4 Cara Berjimat Di Tempat Kerja

Tujuan kita bekerja sudah semestinya untuk mencari pendapatan. Tapi apa gunanya kalau kita banyak lakukan pembaziran ketika di tempat kerja pula kan?

Sedar atau tidak, apabila tiba waktu gaji di hujung bulan – duit tak cukup pula lepas bayar semua bil-bil dan hutang-hutang. Jom kita lihat beberapa cara untuk berjimat di tempat kerja.

1. Bawa Bekal Daripada Rumah (Bento)

Tips ni mungkin simple dan dah biasa dengar, tapi kesannya amat besar. Dengan cara ini, anda dapat mengurangkan kos perbelanjaan makanan anda sehari.

Contohnya, anda membelanjakan RM5 untuk sarapan pagi dan RM10 untuk makanan tengah hari. Jika anda membawa bekal, kos untuk menyediakannya mungkin baru RM5 saja.

Jika sebulan, RM10 × 20 hari bekerja dah bersamaan dengan RM200. Banyak juga tu dapat berjimat.

Anda akan merasa lebih berpuas hati dengan menu makanan yang anda sediakan sendiri sekaligus dapat mengawal nafsu selera makan anda. Kebersihan makanan juga akan lebih terjamin apabila anda membawa bekal sendiri. (kalau bekas bekal cantik macam ini, lagi selera nak makan)

Bukan jimat duit saja tau, masa pun anda dapat jimat banyak. Boleh manfaatkan masa terluang dengan kerja-kerja berfaedah lain seperti membaca buku atau ke masjid untuk solat.

2. Elak Keluar Berjalan-Jalan Masa Rehat

Tidak dinafikan, ada sesetengah individu yang lebih suka keluar berjalan-jalan ketika waktu rehat. Tabiat ini mengundang anda untuk berbelanja lebih berbanding waktu biasa.

Misalnya anda keluar ke pusat membeli belah, ketika sedang berjalan-jalan anda terlihat jam ataupun tudung yang cantik, lantas anda berkenan dengannya dan mahu membeli.

Bazir duit lagi, padahal bukan satu keperluan pun.

3. Kurangkan Pembelian Online

Zaman sekarang ini, semakin ramai yang beralih ke online shopping seperti Shopee, Lazada, Zalora dan bermacam-macam lagi. Kalau diikutkan, hampir setiap hari ada je promosi yang mereka jalankan.

Tadi kata tak perlu keluar berjalan-jalan, tapi kita sibuk layari laman-laman web untuk bershopping pula.

Bukan tak boleh, sebab bila kita beli online – dapat jimat masa yang banyak, malah hantar sampai depan pintu pejabat lagi. Malahan, harga online pun ada yang lebih murah daripada beli di kedai fizikal. Tapi jangan pula sampai tahap membazir.

4. Simpan Duit Syiling

Tips terakhir ini boleh anda lakukan dengan membuat satu tabung duit syilling di tempat kerja anda. Walaupun jumlahnya kecil, tetapi ianya cukup membantu anda ketika dalam keadaan susah.

Sebagai contoh, anda menyimpan duit syilling RM0.50 setiap hari di dalam tabung. Kalau sebulan, dah ada RM10. Boleh lah reward diri sendiri setiap bulan kalau macam ni.

Ya, nampak macam mudah kan? Tapi bila dah amalkan secara konsisten, pasti anda akan dapat lihat hasilnya selepas itu. Takdelah anda merungut tak cukup duit setiap bulan, padahal duit selalu bocor ke tempat yang tidak sepatutnya.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Jenama Continental: General Tire Secara Rasminya Dilancarkan di Malaysia

Kuala Lumpur, 1 Oktober 2025 – Continental Tyre Malaysia dengan bangganya mengumumkan pelancaran rasmi jenama General Tire di pasaran Malaysia. Dikenali dengan ketahanan dan prestasi yang boleh dipercayai, General Tire direka untuk memenuhi keperluan pemandu Asia merentasi kereta penumpang, SUV, MPV dan 4×4 pickups.

General Tire mempunyai warisan lebih 100 tahun dan menjadi sebahagian daripada Continental sejak tahun 1987 sebagai sub-jenama. General Tire menggabungkan legasi ketahanan serta kebolehpercayaan dengan teknologi Jerman terkini daripada Continental untuk menghasilkan tayar yang direka untuk prestasi tahan lama.

Fasa pertama rangkaian produk General Tire, khusus untuk pemandu Malaysia termasuklah:

Rangkaian ProdukCiri-ciriSaiz Tire
Altimax GC5Bunyi rendah, pemanduan selesa, dan penggunaan bahan api yang efisien14” –  15”
Altimax GS6Pemanduan senyap, cengkaman kukuh, jarak brek lebih pendek, dan jangka hayat tayar lebih lama15” – 19”
Grabber AT6Pemanduan di luar jalan raya yang mantap, dan bunyi rendah16” – 18”
Grabber HT6Keteguhan cengkaman brek di jalan basah, selesa, dan jangka hayat lebih lama 16” – 20”

Kesemua model ini merangkumi saiz tayar dari 14” hingga 20”, memenuhi keperluan pelbagai jenis kenderaan, daripada kereta penumpang sehinggalah SUV dan 4×4 pickups. General Tire mensasar untuk menghasilkan tayar yang boleh dipercayai oleh para pemandu, dengan prestasi yang cemerlang dan tahan lasak, sambil memastikan nilai yang berbaloi untuk pelanggan.

“Pelancaran General Tire di Malaysia menandakan langkah penting dalam menawarkan gabungan ketahanan, prestasi dan gaya dengan nilai harian yang tepat kepada pelanggan. Kami amat teruja untuk mengetengahkan jenama ini, yang disokong oleh kepakaran Jerman daripada Continental, kepada para pemandu yang mengutamakan prestasi dan keselamatan dalam setiap perjalanan,” kata Andrea Somorova, Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia.

General Tire bukan sekadar tayar. Ia mengubah setiap pemanduan menjadi satu pengalaman baharu. Jenama ini menyasarkan pemandu yang menikmati kebebasan untuk meneroka, mencari pengembaraan tanpa batasan, dan bergantung kepada tayar yang boleh dipercayai.

Dengan rangkaian produk yang luas kini tersedia di Malaysia, General Tire berazam untuk mengembangkan kehadirannya ke seluruh negara, disokong oleh pemasaran yang menyeluruh dan bersepadu melalui platform digital serta rangkaian pengedar Continental.

Tayar-tayar ini boleh didapati melalui pengedar sah Continental di seluruh negara, serta melalui Kedai Rasmi Continental di Shopee, TNG eWallet, dan Lazada. Untuk maklumat lanjut mengenai General Tire dan ketersediaan produk, layari laman web kami https://www.generaltire-tyres.com/my/en/, dan ikuti kami di Facebook.