5 Kos Pembelian Rumah Subsale

Disebabkan kegawatan ekonomi yang sedang berlaku, permintaan terhadap hartanah telah menurun. Maka secara tak langsung, harga rumah juga telah menurun.

Ini mungkin satu peluang bagi individu yang tidak terjejas dan memang berniat untuk membeli rumah. Penurunan harga hartanah ini mungkin agak ketara dalam kategori rumah subsale (second-hand) berbanding rumah yang sedang dalam pembinaan.

Jadi bagi yang berhasrat membeli rumah subsale dan masih lagi pening-pening lalat berkenaan kos yang perlu dikeluarkan, berikut disenaraikan kos yang perlu disediakan untuk mendapatkan rumah idaman anda.

1. Deposit

Kebiasaannya apabila ingin membeli rumah, kita akan membuat pembiayaan bank. Pembiayaan bank pula hanya tawarkan margin sebanyak 90%.

Jadi kita perlu sediakan 10 peratus perbezaan tersebut. Jika harga rumah adalah RM300,000, maka kita perlu sediakan RM30,000.

3% perlu dibayar semasa membuat booking rumah tersebut, baki lagi 7% perlu dibayar apabila menandatangani penjanjian jual beli rumah (Sale & Purchase Agreement).

2. Yuran Guaman

Dalam proses jual beli rumah, ada 2 perjanjian yang perlu ditandatangani. Perjanjian jual beli dan perjanjian pinjaman. Kedua-dua perjanjian ini memerlukan kita mengeluarkan kos.

Peguam akan mengenakan caj seperti land search, photocopy, transportation, dan lain-lain lagi. Jika ingin tahu secara terperinci, boleh minta quotation dari pihak peguam.

Dari quotation tersebut, kita boleh tahu breakdown kos-kos yang terlibat.

3. Duti Setem

Duti setem adalah cukai yang dikenakan kepada perjanjian seperti jual beli dan pinjaman. Duti setem ini penting supaya perjanjian yang kita tandatangani adalah sah dari segi undang-undang. Carta duti setem bagi Perjanjian Jual Beli (SPA) yang dikenakan adalah seperti berikut,

Sebagai contoh, anda membeli sebuah rumah bernilai RM300,000.00. Duti setem yang akan dikenakan adalah sebanyak:-

(RM100,000 yang pertama x 1%) + (RM200,000 berikutnya x 2%) = RM 5000

Ingat ya, pengiraan ini hanya tertakluk kepada duti setem SPA sahaja. Perjanjian tanpa duti setem adalah tidak laku dan tidak boleh digunapakai di dalam mahkamah.

4. Takaful

Pembiayaan perumahan adalah satu komitmen jangka panjang yang mungkin mengambil masa sehingga 35 tahun. Jadi pihak bank menggalakkan supaya kita mengambil takaful kerana apabila berlaku kematian atau hilang upaya, sekurang-kurangnya ada perlindungan takaful yang akan menjelaskan baki pembiayaan tersebut.

Tidak kira sama ada MLTT atau MRTT, mana-mana pon boleh mengikut kesesuaian dan objektif masing-masing. Untuk makluman, takaful ini tidak DIWAJIBKAN tetapi amat DIGALAKKAN.

Cuma impaknya mungkin ada perbezaan sedikit pada kadar keuntungan yang ditawarkan oleh pihak bank kerana tanpa takaful, kita termasuk dalam golongan yang berisiko. Boleh pilih sama ada nak ambil daripada panel bank atau nak cari sendiri.

5. Valuation Fee

Semasa kita ingin membeli rumah, pihak bank akan melantik seorang jurunilai untuk menentukan berapa harga pasaran rumah tersebut. Bank hanya akan memberi pembiayaan ke atas nilai pasaran tersebut sahaja.

Jadi jika harga rumah tersebut melebihi harga pasaran, perbezaan di antara harga rumah dan harga pasaran perlu ditambah sendiri oleh pihak pembeli. Kos penilaian rumah ini akan ditanggung oleh pembeli.

Dah tahu berkenaan kos pembelian rumah subsale? Sebaiknya sediakan 15% wang tunai daripada nilai rumah tersebut. Jika harga rumah adalah RM300,000, maka kena sediakan sekurang-kurangnya RM45,000.

Sebenarnya ada juga kos yang boleh dimasukkan dalam pembiayaan perumahan seperti perjanjian pinjaman, takaful, dan valuation fees. Cuma tak semua bank tawarkan pembiayaan tersebut, kena pandai cari bank yang menepati kehendak kita.

Kita juga boleh keluarkan wang yang ada dalam Akaun 2 KWSP untuk menyelesaikan bayaran deposit rumah tersebut. Yang penting kita kena tahu kemampuan masing-masing. Loan lepas tak semestinya mampu bayar.

Jika sudah bersedia dan berkemampuan, mungkin ini masa yang sesuai untuk memiliki rumah idaman anda.

Ditulis Oleh Azharul Adha Bin Dzulkarnain
Boleh dihubungi melalui [email protected]
Pelabur Runcit di Pasaran Bursa Malaysia, Perunding Takaful dan Hartanah

Nak Beli Rumah? Skor Kredit OK Tak Tu?

Nak Tahu Anda Layak Dapat Pinjaman / Pembiayaan Dengan Bank atau Tidak? Semak Laporan CTOS / CCRIS Terlebih Dahulu. Pastikan Cantik!

Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman / pembiayaan daripada bank. Namun rekod CCRIS hanya sebuah laporan skor kredit, bukan rekod blacklist yang sering jadi salah faham dalam kalangan rakyat Malaysia.

Berapa harga untuk laporan CTOS / CCRIS?

Anda boleh dapatkan di laporan MyCTOS serendah RM27.90 di CTOS score, ataupun muat turun secara online di MyCreditInfo daripada EXPERIAN serendah RM23.90.

Dengan EXPERIAN My Credit Info (nama lama dia RAMCI), mereka ada produk bernama Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai status kewangan anda.

Laporan ini mengandungi maklumat seperti CCRIS;

  • Kemudahan kredit anda dengan bank / institusi kewangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS), Bank Negara Malaysia.
  • Kemudahan kredit peribadi, secara bersama atau diperolehi oleh hak milik tunggal di mana anda adalah pemilik.
  • Nama bank atau institusi kewangan yang memberi kemudahan kredit/pinjaman, cawangan institusi kewangan di mana kemudahan kredit/pinjaman yang anda diperolehi.
  • Jumlah pinjaman/had kredit, baki tertunggak daripada kemudahan kredit anda dan tarikh terakhir untuk jumlah belum dijelaskan akan dilaporkan oleh bank / institusi kewangan.
  • Jenis cagaran atau jaminan yang dicagarkan untuk kemudahan kredit.
  • Pembayaran yang kerap untuk setiap kemudahan, seperti setiap bulan atau mingguan.
  • Permohonan kredit yang diluluskan selama 12 bulan terakhir dengan ahli CCRIS yang mengambil bahagian.
  • Pelbagai kemudahan kredit anda dipantau khas oleh bank atau institusi kewangan di bawah Akaun Perhatian Khas

Selain itu, ada juga maklumat SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA – baki potongan & sejarah pembayaran), PTPTN, maklumat bukan berkaitan perbankan dan banyak lagi.

Maklumat yang TIDAK termasuk dalam laporan ini adalah:

  • Akaun Deposit atau Simpanan
  • Rekod pekerjaan
  • Status perkahwinan
  • Kesihatan
  • Rekod jenayah
  • Butiran gaji
  • Agama

Contoh Laporan Kredit:

Dapat gred 10 kira dah terbaik, bermaksud kurang risiko untuk pembiayaan tidak dibayar atau default. Agak-agak ada ke bank nak bagi pembiayaan kalau kita berisiko tinggi? Paling teruk sekali dapat skor 1 – 3 (WEAK), bank pasti akan terus tolak bulat-bulat je permohonan korang tu tanpa cakap banyak.

Maklumat yang digunakan bagi mengira skor kredit ini termasuk:

  • Pinjaman yang anda ada (kad kredit, pinjaman / pembiayaan perumahan, kereta, pinjaman peribadi, dan lain-lain.);
  • Sama ada anda membayar pinjaman / pembiayaan tepat pada masanya;
  • Jumlah hutang anda yang belum dijelaskan;
  • Sama ada anda telah secara aktif memohon kredit baru;
  • Sama ada anda mempunyai apa-apa tindakan undang-undang;
  • Usia akaun anda

Skrol bawah sikit akan ada bahagian Banking Credit Information. Dekat sini akan disenaraikan segala pinjaman / pembiayaan / kredit kad dan sejarah pembayaran.

Kena pastikan lebih banyak angka kosong ‘0’ bermakna kita buat bayaran on-time setiap bulan. Kalau dapat semua ‘0’, itu memang terpaling flawlessbank tak akan tergamak nak reject dan dengan rela hati akan meluluskan permohonan pembiayaan korang.

Menarik bukan? Cepat check dan DOWNLOAD sekarang.

Previous ArticleNext Article

Sunway REIT Isytihar DPU Tertinggi Dalam Sejarah FY2025 Sebanyak 14.48 Sen, NPI Setahun Penuh Meningkat 15.5%

Sunway City Kuala Lumpur – Sunway REIT Management Sdn. Bhd., selaku Pengurus kepada Sunway Real Estate Investment Trust (“Sunway REIT”), dengan sukacitanya mengumumkan keputusan kewangan bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2025 (“S4 2025”).

Prestasi Kewangan Utama

Suku KeempatKumulatif Setahun
S4 2025S4 2024PerubahanYTD S4 2025YTD S4 2024Perubahan
RM jutaRM juta%RM jutaRM juta%
Hasil227.6220.93.1%894.3767.116.6%
Pendapatan bersih hartanah (NPI)165.0165.6(0.4%)658.0569.715.5%
Keuntungan sebelum cukai181.8206.5(11.9%)547.7527.73.8%
Keuntungan direalisasi bagi tempoh/tahun yang diagihkan kepada pemegang unit112.694.718.9%451.2343.831.2%
Agihan seunit (DPU)8.805.3464.8%14.4810.0044.8%

Sunway REIT mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 3.1% pada S4 2025 kepada RM227.6 juta berbanding RM220.9 juta pada S4 2024. Walau bagaimanapun, pendapatan bersih hartanah (“NPI”) susut sedikit sebanyak 0.4% kepada RM165.0 juta berbanding RM165.6 juta dalam tempoh sama tahun sebelumnya. Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 (“FY2025”), Sunway REIT merekodkan hasil sebanyak RM894.3 juta dan NPI sebanyak RM658.0 juta. Prestasi kukuh setahun penuh ini didorong terutamanya oleh sumbangan penuh tahun daripada hartanah yang diperoleh pada tahun 2024, pemerolehan AEON Mall Seri Manjung sepanjang tahun, serta prestasi mantap segmen Runcit dan Industri & Lain-lain.

Prestasi Mengikut Segmen

Pada S4 2025, segmen Runcit mengekalkan momentum pertumbuhan kukuh dengan hasil meningkat 16.2% kepada RM173.1 juta berbanding RM149.0 juta pada S4 2024. Peningkatan ini didorong terutamanya oleh sumbangan hasil baharu daripada Sunway Kluang Mall dan AEON Mall Seri Manjung yang diperoleh masing-masing pada Disember 2024 dan Julai 2025. Prestasi segmen turut disokong oleh penyiapan kerja naik taraf berfasa sayap sedia ada Sunway Carnival Mall pada Mei 2025 serta kerja pengubahsuaian kawasan Oasis di Sunway Pyramid Mall pada November 2024. Sehubungan itu, NPI segmen ini meningkat 17.0% kepada RM121.2 juta berbanding RM103.5 juta dalam tempoh sama tahun lalu. Momentum positif segmen Runcit dijangka terus mengukuh pada suku-suku akan datang, disokong oleh pengumuman terkini Kerajaan mengenai pengurangan 2% cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan sewaan dan pajakan daripada 8% kepada 6%, serta sumbangan penuh tahun daripada AEON Mall Seri Manjung.

Segmen Hotel merekodkan peningkatan hasil sebanyak 7.2% kepada RM29.9 juta pada S4 2025 berbanding RM27.9 juta pada S4 2024, dipacu oleh aktiviti pelancongan yang lebih kukuh terutamanya semasa musim perayaan dan cuti hujung tahun. Seiring itu, NPI meningkat 7.3% kepada RM28.7 juta berbanding RM26.8 juta setahun sebelumnya. Prestasi yang lebih baik ini disokong terutamanya oleh kadar penghunian yang lebih tinggi di Sunway Resort Hotel dan Sunway Hotel Seberang Jaya, hasil peningkatan perjalanan santai dalam suku tersebut.

Pada S4 2025, segmen Pejabat mencatatkan sedikit penurunan hasil sebanyak 3.0% kepada RM19.9 juta berbanding RM20.5 juta pada tempoh sama tahun lalu. NPI juga menurun 6.8% kepada RM11.5 juta daripada RM12.4 juta. Prestasi yang lebih lemah ini disebabkan terutamanya oleh kegagalan pembaharuan penyewa di Wisma Sunway pada Jun 2025 serta penurunan sementara kadar penghunian di Sunway Putra Tower sepanjang tahun. Walau bagaimanapun, segmen Pejabat dijangka kekal berdaya tahan pada tahun 2026, disokong oleh penyewaan yang telah dimuktamadkan di Sunway Putra Tower yang meningkatkan kadar penghunian daripada 68% pada S3 2025 kepada 82% setakat S4 2025.

Susulan pelupusan kampus Universiti & Kolej Sunway pada 30 September 2025, tiada pendapatan direkodkan bagi segmen Perkhidmatan pada S4 2025.

Pada S4 2025, segmen Industri & Lain-lain mencatatkan pertumbuhan kukuh dengan hasil dan NPI masing-masing meningkat 34.9% dan 20.1% kepada RM4.7 juta dan RM3.5 juta. Prestasi yang lebih baik ini dipacu oleh sumbangan sewaan daripada penyewa baharu di Sunway REIT Industrial – Petaling Jaya 1 serta sumbangan penuh suku daripada Sunway REIT Industrial – Prai. Segmen ini dijangka terus menunjukkan prestasi baik pada 2026, disokong oleh penyewaan yang telah dimuktamadkan di Sunway REIT Industrial – Petaling Jaya 1.

Agihan & Pulangan kepada Pemegang Unit

Pengurus mencadangkan agihan seunit (“DPU”) tertinggi dalam sejarah sebanyak 8.80 sen bagi separuh kedua FY2025, di mana 3.98 sen bagi S3 2025 telah dibayar pada 24 Disember 2025, manakala baki akan dibayar pada 27 Februari 2026. Ini menjadikan jumlah DPU bagi tahun kewangan penuh sebanyak 14.48 sen, melebihi pendapatan direalisasi seunit yang diagihkan kepada pemegang unit sebanyak 13.18 sen. Peningkatan ini adalah terutamanya disebabkan oleh pengiktirafan keuntungan nilai saksama belum direalisasi daripada tahun-tahun sebelumnya susulan pelupusan kampus Universiti & Kolej Sunway.

Sementara itu, harga unit Sunway REIT meningkat sebanyak 46 sen atau 24.9%, daripada RM1.85 pada akhir FY2024 kepada RM2.31 pada akhir FY2025. Berdasarkan harga penutup RM2.31, jumlah DPU 14.48 sen mewakili hasil agihan sebanyak 6.3% dan jumlah pulangan sebanyak 31.2% kepada pemegang unit bagi FY2025.

Ulasan Pengurusan

Ketua Pegawai Eksekutif Sunway REIT Management Sdn. Bhd., Derek Teh Wan Wei berkata, “Sunway REIT mencatatkan DPU tertinggi dalam sejarah sebanyak 14.48 sen bagi FY2025, disokong oleh peningkatan 15.5% dalam pendapatan bersih hartanah kepada RM658.0 juta hasil sumbangan daripada pemerolehan baharu dan kejayaan pelaksanaan inisiatif peningkatan aset di Sunway Carnival Mall. Selain itu, Sunway REIT menjana hasil agihan sebanyak 6.3% dan jumlah pulangan sebanyak 31.2% bagi tahun kewangan tersebut, manakala harga unitnya meningkat 24.9% tahun ke tahun kepada RM2.31 setakat 31 Disember 2025, mencerminkan pelaksanaan pengurusan portfolio yang konsisten serta keyakinan pelabur yang berterusan terhadap strategi Sunway REIT.”

Beliau menambah, “Dari segi pembangunan perniagaan, Sunway REIT telah menyiapkan pemerolehan AEON Mall Seri Manjung pada 25 Julai 2025, menjadikannya hartanah kedua kami di negeri Perak. Sebagai sebahagian daripada inisiatif kitar semula modal, pelupusan kampus Universiti & Kolej Sunway telah diselesaikan pada 30 September 2025 dengan nilai pertimbangan sebanyak RM613 juta, menghasilkan jumlah keuntungan sebanyak RM41 juta. Ini merangkumi RM20 juta keuntungan nilai saksama terkumpul yang diiktiraf dalam tahun-tahun sebelumnya serta keuntungan pelupusan sebanyak RM21 juta termasuk kos pelupusan sampingan. Selain itu, Sunway REIT turut mengumumkan cadangan pelupusan Sunway Hotel Seberang Jaya kepada Sunway Medical Penang Sdn. Bhd. bagi memudahkan pembangunan Sunway Hotel Seberang Jaya baharu yang bersepadu di atas Sunway Carnival Mall, yang dijangka meningkatkan kemudahan tetamu dan menarik trafik pengunjung yang lebih tinggi ke pusat beli-belah tersebut. Cadangan pelupusan ini dijangka diselesaikan pada suku keempat tahun 2027.”

Beliau turut berkata, “Dari segi pencapaian, Sunway REIT memperoleh skor FTSE4Good sebanyak 4.0, meletakkannya dalam kategori kedua tertinggi dalam penilaian FTSE4Good. Sepanjang tahun, enam bangunan hijau telah diperakui, dengan Sunway Putra Tower dan Sunway Pyramid Hotel memperoleh pensijilan GreenRE Platinum. Selain itu, Sunway REIT turut dianugerahkan Anugerah Emas pada Majlis Anugerah NACRA yang berlangsung pada 27 November 2025. Pencapaian ini menegaskan komitmen kukuh Sunway REIT terhadap kelestarian serta mengukuhkan kedudukannya sebagai antara REIT terkemuka dari segi prestasi kelestarian.”

Beliau mengakhiri kenyataannya dengan berkata, “Melangkah ke hadapan, kami kekal memberi tumpuan kepada pengurusan modal yang berdisiplin, pengoptimuman aset secara proaktif dan pemerolehan terpilih bagi mengekalkan daya tahan pendapatan serta pertumbuhan jangka panjang. Disokong oleh portfolio berkualiti tinggi yang pelbagai dan kunci kira-kira yang kukuh, Sunway REIT berada pada kedudukan yang baik untuk mengharungi ketidaktentuan pasaran sambil terus memberikan agihan yang stabil dan penciptaan nilai kepada pemegang unit.”

Penafian:
Sehingga artikel ini diterbitkan, Sunway REIT adalah berstatus tidak patuh syariah. Artikel ini diterbitkan untuk tujuan hebahan dan perkongsian maklumat sahaja. Ia bukan saranan untuk membeli atau menjual mana-mana sekuriti. Segala keputusan pelaburan adalah tanggungjawab anda sendiri.