Nak Melabur Saham Sendiri Atau Guna Khidmat Pakar?

“Duit yang banyak jika tidak diuruskan dengan baik akan habis juga satu hari ini”

Setelah sekian lama kita bekerja untuk mendapatkan duit, akan tiba satu masa kita mahu duit pula bekerja untuk kita. Salah satu caranya adalah dengan membuat pelaburan.

Pelaburan pula terbahagi kepada banyak jenis, daripada pelaburan yang berisiko rendah sehinggalah pelaburan yang berisiko tinggi. Sesuai dengan pepatah “high risk high return”.

Di antara pelaburan yang sangat terkenal adalah pelaburan saham.

Untuk memulakan pelaburan saham ini sangat mudah, kita hanya perlu membuka akaun pelaburan yang dikenali sebagai Central Depository System (CDS) dengan kos serendah RM10.60 sahaja.

Baca: Tutorial Buka Akaun CDS Secara Online Guna Aplikasi Bursa Anywhere

Selepas akaun CDS siap, kita bebas untuk melabur dengan membeli saham-saham syarikat yang didagangkan di pasaran saham.

Mudah Ke Nak Melabur Saham Sendiri?

Semua perkara di dalam dunia ini sebelum menjadi mudah, ianya bermula dengan kepayahan. Yang penting kita perlu mulakan sesuatu perkara dengan ilmu yang cukup agar tidak terjerumus ke dalam kerugian yang sia-sia.

Lebih malang lagi, jika kita mulakan sesuatu tanpa sebarang ilmu. Risiko untuk kita kena scam dengan pelaburan yang menjanjikan keuntungan tanpa rugi adalah tinggi.

Ilmu pelaburan sahaja juga tidak cukup untuk kita berjaya dalam dunia pelaburan saham ini, pengalaman juga memainkan peranan yang sangat penting untuk berjaya dalam dunia pelaburan saham ini.

Satu lagi perkara yang buatkan ramai pelabur tewas dalam dunia pelaburan ini adalah kegagalan untuk mengawal emosi.

Kita juga perlu menggunakan strategi pelaburan yang sesuai dengan diri kita, lebih-lebih lagi jika kita masih bekerja makan gaji. Jangan sampai terlalu fokus nak cari duit lebih sehingga kita culas dalam tanggungjawab sebenar.

Baca: 4 Jenis Trader Dalam Saham. Anda Yang Mana Satu?

“Betul pelaburan saham ini boleh buat duit, tapi aku takde masa nak buat kajian.”

Jika kita yakin bahawa pelaburan saham ini mampu mendatangkan keuntungan tetapi kita mempunyai masalah seperti:

  • Tiada masa nak monitor dan buat kajian
  • Takut nak melabur sendiri dengan modal yang besar
  • Tak mampu untuk mengawal emosi dalam pelaburan saham

Masalah ini bukan penghalang untuk kita terlibat dalam dunia pelaburan saham, kita masih boleh terlibat dengan pelaburan saham ini dengan perkhidmatan daripada pakar.

Melabur Saham Guna Khidmat Pakar

Satu perkhidmatan yang dikenali sebagai private mandate merupakan penyelesaian kepada anda yang nak terlibat dalam pelaburan saham tetapi mempunyai masalah atau halangan tertentu.

Baca: Apa Itu Pelaburan Private Mandate?

Perkhidmatan ini membolehkan pelabur untuk melabur secara terus di dalam pasaran saham yang akan diuruskan daripada A-Z oleh pengurus dana yang sangat berlesen dan mempunyai pengalaman yang luas dalam dunia pelaburan saham.

Sebagai seorang pengurus dana, ianya menjadi tanggungjawab mereka untuk memastikan dana pelaburan yang dilaburkan oleh pelabur diuruskan dengan baik dan memberikan keuntungan yang memuaskan.

Perkhidmatan ini juga memerlukan pelabur untuk mempunyai modal sekitar RM50,000 untuk mula melabur.

Perkhidmatan ini semestinya bukan percuma, kos-kos yang terlibat biasanya adalah seperti:

  • Kos jualan sekitar 3% hingga 5%
  • Kos prestasi sekitar 10% hingga 20%
  • Kos pengurusan sekitar 1% hingga 2%

“Eh, banyaknya kos yang terlibat. Lebih baik melabur dalam unit trust je!”

Walaupun perkhidmatan private mandate ini dilihat seakan-akan unit trust, namun banyak perbezaan yang ketara di antara kedua-dua perkhidmatan ini.

Baca: Mana Lagi Bagus, Private Mandate Atau Unit Trust

Bagaimana Pula Dengan Risiko?

Walaupun pelaburan ini diuruskan oleh pakar dan pengurus dana yang berpengalaman, tidak bermakna pelaburan ini akan sentiasa menjana keuntungan tanpa sebarang kerugian.

Hanya pelaburan skim cepat kaya sahaja yang akan menjanjikan pelaburan tanpa rugi.

Pelaburan di pasaran saham sememangnya terdedah kepada risiko kerugian. Namun dengan kepakaran dan pengalaman pengurus dana, risiko kerugian akan cuba dikurangkan dengan strategi pelaburan mereka yang tersendiri.

Selain daripada risiko pelaburan dengan menggunakan perkhidmatan private mandate ini, risiko ditipu dengan pelaburan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini juga perlu diawasi.

Pastikan anda berhubung dengan wakil pemasaran yang sah sebelum membuat keputusan pelaburan anda. Semak wakil pemasaran yang sah di laman web Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Hari ini, sangat ramai agent atau wakil pemasaran yang tidak bertanggungjawab dengan memasarkan perkhidmatan ini dengan janji-janji manis tanpa sedikit pun menyentuh tentang risiko yang bakal dihadapi oleh pelabur.

Previous ArticleNext Article

CANSLIM: Apa Itu Leader & Laggard Dan Kenapa Saham Ini Boleh Gerak Dulu?

Untuk terlibat dengan pelaburan saham, kita tidak boleh lari daripada melakukan pembacaan dan analisa secara menyeluruh. Pelabur perlu melakukan analisa dengan cara yang betul supaya dapat membuat keputusan yang betul.

Terdapat pelbagai jenis dan cara analisa yang boleh pelabur gunakan antaranya adalah analisa gaya William J. O’Neil. Analisa yang dimaksudkan adalah menggunakan kaedah CANSLIM untuk mencari dan memilih saham yang mempunyai pertumbuhan yang baik.

Pemilihan saham menggunakan CANSLIM ini adalah cara terpantas untuk mencari saham berpotensi sebelum pelabur institusi melabur ke dalam saham tersebut.

Pada penulisan ini, saya akan kongsikan elemen ‘L’ iaitu leader and laggard.

Secara asasnya CANSLIM adalah singkatan akronim yang menggabungkan 7 kriteria dalam pemilihan saham.

Kriteria CANSLIM adalah seperti di bawah :

  1. ‘C’ – Current Quarter Earning
  2. ‘A’ – Annual Earning
  3. ‘N’ – New product/management/event
  4. ‘S’ – Supply and Demand
  5. ‘L’ – Leader/laggard
  6. ‘I’ – Institutional
  7. ‘M’ – Market direction

Apa Itu Leader dan Laggard?

Dalam kriteria Leader dan Laggard, kita ingin menentukan sama ada syarikat kajian kita berada dalam senarai pemain industri yang utama atau pemain industri yang kedua.

Hal ini kerana, syarikat yang menjadi pemain utama dalam industrinya akan bertindak balas lebih awal daripada yang lain dan diikuti oleh syarikat pemain kedua.

Syarikat yang menjadi pemain utama boleh dilihat berdasarkan kepada kekuatan kewangan syarikat dan saiz modal pasaran syarikat tersebut.

Pergerakan pasaran akan bermula dengan saham daripada syarikat pemain utama dalam setiap industri.

PMETAL vs LBALUM

Mari kita lihat contoh-contoh di bawah. Sektor di bawah adalah sektor pembuatan aluminium.

Sumber : iSaham

Gambar di atas menunjukkan syarikat PMETAL berada paling atas dengan modal pasaran sebanyak RM40.38 billion. Ini menjadikan PMETAL pemain industri utama dalam sektor pembuatan Aluminium.

Sumber : Trading View

Pergerakan saham PMETAL berada pada aliran menaik dalam jangka masa 2-3 tahun. Namun begitu, pada Disember 2020, harga PMETAL melakukan kenaikan yang besar daripada RM3.00 sehingga mencecah RM4.00.

Hal ini disebabkan kenaikan harga komoditi Aluminium yang ketara dan telah memberikan keuntungan berganda pada syarikat PMETAL.

Syarikat mencatatkan kenaikan pada margin keuntungan sejak suku tahun kedua 2020. Profit margin yang meningkat juga menyumbang pada kenaikan harga saham.

Sumber : MalaysiaStock.biz

Laggard dalam sektor aluminium pula boleh dilihat pada syarikat LBALUM dengan modal pasaran yang lebih kecil iaitu sebanyak RM228 juta.

Leader seperti saham PMETAL telah mulakan kenaikan pada Disember 2020 manakala, laggard seperti LBALUM hanya memulakan kenaikan pada penghujung Mac 2021 daripada RM0.75 sehingga RM1.30 dengan kenaikan hampir 100%.

Sumber : Trading View
Sumber : MalaysiaStock.biz

Syarikat LBALUM mengalami kerugian pada suku ke-4 tahun 2020 dan hanya berjaya mencatatkan keuntungan pada suku tahun seterusnya. Oleh itu, harga saham LBALUM harga bergerak selepas mencatatkan keuntungan yang meningkat.

Syarikat LBALUM mencatatkan profit margin yang lebih tinggi dari leader PMETAL. Hal ini memberikan peluang yang besar untuk LBALUM menjadi syarikat yang lebih berdaya saing di masa hadapan.

Inilah gaya pemilihan saham menggunakan CANSLIM. Kita perlu mengkaji sektor tersebut dan menentukan siapa leader dan siapa laggard.

Dengan hanya memfokuskan pada kriteria ‘L’ sahaja kita sudah mampu untuk menjana keuntungan yang berganda.

Ini kerana analisis menggunakan metod CANSLIM adalah satu teknik yang sangat berkesan untuk memilih saham yang betul.

Nota: Contoh PMETAL dan LBALUM yang digunakan ini adalah berdasarkan data dan situasi pasaran pada tempoh tersebut dan digunakan semata-mata untuk menerangkan konsep Leader & Laggard dalam strategi CANSLIM. Kedudukan sesuatu saham sebagai leader atau laggard boleh berubah mengikut pergerakan harga dan relative strength dari semasa ke semasa. Contoh ini bukan gambaran prestasi semasa kedua-dua saham dan tidak boleh dianggap sebagai cadangan untuk membeli, menjual atau memegang mana-mana saham.

AMD vs NVIDIA

Sebagai contoh lain, kita boleh lihat perbezaan antara Advanced Micro Devices (AMD) dan NVIDIA dalam industri cip AI. NVIDIA merupakan pemain yang jauh lebih besar dari segi revenue dan kedudukan pasaran, tetapi dalam analisis saham, saiz syarikat bukan satu-satunya perkara yang menentukan sama ada sesuatu saham itu dianggap sebagai leader atau laggard.

Jika harga saham AMD mencatat kenaikan yang lebih tinggi berbanding NVIDIA dalam tempoh tertentu, AMD boleh dianggap sebagai stock leader untuk tempoh tersebut dari sudut price performance, walaupun NVIDIA kekal sebagai peneraju industri dari segi saiz. Sebab itu, apabila menggunakan konsep Leader & Laggard, pelabur perlu melihat relative strength dan prestasi harga berbanding saham lain dalam sektor yang sama, bukannya sekadar membandingkan harga seunit saham atau revenue syarikat.

Namun begitu, status leader atau laggard bukanlah sesuatu yang kekal. Sesebuah saham boleh menjadi leader pada satu tempoh dan kemudiannya menjadi laggard apabila momentum harga berubah. Oleh itu, konsep ini lebih sesuai digunakan sebagai salah satu alat untuk mengenal pasti saham yang menunjukkan momentum relatif yang kuat, bukannya sebagai ukuran mutlak tentang syarikat mana yang lebih baik.


Belilah saham yang baik. Nak tahu apa lebih mendalam tentang formula ini? Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.