5 Tips Keselamatan Rumah [Edisi 2022]

Satu fakta yang tidak boleh disangkal adalah, jenayah pecah masuk rumah berlaku hampir setiap hari di Malaysia.

65% penjenayah pecah masuk rumah biasanya sudah siap sedia dan tahu secara detail isi rumah tersebut.

Majoriti pembeli rumah undercon, apabila mereka dapat cashback, mereka sibuk dan fokus pada kosmetik rumah dengan melakukan renovasi untuk mencantikkan dalaman rumah berbanding keselamatan rumah.

Kes pecah rumah kini tidak lagi bergantung kepada kawasan kejiranan semata-mata. Hatta kejiranan elit dan mewah dengan sistem gate and guarded 24 jam juga boleh dipecah masuk penjenayah.

Apatah lagi apartmen 3 bilik 2 tandas dengan CCTV yang kejap berfungsi, kejap tak berfungsi dan pengawal keselamatan warga asing yang tidak kompeten.

Tahukah anda, penjenayah hanya memerlukan kurang daripada 60 saat untuk masuk ke rumah anda?

Risiko pecah masuk rumah tidak terbatas kepada harta benda peribadi sahaja, bahkan nyawa anda dan keluarga.

Sebenarnya, masalah ini bukan sahaja berlaku di negara kita. Sebaliknya, masalah ini berlaku di seluruh dunia.

Ramai pemilik rumah yang mengabaikan aspek keselamatan. Data daripada Policy Advice menunjukkan hanya 17% rumah di Amerika Syarikat mempunyai sistem sekuriti.

Apa yang lebih mengejutkan adalah, 2/3 daripada kes pecah masuk rumah berlaku di siang hari!

Buat pengetahuan anda, sebenarnya ada 5 tips yang anda boleh cuba seawal hari ini untuk tingkatkan keselamatan rumah anda.

Fokus tips ini adalah sistem keselamatan dalaman rumah.

1. Smart Door Lock

5 – 10 tahun yang lalu, sistem smart door lock hanya popular di pejabat dan premis-premis perniagaan sahaja kerana harganya yang mahal.

Kini, anda boleh dapatkan sistem smart door lock untuk setiap pintu rumah anda serendah RM700 melalui Lelong.my

Secara asasnya, smart door lock sama dengan sistem kunci biasa mekanikal dari sudut mekanisme. Akan tetapi, perbezaannya terletak pada cara membuka kunci tersebut.

Fungsi smart door lock adalah :-

  • Sistem penggera yang mengesan cubaan pecah masuk
  • Pelepasan pintu secara automatik apabila kebakaran berlaku
  • Notifikasi menerusi aplikasi smartphone untuk yang akses yang berjaya dan gagal

Baca juga Selamat Ke Pakai Smart Door Lock Untuk Rumah?

2. Pasang Jeriji Besi

Pemasangan jeriji besi dilakukan di tingkap dan pintu rumah supaya orang asing tidak boleh masuk ke rumah anda walaupun mereka berjaya membuka tingkap atau pintu rumah.

Pemasangan jeriji besi adalah sistem keselamatan yang paling asas yang anda boleh buat untuk kediaman anda tak kira kediaman high rise atau landed.

Kos pemasangan jeriji besi bergantung kepada jenis besi, ukiran dan lebar jeriji besi sekitar RM2,000 – RM5,000 untuk sebuah rumah.

3. Kamera CCTV

Terima kasih kepada teknologi, kamera CCTV hari ini boleh didapatkan pada harga serendah RM150 dengan fungsi 2K dan night mode.

Pemasangan CCTV boleh dilakukan di pintu utama dan di ruang tamu supaya anda boleh lihat dengan jelas siapa yang keluar dan masuk ke rumah anda bila-bila masa.

Kamera CCTV yang lebih baik mempunyai fungsi motion detection yang akan fokus kepada sebarang pergerakan dalam radius CCTV itu.

Selain itu, ada juga kamera CCTV yang mampu mendengar dan merakam audio dalam radius CCTV itu.

Pilihlah CCTV sesuai keperluan keselamatan rumah anda.

4. Motion Sensor Light

Ini juga satu teknologi baru yang semakin popular di kediaman jenis landed di Malaysia.

Motion sensor light terbukti berjaya menghalang penjenayah daripada memecah masuk ke dalam rumah kerana penjenayah akan mencari rumah yang tiada sistem keselamatan langsung.

Motion sensor light harus dipasang bukan sahaja di luar rumah dan pintu utama rumah, sebaliknya boleh dipasang di ruang tamu dan tempat-tempat sensitif lain.

Motion sensor light tidak perlu dibuka dan ditutup seperti lampu biasa dan paling penting, jimat elektrik.

Kosnya adalah sekitar RM200 – RM400 mengikut jenis.

5. Guna Pagar Automatik

Penggunaan pagar automatik dapat menghalang penjenayah daripada memecahkan mangga pagar rumah untuk masuk ke rumah anda.

Pagar automatik juga boleh dipasang penggera yang akan berbunyi sekiranya dibuka secara paksa.

Jenis pagar automatik di Malaysia adalah terlalu banyak dan anda boleh buat carian di Google. Kos pemasangan dan jenis pagar automatik bergantung kepada jenis rumah, keluasan, keperluan dan bajet anda.

Kos mendapatkan pagar automatik jenis aluminium adalah sekitar RM10,000 – RM25,000 mengikut saiz dan design.

Berita buruknya adalah, jenayah boleh berlaku di mana-mana sahaja dan anda sebagai pemilik rumah harus sentiasa peka.

Berita baiknya adalah, anda boleh kawal dan kurangkan risiko itu dengan melaburkan wang untuk tambah ciri-ciri keselamatan seperti dinyatakan di atas untuk kediaman rumah anda.

Anda mungkin tak mampu halang pencuri atau perompak untuk memecah masuk rumah anda, tapi sekurang-kurangnya anda berusaha untuk selamatkan harta benda dan nyawa.

Baca juga topik menarik ini :

Banyak perkara yang perlu anda ambil tahu sebelum memiliki rumah. 


InshaAllah, kami berhasrat untuk berkongsi ilmu yang kami ada mengenai hartanah kepada pembaca setia Majalah Labur.

Kunci pertama sebelum beli rumah adalah ilmu, ilmu dan ilmu. 

Lebih awal belajar, lebih cepat dapat menilai sesebuah rumah.Jika berminat boleh isi borang .

ILMU PREMIUM HARTANAHSEKARANG!

Previous ArticleNext Article

Axis REIT: Pengambilalihan Kedua Tahun Ini

Saranan BELI dan harga sasar (TP) MYR2.42 dikekalkan, potensi kenaikan harga saham sekitar 20%, dengan kadar hasil dividen 5.2% untuk FY26F

Axis REIT telah mengumumkan pengambilalihan keduanya untuk tahun 2026, iaitu sebuah perjanjian jualan dan pajakan semula bernilai MYR128j dengan City-Link Express (M) untuk sebuah pusat pengedaran di Bandar Saujana Putra, Selangor. Kami memandang agak positif akan perkara ini kerana ia masih menepati strategi REIT ini untuk memperoleh aset-aset perindustrian yang memberikan kenaikan hasil sambil menyokong sasaran pengambilalihan pihak pengurusan sebanyak kira-kira MYR350j sepanjang FY26-27.

Butiran mengenai pengambilalihan

Axis REIT mengambil alih hartanah ini dengan bayaran tunai sebanyak MYR128j (kira-kira 2% daripada jumlah aset), yang dibiayai menerusi pembiayaan bank sedia ada. Hartanah ini sekarang dihuni 100% oleh pemilik dan akan dipajak semula kepada City-Link Express untuk tempoh tetap selama 15 tahun, dengan kenaikan sewaan yang dipersetujui semasa tempoh pajakan. Pengambilalihan ini menawarkan pendapatan berulang yang stabil, dengan sokongan daripada struktur pajakan semula yang panjang dan kadar hasil kasar awal yang baik sebanyak 6.2%.

Pengambilalihan ini dijangka selesai pada 4Q26. Selepas perjanjian selesai dimeterai, paras hutang Axis REIT dijangka meningkat kepada kira-kira 35.1%, dengan ruang untuk mengambil pinjaman sekitar MYR840j lagi (berdasarkan penyata kewangan 1Q26 yang terkini).

Butiran mengenai hartanah

Aset ini terdiri daripada dua tanah komersial bersambung dengan status pegangan pajakan selama 99 tahun (baki tempoh pajakan lebih kurang 68 tahun), di samping bangunan-bangunan pusat pengedaran, blok pejabat dan fasiliti sokongan. Hartanah ini mempunyai jumlah kawasan boleh disewakan sebanyak kira-kira 355 ribu kps (sekitar 2% daripada jumlah NLA) dan terletak di Bandar Saujana Putra dengan akses kepada Rangkaian Pusat Lebuh Raya Utara Selatan E6 atau ELITE, Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuh Raya Pesisir Barat (WCE), dan Lebuh Raya Shah Alam atau KESAS. Hal ini menyokong kegunaannya sebagai hab logistik dan pengedaran.

Pandangan kami

Kami memandang agak positif akan perjanjian ini, dan setelah ia selesai, kami menjangka ia akan memberikan sumbangan positif mulai FY27, dengan pendapatan sewaan tahunan sekitar MYR7.9j (kira-kira 2% daripada hasil FY27). Perkara ini diterjemahkan kepada kadar hasil kasar sebanyak 6.2% sebelum mengambil kira kos pembiayaan yang berkaitan dengan pinjaman baru. Kami menjangka pengambilalihan ini secara bersihnya akan menaikkan kadar hasil semasa Axis REIT untuk FY27F sebanyak 5.3%.

Sementara itu, tempoh pajakan semula selama 15 tahun kepada pengendali sedia ada, di samping kenaikan sewaan yang termasuk dalam perjanjian, menawarkan prospek jelas untuk pendapatan dalam jangka sederhana. Walaupun ia dibiayai sepenuhnya menggunakan hutang, paras hutang Axis REIT selepas memeterai perjanjian ini masih dalam keadaan terkawal, dengan adanya kapasiti kunci kira-kira yang mencukupi untuk langkah pengambilalihan lain.

Ramalan dan penilaian

Sementara menunggu selesainya pengambilalihan ini dan bayangan lanjut daripada pihak pengurusan, kami kekalkan ramalan perolehan dan TP MYR2.42 yang diperoleh melalui kaedah DDM (dengan kiraan premium ESG 2% kerana markah REIT ini ialah 3.1), iaitu kadar dividen kira-kira 5% untuk FY26F mengikut TP. Risiko negatif: Tiada pembaharuan bagi pajakan-pajakan REIT yang tamat tempoh, kadar turun naik harga sewa yang lebih rendah daripada jangkaan, dan cadangan pengambilalihan aset terbatal.

Asas Penilaian

Model diskaun dividen (DDM)

Faktor Pemacu Utama

Permintaan lebih tinggi untuk hartanah perindustrian yang disokong oleh penembusan pasaran e-dagang yang berterusan, penstrukturan semula rantai bekalan dan kemasukan pelaburan asing langsung yang kukuh dalam segmen pembuatan.

Risiko Utama

i. Pajakan yang tamat tempoh tidak diperbaharui
ii. Kadar turun naik harga sewa yang lebih rendah berbanding jangkaan
iii. Cadangan pengambilalihan aset dibatalkan

Profil Syarikat

Axis REIT sebuah REIT yang mempunyai portfolio perniagaan pelbagai, dan berpengkhususan dalam hartanah komersial dan perindustrian.

Carta Saranan

Penganalisis
Loong Kok Wen CFA +603 2302 8116 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.