Tips Selesaikan Pembiayaan Kereta Dengan Cepat

Siapa yang beli kereta secara pembiayaan, membayar ansuran bulanan kereta sudah tentu menjadi perkara wajib bagi setiap bulan. Tetapi pernahkah anda terfikir untuk menyelesaikan pembiayaan kereta secara cepat dan pantas?

Selalunya, untuk menyelesaikan pembiayaan kereta secepatnya adalah dengan cara membayar jumlah ansuran kereta dengan jumlah yang lebih banyak. Selain itu, terdapat beberapa cara lain untuk menyelesaikan pembiayaan kereta dengan cepat yang boleh kita lakukan.

Untuk membayar ansuran kereta dengan jumlah yang lebih besar setiap bulan adalah tidak mampu dilakukan oleh semua orang kerana setiap daripada kita memiliki jumlah pendapatan yang berbeza. Jadi, bagaimanakah cara untuk menyelesaikan pembiayaan kereta dengan cepat? 

Jom lihat beberapa tips bayar ansuran kereta dengan cepat yang perlu dicuba.

  1. Jangan Biar Tertunggak Untuk Membayar Ansuran Bulanan Kereta

Biasanya pemilik syarikat kenderaan atau pihak pemberi pinjaman akan membenarkan anda untuk melangkaui ansuran bulanan kereta dalam tempoh satu atau dua kali setahun. Pastikan anda tidak termakan dengan pujuk rayu mereka untuk melangkaui pembayaran tersebut kerana ia akan memanjangkan lagi tempoh pembiayaan tersebut. 

Selain itu, dengan melangkaui bayaran ansuran bulanan kereta tersebut, anda pasti akan dikenakan pelbagai caj faedah yang lain.

Oleh itu, jangan biarkan bayaran ansuran bulanan kereta anda tertunggak. Membayar ansuran kereta secara tetap setiap bulan akan menyelesaikan pembiayaan tersebut dengan lebih cepat.

  1. Jangan Memanjangkan Tempoh Pembiayaan Kereta

Biasanya masyarakat kita suka untuk mendapatkan jumlah ansuran bulanan yang sangat rendah dengan memanjangkan tempoh pembiayaan kereta mereka. Namun perlu diketahui bahawa dengan memanjangkan tempoh pembiayaan kereta, ia akan membuatkan jumlah pembiayaan tersebut semakin bertambah. Jadi, jangan sesekali panjangkan tempoh pembiayaan kereta tetapi bayarlah mengikut tempoh sependek yang mungkin.

  1.  Dapatkan Pendapatan Sampingan

Bagi anda yang mempunyai banyak waktu, anda boleh membuat kerja secara sampingan untuk menyelesaikan pembiayaan kereta dengan cepat. Biasanya kerja secara sampingan ini tidak memerlukan komitmen yang terlalu tinggi dan boleh dilakukan ketika mempunyai waktu terluang ataupun ketika cuti mingguan. 

Penting sekali, pekerjaan tersebut mestilah seiring dengan minat dan juga kemahiran yang dimiliki. Antara kerja sampingan yang boleh dilakukan adalah menjual barang secara atas talian, menjual makanan, menjadi pemandu e-hailing, tutor secara atas talian dan lain-lain lagi.

  1.  Membuat Simpanan

Membuat simpanan juga merupakan antara cara untuk selesaikain pembiayaan kereta dengan cepat. Jika anda membuat simpanan sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan bulanan anda, anda boleh menambah bayaran ansuran bulanan kereta anda dengan jumlah yang lebih banyak. 

Semakin banyak jumlah ansuran bulanan yang dibayar, semakin cepatlah tempoh waktu untuk menyelesaikan pembiayaan tersebut.

  1.  Genapkan Bayaran Ansuran

Selain itu, cara cepat untuk menyelesaikan pembiayaan kereta adalah dengan menggenapkan jumlah ansuran bulanan yang perlu dibayar. Dengan menggenapkan bayaran pembiayaan, anda tidak akan mempunyai sebarang tunggakan ansuran.

Tunggakan hutang akan melambatkan tempoh masa untuk keseluruhan pembiayaan kereta tersebut dilunaskan. Selain itu, faedah juga tidak akan dikenakan untuk anda yang sering membayar ansuran bulanan kereta secara genap.

  1. Dapatkan Insurans/Takaful Kereta Yang Lebih Murah

Bagi menyelesaikan pembiayaan kereta dengan cepat, anda juga mungkin boleh mendapatkan insurans kereta yang lebih murah. Semakin murah insurans kereta, maka semakin jimatlah wang yang ada untuk membayar ansuran bulanan kereta dengan cepat. Namun perlu diingatkan juga, tidak semua insurans yang murah itu mampu melindungi apa yang diinginkan oleh anda.

Seelok-eloknya, pastikan insurans yang dipilih oleh anda tidak terlalu membebankan dalam membiayai kereta tersebut. Jika anda kurang yakin dengan pelan insurans yang bersesuaian dengan anda, anda boleh rujuk kepada ejen insurans di kawasan anda.

  1.  Membayar Ansuran Kereta Dengan Memajak Emas

Adakah anda mempunyai banyak emas perhiasan yang jarang digunakan? Jika ya, anda mungkin boleh memajak emas tersebut untuk menyelesaikan pembiayaan kereta dengan cepat. Cara ini boleh dikatakan antara cara yang berkesan kerana dapat menjimatkan tempoh pembiayaan kereta tersebut.

Selain itu, kadar faedah untuk tebus balik emas yang dipajak tersebut lebih rendah berbanding dengan faedah ansuran kereta. Jadi, bagi anda yang mempunyai emas yang banyak, tips ini boleh anda cuba untuk menjelaskan ansuran bulanan kereta dengan cepat.

  1. Menyediakan Bajet Kewangan

Tips terakhir untuk menyeleaikan pembiayaan kereta dengan cepat juga adalah dengan menyediakan bajet kewangan. Dengan mempunyai bajet kewangan, ia akan membantu anda menyelesaikan pembiayaan kereta anda dengan lebih cepat. 

Walaupun tidak ramai yang mampu mengikuti bajet kewangan dengan konsisten, tetapi percayalah dengan mengikuti bajet kewangan yang dirancang, ia dapat menyelamatkan kewangan anda dari masa ke semasa.

Kesimpulannya, tips yang kami senaraikan di atas mungkin boleh digunakan oleh anda yang ingin menyelesaikan pembiayaan kereta dengan cepat. Paling penting, pastikan jumlah yang dikenakan sebagai ansuran bulanan kereta anda itu tidak membebankan dalam kehidupan anda. 

Janganlah kerana mahukan kereta yang mewah, sehinggakan kehidupan anda merana seperti pepatah lama ‘biar papa, asal bergaya’.


Rujukan: https://www.cimb.com.my/bm/personal/life-goals/planning-for-my-future/nak-bayar-hutang-dengan-cepat-gunakan-4-teknik-efektif-ini.html

Previous ArticleNext Article

Pengurusan Kesihatan Mental Untuk Usahawanita Moden

usahawanita moden
  • Rutin pengurusan kesihatan mental untuk usahawanita moden
  • Usahawan wanita yang mengurus perniagaan sambil memikul tanggungjawab peribadi
  • Kehidupan moden yang pantas dan kompetitif menyebabkan wanita mudah kemurungan
  • Kesihatan mental yang baik membantu wanita urus tekanan & kekalkan produktiviti kerja

Wanita hari ini bukan lagi sekadar berada di belakang tabir dalam dunia perniagaan. Mereka menjadi pengasas syarikat, pelabur, profesional, pemilik SME dan peneraju pelbagai industri.

Namun, kejayaan tersebut datang bersama tekanan yang mungkin tidak kelihatan.

Bagi sesetengah wanita, selepas tamat waktu pejabat, tanggungjawab belum selesai. Masih ada anak yang perlu diurus, pasangan, keluarga, rumah dan pelbagai keputusan yang perlu dibuat.

Sebab itu kesihatan mental wanita tidak boleh dilihat sebagai isu sampingan.

Baca : Wanita Malaysia Jana Lebih RM176 Juta Pada 2022 Sebagai Hos – Airbnb

Data Kementerian Kesihatan Malaysia melalui NHMS 2023 menunjukkan kira-kira satu daripada lapan rakyat Malaysia berusia 15 tahun ke atas mengalami kemurungan, dan prevalens kemurungan meningkat dua kali ganda berbanding 2019.

Lebih menarik untuk konteks usahawan, satu kajian terhadap rakyat Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan simptom kemurungan yang lebih tinggi, manakala tekanan menjadi antara faktor penting yang berkait dengan simptom tersebut.

“Kajian terhadap 728 orang dewasa di Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan tahap simptom kemurungan lebih tinggi, dengan tekanan & status sebagai pemilik perniagaan menjadi antara peramal signifikan simptom kemurungan.”National Library of Medicine

Baca : Pelaburan Bantu Wanita Boleh Wujud Kesan Beriak Bawa Pelbagai Manfaat

Ini bukan bermaksud menjadi usahawan menyebabkan kemurungan. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa tekanan keusahawanan dan kesihatan mental wajar diberi perhatian.

Jadi, apakah rutin yang boleh membantu usahawanita moden menjaga kesihatan mental mereka?

1. Rutin Bersenam

Senaman bukan hanya untuk menurunkan berat badan.

Bagi usahawanita yang menghabiskan sebahagian besar hari di hadapan komputer, dalam mesyuarat atau mengurus operasi perniagaan, aktiviti fizikal boleh menjadi ruang untuk keluar seketika daripada tekanan kerja.

rutin bersenam wanita

Tidak semestinya perlu melakukan senaman berat.

Berjalan kaki, berenang, berlari, berbasikal atau melakukan latihan kekuatan secara konsisten sudah boleh menjadi sebahagian daripada rutin.

Yang penting ialah konsistensi, bukan intensiti semata-mata.

Bahkan, menjadikan senaman sebagai rutin mingguan boleh memberikan satu bentuk struktur kepada kehidupan yang mungkin dipenuhi jadual kerja yang tidak menentu.

2. Rutin Penjagaan Diri

Ada satu perkara yang sering berlaku kepada wanita yang terlalu sibuk.

Mereka menjaga semua orang kecuali diri sendiri.

rutin penjagaan diri wanita

Bagi sebahagian wanita, rawatan kecantikan bukan sekadar mahu kelihatan lebih muda atau cantik. Ia juga boleh menjadi masa untuk berhenti seketika daripada rutin kerja.

Namun, penting untuk membezakan self-care daripada tekanan untuk sentiasa kelihatan sempurna.

Penjagaan diri sepatutnya membantu seseorang berasa lebih baik tentang dirinya, bukan menambahkan tekanan untuk memenuhi standard kecantikan tertentu.

3. Rutin Tidur Awal

Usahawan mungkin terkenal dengan bekerja sehingga lewat malam.

Laptop dibuka selepas anak tidur. Telefon masih berbunyi dengan WhatsApp pelanggan. E-mel masih masuk. Idea perniagaan pula datang ketika semua orang sudah tidur.

rutin tidur awal

Masalahnya, otak juga memerlukan masa untuk berehat.

Rutin tidur yang konsisten boleh menjadi salah satu bentuk pengurusan diri yang paling mudah tetapi sering diabaikan.

Sebelum tidur, usahakan untuk mengurangkan penggunaan skrin dan cahaya terang, khususnya apabila ia menyebabkan kita terus terangsang dengan kerja, media sosial atau notifikasi.

Kadangkala masalahnya bukan kita tidak mempunyai masa untuk tidur.

Kita tidak pernah benar-benar berhenti bekerja.

4. Rutin Travel dan Melihat Dunia

Travel juga boleh menjadi satu bentuk “reset” daripada rutin.

Bagi usahawanita yang sentiasa membuat keputusan untuk syarikat, pekerja dan keluarga, perjalanan seorang diri boleh memberikan ruang untuk membuat keputusan berdasarkan diri sendiri.

Tidak perlu sentiasa memilih destinasi popular.

rutin melancong wanita

Asia Tengah, misalnya, menawarkan pengalaman yang berbeza, Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan dan negara-negara lain mempunyai sejarah, budaya dan landskap yang jauh berbeza daripada destinasi pelancongan biasa.

Solo travel juga tidak semestinya bermaksud melarikan diri daripada kehidupan.

Kadangkala ia sekadar memberikan seseorang ruang untuk melihat kehidupan dari perspektif yang berbeza.

Namun, perjalanan perlu dirancang mengikut kemampuan kewangan, keselamatan dan keadaan diri. Travel yang menambahkan hutang atau tekanan bukanlah self-care.

5. Rutin Beribadah & Kebajikan

Bagi wanita Muslim, pengurusan kehidupan tidak semestinya berhenti pada aspek fizikal dan psikologi.

Ia juga mempunyai dimensi spiritual.

rutin beribadah wanita

Solat, membaca al-Quran, menghadiri kelas ilmu, melakukan amal jariah, menunaikan umrah atau haji boleh menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan yang memberikan ruang untuk seseorang kembali mengingati tujuan hidup yang lebih besar daripada pekerjaan.

Ini juga memberikan perspektif kepada dunia keusahawanan.

Syarikat boleh berkembang. Duit boleh bertambah. Jawatan boleh berubah. Tetapi kehidupan tetap mempunyai dimensi yang lebih luas daripada keuntungan.

Baca : Perangai Wanita Malaysia Selepas Dapat Gaji

Bagi sesetengah usahawanita, amal jariah juga menjadi cara untuk menukar sebahagian daripada kejayaan material kepada sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain.

Alhasil

Menjadi usahawanita moden bukan sekadar tentang membina syarikat dan mencapai keuntungan.

Ia juga tentang kemampuan untuk terus berfungsi sebagai seorang individu, sebagai wanita, ibu, isteri, anak, pemimpin dan manusia yang mempunyai keperluan emosi serta fizikal sendiri.

Sebab itu rutin kecantikan, senaman, tidur, travel dan ibadah tidak sepatutnya dilihat sebagai aktiviti yang membuang masa daripada pekerjaan.

Sebaliknya, ia boleh menjadi sebahagian daripada cara seseorang membina kehidupan yang lebih seimbang.

Pada akhirnya, perniagaan yang berjaya memerlukan seorang pemimpin yang mampu bertahan dalam jangka panjang.

Baca : Kisah Emas Dan Wanita Kelantan

Usahawanita tidak perlu memilih antara kejayaan dan kesejahteraan diri. Yang lebih penting ialah belajar mengurus kedua-duanya.