Cara Tuntut Duit Dari Kad Pengenalan, Terus Masuk Bank Secara Online

Apabila bercakap tentang duit yang tidak dituntut, pasti kita berfikir tentang ahli keluarga yang sudah meninggal dunia dan mempunyai duit dalam akaun. Sebenarnya duit tak dituntut boleh juga jadi daripada akaun kita sendiri yang kita tidak ketahui.

Pasti ramai tertanya-tanya, duit tersebut datang dari mana? Ia bergantung kepada akaun setiap individu. Asalnya duit tidak dituntut ini adalah daripada mana-mana individu atau syarikat. Ia datang dari bentuk simpanan, bank draf, tuntutan takaful, dividen dan macam-macam lagi.

Untuk pengetahuan anda, sehingga 30 April 2023, sebanyak RM 11.2 bilion duit tidak dituntut diterima oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Banyak bukan? 

Ramai mungkin tidak sedar bahawa duit ini adalah duit yang tidak dibayar kepada individu dalam tempoh setahun. Ia mungkin adalah gaji, komisen, elaun, cagaran, upah, simpanan, akaun semasa, akaun simpanan dan banyak lagi. 

eGumis Portal Semakan Duit Tak Dituntut

Dengan adanya portal eGumis, semua orang kini boleh menyemak duit yang tidak dituntut sekiranya ada. Kerajaan telah memperkenalkan portal eGumis ini melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia untuk memudahkan rakyat Malaysia membuat semakan duit yang tidak dituntut secara atas talian sahaja. Sangat mudah!

eGumis atau Electronic Government Unclaimed Money Information System adalah sistem yang dilancarkan untuk memudahkan proses semakan duit yang tidak dituntut. Sekali gus ia memudahkan masyarakat untuk claim duit mereka yang telah lama tersimpan. 

Selain daripada duit yang tidak kita ketahui seperti gaji, komisen dan pendapatan lain, duit daripada kad pengenalan yang boleh kita tuntut juga adalah duit Touch N Go yang kita masukkan ke dalam kad pengenalan. Jika dahulu kita ada masukkan duit untuk bayar tol menggunakan kad pengenalan, duit itu juga boleh dituntut jika kita tidak gunakannya lagi.

Terdapat cara yang perlu kita ikuti untuk tuntut semula duit yang tidak dituntut ini. Setiap individu yang mempunyai kad pengenalan boleh menyemak dan boleh daftar di sistem eGumis untuk semakan wang yang tidak dituntut.

Cara Claim Duit Dari IC Atau Permohonan Wang Tidak Dituntut

  1. Layari laman sesawang atau portal eGumis di https://egumis.anm.gov.my/
  2. Jika anda belum pernah mendaftar, tekan di bahagian pendaftaran untuk buat pendaftaran pengguna secara atas talian. 
  1. Isi maklumat yang diperlukan untuk pendaftaran. Maklumat yang diperlukan adalah nama penuh, nombor kad pengenalan, emel, nama pengguna dan kata laluan.
  2. Setelah pendaftaran, pengguna akan menerima emel yang mengandungi kata laluan sementara. 
  3. Log masuk semula ke portal dengan menggunakan kata laluan sementara yang telah diberikan di emel pengguna. 
  4. Untuk mudah dan lebih baik, pengguna disarankan menukar kata laluan yang baharu supaya tidak lupa dan lebih mudah log ke portal pada masa yang akan datang. Gunakan kata laluan yang mudah anda ingat.
  5. Pengguna perlu mengemaskini maklumat pengguna di bahagian profile atau pengguna. Isikan maklumat penting yang diperlukan.
  1. Klik bahagian Carian Wang Tak Dituntut untuk membuat semakan wang tidak dituntut menggunakan nombor kad pengenalan.  Setelah maklumat keluar di paparan, semak no kad pengenalan anda dengan betul dan lihat jumlah wang yang tidak dituntut.
  1. Pengguna juga boleh mencetak maklumat tersebut untuk simpanan. Penting juga untuk melihat profil anda supaya pada masa akan datang, anda boleh mengemas kini semula maklumat diri sekiranya ada perubahan.
  2. Klik Teruskan Dengan Permohonan untuk terus tuntut duit anda secara online.
  1. Klik + Tambah Penerima, kemudian semak dan isi maklumat tambahan yang diperlukan seperti nama bank dan nombor akaun bank.
  1. Muat naik semua dokumen Mandatori yang diperlukan untuk proses tuntutan duit.
  1. Pada bahagian Pengakuan / Pengesahan, tanda dan semak maklumat yang telah dimuat naik.
  1. Permohonan siap! Proses bayaran akan dibuat selepas segala dokumen sokong disahkan. Anda boleh semak status permohonan di portal yang sama, cuma perlu klik pada bahagian Senarai Permohonan.

Contoh Duit Yang Berjaya Dituntut

Sebenarnya, telah ramai yang menggunakan sistem eGUMIS. Ada yang berjaya menuntut duit sebanyak 2 angka, 3 angka, malah 5 angka pun ada. Kebanyakannya adalah RM 20, RM 50 dan lain-lain lagi.

Berikut adalah gambar bagi contoh duit yang berjaya dituntut.

Kredit gambar

Bila difikir-fikir semula, rugi jika tidak tuntut duit daripada kad pengenalan sendiri. Sekiranya ada duit yang tidak dituntut, mungkin itu adalah rezeki untuk gunakan duit kita yang kita tak sedar.

Ramai yang telah berjaya menuntut duit daripada kad pengenalan, ikuti sahaja cara yang telah kami kongsikan di atas.

Portal eGumis ini boleh dibuka dan boleh disemak pada bila-bila masa sahaja. Sesiapa sahaja juga boleh mendaftar untuk menyemak duit yang tidak dituntut. Yang penting mempunyai kad pengenalan atau IC. Pendek kata, rakyat Malaysia wajib semak.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

Pengurusan Kesihatan Mental Untuk Usahawanita Moden

usahawanita moden
  • Rutin pengurusan kesihatan mental untuk usahawanita moden
  • Usahawan wanita yang mengurus perniagaan sambil memikul tanggungjawab peribadi
  • Kehidupan moden yang pantas dan kompetitif menyebabkan wanita mudah kemurungan
  • Kesihatan mental yang baik membantu wanita urus tekanan & kekalkan produktiviti kerja

Wanita hari ini bukan lagi sekadar berada di belakang tabir dalam dunia perniagaan. Mereka menjadi pengasas syarikat, pelabur, profesional, pemilik SME dan peneraju pelbagai industri.

Namun, kejayaan tersebut datang bersama tekanan yang mungkin tidak kelihatan.

Bagi sesetengah wanita, selepas tamat waktu pejabat, tanggungjawab belum selesai. Masih ada anak yang perlu diurus, pasangan, keluarga, rumah dan pelbagai keputusan yang perlu dibuat.

Sebab itu kesihatan mental wanita tidak boleh dilihat sebagai isu sampingan.

Baca : Wanita Malaysia Jana Lebih RM176 Juta Pada 2022 Sebagai Hos – Airbnb

Data Kementerian Kesihatan Malaysia melalui NHMS 2023 menunjukkan kira-kira satu daripada lapan rakyat Malaysia berusia 15 tahun ke atas mengalami kemurungan, dan prevalens kemurungan meningkat dua kali ganda berbanding 2019.

Lebih menarik untuk konteks usahawan, satu kajian terhadap rakyat Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan simptom kemurungan yang lebih tinggi, manakala tekanan menjadi antara faktor penting yang berkait dengan simptom tersebut.

“Kajian terhadap 728 orang dewasa di Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan tahap simptom kemurungan lebih tinggi, dengan tekanan & status sebagai pemilik perniagaan menjadi antara peramal signifikan simptom kemurungan.” – National Library of Medicine

Baca : Pelaburan Bantu Wanita Boleh Wujud Kesan Beriak Bawa Pelbagai Manfaat

Ini bukan bermaksud menjadi usahawan menyebabkan kemurungan. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa tekanan keusahawanan dan kesihatan mental wajar diberi perhatian.

Jadi, apakah rutin yang boleh membantu usahawanita moden menjaga kesihatan mental mereka?

1. Rutin Bersenam

Senaman bukan hanya untuk menurunkan berat badan.

Bagi usahawanita yang menghabiskan sebahagian besar hari di hadapan komputer, dalam mesyuarat atau mengurus operasi perniagaan, aktiviti fizikal boleh menjadi ruang untuk keluar seketika daripada tekanan kerja.

rutin bersenam wanita

Tidak semestinya perlu melakukan senaman berat.

Berjalan kaki, berenang, berlari, berbasikal atau melakukan latihan kekuatan secara konsisten sudah boleh menjadi sebahagian daripada rutin.

Yang penting ialah konsistensi, bukan intensiti semata-mata.

Bahkan, menjadikan senaman sebagai rutin mingguan boleh memberikan satu bentuk struktur kepada kehidupan yang mungkin dipenuhi jadual kerja yang tidak menentu.

2. Rutin Penjagaan Diri

Ada satu perkara yang sering berlaku kepada wanita yang terlalu sibuk.

Mereka menjaga semua orang kecuali diri sendiri.

rutin penjagaan diri wanita

Bagi sebahagian wanita, rawatan kecantikan bukan sekadar mahu kelihatan lebih muda atau cantik. Ia juga boleh menjadi masa untuk berhenti seketika daripada rutin kerja.

Namun, penting untuk membezakan self-care daripada tekanan untuk sentiasa kelihatan sempurna.

Penjagaan diri sepatutnya membantu seseorang berasa lebih baik tentang dirinya, bukan menambahkan tekanan untuk memenuhi standard kecantikan tertentu.

3. Rutin Tidur Awal

Usahawan mungkin terkenal dengan bekerja sehingga lewat malam.

Laptop dibuka selepas anak tidur. Telefon masih berbunyi dengan WhatsApp pelanggan. E-mel masih masuk. Idea perniagaan pula datang ketika semua orang sudah tidur.

rutin tidur awal

Masalahnya, otak juga memerlukan masa untuk berehat.

Rutin tidur yang konsisten boleh menjadi salah satu bentuk pengurusan diri yang paling mudah tetapi sering diabaikan.

Sebelum tidur, usahakan untuk mengurangkan penggunaan skrin dan cahaya terang, khususnya apabila ia menyebabkan kita terus terangsang dengan kerja, media sosial atau notifikasi.

Kadangkala masalahnya bukan kita tidak mempunyai masa untuk tidur.

Kita tidak pernah benar-benar berhenti bekerja.

4. Rutin Travel dan Melihat Dunia

Travel juga boleh menjadi satu bentuk “reset” daripada rutin.

Bagi usahawanita yang sentiasa membuat keputusan untuk syarikat, pekerja dan keluarga, perjalanan seorang diri boleh memberikan ruang untuk membuat keputusan berdasarkan diri sendiri.

Tidak perlu sentiasa memilih destinasi popular.

rutin melancong wanita

Asia Tengah, misalnya, menawarkan pengalaman yang berbeza, Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan dan negara-negara lain mempunyai sejarah, budaya dan landskap yang jauh berbeza daripada destinasi pelancongan biasa.

Solo travel juga tidak semestinya bermaksud melarikan diri daripada kehidupan.

Kadangkala ia sekadar memberikan seseorang ruang untuk melihat kehidupan dari perspektif yang berbeza.

Namun, perjalanan perlu dirancang mengikut kemampuan kewangan, keselamatan dan keadaan diri. Travel yang menambahkan hutang atau tekanan bukanlah self-care.

5. Rutin Beribadah & Kebajikan

Bagi wanita Muslim, pengurusan kehidupan tidak semestinya berhenti pada aspek fizikal dan psikologi.

Ia juga mempunyai dimensi spiritual.

rutin beribadah wanita

Solat, membaca al-Quran, menghadiri kelas ilmu, melakukan amal jariah, menunaikan umrah atau haji boleh menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan yang memberikan ruang untuk seseorang kembali mengingati tujuan hidup yang lebih besar daripada pekerjaan.

Ini juga memberikan perspektif kepada dunia keusahawanan.

Syarikat boleh berkembang. Duit boleh bertambah. Jawatan boleh berubah. Tetapi kehidupan tetap mempunyai dimensi yang lebih luas daripada keuntungan.

Baca : Perangai Wanita Malaysia Selepas Dapat Gaji

Bagi sesetengah usahawanita, amal jariah juga menjadi cara untuk menukar sebahagian daripada kejayaan material kepada sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain.

Alhasil

Menjadi usahawanita moden bukan sekadar tentang membina syarikat dan mencapai keuntungan.

Ia juga tentang kemampuan untuk terus berfungsi sebagai seorang individu, sebagai wanita, ibu, isteri, anak, pemimpin dan manusia yang mempunyai keperluan emosi serta fizikal sendiri.

Sebab itu rutin kecantikan, senaman, tidur, travel dan ibadah tidak sepatutnya dilihat sebagai aktiviti yang membuang masa daripada pekerjaan.

Sebaliknya, ia boleh menjadi sebahagian daripada cara seseorang membina kehidupan yang lebih seimbang.

Pada akhirnya, perniagaan yang berjaya memerlukan seorang pemimpin yang mampu bertahan dalam jangka panjang.

Baca : Kisah Emas Dan Wanita Kelantan

Usahawanita tidak perlu memilih antara kejayaan dan kesejahteraan diri. Yang lebih penting ialah belajar mengurus kedua-duanya.