
Memang ramai yang sanggup berbelanja ribuan ringgit untuk menyewa kenderaan mewah. Ada yang ingin bergaya ketika Hari Raya atau semasa resepsi majlis perkahwinan. Ada juga yang ingin menghasilkan content di media sosial.
Apa sahaja alasan anda menyewa kereta mewah ini,apa yang penting amalkan pemanduan berhemah ketika berada di jalan raya.
Lagi satu, dah guna kereta mewah tu janganlah sapu minyak subsidi. Isilah RON97.
Antara barisan kenderaan mewah yang orang suka sewa termasuklah Bugatti, Ferrari, Porsche, Bentley, McLarens, Rolls-Royces, Ford Mustang, dan Lamborghini.
Kereta paling popular disewa oleh peniaga MLM adalah Ford Mustang yang berharga RM1,500 sehari.

Kereta McLaren pula boleh disewa dengan berharga RM5,000 sehari.

Manakala kereta Bentley pula boleh disewa dengan berharga RM6,000 sehari.

Minat kereta Ferrari? Kereta ini pula boleh disewa dengan harga RM5,000 sehari.

Sebut saja nama Lamborghini rasanya semua dah boleh bayang bentuk badannya yang cukup agresif lagi mengancam. Kereta ini pula boleh disewa dengan harga RM8,500 sehari.

Bugatti ‘memilih’ siapa yang layak untuk memiliki kereta ini. Orang b iasa-biasa memang tak boleh beli. Kalau dapat pegang stereng kereta mewah ini pun jadi lah, kan? Kereta ini pula boleh disewa dengan harga RM100,000 sehari!

Semua kereta mewah di atas belum tentu lagi boleh naik tetapi yang terakhir ini satu hari nanti mesti kena naik walaupun kita tak mahu. Dan dalam banyak-banyak kereta sewa di atas, sewa van jenazah juga untung sebab dengan RM150 dapat sekali dengan driver.

@majalahlabur Agak-agak kereta apa paling mahal nak sewa? #fyp #sabahmotorday #TikTokGuru #JomBelajar #LearnOnTikTok #majalahlabur ♬ original sound – Majalah Labur