Electronic Arts, Syarikat Teknologi Gergasi Yang Kurang Disenangi Di Amerika Syarikat

Tidak dinafikan bahawa dunia permainan video merupakan industri yang sangat besar dan membawa pulangan yang sangat lumayan kepada peneraju industri tersebut.

Microsoft dan Sony adalah pencetus revolusi di dalam dunia permainan video di era moden ini. Selain daripada pengeluar konsol permainan video, studio yang menghasilkan permainan video juga merupakan pencetus kemeriahan industri ini.

Antara syarikat yang paling popular dalam menghasilkan permainan video adalah Electronic Arts.

Bagaimana Electronic Arts Bermula?

Syarikat ini diasaskan oleh Trip Hawkins yang merupakan graduan Universiti Harvard. Sejak kecil lagi, beliau sangat meminati dunia permainan video dan pernah mencipta permainan menggunakan Kadbod.

Beliau yang begitu teruja melihat komputer di rumah rakannya pada era 1970-an, dan mendapati bahawa komputer akan menjadi sesuatu yang besar pada masa hadapan.

Kredit Gambar: We Got This Covered

Selepas tamat belajar, Trip Hawkins bekerja di Apple dan merupakan antara pekerja terawal syarikat tersebut. Beliau begitu mengkagumi Steve Jobs yang mempunyai misi yang jelas di dalam dunia perkomputeran.

Pengalaman bekerja di Apple merupakan satu batu loncatan bagi dirinya untuk berjaya.

Pada tahun 1982, beliau telah menubuhkan Electronic Arts yang fokus kepada dunia permainan video. Beliau menamakan syarikatnya itu sebagai Electronic Arts kerana menganggap proses membangunkan permainan video adalah seni tetapi dalam versi digital.

Teknik Yang Digunakan Untuk Menakluki Pasaran Permainan Video

Berbanding dengan syarikat pembagunan video yang lain, Electronic Arts menggunakan kaedah yang sangat unik di dalam memasarkan permainan video yang dikeluarkan mereka. Cover untuk permainan tersebut dihasilkan seperti album artis syarikat rakaman.

Selain itu juga, Electronic Arts turut menggunakan gambar atlet sebenar untuk setiap permainan video sukan yang dihasilkan mereka.

Ia nampak lebih realistik apabila menggunakan atlet sebenar  bagi menghiasi cover permainan yang dihasilkan. Teknik ini masih kekal digunakan sehingga ke hari ini.

Electronic Arts juga turut membeli syarikat-syarikat kecil untuk berada di bawah payung mereka. Syarikat kecil ini kemudiannya dimatikan operasi mereka setelah diserap masuk.

Kenapa Electronic Arts Kurang Disenangi Di Amerika Syarikat?

Satu tinjauan telah dilakukan di Amerika Syarikat pada tahun lepas untuk mencari syarikat mana yang kurang digemari oleh pengguna ketika menggunakan produk mereka.

Hasil kajian tersebut mendapati bahawa Electronic Arts telah menduduki carta teratas top 5 di dalam kategori syarikat yang kurang digemari.

Antara sebab utama mereka tidak digemari adalah disebabkan syarikat ini tidak memahami kehendak pengguna. Sejak era CEO yang baru, pengguna tidak lagi menjadi keutamaan dan perkara ini telah bermula sejak sedekad yang lalu.

Kredit Gambar: EA

Oleh sebab banyak independent developer yang dibeli oleh Electronic Arts, mereka telah memonopoli pelbagai jenis permainan video yang terkenal di dunia.

Apa yang terjadi selepas itu adalah mereka menjual permainan video yang tidak lengkap sepenuhnya kepada pelanggan dan menggunakan teknik loot box. Selepas pelanggan membeli permainan video tersebut, mereka terpaksa membayar lagi untuk mendapatkan sesuatu yang penting dalam permainan video tersebut.

Sebagai contoh, Electronic Arts telah mendapat hak ekslusif untuk mengeluarkan permainan video Star Wars daripada pihak Disney. Tidak semua watak yang terdapat di dalam permainan video itu boleh digunakan, kecuali mereka perlu bermain selama 40 jam untuk unlock watak tersebut.

Jika tidak, mereka perlu membayar sejumlah wang untuk mendapatkan watak tersebut. Perkara ini telah mendapat restu daripada pihak Disney sendiri.

Hal seperti ini tidak berlaku pada dekad yang lepas. Oleh yang demikian, ramai pengguna yang menggunakan produk Electronic Arts ini bengang dengan kaedah perniagaan yang mereka lakukan kerana hanya mementingkan keuntungan daripada kepuasan hati pelanggan.

Walaupun syarikat ini dibenci oleh pelanggan mereka, pendapatan Electronic Arts semakin bertambah dari tahun ke tahun dan syarikat ini mempunyai market capitalization sebanyak USD36 bilion.

Electronic Arts dipercayai akan menuruskan teknik perniagaan ini walaupun tidak digemari oleh pelanggan mereka.

Sumber Rujukan:

Tahukah anda bahawa saham Electronic Arts ada di pasaran saham Wall Street dan kita boleh beli dengan minimum 1 unit saja?

This image has an empty alt attribute; its file name is electronic-arts-may-2021-700x428.jpg
Sumber: Trading View

Harga saham Electronic Arts telah naik 19% dalam tempoh setahun, dan kos nak beli seunit adalah USD140 atau lebih kurang RM560 (tak termasuk brokerage fees).

Mulakan Pelaburan Saham Anda di Wall Street

Nak buat duit BERGANDA-GANDA  dalam pasaran saham?

40%, 100%? 200%? 

Wall Street adalah jawapannya. 

Saham Wall Street MAHAL? 

Dengan USD 250 (RM1,050), anda boleh membeli saham-saham patuh syariah PALING UNTUNG untuk suku pertama 2021 di Wall Street seperti:

  1. KOSS (USD 18.80): kenaikan 462%
  2. ICGN (USD 9.63): kenaikan 341%
  3. EYES (USD 7.42): kenaikan 282%
  4. LODE (USD 3.83): kenaikan 227%
  5. MVIS (USD 17.97): kenaikan 165%

Di Wall Street, tiada HAD keuntungan mahupun kerugian ye.

Saham BTBT naik sehingga 5382% pada awal 2021, saham BEEM naik mencecah 2161% pada penghujung 2020.

Cuma kena lah ingat  High RIsk, High Return. Jangan sampai terciduk pulak. 

Segalanya MUNGKIN di Wall Street. 

Daftar Webinar Saham Wall Street 3.0
bersama
Tuan Mukhriz Mangsor

Tarikh : 29 & 30 Mei 2021
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Platform: Zoom

Tunggu apa lagi?
GANDAKAN  wang anda sekarang di Wall Street! 

Dapatkan maklumat lanjut di Webinar Saham Wall Street.

Previous ArticleNext Article

Pengurusan Kesihatan Mental Untuk Usahawanita Moden

usahawanita moden
  • Rutin pengurusan kesihatan mental untuk usahawanita moden
  • Usahawan wanita yang mengurus perniagaan sambil memikul tanggungjawab peribadi
  • Kehidupan moden yang pantas dan kompetitif menyebabkan wanita mudah kemurungan
  • Kesihatan mental yang baik membantu wanita urus tekanan & kekalkan produktiviti kerja

Wanita hari ini bukan lagi sekadar berada di belakang tabir dalam dunia perniagaan. Mereka menjadi pengasas syarikat, pelabur, profesional, pemilik SME dan peneraju pelbagai industri.

Namun, kejayaan tersebut datang bersama tekanan yang mungkin tidak kelihatan.

Bagi sesetengah wanita, selepas tamat waktu pejabat, tanggungjawab belum selesai. Masih ada anak yang perlu diurus, pasangan, keluarga, rumah dan pelbagai keputusan yang perlu dibuat.

Sebab itu kesihatan mental wanita tidak boleh dilihat sebagai isu sampingan.

Baca : Wanita Malaysia Jana Lebih RM176 Juta Pada 2022 Sebagai Hos – Airbnb

Data Kementerian Kesihatan Malaysia melalui NHMS 2023 menunjukkan kira-kira satu daripada lapan rakyat Malaysia berusia 15 tahun ke atas mengalami kemurungan, dan prevalens kemurungan meningkat dua kali ganda berbanding 2019.

Lebih menarik untuk konteks usahawan, satu kajian terhadap rakyat Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan simptom kemurungan yang lebih tinggi, manakala tekanan menjadi antara faktor penting yang berkait dengan simptom tersebut.

“Kajian terhadap 728 orang dewasa di Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan tahap simptom kemurungan lebih tinggi, dengan tekanan & status sebagai pemilik perniagaan menjadi antara peramal signifikan simptom kemurungan.” – National Library of Medicine

Baca : Pelaburan Bantu Wanita Boleh Wujud Kesan Beriak Bawa Pelbagai Manfaat

Ini bukan bermaksud menjadi usahawan menyebabkan kemurungan. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa tekanan keusahawanan dan kesihatan mental wajar diberi perhatian.

Jadi, apakah rutin yang boleh membantu usahawanita moden menjaga kesihatan mental mereka?

1. Rutin Bersenam

Senaman bukan hanya untuk menurunkan berat badan.

Bagi usahawanita yang menghabiskan sebahagian besar hari di hadapan komputer, dalam mesyuarat atau mengurus operasi perniagaan, aktiviti fizikal boleh menjadi ruang untuk keluar seketika daripada tekanan kerja.

rutin bersenam wanita

Tidak semestinya perlu melakukan senaman berat.

Berjalan kaki, berenang, berlari, berbasikal atau melakukan latihan kekuatan secara konsisten sudah boleh menjadi sebahagian daripada rutin.

Yang penting ialah konsistensi, bukan intensiti semata-mata.

Bahkan, menjadikan senaman sebagai rutin mingguan boleh memberikan satu bentuk struktur kepada kehidupan yang mungkin dipenuhi jadual kerja yang tidak menentu.

2. Rutin Penjagaan Diri

Ada satu perkara yang sering berlaku kepada wanita yang terlalu sibuk.

Mereka menjaga semua orang kecuali diri sendiri.

rutin penjagaan diri wanita

Bagi sebahagian wanita, rawatan kecantikan bukan sekadar mahu kelihatan lebih muda atau cantik. Ia juga boleh menjadi masa untuk berhenti seketika daripada rutin kerja.

Namun, penting untuk membezakan self-care daripada tekanan untuk sentiasa kelihatan sempurna.

Penjagaan diri sepatutnya membantu seseorang berasa lebih baik tentang dirinya, bukan menambahkan tekanan untuk memenuhi standard kecantikan tertentu.

3. Rutin Tidur Awal

Usahawan mungkin terkenal dengan bekerja sehingga lewat malam.

Laptop dibuka selepas anak tidur. Telefon masih berbunyi dengan WhatsApp pelanggan. E-mel masih masuk. Idea perniagaan pula datang ketika semua orang sudah tidur.

rutin tidur awal

Masalahnya, otak juga memerlukan masa untuk berehat.

Rutin tidur yang konsisten boleh menjadi salah satu bentuk pengurusan diri yang paling mudah tetapi sering diabaikan.

Sebelum tidur, usahakan untuk mengurangkan penggunaan skrin dan cahaya terang, khususnya apabila ia menyebabkan kita terus terangsang dengan kerja, media sosial atau notifikasi.

Kadangkala masalahnya bukan kita tidak mempunyai masa untuk tidur.

Kita tidak pernah benar-benar berhenti bekerja.

4. Rutin Travel dan Melihat Dunia

Travel juga boleh menjadi satu bentuk “reset” daripada rutin.

Bagi usahawanita yang sentiasa membuat keputusan untuk syarikat, pekerja dan keluarga, perjalanan seorang diri boleh memberikan ruang untuk membuat keputusan berdasarkan diri sendiri.

Tidak perlu sentiasa memilih destinasi popular.

rutin melancong wanita

Asia Tengah, misalnya, menawarkan pengalaman yang berbeza, Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan dan negara-negara lain mempunyai sejarah, budaya dan landskap yang jauh berbeza daripada destinasi pelancongan biasa.

Solo travel juga tidak semestinya bermaksud melarikan diri daripada kehidupan.

Kadangkala ia sekadar memberikan seseorang ruang untuk melihat kehidupan dari perspektif yang berbeza.

Namun, perjalanan perlu dirancang mengikut kemampuan kewangan, keselamatan dan keadaan diri. Travel yang menambahkan hutang atau tekanan bukanlah self-care.

5. Rutin Beribadah & Kebajikan

Bagi wanita Muslim, pengurusan kehidupan tidak semestinya berhenti pada aspek fizikal dan psikologi.

Ia juga mempunyai dimensi spiritual.

rutin beribadah wanita

Solat, membaca al-Quran, menghadiri kelas ilmu, melakukan amal jariah, menunaikan umrah atau haji boleh menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan yang memberikan ruang untuk seseorang kembali mengingati tujuan hidup yang lebih besar daripada pekerjaan.

Ini juga memberikan perspektif kepada dunia keusahawanan.

Syarikat boleh berkembang. Duit boleh bertambah. Jawatan boleh berubah. Tetapi kehidupan tetap mempunyai dimensi yang lebih luas daripada keuntungan.

Baca : Perangai Wanita Malaysia Selepas Dapat Gaji

Bagi sesetengah usahawanita, amal jariah juga menjadi cara untuk menukar sebahagian daripada kejayaan material kepada sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain.

Alhasil

Menjadi usahawanita moden bukan sekadar tentang membina syarikat dan mencapai keuntungan.

Ia juga tentang kemampuan untuk terus berfungsi sebagai seorang individu, sebagai wanita, ibu, isteri, anak, pemimpin dan manusia yang mempunyai keperluan emosi serta fizikal sendiri.

Sebab itu rutin kecantikan, senaman, tidur, travel dan ibadah tidak sepatutnya dilihat sebagai aktiviti yang membuang masa daripada pekerjaan.

Sebaliknya, ia boleh menjadi sebahagian daripada cara seseorang membina kehidupan yang lebih seimbang.

Pada akhirnya, perniagaan yang berjaya memerlukan seorang pemimpin yang mampu bertahan dalam jangka panjang.

Baca : Kisah Emas Dan Wanita Kelantan

Usahawanita tidak perlu memilih antara kejayaan dan kesejahteraan diri. Yang lebih penting ialah belajar mengurus kedua-duanya.