Belia Tanpa Slip Gaji Boleh Miliki Rumah Sendiri Menerusi RBN (Rumah Bina Negara)

Para belia luar bandar yang tidak mempunyai slip gaji kini berpeluang memiliki kediaman sendiri menerusi skim Rumah Bina Negara (RBN) yang diperkenalkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) membuka peluang bagi masyarakat memiliki rumah sendiri melalui Program Rumah Bina Negara kepada yang layak berasaskan syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia.

  • Generasi kedua luar bandar.

  • Bermaustatin di luar bandar.

  • Berumur 19 hingga 45 tahun.

  • Pendapatan seisi rumah sebulan RM4,000 dan ke bawah.

  • Sudah berkahwin.

  • Sebagai rumah pertama.

  • Tanah milik sendiri / ibubapa (terhad kepada dua penama sahaja).

  • Hanya 1 lot 1 unit rumah.

  • Setuju cagarkan tanah.

  • Kos penyediaan tapak ditanggung oleh pemohon.

  • Kemudahan penyambungan dan pemasangan utiliti.

  • Pengesahan oleh pemimpin tempatan.

Kepada yang berminat atau keterangan lanjut, sila hubungi Ibu pejabat KESEDAR atau terus ke Pejabat Operasi Berhampiran.

Sumber: KKLW Hari IniLembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sektor Hartanah Dijangka Catat Pertumbuhan Kukuh Pada 2025 – Rahim & Co


KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) — Pasaran hartanah tempatan dijangka mencatatkan pertumbuhan yang kukuh pada 2025, didorong oleh momentum yang mampan dalam pembangunan kediaman penghuni pemilik dan wujudnya industri baharu seperti pusat data dan tenaga boleh baharu.

Pengerusi Eksekutif Rahim & Co Tan Sri Abdul Rahim Abdul Rahman berkata penggabungan pendigitalan, kemampanan, kesedaran terhadap alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) serta permintaan meningkat untuk kehidupan bandar bersepadu akan membentuk pasaran hartanah Malaysia.

“Dengan sokongan kerajaan yang berterusan seperti melalui insentif untuk rumah mampu milik, dasar mesra pelabur serta inisiatif bangunan hijau dan berasaskan teknologi, pasaran hartanah dijangka terus berkembang,” katanya pada pratonton laporan Kajian Pasaran Hartanah 2024/2025 syarikat itu hari ini.

Walaupun cabaran berterusan, prospek kekal positif untuk pemaju yang dapat menyesuaikan dengan keperluan pasaran yang sentiasa berubah.

Pengarah Penyelidikannya, Sulaiman Akhmady Mohd Saheh berkata pelaburan infrastruktur strategik, termasuk Laluan Rel Pantai Timur, Lebuhraya Pan Borneo dan Rapid Transit System akan mewujudkan peluang pelaburan baharu.

“Program Malaysia Rumah Kedua Ku (MM2H) yang diperhalusi dan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang akan datang juga dijangka menjana minat yang ketara.

“Dalam sektor komersial, walaupun terdapat tekanan penawaran, trend ‘flight-to-green’ dan ‘flight-to-quality’ akan mentakrifkan semula pasaran pejabat dan runcit, mewujudkan naratif baharu dalam segmen itu,” katanya, sambil menambah sentimen pada 2025 dijangka dipengaruhi oleh faktor seperti subsidi bahan api dan pelarasan tarif elektrik serta ketidaktentuan global.

Bagaimanapun, katanya permintaan untuk kawasan yang stabil dijangka kekal kukuh dan permintaan untuk rumah mampu milik akan berterusan, disokong oleh inisiatif kerajaan.

“Sektor peruncitan akan pulih secara berperingkat, dengan pusat beli-belah dan kedai baharu berkembang maju. Kadar penghunian pusat beli-belah dijangka bertambah baik berikutan pengusaha melaksanakan inovasi untuk meningkatkan pengalaman pengunjung,” katanya.

Dalam pasaran pejabat, katanya peralihan kepada model kerja jarak jauh dan hibrid sedang mentransformasikan permintaan terhadap ruang pejabat.

“Syarikat memberikan keutamaan kepada fleksibiliti, dengan pejabat berkembang menjadi hab kolaboratif berbanding ruang kerja tradisional.

“Mengambil kira ESG, dengan lokasi yang kaya dengan kemudahan dan akses pengangkutan yang mudah, menjadi pemacu utama kepada permintaan masa depan,” katanya.

— BERNAMA