6 Langkah Nak Bagi Pembiayaan Rumah Senang Lulus

“Ramai anak muda terus menyewa kerana gagal dalam profil kewangan dan tiada ilmu hartanah.”

Isu pemilikan hartanah menjadi semakin serius buat golongan yang telah berkahwin dan berkeluarga.

Baca : Pemilikan Hartanah Semakin Sukar, Tetapi Tidak Mustahil

Sungguhpun kebanyakan daripada mereka mengalami masalah kewangan daripada segi bayaran ansuran bulanan dan deposit rumah, hampir separuh daripada mereka sebenarnya tidak tahu langkah yang tepat dalam memastikan pinjaman rumah mereka berjaya.

Dengan persiapan awal, disiplin, ilmu dan kaedah yang betul, impian anda untuk memiliki rumah pasti berjaya dan tidak mustahil.

Ini adalah 6 langkah mudah supaya pembiayaan atau loan rumah anda mudah untuk lulus.

1. Jejak Pendapatan Anda

Pihak bank ingin melihat bukti pendapatan bulanan anda seperti slip gaji, borang EA, penyata KWSP, penyata bank dan surat tawaran bekerja.

Anda wajib menyediakan 3 hingga 6 bulan slip gaji yang dikreditkan ke dalam akaun bank anda dan selari dengan penyata bank anda.

Jika jumlah yang dikreditkan adalah sekitar 5% lebih atau kurang dari slip gaji dan penyata bank, nisbah tersebut masih boleh diterima pakai oleh pihak bank.

Jika melebihi 5%, anda wajib menjelaskan kepada pihak bank akan alasan slip gaji dan wang yang dikreditkan ke akaun anda tidak selari.

2. Simpan Wang Untuk Rumah

Alasan di sebalik kenapa anda perlu simpan wang untuk rumah adalah supaya anda bersedia apabila anda gagal untuk mendapatkan 100% pinjaman atau 95% pinjaman dari pihak bank.

Jadi, apabila anda telah bersedia sejak awal, anda mampu untuk membeli rumah tersebut walaupun deposit rumah yang anda perlu letakkan adalah sehingga 20%.

Baca : Deposit Beli Rumah Tak Cukup?

Mempunyai wang yang lebih juga membantu anda untuk membayar kos – kos lain seperti duti setem, kos guaman dan kos tambahan lain seperti renovasi rumah dan sebagainya.

Lebih banyak wang yang anda pegang, lebih banyak pilihan dan kuasa di tangan anda.

3. Semak CCRIS dan CTOS

Sekiranya skoring kredit anda adalah kurang daripada 650, anda disifatkan sebagai peminjam bawah purata oleh pihak bank.

Mengetahui skor kredit anda membantu anda untuk membersihkan hutang lapuk sekaligus mencantikkan rekod bank anda supaya permohonan pinjaman rumah anda mudah diluluskan.

Baca : 4 Cara Untuk Clearkan Rekod CCRIS

Antara kelebihan lain menyemak skoring kredit CCRIS dan CTOS adalah untuk mengetahui jika nama anda digunakan oleh individu lain atas kapasiti bil telefon, kad kredit dan sebagainya.

Pihak bank juga berkemungkinan akan bertanya soalan soalan seperti :-

  1. Adakah anda seorang pembayar cukai?
  2. Adakah terdapat bayaran yang anda lewat?
  3. Boleh jelaskan tunggakan pada bulan sekian hingga sekian.

4. Kurangkan Komitmen Lain

Apabila anda berada dalam fasa ingin memohon pembiayaan bank, jangan tambah komitmen tambahan lain dan fokus kepada komitmen sedia ada seperti kereta dan kad kredit.

“Hal ini termasuk menjadi penjamin kepada orang lain seperti PTPTN, kereta dan sebagainya.”

Semakin rendah komitmen bulanan anda, semakin tinggi peluang untuk permohonan pembiayaan rumah anda diluluskan oleh pihak bank.

Hal ini dapat difahami dengan konsep DSR (Debt Service Ratio) di mana kadar peratus DSR anda memainkan peranan yang besar dalam membantu permohonan pinjaman rumah anda lulus.

Kalau ada hutang kredit dalam RM8,000 dan limit kredit kad adalah RM9,000, ini bermaksud hutang kad kredit sudah 88% daripada had limit. Kami nasihatkan supaya kurangkan hutang kad kredit tadi sekurang-kurangnya menjadi RM4,000. Barulah ada peluang untuk mendapatkan pembiayaan bank sehingga 90%.

5. Langsaikan Hutang Sedia Ada

Konsepnya adalah sama dengan mengurangkan permohonan komitmen tambahan lain.

Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan melangsaikan baki hutang sedia ada seperti kad kredit dan sebagainya.

Baca : 5 Cara Langsaikan Hutang Dengan Cepat

Anda juga boleh menggandakan bayaran komitmen bulanan anda supaya purata hutang anda berkurangan sekaligus meningkatkan purata DSR anda.

Lebih kurang hutang anda, lebih tinggi peluang untuk loan rumah anda approve.

6. Dapatkan Penjamin Yang Kukuh Kewangan

Sekiranya  pinjaman rumah anda ditolak, jangan khuatir kerana masih ada jalan untuk menyelesaikannya. Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan mendapatkan ahli keluarga anda untuk menjadi penjamin bagi pinjaman rumah anda.

Alasan untuk mendapatkan penjamin adalah untuk menunjukkan anda benar – benar komited untuk membuat pinjaman rumah dan membayar pinjaman dari bank tersebut.

Sungguhpun begitu, pada hari ini tidak banyak bank yang mempertimbangkan penjamin bagi pinjaman perumahan dan ini bermaksud, anda lah penjamin bagi pinjaman yang anda lakukan.

Jika anda meletakkan penjamin, anda akan dipertimbangkan sebagai pemohon kedua pinjaman atau dalam erti kata lain, pinjaman tersebut adalah joint loan.

Akhir kata, dengan anggapan anda mengikut dengan betul segala tips dan langkah di atas dan mempunyai fokus kewangan yang jelas, adalah tidak mustahil untuk anda memiliki rumah pertama.

Anda Nak Beli Rumah, Tapi Adakah Anda Tahu Tahap Kewangan Anda?

Nak Tahu Anda Layak Dapat Pinjaman / Pembiayaan Dengan Bank atau Tidak? Semak Laporan CTOS / CCRIS Terlebih Dahulu. Pastikan Cantik!

Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman / pembiayaan daripada bank. Namun rekod CCRIS hanya sebuah laporan skor kredit, bukan rekod blacklist yang sering jadi salah faham dalam kalangan rakyat Malaysia.

Berapa harga untuk laporan CTOS / CCRIS?

Anda boleh dapatkan di laporan MyCTOS serendah RM27.90 di CTOS score, ataupun muat turun secara online di MyCreditInfo daripada EXPERIAN serendah RM23.90.

Dengan EXPERIAN My Credit Info (nama lama dia RAMCI), mereka ada produk bernama Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai status kewangan anda.

Laporan ini mengandungi maklumat seperti CCRIS;

  • Kemudahan kredit anda dengan bank / institusi kewangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS), Bank Negara Malaysia.
  • Kemudahan kredit peribadi, secara bersama atau diperolehi oleh hak milik tunggal di mana anda adalah pemilik.
  • Nama bank atau institusi kewangan yang memberi kemudahan kredit/pinjaman, cawangan institusi kewangan di mana kemudahan kredit/pinjaman yang anda diperolehi.
  • Jumlah pinjaman/had kredit, baki tertunggak daripada kemudahan kredit anda dan tarikh terakhir untuk jumlah belum dijelaskan akan dilaporkan oleh bank / institusi kewangan.
  • Jenis cagaran atau jaminan yang dicagarkan untuk kemudahan kredit.
  • Pembayaran yang kerap untuk setiap kemudahan, seperti setiap bulan atau mingguan.
  • Permohonan kredit yang diluluskan selama 12 bulan terakhir dengan ahli CCRIS yang mengambil bahagian.
  • Pelbagai kemudahan kredit anda dipantau khas oleh bank atau institusi kewangan di bawah Akaun Perhatian Khas

Selain itu, ada juga maklumat SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA – baki potongan & sejarah pembayaran), PTPTN, maklumat bukan berkaitan perbankan dan banyak lagi.

Maklumat yang TIDAK termasuk dalam laporan ini adalah:

  • Akaun Deposit atau Simpanan
  • Rekod pekerjaan
  • Status perkahwinan
  • Kesihatan
  • Rekod jenayah
  • Butiran gaji
  • Agama

Contoh Laporan Kredit:

Dapat gred 10 kira dah terbaik, bermaksud kurang risiko untuk pembiayaan tidak dibayar atau default. Agak-agak ada ke bank nak bagi pembiayaan kalau kita berisiko tinggi? Paling teruk sekali dapat skor 1 – 3 (WEAK), bank pasti akan terus tolak bulat-bulat je permohonan korang tu tanpa cakap banyak.

Maklumat yang digunakan bagi mengira skor kredit ini termasuk:

  • Pinjaman yang anda ada (kad kredit, pinjaman / pembiayaan perumahan, kereta, pinjaman peribadi, dan lain-lain.);
  • Sama ada anda membayar pinjaman / pembiayaan tepat pada masanya;
  • Jumlah hutang anda yang belum dijelaskan;
  • Sama ada anda telah secara aktif memohon kredit baru;
  • Sama ada anda mempunyai apa-apa tindakan undang-undang;
  • Usia akaun anda

Skrol bawah sikit akan ada bahagian Banking Credit Information. Dekat sini akan disenaraikan segala pinjaman / pembiayaan / kredit kad dan sejarah pembayaran.

Kena pastikan lebih banyak angka kosong ‘0’ bermakna kita buat bayaran on-time setiap bulan. Kalau dapat semua ‘0’, itu memang terpaling flawless, bank tak akan tergamak nak reject dan dengan rela hati akan meluluskan permohonan pembiayaan korang.

Menarik bukan? Cepat check dan DOWNLOAD sekarang.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

OIB Lancar Gardens Idaman, Memperkukuh Portfolio Perumahan Mampu Milik Mampan Di Selangor

Rawang, 17 Ogos 2026: Oriental Interest Berhad (OIB) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Myra Idaman, sebuah pembangunan perumahan mampu milik terbaharunya di bawah program Rumah Idaman, yang dipasarkan dengan nama Gardens Idaman. Pelancaran ini memperluas lagi portfolio perumahan mampu milik OIB di Selangor, dengan Gardens Idaman menjadi pembangunan terbaharu Kumpulan di bawah program Rumah Idaman.

Meliputi kawasan seluas 11.226 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM163.8 juta,
Gardens Idaman akan menawarkan 616 unit pangsapuri separa berperabot dengan harga bermula daripada RM250,000 hingga RM270,000. Setiap unit turut dilengkapi dengan dua ruang letak kereta.

Pembangunan berstatus pajakan ini dijangka siap pada tahun 2030 dan direka sebagai komuniti berpagar dan berpengawal untuk pembeli rumah pertama serta keluarga yang mencari kediaman yang lebih luas dan selesa.

Setiap unit berkeluasan 1,002 kaki persegi mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua ruang letak kereta, serta dilengkapi secara separa berperabot dengan almari pakaian, penghawa dingin, pemanas air, kabinet dapur, peti sejuk, televisyen dan kabinet TV.

Para penghuni juga akan menikmati Central Park yang menampilkan trek joging, gimnasium luar, taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan pickleball, selain kemudahan lain seperti dewan serbaguna, tadika serta surau.

William Lew, Pengurus Besar Unit Perniagaan Essential Myra, bahagian hartanah kediaman OIB, berkata program Rumah Idaman Selangor memainkan peranan penting dalam memperluaskan akses kepada perumahan mampu milik berkualiti di seluruh negeri.

“Program Rumah Idaman telah menjadi penanda aras penting dalam menjadikan pemilikan rumah berkualiti lebih mudah dicapai oleh pembeli rumah pertama.

“Sebagai salah satu pemaju yang menyertai program ini, peranan kami bukan sekadar membangunkan kediaman yang memenuhi keperluan program, tetapi juga sentiasa mencari peluang untuk mewujudkan nilai tambah kepada pemilik rumah serta komuniti yang bakal didiami mereka,” katanya

Pelancaran ini turut memperluas portfolio perumahan mampu milik OIB, dengan Gardens Idaman dan pembangunan akan datang, Saujana Idaman di Dengkil, masing-masing menerima pensijilan Provisional GreenRE Bronze, mengiktiraf komitmen projek-projek tersebut terhadap amalan pembangunan yang mampan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

GreenRE merupakan skim pensijilan bangunan hijau Malaysia yang ditubuhkan oleh
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), bagi mengiktiraf pembangunan yang
memenuhi penanda aras kelestarian merangkumi aspek seperti kecekapan tenaga, kecekapan air, perlindungan alam sekitar serta kualiti persekitaran dalaman.

Walaupun aspek kelestarian semakin diberi perhatian dalam sektor hartanah Malaysia, penerapan piawaian GreenRE dalam pembangunan perumahan mampu milik masih belum meluas.

Ini menunjukkan masih terdapat ruang untuk memperluaskan penerapan reka bentuk mampan dalam pembangunan perumahan mampu milik, agar manfaat kelestarian dapat dinikmati oleh lebih ramai pemilik rumah.

Lew menambah bahawa walaupun pensijilan GreenRE bukan merupakan keperluan di bawah program Rumah Idaman, OIB percaya aspek kelestarian wajar diterapkan dalam pembangunan perumahan mampu milik dan tidak seharusnya terhad kepada pembangunan bertaraf premium.

“Sering kali wujud persepsi bahawa kelestarian hanya sesuai untuk pembangunan berharga tinggi. Namun, kami percaya perumahan mampu milik juga boleh menerapkan elemen kelestarian tanpa menjejaskan kemampuan milik, terutamanya apabila aspek ini dipertimbangkan sejak peringkat awal reka bentuk.

“Pensijilan Provisional GreenRE Bronze yang diterima oleh Gardens Idaman dan Saujana Idaman menunjukkan bahawa kelestarian dan kemampuan milik boleh bergerak seiring. Pencapaian ini turut mencerminkan usaha kami untuk menerapkan pendekatan pembangunan yang lebih mampan dalam projek perumahan mampu milik,” jelasnya.

Gardens Idaman menggabungkan pelbagai ciri reka bentuk mampan termasuk reka bentuk luaran bangunan bagi mengurangkan penyerapan haba, kelengkapan kecekapan air 100%, penggunaan bahan binaan rendah karbon, sistem acuan aluminium boleh guna semula, sistem lif cekap tenaga, cat rendah penyerapan sebatian organik (VOC) serta pengoptimuman pencahayaan semula jadi.

Secara keseluruhannya, langkah-langkah ini dijangka meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan air, memperbaiki kualiti persekitaran dalaman serta mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selesa untuk para penghuni.

Berdasarkan penilaian GreenRE, Gardens Idaman dijangka mencapai penjimatan tenaga kira-kira 30.61% berbanding dengan garis dasar GreenRE, serta mengurangkan pelepasan karbon operasi yang dianggarkan sebanyak 337 tan karbon dioksida setara (CO₂e) setiap tahun.

Terletak di salah satu koridor pertumbuhan utama Selangor, Gardens Idaman menawarkan hubungan strategik ke Rawang, Sungai Buloh, Kwasa Damansara, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie serta Lebuhraya Utara-Selatan (NSE).

Pembangunan ini turut menawarkan akses mudah ke sekolah, kemudahan penjagaan kesihatan dan rekreasi serta pusat komersial berhampiran.

Gardens Idaman merupakan projek terbaharu dalam portfolio Rumah Idaman OIB, selepas kejayaan pelancaran Putra Idaman di Desa Pinggiran Putra pada tahun 2024.

Dengan Saujana Idaman dijadualkan untuk dilancarkan pada suku ketiga 2026, OIB akan terus mengembangkan portfolio perumahan mampu miliknya di Selangor, selaras dengan aspirasi perumahan negeri. Untuk maklumat lanjut mengenai Gardens Idaman, layari https://www.myra.com.my/myra-homes/gardensidaman