Emas Bangkok Kesukaan Ramai, Tapi Ada Nilai Tak?

Sudah menjadi lumrah, emas merupakan salah satu barang perhiasan yang menjadi kegilaan para wanita di luar sana. Ramai yang memilih emas Bangkok sebagai perhiasan kerana harganya yang sangat murah.

Mari kami kongsikan tentang emas Bangkok ada nilai tak sebenarnya? Ramai yang nak, asal ada dan cantik sahaja. Mungkin ada di kalangan kita yang tahu tentang emas Bangkok ini namun tidak mengetahui secara lebih mendalam mengenainya.

Tahukah anda, Emas Bangkok merupakan emas sadur yang berkualiti tinggi yang dihasilkan di Bangkok, Thailand. Sebab itulah ia dipanggil dengan nama emas Bangkok.

Kualiti

Emas Bangkok ini disadur dengan sangat persis dengan emas 916 atau emas 999. Apabila kita memandangnya dengan sekilas pandang, kita tidak akan menyangka ia adalah emas Bangkok.

Reka bentuknya telah ditiru atau ‘copy ori’ daripada segi reka bentuk dan warnanya. Daripada segi kualiti, ia lebih cantik dan berkualiti daripada emas Korea.

Bahan Asas

Bahan asas dalam pembuatan emas ini adalah daripada aloi tembaga dan saduran syiling emas 999 yang juga dikenali dengan emas sadur 18k. Ia juga dikenali dengan nama emas sadur 18k Bangkok.

Daripada segi kelasakannya, ia mampu bertahan lebih daripada 5 tahun bergantung dengan ketebalan saduran emas, cara penjagaan dan pemakaian emas tersebut.

Ramai pelanggan yang mengatakan bahawa emas Bangkok ini lebih tumpat, berkualiti dan sukar dibezakan dengan emas 916 seperti yang kita perkatakan tadi. Apabila emas ini pudar, ianya boleh dicelup atau disadur kembali untuk mengembalikan kilauannya.

Emas ini juga dikatakan tidak membuatkan si pemakai terasa gatal seperti emas saduran yang lain.

Nilai

Daripada segi nilai pula, emas Bangkok ini tidak mempunyai harga berbanding dengan emas 916 dan emas 999. Tetapi bagi kebanyakan para wanita, emas ini sesuai untuk dijadikan sebagai barangan perhiasan mereka.

Kesimpulannya, emas Bangkok ini murah dan mampu dimiliki oleh semua orang. Namun, ia tidak boleh dijadikan sebagai simpanan atau pelaburan.

Jadi, ianya sesuai untuk mereka yang suka memakai barangan kemas dengan bajet yang rendah.

Sumber Rujukan:

Ambil tahu juga perbezaan di antara barang kemas dengan gold bar atau dinar.

Jom mulakan simpanan emas patuh syariah dengan KAB Gold hari ini juga.

This image has an empty alt attribute; its file name is kab-gold-uncang-emas-800-700x990.jpg

Dengan minimum pembelian 0.25 gram emas atau serendah RM67.50 (berdasarkan harga emas RM270 segram), semuanya boleh dilakukan secara online.

Prosesnya sangat mudah:

Kemudian dah boleh login dan buat pembelian pertama anda hari ini juga.

This image has an empty alt attribute; its file name is kab-gold1-700x390.jpg

Daftar secara percuma di KAB Gold sekarang.

Previous ArticleNext Article

Harga Emas Tinggi Jejas Permintaan Terhadap Barang Kemas – Tomei

KUALA LUMPUR: Harga emas mencapai kemuncak awal tahun ini sebelum pembetulan dan kini dijangka kekal dalam lingkungan harga yang sama sehingga terdapat kepastian dalam pasaran.

Pengarah Urusan Tomei Consolidated Bhd, Datuk Ng Yih Pyng, berkata walaupun Tomei kekal positif terhadap emas dalam jangka masa panjang, harga yang tinggi menjejaskan permintaan barang kemas kerana pengguna menjadi lebih sensitif terhadap harga, manakala permintaan untuk produk pelaburan emas seperti wafer, syiling dan bar kilo telah meningkat.

“Dari segi margin, Tomei membuat jualan berasaskan nilai pasaran semasa dan tidak mengamalkan lindung nilai untuk inventorinya, selain syarikat membeli semula kuantiti emas yang setara setiap hari selepas jualan dibuat,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan ke-21 syarikat itu

Sementara itu, beliau berkata platform emas digital Tomei, GoldNow yang dilancarkan secara tidak rasmi sebelum Tahun Baru Cina telah mencatatkan pengambilan yang menggalakkan walaupun sumbangannya kekal kecil iaitu kurang daripada satu peratus daripada jumlah perolehan kumpulan.

Dalam perkembangan lain, Tomei menjangkakan bakal mencatatkan peningkatan bersih daripada satu cawangan kepada dua cawangan menjelang akhir tahun ini, memandangkan peruncit barangan kemas itu mengambil strategi perluasan yang berwaspada namun selektif di tengah-tengah persekitaran pasaran yang tidak menentu.

Yih Pyng berkata, syarikat itu kini mengendalikan 63 cawangan dan sedang berbincang dengan beberapa pusat beli-belah untuk potensi pengembangan.

Bagaimanapun, beliau berkata Tomei mungkin menangguhkan beberapa pembukaan yang dirancang dan turut mengkaji semula prestasi cawangan sedia ada.

“Kami sedang berbincang dengan beberapa pusat beli-belah mengenai pengembangan tetapi mungkin perlu menangguhkan sebahagian daripada pengembangan berikutan situasi semasa di Asia Barat.

“Kami mungkin membuka beberapa outlet dan menutup beberapa cawangan yang tidak berprestasi, namun peningkatan bersih tidak akan lebih daripada satu atau dua,” katanya.

Beliau berkata, Tomei kekal berhati-hati mengenai prospek jangka pendek, memandangkan suku kedua dan ketiga dijangka lebih perlahan susulan musim perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Raya telah berakhir.

Menurutnya, sentimen pasaran juga telah menjadi lebih perlahan, tetapi syarikat akan terus memantau keadaan dengan teliti dan memperkenalkan rangkaian produk baharu untuk menyokong permintaan.

Sementara itu, Pengerusi Tomei, Raja Tan Sri Aman Raja Ahmad, berkata kumpulan itu kekal fokus untuk mengekalkan nisbah hutang yang sihat dan aliran tunai kukuh dan menilai peluang perniagaan baharu dengan lebih teliti.

“Menggunakan analogi bola sepak, ini adalah fasa bertahan bukannya fasa menyerang untuk menjaringkan gol. Kami perlu memastikan nisbah hutang berada dalam keadaan baik dan aliran tunai kekal kukuh,” katanya.

-BERNAMA