6 Tips Untuk Kurangkan Stress Dan Hidup Gembira

Kata orang, hidup ini singkat sahaja. Jadi, gunakannya masa yang ada sebaik mungkin bagi menjadikan hidup ini lebih bererti.

Tapi, bolehkah dengan kekangan kerjaya yang menuntut pengorbanan masa dan fokus yang tinggi? Kadang-kadang nak makan pun tak sempat apatah lagi nak cari masa untuk diri sendiri.

Kerja yang berlambak pula membuatkan diri selalu saja berasa stress dan lesu. Macam mana nak cari mood untuk menggembirakan diri sendiri bila yang ada di kepala hanya kerja?

Berikut merupakan 6 tips yang boleh membantu kita untuk mengurangkan stress, dan pada masa yang sama dapat menikmati kehidupan dengan lebih gembira dan bermakna.

1. Tidur Yang Cukup

Kita semua sedia maklum tentang kepentingan tidur yang cukup. Kekurangan masa tidur yang berkualiti boleh mengakibatkan seseorang itu cepat marah sehingga boleh mengundang penyakit lain yang lebih serius.

Ia juga mampu mempengaruhi prestasi kerja seseorang. Kita sendiri pasti pernah berasa susah untuk fokus bila tak cukup tidur bukan?

Jadi, mulai hari ini, cuba tidur awal dan dapatkan tidur yang cukup sekurang-kurangnya 6 jam sehari.

2. Tambah Pendapatan

Jika mempunyai masa terluang, apa kata kalau kita tambah pendapatan dengan melakukan kerja-kerja sambilan? Duit daripada hasil kerja part-time ini dapat digunakan untuk meningkatkan taraf hidup dan juga menambah simpanan.

Pilih kerja sambilan yang sesuai dengan masa, kemampuan serta minat. Mana tahu, mungkin selepas ini kerjaya sambilan itu boleh memberikan pulangan yang berkali ganda daripada kerjaya sekarang?

Kita juga yang untung nanti.

3. Buat Sesuatu Yang Berfaedah

“Masa itu emas”

Mesti biasa dengar pepatah ini bukan? Masa yang telah berlalu tidak akan kembali. Jadi, gunakan masa dengan sebaik-baiknya.

Tidak kiralah sesibuk mana pun kerjaya, jangan sampai kita lupa untuk mencari masa untuk diri sendiri.

Gunakan masa terluang untuk lakukan sesuatu yang bermanfaat. Kita mungkin boleh menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, belajar bahasa baru, belajar menggubah bunga, bertukang dan sebagainya.

Penuhkan hari dengan aktiviti yang bukan sahaja mampu menggembirakan , tetapi juga boleh menambah ilmu dan kemahiran.

4. Masa Berkualiti Bersama Insan Tersayang

Jangan jadikan alasan sibuk bekerja sebagai penyebab kita jauh dengan keluarga serta rakan-rakan. Mungkin satu hari nanti ada di kalangan mereka yang pergi terlebih dahulu, takkan waktu itu baru nak rasa terkilan?

Bagi yang mempunyai anak-anak kecil pula, suatu hari nanti mereka pasti akan meninggalkan kita untuk menyambung pengajian, bekerja atau mempunyai keluarga sendiri.

Ketika itu barulah kita mula berasa sunyi dan rindukan zaman ketika mereka masih kecil. Jangan biarkan kesibukan hari ini menjadikan kita menyesal seumur hidup.

5. Siapkan Kerja Rumah

Jika sibuk ketika hari bekerja, gunakan masa hujung minggu untuk menyiapkan tugasa-tugasan di rumah seperti membasuh pakaian, membersihkan halaman rumah, mengemas rumah, membeli barang keperluan dapur dan sebagainya.

Elakkan daripada perangai suka bertangguh. Amalan bertangguh boleh membuatkan hidup kita kurang teratur dan membuatkan fikiran jadi semakin kusut.

6. Beri Semula Kepada Masyarakat

Sedar atau tidak, dengan memberi semula sesuatu kepada komuniti, ia akan menjadikan hidup seseorang itu lebih tenang dan bermakna. Sebab itulah ada yang sanggup mengeluarkan wang yang banyak untuk bersedekah serta meluangkan masa melakukan aktiviti kemasyarakatan bagi membantu komuniti setempat.

Untuk berbakti kepada masyarakat, kita tidak semestinya perlu menjadi jutawan atau mempunyai wang yang banyak. Kita boleh membantu dengan berkongsi kemahiran yang ada seperti mengajar Al-Quran atau Bahasa Inggeris, menjahit dan sebagainya secara percuma.

Atau paling tidak pun, mengutip sampah sewaktu berjongging di taman. Mudah bukan?

Gunakan masa dengan sebaik-baiknya bukan sahaja untuk mengumpul harta semata-mata, tetapi juga untuk melakukan sesuatu yang boleh menggembirakan kita.

Sekurang-kurangnya bila sudah tua nanti, kita tidak terkilan kerana tidak sempat melakukan apa yang diinginkan selama ini.

Sumber Rujukan: MyPF

Pada tahun 2020 yang lalu, kami telah pun menghasilkan buku sulung yang bertajuk ‘Malaysia Melabur: 10 Benda Kita Kena Tahu’. Sambutannya begitu menggalakkan sehingga buku ini terpilih sebagai Top 10 di MPH dalam kategori Malay Non-Fiction bagi tahun 2020.

Alhamdulillah, terkini kami berjaya terbitkan pula buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

Kenapa Perlu Baca Buku Ini?

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menambahkan pendapatan di pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

Pengurusan Kesihatan Mental Untuk Usahawanita Moden

usahawanita moden
  • Rutin pengurusan kesihatan mental untuk usahawanita moden
  • Usahawan wanita yang mengurus perniagaan sambil memikul tanggungjawab peribadi
  • Kehidupan moden yang pantas dan kompetitif menyebabkan wanita mudah kemurungan
  • Kesihatan mental yang baik membantu wanita urus tekanan & kekalkan produktiviti kerja

Wanita hari ini bukan lagi sekadar berada di belakang tabir dalam dunia perniagaan. Mereka menjadi pengasas syarikat, pelabur, profesional, pemilik SME dan peneraju pelbagai industri.

Namun, kejayaan tersebut datang bersama tekanan yang mungkin tidak kelihatan.

Bagi sesetengah wanita, selepas tamat waktu pejabat, tanggungjawab belum selesai. Masih ada anak yang perlu diurus, pasangan, keluarga, rumah dan pelbagai keputusan yang perlu dibuat.

Sebab itu kesihatan mental wanita tidak boleh dilihat sebagai isu sampingan.

Baca : Wanita Malaysia Jana Lebih RM176 Juta Pada 2022 Sebagai Hos – Airbnb

Data Kementerian Kesihatan Malaysia melalui NHMS 2023 menunjukkan kira-kira satu daripada lapan rakyat Malaysia berusia 15 tahun ke atas mengalami kemurungan, dan prevalens kemurungan meningkat dua kali ganda berbanding 2019.

Lebih menarik untuk konteks usahawan, satu kajian terhadap rakyat Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan simptom kemurungan yang lebih tinggi, manakala tekanan menjadi antara faktor penting yang berkait dengan simptom tersebut.

“Kajian terhadap 728 orang dewasa di Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan tahap simptom kemurungan lebih tinggi, dengan tekanan & status sebagai pemilik perniagaan menjadi antara peramal signifikan simptom kemurungan.”National Library of Medicine

Baca : Pelaburan Bantu Wanita Boleh Wujud Kesan Beriak Bawa Pelbagai Manfaat

Ini bukan bermaksud menjadi usahawan menyebabkan kemurungan. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa tekanan keusahawanan dan kesihatan mental wajar diberi perhatian.

Jadi, apakah rutin yang boleh membantu usahawanita moden menjaga kesihatan mental mereka?

1. Rutin Bersenam

Senaman bukan hanya untuk menurunkan berat badan.

Bagi usahawanita yang menghabiskan sebahagian besar hari di hadapan komputer, dalam mesyuarat atau mengurus operasi perniagaan, aktiviti fizikal boleh menjadi ruang untuk keluar seketika daripada tekanan kerja.

rutin bersenam wanita

Tidak semestinya perlu melakukan senaman berat.

Berjalan kaki, berenang, berlari, berbasikal atau melakukan latihan kekuatan secara konsisten sudah boleh menjadi sebahagian daripada rutin.

Yang penting ialah konsistensi, bukan intensiti semata-mata.

Bahkan, menjadikan senaman sebagai rutin mingguan boleh memberikan satu bentuk struktur kepada kehidupan yang mungkin dipenuhi jadual kerja yang tidak menentu.

2. Rutin Penjagaan Diri

Ada satu perkara yang sering berlaku kepada wanita yang terlalu sibuk.

Mereka menjaga semua orang kecuali diri sendiri.

rutin penjagaan diri wanita

Bagi sebahagian wanita, rawatan kecantikan bukan sekadar mahu kelihatan lebih muda atau cantik. Ia juga boleh menjadi masa untuk berhenti seketika daripada rutin kerja.

Namun, penting untuk membezakan self-care daripada tekanan untuk sentiasa kelihatan sempurna.

Penjagaan diri sepatutnya membantu seseorang berasa lebih baik tentang dirinya, bukan menambahkan tekanan untuk memenuhi standard kecantikan tertentu.

3. Rutin Tidur Awal

Usahawan mungkin terkenal dengan bekerja sehingga lewat malam.

Laptop dibuka selepas anak tidur. Telefon masih berbunyi dengan WhatsApp pelanggan. E-mel masih masuk. Idea perniagaan pula datang ketika semua orang sudah tidur.

rutin tidur awal

Masalahnya, otak juga memerlukan masa untuk berehat.

Rutin tidur yang konsisten boleh menjadi salah satu bentuk pengurusan diri yang paling mudah tetapi sering diabaikan.

Sebelum tidur, usahakan untuk mengurangkan penggunaan skrin dan cahaya terang, khususnya apabila ia menyebabkan kita terus terangsang dengan kerja, media sosial atau notifikasi.

Kadangkala masalahnya bukan kita tidak mempunyai masa untuk tidur.

Kita tidak pernah benar-benar berhenti bekerja.

4. Rutin Travel dan Melihat Dunia

Travel juga boleh menjadi satu bentuk “reset” daripada rutin.

Bagi usahawanita yang sentiasa membuat keputusan untuk syarikat, pekerja dan keluarga, perjalanan seorang diri boleh memberikan ruang untuk membuat keputusan berdasarkan diri sendiri.

Tidak perlu sentiasa memilih destinasi popular.

rutin melancong wanita

Asia Tengah, misalnya, menawarkan pengalaman yang berbeza, Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan dan negara-negara lain mempunyai sejarah, budaya dan landskap yang jauh berbeza daripada destinasi pelancongan biasa.

Solo travel juga tidak semestinya bermaksud melarikan diri daripada kehidupan.

Kadangkala ia sekadar memberikan seseorang ruang untuk melihat kehidupan dari perspektif yang berbeza.

Namun, perjalanan perlu dirancang mengikut kemampuan kewangan, keselamatan dan keadaan diri. Travel yang menambahkan hutang atau tekanan bukanlah self-care.

5. Rutin Beribadah & Kebajikan

Bagi wanita Muslim, pengurusan kehidupan tidak semestinya berhenti pada aspek fizikal dan psikologi.

Ia juga mempunyai dimensi spiritual.

rutin beribadah wanita

Solat, membaca al-Quran, menghadiri kelas ilmu, melakukan amal jariah, menunaikan umrah atau haji boleh menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan yang memberikan ruang untuk seseorang kembali mengingati tujuan hidup yang lebih besar daripada pekerjaan.

Ini juga memberikan perspektif kepada dunia keusahawanan.

Syarikat boleh berkembang. Duit boleh bertambah. Jawatan boleh berubah. Tetapi kehidupan tetap mempunyai dimensi yang lebih luas daripada keuntungan.

Baca : Perangai Wanita Malaysia Selepas Dapat Gaji

Bagi sesetengah usahawanita, amal jariah juga menjadi cara untuk menukar sebahagian daripada kejayaan material kepada sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain.

Alhasil

Menjadi usahawanita moden bukan sekadar tentang membina syarikat dan mencapai keuntungan.

Ia juga tentang kemampuan untuk terus berfungsi sebagai seorang individu, sebagai wanita, ibu, isteri, anak, pemimpin dan manusia yang mempunyai keperluan emosi serta fizikal sendiri.

Sebab itu rutin kecantikan, senaman, tidur, travel dan ibadah tidak sepatutnya dilihat sebagai aktiviti yang membuang masa daripada pekerjaan.

Sebaliknya, ia boleh menjadi sebahagian daripada cara seseorang membina kehidupan yang lebih seimbang.

Pada akhirnya, perniagaan yang berjaya memerlukan seorang pemimpin yang mampu bertahan dalam jangka panjang.

Baca : Kisah Emas Dan Wanita Kelantan

Usahawanita tidak perlu memilih antara kejayaan dan kesejahteraan diri. Yang lebih penting ialah belajar mengurus kedua-duanya.