Bagaimana Kekayaan Berbilion Kripto Musnah Dalam Sekelip Mata Dan Dituduh Melakukan Penipuan

Membina empayar memakan masa bertahun-tahun lamanya dan untuk memusnahkanya hanya mengambil masa beberapa hari sahaja. Itulah perkataan yang sering kita dengar apabila melihat sesuatu empayar yang dulunya megah berdiri dan akhirnya kecundang di tengah jalan.

Begitulah nasib yang menimpa kepada pengasas syarikat aset digital kripto; FTX Samuel Bankman-Fried yang mana dalam tempoh seminggu nilai kekayaan yang dimilikinya lenyap dalam sekelip mata akibat ketidakpastian dalam pelaburan aset digital kripto.

Latar Belakang Samuel Bankman-Fried

Samuel Bankman-Fried merupakan seorang graduan dari universiti tekenal dunia MIT pada tahun 2014 dan merupakan anak kepada ahli akademik terkemuka. Bapanya seorang profesor dan ibunya seorang peguam. Dia mengambil jurusan perkomputeran dan selepas tamat pengajian di MIT, dia menjadi seorang pedagang (trader) di firma pelaburan Jane Street Capital.

Ketika bekerja di sana, Samuel melihat kelompongan dalam sistem Bitcoin dimana dia boleh membuat duit dengan begitu mudah. Caranya adalah dengan membeli Bitcoin dari Amerika Syarikat dan menjualnya ke pasaran antarabangsa terutamanya di pasaran Jepun.

Gambar: foxbusiness.com

Samuel kemudiannya merasa yakin dengan model-model perniagaan yang dilakukannya itu dan mula menubuhkan firma pelaburanaset digital kripto iaitu Alameda Research. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2017 dan mendapat tempat dikalangan pelabur baharu dek kerana tawarantidak masuk akal yang dibuat oleh syarikat itu.Alameda Research memberi keuntungan sebanyak 15% kepada pelabur mereka setiap tahun tanpa sebarang kerugian.

Karakter Samuel Bankman-Fried Yang Menarik Hati Para Pelabur

Tidak seperti pengasasaset digital kripto yang lain, Samuel dilihat sangat berbeza dalam kalangan mereka. Selalu mengenakan seluar paras lutut, dia dilihat sebagai seorang yang sangat merendah diri dan simple. Dia juga dipercayai hanya mempunyai sebuah kereta Toyota Corolla untuk berulang alik ke tempat kerja. Oleh yang demikian, dia telah dilihat sebagai seorang yang tidak mementingkan diri sendiri dan dia juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak memerlukan kekayaan untuk hidup. Kekayaan yang dimiliki olehnya itu akan didermakan kepada orang ramai kelak. Walaupun begitu, hakikatnya dia mempunyai rumah agam bernilai $30 juta di Bahamas.

Pelabur ternama seperti BlackRock dan Sequoia Capital mula tertarik dengan visi yang dibentangkan oleh Samuel. Mereka mula meletakkan modal permulaan terhadap syarikat ini. Apabila pelabur ternama bertindak melaburkan modal mereka, ia membuatkan pelabur runcit mula mempercayai syarikat yang dibangunkan oleh Samuel Bankman-Fried ini.

Gambar: Olivier Douliery / AFP

Pembangunan FTX

Setelah berjaya mendapatkan kepercayaan pelabur runcit, Samuel telah membangunkan sebuah syarikat yang dikenali sebagai FTX. Syarikat ini adalah sebuah syarikat yang bertanggungjawab sebagai broker dalam jual beliaset digital kripto. Syarikat ini berjaya menjadi salah satu syarikat yang sangat penting dalam perdaganganaset digital kripto pada ketika itu.

Samuel menggabungkan Alameda Research dengan syarikat FTX, yang mana kebanyakan maklumat yang dimiliki oleh Alameda Research dapat dikongsi dengan syarikat FTX kerana Samuel mempunyai kuasa dalam pengurusan syarikat tersebut. FTX makin maju disebabkan ramai mula mempercayai kebolehan syarikat ini.

Gambar: Decrypt.co

Iklan-iklan yang mempromosi syarikat FTX mula berkembang dan kelihatan pada jenama-jenama besar pengiklanan. Hal ini membuatkan syarikat ini mendapat tempat di hati pelanggan mereka. Disebabkan semakin ramai mempercayai syarikat ini, dalam masa yang singkat sahaja syarikat ini telah menjadi pencabar kepada Binance yang merupakan syarikat terbesar dalam exchange aset digital kripto.

Dengan kedudukan kewangan yang semakin kukuh, Samuel mula menggunakan wang pelanggan mereka untuk berdagang dalam duniaaset digital kripto tanpa pengetahuan pelanggan mereka sedangkan FTX hanya syarikat yang menguruskan urusan jual beliaset digital kripto. Hal ini merupakan salah satu kesalahan yang terbesar dalam dunia pelaburan apabila menggunakan dana pelanggan tanpa sebarang hitam putih yang jelas.

Kejatuhan Aset Digital Kripto Dunia

Tahun ini merupakan tahun yang paling mencabar bagi pelabur yang terlibat dalam pelaburan aset digital kripto. Dalam masa yang singkat sahaja,aset digital ini telah kehilangan nilai dengan mendadak.

Keadaan panik para pelabur dalamaset digital kripto, di mana para pelabur secara besar-besaran telah menjual aset kripto dan mengeluarkan wang secara serentak. Perkara ini menyebabkan syarikat FTX tidak mampu untuk membayar wang pelanggan sekali gus menyebabkan syarikat ini bankrap.

Hal ini disebabkan wang yang diperolehi oleh syarikat FTX telah didagangkan dan mengalami kerugian yang sangat besar. Pada mulanya, Samuel menepis dakwaan bahawa syarikat FTX mengalami masalah. Tetapi, pelabur yang menggunakan platform tersebut didapati tidak dapat mengeluarkan wang pelaburan kerana syarikat FTX sebenarnya tidak mempunyai rizab tunai (cash reserve) yang cukup.

Sumber: Fortune.com

Akhirnya Samuel mengakui bahawa syarikatnya itu diambang muflis dan pesaing terdekat syarikat tersebut; Binance mula menawarkan untuk membeli syarikat FTX. Malangnya, apabila disemak, syarikat FTX sebenarnya tidak mempunyai aset yang kukuh malah mempunyai hutang yang sangat tinggi. Paling parah Samuel juga mendakwa aset digital kripto milik pelanggan syarikat FTX telah hilang akibat digodam oleh penggodam (hacker) luar.

Gambar: Mario Duncanson | AFP | Getty Images

Akhirnya syarikat ini telah diisytiharkan bankrap dan Samuel telah dihadapkan di mahkamah kerana didakwa telah menipu duit pelanggan mereka. Melakar sejarah tersendiri kerana merupakan salah seorang manusia hilang kekayaannya dalam masa yang sangat pantas.

Previous ArticleNext Article

ShopeePay Memperluas Akses Perlindungan Penipuan Kewangan Dalam Talian Bersama Zurich

ShopeePay hari ini mengumumkan bahawa ia akan menawarkan ‘Zurich Wallet Protection’ oleh Zurich General Insurance Malaysia Berhad (Zurich) di aplikasi ShopeePay dan Shopee, yang kini boleh diakses jutaan pengguna di seluruh negara. Bermula dari serendah RM1.40 sebulan, pengguna dilindungi bukan sahaja untuk transaksi melalui ShopeePay, malah merangkumi semua akaun bank, e-dompet dan pembayaran kad lain, termasuk risiko dalam talian seperti pemindahan wang tidak sah, transaksi tanpa kebenaran, kerugian akibat phishing, penyamaran, penyalahgunaan kad, dan penipuan beli-belah dalam talian.

Selaras dengan misi ShopeePay, ‘Kewangan Mudah, Khas Untuk Anda’, pelancaran Zurich Wallet Protection di platform ini menunjukkan komitmen ShopeePay untuk menyediakan perlindungan asas yang mampu milik dan mudah diakses oleh rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat. Pelancaran ini berlaku pada waktu yang kritikal, memandangkan kes jenayah penipuan terus meningkat. Menurut Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 47,854 kes penipuan telah direkodkan sehingga September 2025, dengan jumlah kerugian mencecah RM1.92 bilion. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 12,486 kes berbanding 2024.

Zurich Wallet Protection ditawarkan dalam dua pelan: Pelan Asas dan Pelan VIP.

 Pelan AsasPelan VIP
Premium (termasuk SST 8%)RM1.40 sebulan (Percuma untuk bulan pertama)RM4.90 sebulan
KelayakanWarganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atasWarganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas
FaedahHad Tuntutan Bulanan (RM)
Pemindahan Wang Tanpa Kebenaran3,000 (6,000 setahun)10,000 (20,000 setahun)
Transaksi Tanpa Kebenaran (Kad Dicuri)2001,000
Penipuan Beli-Belah Dalam Talian2001,000

Alain Yee, Ketua Pegawai Eksekutif ShopeePay Malaysia berkata, “Kes penipuan dalam talian kini semakin canggih, selari dengan taktik penipu yang sentiasa berubah untuk memperdaya orang ramai. Walaupun kami giat mendidik pengguna dan masyarakat umum mengenai keselamatan dalam talian, kami percaya penyediaan lapisan perlindungan tambahan yang mampu milik dan mudah diakses juga amat penting. Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa penipuan, dan kebiasaannya ia hanya disedari apabila sudah terlambat.”

Beliau menambah, “Kami percaya bahawa penawaran Zurich Wallet Protection di aplikasi ShopeePay dan Shopee adalah satu langkah penting ke arah memperkukuh keselamatan digital, khususnya bagi rakyat Malaysia yang lebih terdedah kepada risiko” Untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mencuba perlindungan dalam talian, Pelan Asas ditawarkan dengan bulan pertama percuma, membolehkan pengguna menikmati Zurich Wallet Protection tanpa sebarang kos.

Seiring dengan kenyataan Alain, Junior Cho, Ketua Pegawai Eksekutif Negara Zurich Malaysia dan Ketua Pegawai Eksekutif Zurich General Insurance Malaysia Berhad, berkata, “Kami berbangga bekerjasama dengan ShopeePay bagi melancarkan Zurich Wallet Protection, menyediakan perlindungan digital yang mampu milik dan mudah diakses untuk rakyat Malaysia. Dipandu oleh janji kami, ‘Lindungi Segala Yang Bermakna’, dan diperkuatkan dengan keupayaan Zurich Edge, pelanggan kini boleh mendapatkan dan mengurus perlindungan ini terus melalui aplikasi ShopeePay dan Shopee, memberi mereka keyakinan lebih tinggi semasa bertransaksi dalam talian serta melindungi semua saluran kewangan mereka daripada penipuan.”

Berikut adalah kategori perlindungan beserta contoh untuk membantu pengguna memahami apa yang dilindungi oleh Zurich Wallet Protection:

Jenis PerlindunganContoh Situasi
Pemindahan Wang Tidak Sah (Unauthorised Transfer)Pemegang kad kredit menyedari terdapat transaksi tidak sah walaupun kad mereka tidak pernah dikongsi atau hilang.
Penipuan Pancingan Data (Phishing Scam)Anda menerima e-mel palsu yang kelihatan sama seperti komunikasi rasmi bank, yang mengarahkan anda klik pautan dan memasukkan OTP, mengakibatkan kerugian RM2,000.
Penyalahgunaan Kad Dicuri (Stolen Card Misuse)Selepas dompet dicuri, anda mendapati kad anda telah digunakan untuk pembelian dalam talian tanpa kebenaran.
Penipuan Beli-Belah Dalam Talian (Online Shopping Fraud)Anda membeli sebuah gajet dalam talian, tetapi barangan tidak dihantar dan penjual tidak memberi respons. Perlindungan ini merangkumi pembelian dalam talian di semua platform*, bukan hanya Shopee.
Penipuan Penyamaran (Impersonation Scam)Seorang penipu menyamar sebagai pegawai bank dan menghubungi anda untuk mendapatkan OTP, mengakibatkan pemindahan wang tanpa kebenaran daripada e-dompet anda.

*Tertakluk kepada Terma & Syarat. Tidak termasuk kejadian berkaitan media sosial. Tanggungjawab wajar mesti diamalkan.

Pelan ini ditanggung oleh Zurich, dan boleh diakses dengan mudah melalui platform ShopeePay.

Anda boleh mengakses ‘Zurich Wallet Protection’ di halaman utama aplikasi ShopeePay, atau melalui aplikasi Shopee di ‘Saya’ > ‘Insurans’. Untuk maklumat lanjut, sila klik sini.