Proton Lancar Sedan Baharu S70

KUALA LUMPUR, 1 Nov  (Bernama) — Syarikat pembuat kereta Proton Holdings Bhd secara rasmi melancarkan Proton S70, model sedan baharu yang pertama ditambahkan ke barisan model Proton semenjak pelancaran Proton Persona pada Ogos 2016.

Model ini akan dihasilkan di kilang di Tanjong Malim, Perak.

Majlis penyerahan dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan, dan Perindustrian (MITI), Datuk Hairil Yahri Yaacob. 

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Dr Li Chunrong berkata Proton S70 mencatatkan bab baru bagi Proton kerana kembali ke pasaran sedan keluarga.

“Kami meletakkan harapan tinggi bahawa ia akan menjadi popular dalam kalangan peminat Proton yang sedia ada dan baharu, serta membantu kami kembali ke puncak segmen pasaran yang sebelum ini diterajui oleh model seperti Proton Wira, Waja, dan Prevé.

“Upacara penyerahan hari ini adalah satu lagi langkah penting bagi Proton dalam usaha kami bersama DRB-HICOM Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd untuk menjadikan Tanjong Malim dan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) sebagai hab automotif kebangsaan,” katanya.

Sejak tahun 2019, syarikat telah melabur lebih  RM1.8 bilion bagi menaik taraf kemudahan di Tanjung Malim.

“Ini memberi harapan yang baik untuk masa depan syarikat, kerana kami berhasrat untuk mengembangkan rangkaian penawaran untuk merangkumi lebih banyak Kenderaan Tenaga Baru (NEV) dan juga, kenderaan elektrik,” katanya.

— BERNAMA

Previous ArticleNext Article

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.