Ada Apa Dengan Melaka? Kawasan Hartanah Yang Semakin ‘Hot’

Bila sebut saja Melaka, yang sering kita terbayang adalah Hang Tuah dan tempat bersejarah seperti A Famosa yang cukup terkenal.

Tetapi tahukah anda, selain daripada Melaka merupakan tempat bersejarah; hartanah di sini juga semakin meningkat naik?

Lokasi Menarik, Tempat Tumpuan Pelancong

Melaka terletak lebih kurang 148 kilometer dari bandar KL, dan perjalanan biasanya mengambil hanya sejam lebih menggunakan Lebuhraya Utara Selatan.

Kalau diikutkan, Melaka berkeluasan 1,664 km2. Tetapi pada kebiasaannya, orang ramai lebih tertumpu ke Bandaraya Melaka dan Ayer Keroh. Maklumlah, keluar saja tol jumpa tempat-tempat ini dahulu.

Melawat Melaka, Bererti Melawati Malaysia

Inilah slogan yang digunakan kerana memang benar pun. Melaka merupakan tempat tumpuan pelancong, dalam dan luar negara. Mengikut rekod, Melaka mencatatkan kedatangan pelancong seramai 16.7 juta orang. Kebanyakan pelancong luar negara adalah dari China, Singapura dan Indonesia.

Yang lebih menarik, Bandaraya Melaka telah disenaraikan sebagai Bandar Bersejarah UNESCO sejak 7 Julai 2008 lagi. Ini sedikit sebanyak telah membantu menaikkan lagi nama Melaka di persada dunia.

Hartanah Di Melaka Yang Semakin Meningkat Naik

Bila dah jadi tumpuan pelancong ni, sudah pastinya hartanah di kawasan Melaka juga menerima tempiasnya. Untuk tujuan perbincangan, kita akan gunakan data dan statistik yang dibekalkan oleh pihak kerajaan Malaysia.

Boleh muat turun data ini di laman web NAPIC (National Property Information Centre) yang merupakan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara. Ianya dikeluarkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, sebuah jabatan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia.

Indeks Harga Rumah Di Melaka Yang Meningkat Setiap Tahun

Lihat sendiri bagaimana harga rumah di Melaka didapati meningkat dari setahun ke setahun. Siapa sangka bahawa harga rumah di Melaka naik sebanyak 52.4 mata dari tahun 2010 sehingga 2017. Kenaikan yang dicatatkan adalah sebanyak 52.4% dalam masa 7 tahun atau 7.49% setahun.

2018 pun dilihat semakin naik, nampak gayanya 2019 pun macam nak naik juga betul tak?

Kata Sektor Hartanah Bakal Crash?

Bagi mereka yang belum beli rumah, pastinya akan mengharap bubble sektor hartanah akan pecah. Dapat juga merasa beli rumah dan pada harga diskaun. Tapi cuba tengok dulu data yang dikeluarkan NAPIC seperti berikut:

Jika dilihat kepada indeks harga rumah di seluruh Malaysia mengikut jenis rumah pula, kejatuhan harga rumah memang pernah berlaku pada tahun 1998 dan 1999. Dan rasanya kita semua tahu bahawa ekonomi Malaysia dan ekonomi dunia terjejas teruk disebabkan Krisis Mata Wang Asia yang berlaku pada masa itu kan?

Selain daripada dua tahun ‘krisis’ ini, hartanah di Malaysia telah naik secara konsisten. Jadi kalau pun market crash dan bubble meletup, ia tidak akan berpanjangan. Sebaik sahaja ekonomi kembali pulih, sektor hartanah akan terus menunjukkan kenaikan.

Dapatkan Rumah Yang Penuh Dengan Fasiliti Pada Harga Mampu Dimiliki

Dengan harga rumah yang konfem naik dan tak turun-turun, masih ada rumah yang mampu dimiliki di kawasan Melaka.

Memperkenalkan Sri Melaka Residensi, sebuah apartmen mampu milik di Bukit Serindit, Melaka. Hanya 3 kilometer daripada bandar Melaka Raya, di mana terletaknya tarikan pelancong seperti Jonker Walk, Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade. Ianya juga berhampiran dengan kemudahan-kemudahan lain seperti sekolah, hospital dan taman rekreasi.

Rumah dengan keluasan 1000 kaki persegi, 3 bilik, 2 bilik air dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden seperti kolam renang, gimnasium, gelanggang badminton, futsal, taska dan bermacam-macam lagi; semua ini dengan harga RM208,800 sahaja!

Ya, harganya tersangatlah mampu milik. Berbaloi-baloi untuk beli dan duduk sendiri, atau sebagai pelaburan.

Jom layan video di bawah terlebih dahulu:

Nak tunggu market crash baru nak beli? Lagi lama kita ambil masa untuk berfikir, silap haribulan memang sold-out punya lah. Sementara masih ramai orang yang tak tahu pasal ‘khazanah’ tersembunyi di Melaka ni, bertindaklah dengan cepat.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Sri Melaka Residensi atau Facebook Sri Melaka Residensi untuk dapatkan info terkini.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Dilema mahu membeli atau menyewa rumah

Memiliki rumah sejak sekian lama dianggap sebagai simbol kestabilan dan kejayaan hidup bagi rakyat Malaysia.

Tidak hairanlah ramai golongan muda merasakan mereka perlu membeli rumah secepat mungkin yang memaksa mereka menanggung komitmen pinjaman perumahan selama 30 hingga 40 tahun.

Namun, dalam cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat, harga rumah yang terus berada di luar kemampuan sebahagian besar pembeli muda serta corak pekerjaan yang semakin dinamik, tiba masanya kita menilai semula maksud sebenar ‘seseorang itu ada rumah’.

Pada asasnya, rumah adalah tempat berteduh dan menyediakan keperluan asas untuk kediaman. Yang mustahak adalah ‘jaminan tempat kediaman dan kepentingan untuk mendiami’ yang lazimnya adalah melalui pemilikan tetapi boleh juga melalui penyewaan.

Bagi ramai golongan muda, terutamanya di peringkat awal kehidupan, menyewa boleh menjadi pilihan yang lebih praktikal dan fleksibel.

Ia membolehkan mereka mampu untuk menetap berhampiran tempat kerja, mengurus kewangan dengan lebih baik dan mengelakkan beban hutang jangka panjang sebelum benar-benar bersedia untuk membeli rumah sendiri.

Perubahan cara berfikir ini secara perlahan-lahan membuka ruang kepada perkembangan pasaran sewaan di Malaysia, termasuk kemunculan konsep ‘co-living’ atau kediaman bersama di dalam sebuah komuniti transit, serta juga konsep Rent-to-Own (RTO) atau Sewa-untuk-Beli.

Walaupun segmen ini masih kecil berbanding pasaran sewaan konvensional, ia semakin mendapat perhatian khususnya dalam kalangan generasi muda.

Konsep ‘co-living’ menawarkan bilik atau unit yang lengkap dengan perabot, tempoh sewaan yang lebih fleksibel serta kemudahan bersama yang diuruskan secara profesional.

Ia juga mengurangkan kos kemasukan (barrier of entry) kerana penyewa tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan besar untuk membeli perabot atau menanggung pelbagai kos utiliti secara berasingan.

Bagi golongan belia dan profesional muda, pekerja kontrak serta mereka yang sering berpindah lokasi pekerjaan, ‘co-living’ menyediakan pilihan perumahan yang lebih mudah dan praktikal tanpa perlu membuat komitmen membeli rumah ketika pendapatan mereka, khususnya pendapatan boleh guna mereka masih sedang dibina dan deperkukuhi.

Namun begitu, terdapat beberapa cabaran yang perlu diatasi sekiranya pasaran sewaan ingin berkembang menjadi satu cabang penting dalam ekosistem perumahan negara.

Cabaran pertama ialah persepsi masyarakat. Budaya pemilikan rumah masih sangat kuat dan menyewa sering dianggap sebagai pilihan sementara atau petanda seseorang mencapai kestabilan kewangan.

Persepsi ini ada benarnya, tetapi ia juga mewujudkan tekanan sosial yang menyebabkan ramai membeli rumah lebih awal daripada kemampuan sebenar mereka ataupun menyebabkan kerakusan pasaran yang sehingga mengakibatkan tekanan mental dan emosi.

Hakikatnya, keperluan perumahan setiap individu berbeza mengikut peringkat kehidupan. Ada yang memerlukan fleksibiliti untuk berpindah mengikut kerjaya, manakala ada yang lebih selesa menangguhkan pembelian rumah sehingga kedudukan kewangan mereka lebih kukuh.

Oleh itu, menyewa tidak sepatutnya sewenang-wenangnya dilihat sebagai pilihan yang kurang baik sehingga dilihat sebagai stigma berbanding pemilikan rumah.

Cabaran kedua ialah pasaran sewaan negara yang masih belum matang dan terpasung. Sebahagian besar pasaran masih dikuasai oleh pemilik individu dengan standard pengurusan, syarat penyewaan dan kualiti penyelenggaraan yang berbeza-beza.

Keadaan ini menyebabkan pengalaman menyewa tidak seragam dan kadangkala menimbulkan ketidakpastian kepada penyewa dan juga pemilik rumah.

Cabaran ketiga pula ialah kekurangan rangka kerja perundangan yang menyeluruh untuk mengawal selia sektor sewaan kediaman.

Pelaksanaan dan penggubalan sebuah akta, seperti Akta Penyewaan Kediaman (RTA) yang satu ketika dahulu diusulkan tetapi tertangguh, perlu disegerakan bagi mewujudkan pasaran sewaan yang lebih teratur dan telus.

Sebuah akta yang khusus untuk regulasi pasaran penyewaan sektor kediaman ini berpotensi untuk menyediakan perlindungan yang lebih jelas kepada penyewa dan juga pemilik, memperkukuhkan mekanisme penyelesaian pertikaian serta meningkatkan keyakinan pelabur dan pengendali profesional dalam sektor perumahan sewaan.

Bagi akta sedemikian, keutamaan harus diberikan kepada pendekatan yang mesra penyewa, mesra pemilik dan mesra pelabur yang mengimbangi secara saksama kepentingan-kepentingan setiap pemegangtaruh untuk melahirkan satu persekitaran pasaran yang menang-menang.

Tumpuan juga harus diberikan untuk memperhalusi dan mengukuhkan konsep RTO atau Sewa-untuk-Beli sebagai salah satu langkah penyelesaian menang-menang.

Dalam jangka panjang, pembangunan pasaran sewaan yang lebih tersusun akan memberikan lebih banyak pilihan kepada rakyat.

Persediaan dan ketersediaan bakal pembeli rumah adalah berbeza-beza di dalam persekitaran yang mencabar dewasa ini di samping tekanan sosial berkenaan kemampuan dan pemilikan rumah idaman.

Walaupun apapun keadaannya, yang pasti adalah setiap individu dan isi rumah seharusnya mempunyai akses dan jaminan tempat kediaman yang selesa, mempunyai akses kepada kemudahan, selamat dan mampu dibayar mengikut keperluan serta kedudukan kewangan masing-masing.

Dalam hal ini, memperkukuhkan pasaran sewaan melalui konsep seperti RTO dan ‘co-living’ serta pemerkasaan rangka kerja perundangan berpotensi untuk melengkapkan ekosistem perumahan negara dengan menyediakan pilihan yang lebih pelbagai dan inklusif untuk rakyat Malaysia.

Penulis ialah Pengarah Kanan, Penyelidikan Hartanah Rahim & Co Chestertons

— Berita Harian