Beli Rumah Freehold Lagi Murah & Bagus? Ini Ulasannya

Rupa-rupanya, masih wujud stigma di kalangan rakyat Malaysia yang rumah jenis hakmilik tanah freehold adalah terpaling bagus berbanding hakmilik tanah yang lain. 

Jawapannya, ya dan tidak. Ini penjelasannya. 

Sebagai pemula, anda tahu di Malaysia terdapat banyak jenis hakmilik tanah. Antaranya :- 

  • Lot Bumiputera 
  • Tanah Rizab Melayu 
  • Pegangan Bebas (Freehold) 
  • Pegangan Pajakan (Leasehold) 

Apa Itu Tanah Freehold? 

Tanah jenis pegangan bebas di mana, pemilik bagi tanah jenis ini akan jadi pemiliknya selama-lamanya (sampai kiamat). 

Anda sebagai pemilik tanah tidak perlu memulangkan semula tanah itu kepada Kerajaan.

Tanah jenis ini boleh dipindah milik kepada sesiapa sahaja seperti anak-anak, keluarga atau pembeli baru yang membeli tanah itu daripada anda. 

Dan anak-anak pula, mereka boleh wariskan tanah tersebut kepada anak-anak mereka dan proses ini boleh berlaku sampai bila-bila tanpa ada sebarang gangguan daripada Kerajaan. 

Pegangan bebas yang juga dikenali sebagai Geran atau Geran Mukim ada beza di antara kedua-duanya. 

Geran – Dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar Negeri.

Geran Mukim – Dikeluarkan dan ditadbir oleh Pejabat Tanah Daerah. 

Sebagai pemilik tanah tersebut, anda perlu tahu siapa pengeluar dokumen hakmilik tanah untuk sebarang urusan pertukaran nama tanah dan sebagainya kelak. 

Bagaimana pula dengan rumah jenis leasehold? Ada beza yang signifikankah dengan rumah jenis leasehold? Jom ikuti penerangannya di bawah. 

Perbezaan Rumah Freehold & Rumah Leasehold

Untuk mudah memahami perbezaan antara rumah freehold dan leasehold, anda boleh merujuk kepada infographic yang telah disediakan.

 

Apa Kelebihan Rumah Freehold? 

Jika anda membeli hartanah kediaman dengan hakmilik pegangan bebas (freehold), lot tanah pada kediaman itu menjadi milik anda. 

Anda juga mempunyai kebebasan untuk menggunakan tanah tersebut dan perubahan struktur tanah dan binaan tetapi bersyarat. 

Sebarang pengubahsuaian masih tertakluk kepada kawalan perancangan bandar dan alam sekitar atas kapasiti keselamatan. 

Rumah jenis freehold lazimnya menjadi buruan pelabur hartanah kerana harga jualan semulanya yang lebih tinggi dan signifikan berbanding hartanah leasehold.

Di sisi lain pula, hartanah jenis leasehold akan mengalami penyusutan nilai tahun demi tahun selepas hartanah tersebut dibeli individu lain. 

Dan yang terakhir, rumah freehold lebih mudah dan cepat untuk dijual kerana tiada had pemindahan tanah seperti yang dinyatakan dalam Sales & Purchase Agreement (SPA).

120 hari adalah tempoh normal untuk pemindahan milik hartanah jenis freehold di Malaysia. 

Paling penting, anda tidak perlu risau akan kehilangan kediaman sekiranya Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan membuat keputusan untuk mengambil semula tanah tersebut untuk pembangunan infrastruktur dan kemudahan. 

Apa Kekurangan Rumah Freehold?

Setiap yang baik, akan ada kekurangannya juga. 

Antara kelemahan yang paling besar berkaitan dengan rumah freehold adalah nilainya di pasaran adalah lebih tinggi.

Ini bermakna, anda perlu bayar lebih untuk rumah jenis freehold berbanding rumah jenis leasehold

Anda juga perlu bertanggungjawab atas kerja pembaikan, pembentungan, pengubahsuaian dan penyelenggaraan rumah jenis freehold

Selain itu, ramai pemilik rumah freehold beranggapan mereka ada hakmilik sepenuhnya. 

Hakikatnya, Kerajaan sebenarnya berkuasa mengambil rumah anda walaupun freehold sekiranya terbukti mengganggu proses pembangunan infrastruktur, kemudahan, keselamatan dan pertumbuhan ekonomi dalam jangka masa panjang. 

Anda mungkin diberi pampasan oleh Kerajaan mengikut harga pasaran menerusi penilai tanah yang dilantik oleh pihak Kerajaan. 

Untuk kapasiti pelaburan hartanah, rental yield yang anda terima akan lebih rendah berbanding rumah leasehold kerana kos permulaan untuk mendapatkan rumah adalah tinggi berbanding rumah leasehold

Untuk melihat jenis rumah freehold yang ada di pasaran, anda boleh layari mana-mana portal hartanah online dan buat semakan menerusi jenis hakmilik tanah. 

Kemudian, buat perbandingan harga dan buat semakan jenis pajakan hartanah tersebut. 

Jenis pajakan untuk rumah freehold adalah Geran dan Geran Mukim. 

Gambar : Google

Berbalik kepada persoalan utama artikel ini, adakah rumah freehold lebih murah? 

Jawapannya tidak. 

Sungguhpun rumah freehold tiada caj premium untuk melanjutkan tempoh pajakan, kos permulaan untuk mendapatkan rumah freehold adalah lebih mahal. 

Kedua, adakah rumah freehold bagus?

Jawapannya, ya. 

Untuk jangka panjang, rumah tersebut boleh diwariskan kepada anak-anak dan keturunan tanpa ada campur tangan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dengan syarat, rumah freehold itu tidak mengganggu pembangunan infrastruktur, kemudahan, keselamatan dan ekonomi. 

Pendapat penulis, rumah freehold sesuai untuk anda yang malas fikir dan keluarkan kos premium tambahan tempoh pajakan dan senang untuk pihak bank luluskan permohonan pinjaman / pembiayaan rumah anda. 

Baca juga : Antara Rumah Freehold & Leasehold (Pegangan Bebas vs Pegangan Pajakan)

Nak Tahu Anda Layak Dapat Pinjaman / Pembiayaan Dengan Bank atau Tidak? Semak Laporan CTOS / CCRIS Terlebih Dahulu. Pastikan Cantik!

Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman / pembiayaan daripada bank. Namun rekod CCRIS hanya sebuah laporan skor kredit, bukan rekod blacklist yang sering jadi salah faham dalam kalangan rakyat Malaysia.

Berapa harga untuk laporan CTOS / CCRIS?

Anda boleh dapatkan di laporan MyCTOS serendah RM27.90 di CTOS score, ataupun muat turun secara online di MyCreditInfo daripada EXPERIAN serendah RM23.90.

Dengan EXPERIAN My Credit Info (nama lama dia RAMCI), mereka ada produk bernama Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai status kewangan anda.

Laporan ini mengandungi maklumat seperti CCRIS;

  • Kemudahan kredit anda dengan bank / institusi kewangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS), Bank Negara Malaysia.
  • Kemudahan kredit peribadi, secara bersama atau diperolehi oleh hak milik tunggal di mana anda adalah pemilik.
  • Nama bank atau institusi kewangan yang memberi kemudahan kredit/pinjaman, cawangan institusi kewangan di mana kemudahan kredit/pinjaman yang anda diperolehi.
  • Jumlah pinjaman/had kredit, baki tertunggak daripada kemudahan kredit anda dan tarikh terakhir untuk jumlah belum dijelaskan akan dilaporkan oleh bank / institusi kewangan.
  • Jenis cagaran atau jaminan yang dicagarkan untuk kemudahan kredit.
  • Pembayaran yang kerap untuk setiap kemudahan, seperti setiap bulan atau mingguan.
  • Permohonan kredit yang diluluskan selama 12 bulan terakhir dengan ahli CCRIS yang mengambil bahagian.
  • Pelbagai kemudahan kredit anda dipantau khas oleh bank atau institusi kewangan di bawah Akaun Perhatian Khas

Selain itu, ada juga maklumat SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA – baki potongan & sejarah pembayaran), PTPTN, maklumat bukan berkaitan perbankan dan banyak lagi.

Maklumat yang TIDAK termasuk dalam laporan ini adalah:

  • Akaun Deposit atau Simpanan
  • Rekod pekerjaan
  • Status perkahwinan
  • Kesihatan
  • Rekod jenayah
  • Butiran gaji
  • Agama

Contoh Laporan Kredit:

Dapat gred 10 kira dah terbaik, bermaksud kurang risiko untuk pembiayaan tidak dibayar atau default. Agak-agak ada ke bank nak bagi pembiayaan kalau kita berisiko tinggi? Paling teruk sekali dapat skor 1 – 3 (WEAK), bank pasti akan terus tolak bulat-bulat je permohonan korang tu tanpa cakap banyak.

Maklumat yang digunakan bagi mengira skor kredit ini termasuk:

  • Pinjaman yang anda ada (kad kredit, pinjaman / pembiayaan perumahan, kereta, pinjaman peribadi, dan lain-lain.);
  • Sama ada anda membayar pinjaman / pembiayaan tepat pada masanya;
  • Jumlah hutang anda yang belum dijelaskan;
  • Sama ada anda telah secara aktif memohon kredit baru;
  • Sama ada anda mempunyai apa-apa tindakan undang-undang;
  • Usia akaun anda

Skrol bawah sikit akan ada bahagian Banking Credit Information. Dekat sini akan disenaraikan segala pinjaman / pembiayaan / kredit kad dan sejarah pembayaran.

Kena pastikan lebih banyak angka kosong ‘0’ bermakna kita buat bayaran on-time setiap bulan. Kalau dapat semua ‘0’, itu memang terpaling flawlessbank tak akan tergamak nak reject dan dengan rela hati akan meluluskan permohonan pembiayaan korang.

Menarik bukan? Cepat check dan DOWNLOAD sekarang.

Previous ArticleNext Article

Dilema mahu membeli atau menyewa rumah

Memiliki rumah sejak sekian lama dianggap sebagai simbol kestabilan dan kejayaan hidup bagi rakyat Malaysia.

Tidak hairanlah ramai golongan muda merasakan mereka perlu membeli rumah secepat mungkin yang memaksa mereka menanggung komitmen pinjaman perumahan selama 30 hingga 40 tahun.

Namun, dalam cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat, harga rumah yang terus berada di luar kemampuan sebahagian besar pembeli muda serta corak pekerjaan yang semakin dinamik, tiba masanya kita menilai semula maksud sebenar ‘seseorang itu ada rumah’.

Pada asasnya, rumah adalah tempat berteduh dan menyediakan keperluan asas untuk kediaman. Yang mustahak adalah ‘jaminan tempat kediaman dan kepentingan untuk mendiami’ yang lazimnya adalah melalui pemilikan tetapi boleh juga melalui penyewaan.

Bagi ramai golongan muda, terutamanya di peringkat awal kehidupan, menyewa boleh menjadi pilihan yang lebih praktikal dan fleksibel.

Ia membolehkan mereka mampu untuk menetap berhampiran tempat kerja, mengurus kewangan dengan lebih baik dan mengelakkan beban hutang jangka panjang sebelum benar-benar bersedia untuk membeli rumah sendiri.

Perubahan cara berfikir ini secara perlahan-lahan membuka ruang kepada perkembangan pasaran sewaan di Malaysia, termasuk kemunculan konsep ‘co-living’ atau kediaman bersama di dalam sebuah komuniti transit, serta juga konsep Rent-to-Own (RTO) atau Sewa-untuk-Beli.

Walaupun segmen ini masih kecil berbanding pasaran sewaan konvensional, ia semakin mendapat perhatian khususnya dalam kalangan generasi muda.

Konsep ‘co-living’ menawarkan bilik atau unit yang lengkap dengan perabot, tempoh sewaan yang lebih fleksibel serta kemudahan bersama yang diuruskan secara profesional.

Ia juga mengurangkan kos kemasukan (barrier of entry) kerana penyewa tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan besar untuk membeli perabot atau menanggung pelbagai kos utiliti secara berasingan.

Bagi golongan belia dan profesional muda, pekerja kontrak serta mereka yang sering berpindah lokasi pekerjaan, ‘co-living’ menyediakan pilihan perumahan yang lebih mudah dan praktikal tanpa perlu membuat komitmen membeli rumah ketika pendapatan mereka, khususnya pendapatan boleh guna mereka masih sedang dibina dan deperkukuhi.

Namun begitu, terdapat beberapa cabaran yang perlu diatasi sekiranya pasaran sewaan ingin berkembang menjadi satu cabang penting dalam ekosistem perumahan negara.

Cabaran pertama ialah persepsi masyarakat. Budaya pemilikan rumah masih sangat kuat dan menyewa sering dianggap sebagai pilihan sementara atau petanda seseorang mencapai kestabilan kewangan.

Persepsi ini ada benarnya, tetapi ia juga mewujudkan tekanan sosial yang menyebabkan ramai membeli rumah lebih awal daripada kemampuan sebenar mereka ataupun menyebabkan kerakusan pasaran yang sehingga mengakibatkan tekanan mental dan emosi.

Hakikatnya, keperluan perumahan setiap individu berbeza mengikut peringkat kehidupan. Ada yang memerlukan fleksibiliti untuk berpindah mengikut kerjaya, manakala ada yang lebih selesa menangguhkan pembelian rumah sehingga kedudukan kewangan mereka lebih kukuh.

Oleh itu, menyewa tidak sepatutnya sewenang-wenangnya dilihat sebagai pilihan yang kurang baik sehingga dilihat sebagai stigma berbanding pemilikan rumah.

Cabaran kedua ialah pasaran sewaan negara yang masih belum matang dan terpasung. Sebahagian besar pasaran masih dikuasai oleh pemilik individu dengan standard pengurusan, syarat penyewaan dan kualiti penyelenggaraan yang berbeza-beza.

Keadaan ini menyebabkan pengalaman menyewa tidak seragam dan kadangkala menimbulkan ketidakpastian kepada penyewa dan juga pemilik rumah.

Cabaran ketiga pula ialah kekurangan rangka kerja perundangan yang menyeluruh untuk mengawal selia sektor sewaan kediaman.

Pelaksanaan dan penggubalan sebuah akta, seperti Akta Penyewaan Kediaman (RTA) yang satu ketika dahulu diusulkan tetapi tertangguh, perlu disegerakan bagi mewujudkan pasaran sewaan yang lebih teratur dan telus.

Sebuah akta yang khusus untuk regulasi pasaran penyewaan sektor kediaman ini berpotensi untuk menyediakan perlindungan yang lebih jelas kepada penyewa dan juga pemilik, memperkukuhkan mekanisme penyelesaian pertikaian serta meningkatkan keyakinan pelabur dan pengendali profesional dalam sektor perumahan sewaan.

Bagi akta sedemikian, keutamaan harus diberikan kepada pendekatan yang mesra penyewa, mesra pemilik dan mesra pelabur yang mengimbangi secara saksama kepentingan-kepentingan setiap pemegangtaruh untuk melahirkan satu persekitaran pasaran yang menang-menang.

Tumpuan juga harus diberikan untuk memperhalusi dan mengukuhkan konsep RTO atau Sewa-untuk-Beli sebagai salah satu langkah penyelesaian menang-menang.

Dalam jangka panjang, pembangunan pasaran sewaan yang lebih tersusun akan memberikan lebih banyak pilihan kepada rakyat.

Persediaan dan ketersediaan bakal pembeli rumah adalah berbeza-beza di dalam persekitaran yang mencabar dewasa ini di samping tekanan sosial berkenaan kemampuan dan pemilikan rumah idaman.

Walaupun apapun keadaannya, yang pasti adalah setiap individu dan isi rumah seharusnya mempunyai akses dan jaminan tempat kediaman yang selesa, mempunyai akses kepada kemudahan, selamat dan mampu dibayar mengikut keperluan serta kedudukan kewangan masing-masing.

Dalam hal ini, memperkukuhkan pasaran sewaan melalui konsep seperti RTO dan ‘co-living’ serta pemerkasaan rangka kerja perundangan berpotensi untuk melengkapkan ekosistem perumahan negara dengan menyediakan pilihan yang lebih pelbagai dan inklusif untuk rakyat Malaysia.

Penulis ialah Pengarah Kanan, Penyelidikan Hartanah Rahim & Co Chestertons

— Berita Harian