan kekayaan sebanyak $14.5 bilion kepada bilionaire yang berada di China.

Di antara syarikat yang mendapat keuntungan sudah tentulah syarikat dari bidang farmaseutikal dan industri kesihatan.

Di antara individu di China yang berjaya dapat menambah kekayaan adalah Zhong Huijuan yang merupakan pemegang saham terbesar untuk syarikat farmasi Hansoh Pharmaceutical. Beliau telah menambah kekayaan sebanyak $2.2 bilion yang bersamaan dengan 16% jumlah kekayaan yang dimilikinya iaitu sebanyak $ 16.6 bilion.

Bilionaire kedua yang berjaya menambah kekayaan adalah Li Xiting yang telah menambah kekayaan sebanyak $1.3 bilion. Beliau yang mempunyai syarikat pembekal peralatan perubatan Mindray Medical telah meningkat kekayaan sebanyak 11% kepada $13.2 bilion.

Selain daripada itu, Chen Bang yang merupakan pengerusi kepada sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan kesihatan iaitu Aier Eye Hospital Group; telah berjaya menambah kekayaan sebanyak $1 bilion yang bersamaan dengan 13% jumlah kekayaan yang dimilikinya sebanyak $9.1 bilion.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kaya Di Mata : Realiti Kewangan Malaysia Yang Jarang Didedahkan

Dalam dunia yang gemar menilai kekayaan melalui apa yang nampak secara fizikal seperti kereta mewah, rumah besar, pakaian berjenama, ramai terperangkap dalam “kaya tipu-tipu”: mewah di luar, rapuh di dalam.

Artikel ini menyelami perbezaan asas antara “kaya tipu-tipu” dan “kaya sebenar”, disokong dengan data pencapaian kewangan isi rumah Malaysia, untuk memberikan gambaran yang lebih bernas dan tidak klise.

1. Kaya Tipu-Tipu: Ilusi Kekayaan yang Rapuh

Golongan ini menumpukan kepada persepsi, mereka lebih mementingkan imej daripada asas kewangan yang sihat.

Ciri-ciri utama:

  • Aliran tunai rapuh dan aliran keluar lebih besar
  • Pendapatan besar habis dibelanjakan untuk pembayaran ansuran kereta, kad kredit dan gaya hidup. Walaupun gaji tinggi, kos perbelanjaan lebih menguasai.
  • Nilai bersih (net worth) negatif
  • Tiada simpanan atau nilai bersih positif. Aset yang dimiliki adalah atas nama pinjaman. Jika aset dijual sekalipun, hasilnya tidak cukup untuk membayar hutang.
  • Hutang tinggi dan “good debt” tiada
  • Gaya hidup dibiayai oleh hutang (BNPL), bukan pelaburan atau aset produktif.
  • Motivasi status, bukan kestabilan
  • Pembelian didorong oleh keinginan untuk menunjukkan kekayaan, bukan atas dasar keperluan

2. Kaya Sebenar: Kekayaan yang Kukuh, Terlihat Biasa

Golongan ini mungkin tidak menarik perhatian, tetapi struktur kewangan mereka teguh dan bebas dari tekanan luar.

Ciri-ciri utama:

  • Nilai bersih positif
  • Pendapatan pasif dari sewaan, pelaburan dan saham. Aset melebihi liabiliti.
  • Pendapatan pelbagai aliran
  • Gaji, sewaan hartanah, dividen saham, perniagaan, pengagihan risiko dan kestabilan jangka panjang.
  • Kecairan tunai mencukupi
  • Simpanan kecemasan yang mencukupi membolehkan ketenangan apabila berdepan krisis.
  • Hidup di bawah kemampuan

Walaupun berkemampuan, mereka memilih kesederhanaan kewangan demi ketenangan jangka panjang.

3. Statistik Malaysia: Menyokong Fenomena Kekayaan Tipu-Tipu vs Sebenar

i) Hutang Isi Rumah Tinggi

Sehingga hujung 2021, nisbah hutang isi rumah kepada KDNK Malaysia mencecah 89 peratus, antara yang tertinggi di Asia Tenggara. Ia merangkumi RM1.4 trilion hutang, 58 % bagi pinjaman perumahan, 13 % pinjaman kenderaan, 14 % pinjaman peribadi, dan 3 % kad kredit.

ii) Tabung Kecemasan Rendah

Hanya 40 peratus isi rumah menyangka mereka boleh bergantung pada simpanan sendiri atau keluarga jika menghadapi kecemasan.

Sebanyak 55 peratus responden melaporkan mereka mempunyai kurang daripada RM10,000 simpanan yang boleh diakses segera.

iii) Kadar Simpanan Rendah

Tahun 2022 mencatat kadar simpanan isi rumah (household savings rate) hanya sekitar 3 peratus daripada pendapatan boleh guna (disposable income).

Purata sebelum ini (2006–2013) lebih rendah, sekitar 1.4 hingga 1.6 peratus.

iv) Ketahanan Terhadap Kejutan Kewangan Lemah

Kajian mendapati hanya 10 peratus isi rumah bandar Malaysia benar-benar tahan terhadap kejutan kewangan seperti kehilangan pendapatan, kecacatan, atau kematian. Lebih daripada 20 peratus tidak mampu bertahan sekurang-kurangnya tiga bulan jika pendapatan terputus.

4. Implikasi dan Kesedaran Kewangan

Data menunjukkan ramai rakyat Malaysia berada dalam situasi “kaya tipu-tipu”: hidup mewah tetapi asas kewangan rapuh. Gagal memiliki simpanan kecemasan dan nisbah hutang tinggi mengancam daya tahan ekonomi isi rumah.

Langkah yang disarankan:

1. Meningkatkan literasi kewangan agar rakyat lebih faham risiko hutang dan pentingnya simpanan.

2. Mempromosikan pengurusan kewangan yang rasional seperti membina simpanan, elak gaya hidup melebihi kemampuan.

3. Sokongan dasar untuk menyediakan insentif tabungan (contoh: subsidi simpanan, pendidikan kewangan).

Tidak semua yang kelihatan hebat benar-benar kukuh. “Kaya tipu-tipu” adalah rentap jangka pendek yang menjerat manakal “kaya sebenar” adalah kestabilan yang dilandasi disiplin kewangan dan perancangan masa depan.

Data Malaysia menggambarkan bahawa masih ramai yang terjebak dalam ilusi, bukan realiti dan artikel ini diharap membuka mata kepada perlunya kebijaksanaan dalam membina kekayaan sejati bukan sekadar apa yang nampak, tetapi apa yang kekal dan tahan dalam ujian masa.