KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) — Pengeluar kereta nasional, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) hari ini memberi bayangan mengenai pelancaran beberapa model baharu kenderaan tenaga baharu (NEV) tidak lama lagi.
Ketika berkongsi perkara itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) Dr Li Chunrong berkata usaha berkenaan akan dibuat secara berperingkat.
“Selepas model pertama, mungkin dalam enam atau laman bulan kemudian akan menyaksikan pelancaran model seterusnya (termasuk model bukan NEV),” katanya.
Li berkata demikian ketika membuat pembentangan bertajuk ‘Strategi Perancangan Masa Depan Produk’ Proton di majlis makan malam sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang turut dihadiri oleh pelbagai wakil media di sini, hari ini.
Pada masa sama, beliau berkata Proton juga merancang untuk meningkatkan lagi portfolio rangkaian kuasanya menerusi pelancaran enjin generasi baharu yang menawarkan kelebihan daya saing di pasaran.
“Proton juga berhasrat menduduki tempat pertama bagi aspek perkhidmatan pasca jualan,” katanya.
Pada 2023, Proton berjaya mencapai pertumbuhan jualan untuk tahun kelima berturut-turut dengan mencatat jualan (domestik dan eksport) sebanyak 154,611 unit — prestasi paling kukuh sejak 2012.
Angka itu memaparkan peningkatan 9.3 peratus daripada 141,432 unit yang dijual pada 2022.
SERDANG, 8 Mei (Bernama) — Proton New Energy Technology Sdn Bhd (Pro-Net), anak syarikat milik penuh Proton Holdings Bhd, bakal melancarkan model kenderaan elektrik (EV) terbarunya, e.MAS 5 pada suku keempat 2025.
Ketua Pegawai Penjenamaan Pro-Net Salawati Mohd Yusoff berkata EV terkini itu berbeza daripada model pertama mereka iaitu e.MAS 7, dari segi segmen kerana EV sebelumnya adalah kenderaan utiliti sukan kompak (C-SUV), manakala e.MAS 5 dikategorikan sebagai hatchback segmen B.
“Sehubungan itu, dari segi saiz, e.MAS 5 adalah jauh lebih kompak berbanding e.MAS 7… dan kami akan menawarkan lima pilihan warna yang berbeza untuk model ini.
“Dari segi harga, kami belum boleh mendedahkannya buat masa ini, tetapi secara amnya model-model e.MAS kami berharga melebihi RM100,000. Kami berharap untuk menetapkan harga EV terbaru ini dengan lebih baik dan mampu milik,” katanya kepada Bernama pada acara Malaysia Autoshow 2025 di sini hari ini.
Salawati berkata e.MAS 5 akan ditawarkan dalam dua varian — model Prime dengan jarak perjalanan sejauh 345 kilometer dan model Premium yang menawarkan jarak sehingga 410 kilometer.
Beliau berkata syarikat yakin EV terbaharu itu akan diterima baik di pasaran memandangkan sambutan yang menggalakkan terhadap model EV pertamanya.
Ini kerana rakyat Malaysia semakin menunjukkan minat dan keterbukaan untuk beralih kepada EV, katanya.
Setakat ini, sebanyak 2,700 unit e.MAS 7 telah terjual sejak pelancarannya pada Disember tahun lalu, katanya.
Malaysia Autoshow 2025 yang memasuki tahun ketiga penganjurannya, menampilkan 200 pempamer dan lebih 500 kenderaan.
— BERNAMA
Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.
BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !
Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.
Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.
Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.
Kenapa Kena Miliki Buku Ini?
Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.
Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?
Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.
Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.
Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.
Miliki Buku Ini Sekarang!!
Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!
Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?
Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.
Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.
Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.
TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee