Proton Lancar Kempen Servis Rahmah Dengan Pakej Berharga RM150

PUTRAJAYA, 12 April (Bernama) — Pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd hari ini melancarkan Kempen Proton Rahmah 2023 untuk menggalakkan pemilik menghantar kenderaan mereka ke pusat servis yang bertauliah bagi pemeriksaan keselamatan 40 mata percuma dan pakej servis berharga RM150.

Kempen yang bermula hari ini hingga 31 Mei itu dilancarkan bagi menyahut inisiatif kerajaan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup golongan berpendapatan rendah. 

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz  berkata pemilikan kenderaan adalah penting untuk kehidupan seharian ramai rakyat Malaysia dan perbelanjaan yang berkaitan dengannya, seperti pembayaran balik pinjaman bank, minyak, tol dan penyelenggaraan adalah komponen utama perbelanjaan isi rumah.

Beliau berkata menerusi pelancaran kempen itu, pemilik Proton terutama golongan B40 akan dapat memeriksa kenderaan mereka secara percuma dan membeli pakej servis mampu milik, yang akan meringankan beban kewangan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Saya berbesar hati kerana Proton merupakan syarikat automotif pertama yang menyokong inisiatif kerajaan, dan saya berharap jenama lain akan mengikutinya untuk mengurangkan kos sara hidup mereka yang paling memerlukannya,” katanya ketika melancarkan kempen itu di sini, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Roslan Abdullah berkata keputusan Proton untuk melancarkan kempen itu adalah selaras dengan usaha syarikat untuk menawarkan nilai tambahan kepada pelanggan dan penting untuk menyediakan produk dan perkhidmatan mampu milik kepada orang ramai.

“Kempen inklusif ini memastikan kos dikongsi secara sama rata antara Proton Edar dan pengedar kami sebagai sebahagian daripada aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)  dan kami berharap dengan kempen ini, pemilik digalakkan servis kereta mereka di pusat servis yang bertauliah sebelum memulakan perjalanan balik kampung semasa tempoh perayaan,” katanya.

Kempen Proton Rahmah 2023 menyasarkan kepada pemilik Proton Persona, Proton Iriz, Proton Exora, Proton Saga, serta model-model terdahulu termasuk Proton Inspira, Proton Waja dan Proton Wira.

— BERNAMA

Previous ArticleNext Article

Proton Bakal Lancar EV Kedua, e.MAS 5 Pada Suku Keempat 2025

SERDANG, 8 Mei (Bernama) — Proton New Energy Technology Sdn Bhd (Pro-Net), anak syarikat milik penuh Proton Holdings Bhd, bakal melancarkan model kenderaan elektrik (EV) terbarunya, e.MAS 5 pada suku keempat 2025.

Ketua Pegawai Penjenamaan Pro-Net Salawati Mohd Yusoff berkata EV terkini itu berbeza daripada model pertama mereka iaitu e.MAS 7, dari segi segmen kerana EV sebelumnya adalah kenderaan utiliti sukan kompak (C-SUV), manakala e.MAS 5 dikategorikan sebagai hatchback segmen B.

“Sehubungan itu, dari segi saiz, e.MAS 5 adalah jauh lebih kompak berbanding e.MAS 7… dan kami akan menawarkan lima pilihan warna yang berbeza untuk model ini.

“Dari segi harga, kami belum boleh mendedahkannya buat masa ini, tetapi secara amnya model-model e.MAS kami berharga melebihi RM100,000. Kami berharap untuk menetapkan harga EV terbaru ini dengan lebih baik dan mampu milik,” katanya kepada Bernama pada acara Malaysia Autoshow 2025 di sini hari ini.

Salawati berkata e.MAS 5 akan ditawarkan dalam dua varian — model Prime dengan jarak perjalanan sejauh 345 kilometer dan model Premium yang menawarkan jarak sehingga 410 kilometer.

Beliau berkata syarikat yakin EV terbaharu itu akan diterima baik di pasaran memandangkan sambutan yang menggalakkan terhadap model EV pertamanya.

Ini kerana rakyat Malaysia semakin menunjukkan minat dan keterbukaan untuk beralih kepada EV, katanya.

Setakat ini, sebanyak 2,700 unit e.MAS 7 telah terjual sejak pelancarannya pada Disember tahun lalu, katanya.

Malaysia Autoshow 2025 yang memasuki tahun ketiga penganjurannya, menampilkan 200 pempamer dan lebih 500 kenderaan.

— BERNAMA

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee