Rugi Dalam Pelaburan Saham Boleh Memendekkan Umur?

Pasaran saham boleh membuatkan kita pendek umur? Macam pelik je kenyataan ini…

Sebenarnya ajal maut itu tiada siapa yang tahu, melainkan Allah.

Tetapi mengikut satu kajian, kadar kematian pelabur saham adalah lebih tinggi berbanding dengan orang biasa yang tidak melabur saham. Dah kenapa pula tu?

Jiwa Tak Tenang

Pasaran saham memang terkenal dengan ketidaktentuan. Ada saja perkara yang tidak diduga boleh berlaku di dalam pasaran yang menyebabkan harga saham yang dijangka akan naik tiba-tiba turun dengan mendadak.

Kaitan di antara umur dan pelaburan saham ini bukanlah berkadar langsung tetapi ia mempengaruhi secara tidak langsung melalui penyakit yang dihadapi oleh para pelabur saham.

Antara penyakit yang sinonim dengan pelabur saham yang menjejaskan kesihatan mereka adalah tekanan darah tinggi dan juga tekanan perasaan. Kesihatan seseorang pelabur dan juga pasaran salam mempunyai kaitan di antara satu sama lain.

Menurut kajian yang dilakukan oleh University of California-San Diego ke atas Hospital California, setiap kali pasaran saham jatuh sebanyak 25%, bilangan pesakit yang memasuki hospital akan meningkat sebanyak 5% akibat daripada penyakit tekanan perasaan yang melampau, dan kemurungan.

Selain itu juga, mengikut kajian yang dilakukan oleh Hannes Schwandt yang merupakan seorang pembantu Profesor di Universiti Zurich; jika seseorang itu kehilangan 10% dalam pasaran saham, ia akan menjejaskan kesihatan mental mereka sebanyak 2% ke 3%.

Para pelabur akan berasa sangat kecewa apabila saham yang dibeli itu jatuh, tidak seperti yang mereka jangkakan.

Lebih Takut Rugi Berbanding Seronoknya Untung

Secara psikologinya, manusia akan lebih merasai kehilangan berbanding dengan apa yang mereka dapat.

Sebagai contoh, kehilangan wang pelaburan sebanyak USD100 adalah dua kali ganda lebih perit berbanding mendapat keuntungan USD100 di dalam pasaran saham.

Selain daripada tekanan darah tinggi dan tekanan perasaan, serangan jantung juga berkait rapat dengan keadaan pasaran saham. Ramai di antara pelabur yang mengalami serangan jantung apabila harga saham menurun kerana tidak dapat mengawal perasaan.

Cara yang selamat adalah kita perlu membuat trading plan yang sistematik bagi mengelakkan diri daripada hilang wang pelaburan, yang seterusnya membawa kepada tekanan perasaan yang teruk.

Langkah yang terbaik untuk mengurangkan kesan yang teruk semasa membuat pelaburan adalah dengan cut loss sekiranya saham yang dibeli itu tidak seperti yang kita jangkakan. Pada awalnya kita ingat harga saham akan naik, tapi harga saham jatuh pula.

Mengikut lagenda pelabur tersohor dunia, William J. O’Neil mencadangkan agar pelabur melakukan cut loss bila saham yang kita beli itu jatuh di antara 7%-8% daripada nilai asal.

Mengapa Rugi 7%-8% Perlu Cut Loss?

Photo by Download a pic Donate a buck! ^ from Pexels

Sebenarnya angka tersebut adalah hasil kajian yang dilakukannya dengan melihat pengerakan saham selama 130 tahun.

Beliau membuat kesimpulan sekitranya harga saham jatuh sebanyak 7%, untuk harga saham rebound dalam tempoh yang singkat adalah sukar dan kemungkinan besar syarikat tersebut sedang mengalami masalah dalaman yang teruk.

Sebagai seorang pelabur yang bijak, kita perlu cut loss pada ketika itu untuk menyelamatkan modal dan bersedia untuk merebut peluang seterusnya.

“You don’t want to take a losss, so you wait and you hope, until your loss gets so large it costs you dearly. This is by far the number one mistake most investors make.”

– Wiliam J. O’Neil

Kesimpulannya, sebelum nak melabur dalam pasaran saham, kita mesti bersedia daripada segi mental selain daripada tidak berhutang untuk melabur. Pastikan kita guna duit lebihan yang sanggup untuk kita ‘lebur’ sepenuhnya, barulah kita tak rasa tertekan bila rugi.

Ingat, pasaran saham adalah tempat untuk kita menggandakan duit dan bukannya tempat untuk kita mendapat penyakit.

Sumber Rujukan:

Untung rugi itu biasa dalam pelaburan. Tetapi orang kita lebih suka benda yang confirm untung. Maaflah, lebih baik jangan terlibat dalam pelaburan saham. Anda belum bersedia.

Ada banyak bahan bacaan percuma yang ajar benda-benda asas untuk melabur di pasaran saham. Nak Google semua memang memakan masa.

Pernah dengar tentang buku Malaysia Melabur Saham? Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat dalam pelaburan saham tetapi “ZERO” buku ini teramat sesuai.

This image has an empty alt attribute; its file name is 210115-MMS-Thumbnail-700x468.jpg

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

  • Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang.
  • Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?
  • Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa -> Buku Malaysia Melabur Saham

Previous ArticleNext Article

3,033 Kerusi Urut, RM40 Juta Setahun: Cerita IPO RNG Tech

Sumber : https://restngo.com.my/

Syarikat di sebalik jenama ‘Rest N Go’, RNG Tech Berhad, kini bersedia untuk disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia. Menurut laporan daripada The Edge dan Bernama, RNG Tech telah mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia untuk penyenaraian awam awal (IPO).

RNG Tech mengendalikan rangkaian terbesar kerusi urut automatik di Malaysia di bawah jenama ‘Rest N Go’. Walaupun ramai yang anggap kerusi urut ini nampak jarang digunakan, model perniagaan mereka sebenarnya menghasilkan pendapatan yang konsisten dan margin keuntungan yang tinggi.

Para suami mesti biasa nampak kerusi urut “Rest N Go” ni dekat mall. Port wajib bila isteri tengah shopping 3 jam. RM10 untuk 10 minit. Kadang-kadang baru nak lena, isteri dah call: “Abang, tolong pegang beg kejap.”

3,033 Kerusi Urut, RM40 Juta Setahun

RNG Tech mengendalikan 3,033 kerusi urut automatik di seluruh Malaysia, dari pusat beli-belah hingga lapangan terbang. Setiap kerusi nampak tak sibuk, tapi secara purata hasilkan kira-kira RM36 sehari bersamaan lebih kurang 36 minit penggunaan sehari.

Kalau dikumpul semua, hasil keseluruhan cecah RM40.3 juta setahun, dengan margin untung bersih 36%. Maknanya setiap RM100, syarikat untung RM36.

Kenapa RNG Tech Nak IPO?

Secara ringkasnya, dana akan digunakan untuk :

  • Menambah lagi kerusi urut baharu di lokasi strategik : R&R, lapangan terbang, hospital dan universiti.
  • Modal kerja untuk menyokong pertumbuhan, penyelenggaraan, deposit sewaan tapak, dan operasi.
  • Menaik taraf sistem pengurusan mesin (MRS & SPI) supaya proses kutipan, penyelenggaraan dan data lebih automatik.
  • Pembayaran balik pinjaman / kurangkan liabiliti bagi memperkemas struktur kewangan.
  • Membina kredibiliti & jenama antarabangsa — sebab penyenaraian IPO beri kepercayaan pada rakan niaga dan pelabur asing.

Bisnes Skala, Bukan Sekadar Satu Kerusi

Model bisnes RNG Tech bukan bergantung pada satu lokasi. Ia bergantung pada kuantiti dan capaian. Walaupun setiap kerusi tak digunakan lama, syarikat masih boleh buat untung sebab ribuan kerusi beroperasi secara serentak. Sama konsep macam vending machine atau ATM. Setiap satu sumbang sedikit, tapi bila dikali beribu unit, jumlahnya menjadi luar biasa.

Kesimpulan: Bisnes Senyap, Duit Banyak

Kadang-kadang bisnes yang nampak kecil, senyap atau ‘tak glamor’ inilah yang kukuh. Tak perlu hype, tak perlu viral. Cukup dengan model automatik, margin tinggi dan aliran tunai stabil.

Kerusi urut ni nampak kosong dari jauh, tapi dalam senyap… dia tengah buat duit.

Baca lagi prospektus RNG Tech di laman web Bursa Malaysia.

Bila boleh mohon IPO RNG? Buat masa ini, RNG Tech telah memfailkan prospektus exposure untuk penyenaraian di Pasaran ACE. Tarikh rasmi belum diumumkan.

Penafian (Disclaimer) : Maklumat dalam artikel ini bertujuan untuk pendidikan umum dan bukan nasihat pelaburan. Semua angka (contoh: hasil, margin, bilangan kerusi) adalah berdasarkan dokumen prospektus dan laporan media yang diyakini dan boleh berubah dari semasa ke semasa. MajalahLabur dan penulis tidak menerima sebarang imbuhan/penajaan untuk artikel ini dan tidak mempunyai kepentingan langsung dalam sekuriti yang disebut, melainkan dinyatakan.