Gaji Bawah RM3,000 Boleh Miliki Townhouse RM42,000? Ini Hartanahnya

Semenjak tahun 2018 lagi, kesan daripada ketidakseimbangan di antara permintaan dan penawaran hartanah di Malaysia telah menyebabkan 32,313 unit bernilai RM19.86 bilion tidak terjual sepanjang tahun 2018.

Setakat suku ketiga 2020, 57,390 unit kediaman siap tidak terjual membabitkan hartanah kediaman, pangsapuri khidmat dan SoHo bernilai RM42.49 bilion.

Yang lebih memburukkan keadaan adalah apabila, ‘orang dalam’ Bank Negara Malaysia turut mendedahkan bahawa harga rumah di Malaysia sangat tidak mampu milik.

Baca : ‘Rumah Mampu Milik’ Pun Tidak Mampu Dimiliki

Harga bagi rumah mampu milik di seluruh Malaysia perlu ditawarkan pada harga maksimum RM282,000 untuk isi rumah berpendapatan median atau penengah.

Dengan situasi kelembapan ekonomi dan krisis kesihatan yang melanda Malaysia pada ketika ini, adanya keperluan untuk menyelesaikan masalah rakyat Malaysia yang masih tidak memiliki hartanah.

Baca : Menurut Pakar, 4 Cara Ini Mampu Selesaikan Isu Rumah Mampu Milik

Terbaru, Sime Darby Properties telah hadir membawa solusi dengan menawarkan rumah teres dan rumah bandar (townhouse) pada harga serendah RM42,000!

Bandar yang dibangunkan untuk projek hartanah ini adalah Serenia City. Untuk projek kali ini, Sime Darby Properties telah menambah projek perumahan mampu milik yang berkualiti.

Fokusnya, untuk membawa anda kegembiraan di kediaman dan menyediakan tempat tinggal dengan persekitaran perumahan yang selamat.

Sumber Imej : Sime Darby Properties

Bandar yang dibangunkan untuk projek hartanah ini terletak di Dengkil.

Untuk projek kali ini, Sime Darby Properties telah menambah projek perumahan mampu milik yang berkualiti untuk membawa anda kegembiraan di kediaman dan menyediakan tempat tinggal dengan persekitaran perumahan yang selamat.

Projek ikonik ini merupakan kediaman landed pertama Rumah Selangorku oleh Sime Darby Properties. Terdapat tiga jenis projek hartanah yaqni :-

  • Townhouse Serenia Amalia 3
  • Townhouse Serenia Amalia 4
  • Townhouse Serenia Amalia 1 & 2

Townhouse Serenia Amalia 3

Sumber Imej : Sime Darby Properties

Jenis : Type A
Keluasan : 700 kps | 24′ x 53′
Harga : RM42,000

Syarat-syarat:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Tidak boleh disewakan hanya untuk didiami
  • Pemohon berpendapatan tidak melebihi RM3,000
  • Pemohon atau pasangan tidak memiliki hartanah di Selangor

Townhouse Serenia Amalia 4

Sumber Imej : Sime Darby Properties

Jenis : Type B
Keluasan : 750 kps | 24′ x 55′
Harga : RM100,000

Syarat-syarat:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Tidak boleh disewakan hanya untuk didiami
  • Pemohon berpendapatan RM3,001 – RM10,000
  • Pemohon atau pasangan tidak memiliki hartanah di Selangor

Townhouse Serenia Amalia 1 & 2

Sumber Imej : Sime Darby Properties

Jenis : Type D
Keluasan : 900 kps | 20′ x 60′
Harga : RM250,000 – RM300,000

Syarat-syarat:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Tidak boleh disewakan hanya untuk didiami
  • Pemohon berpendapatan RM3,001 – RM10,000
  • Pemohon atau pasangan tidak memiliki hartanah di Selangor

Dokumen Yang Diperlukan

1. Dua salinan IC pemohon dan pasangan

2. Dua salinan 3 bulan penyata pendapatan pemohon dan pasangan

3. Satu salinan Sijil Nikah

4. Dua salinan penyata KWSP pemohon dan pasangan

5. Penyata rekod CCRIS pemohon dan pasangan

6. Satu salinan Sale & Purchase Agreement (S&P)

7. Satu salinan Perjanjian Pinjaman Hartanah dengan bank

Untuk golongan B40 dan M40, inilah peluang keemasan untuk memiliki kediaman sendiri.

Selain itu, projek yang menawarkan 202 townhouse dan 230 teres setingkat ini dilihat mampu meningkatkan pemilikan hartanah di kalangan rakyat Selangor khususnya Bumiputera.

Tidak dapat dinafikan, Sime Darby Properties mengambil langkah kanan yang berani dengan menawarkan kediaman mampu milik jenis landed.

Baca : Sejarah Polisi Rumah Mampu Milik Di Malaysia

Semoga penawaran rumah mampu milik jenis landed ini mampu diikuti para pemaju hartanah lain di seluruh Malaysia dan merancakkan semula industri hartanah dan sub industri yang berkaitan dengan hartanah.

Anda Nak Beli Rumah, Tapi Adakah Anda Tahu Tahap Kewangan Anda?

Takut-takut ianya kurang memuaskan, nanti nak apply pinjaman tak lepas pula.

  • Bagaimana pula dengan hutang kad kredit, bayar tepat pada masanya atau tidak?
  • Pernahkah anda terlibat dengan sebarang masalah undang-undang atau muflis?
  • Berapa pula Debt to service ratio (DSR) anda?

Dengan TechRevo, kini anda boleh dapatkan laporan kewangan dengan cepat dan mudah.

Bukan itu sahaja, semua pengiraan berkenaan dengan permohonan pinjaman akan dilakukan berdasarkan apa yang bank mahu.

Yang lagi bestnya, di penghujung laporan nanti ada pilihan bank dengan tawaran terbaik khusus untuk anda.

Dengan harga promosi RM14.90, anda akan dapat:

✅ Ketepatan 99% pengiraan DSR + kelayakan pinjaman perumahan
✅ Laporan CCRIS untuk 12 bulan
✅ Kes undang-undang, muflis

Dapatkan laporan TechRevo hari ini juga -> https://tinyurl.com/techrevo

Previous ArticleNext Article

OIB Lancar Gardens Idaman, Memperkukuh Portfolio Perumahan Mampu Milik Mampan Di Selangor

Rawang, 17 Ogos 2026: Oriental Interest Berhad (OIB) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Myra Idaman, sebuah pembangunan perumahan mampu milik terbaharunya di bawah program Rumah Idaman, yang dipasarkan dengan nama Gardens Idaman. Pelancaran ini memperluas lagi portfolio perumahan mampu milik OIB di Selangor, dengan Gardens Idaman menjadi pembangunan terbaharu Kumpulan di bawah program Rumah Idaman.

Meliputi kawasan seluas 11.226 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM163.8 juta,
Gardens Idaman akan menawarkan 616 unit pangsapuri separa berperabot dengan harga bermula daripada RM250,000 hingga RM270,000. Setiap unit turut dilengkapi dengan dua ruang letak kereta.

Pembangunan berstatus pajakan ini dijangka siap pada tahun 2030 dan direka sebagai komuniti berpagar dan berpengawal untuk pembeli rumah pertama serta keluarga yang mencari kediaman yang lebih luas dan selesa.

Setiap unit berkeluasan 1,002 kaki persegi mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua ruang letak kereta, serta dilengkapi secara separa berperabot dengan almari pakaian, penghawa dingin, pemanas air, kabinet dapur, peti sejuk, televisyen dan kabinet TV.

Para penghuni juga akan menikmati Central Park yang menampilkan trek joging, gimnasium luar, taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan pickleball, selain kemudahan lain seperti dewan serbaguna, tadika serta surau.

William Lew, Pengurus Besar Unit Perniagaan Essential Myra, bahagian hartanah kediaman OIB, berkata program Rumah Idaman Selangor memainkan peranan penting dalam memperluaskan akses kepada perumahan mampu milik berkualiti di seluruh negeri.

“Program Rumah Idaman telah menjadi penanda aras penting dalam menjadikan pemilikan rumah berkualiti lebih mudah dicapai oleh pembeli rumah pertama.

“Sebagai salah satu pemaju yang menyertai program ini, peranan kami bukan sekadar membangunkan kediaman yang memenuhi keperluan program, tetapi juga sentiasa mencari peluang untuk mewujudkan nilai tambah kepada pemilik rumah serta komuniti yang bakal didiami mereka,” katanya

Pelancaran ini turut memperluas portfolio perumahan mampu milik OIB, dengan Gardens Idaman dan pembangunan akan datang, Saujana Idaman di Dengkil, masing-masing menerima pensijilan Provisional GreenRE Bronze, mengiktiraf komitmen projek-projek tersebut terhadap amalan pembangunan yang mampan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

GreenRE merupakan skim pensijilan bangunan hijau Malaysia yang ditubuhkan oleh
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), bagi mengiktiraf pembangunan yang
memenuhi penanda aras kelestarian merangkumi aspek seperti kecekapan tenaga, kecekapan air, perlindungan alam sekitar serta kualiti persekitaran dalaman.

Walaupun aspek kelestarian semakin diberi perhatian dalam sektor hartanah Malaysia, penerapan piawaian GreenRE dalam pembangunan perumahan mampu milik masih belum meluas.

Ini menunjukkan masih terdapat ruang untuk memperluaskan penerapan reka bentuk mampan dalam pembangunan perumahan mampu milik, agar manfaat kelestarian dapat dinikmati oleh lebih ramai pemilik rumah.

Lew menambah bahawa walaupun pensijilan GreenRE bukan merupakan keperluan di bawah program Rumah Idaman, OIB percaya aspek kelestarian wajar diterapkan dalam pembangunan perumahan mampu milik dan tidak seharusnya terhad kepada pembangunan bertaraf premium.

“Sering kali wujud persepsi bahawa kelestarian hanya sesuai untuk pembangunan berharga tinggi. Namun, kami percaya perumahan mampu milik juga boleh menerapkan elemen kelestarian tanpa menjejaskan kemampuan milik, terutamanya apabila aspek ini dipertimbangkan sejak peringkat awal reka bentuk.

“Pensijilan Provisional GreenRE Bronze yang diterima oleh Gardens Idaman dan Saujana Idaman menunjukkan bahawa kelestarian dan kemampuan milik boleh bergerak seiring. Pencapaian ini turut mencerminkan usaha kami untuk menerapkan pendekatan pembangunan yang lebih mampan dalam projek perumahan mampu milik,” jelasnya.

Gardens Idaman menggabungkan pelbagai ciri reka bentuk mampan termasuk reka bentuk luaran bangunan bagi mengurangkan penyerapan haba, kelengkapan kecekapan air 100%, penggunaan bahan binaan rendah karbon, sistem acuan aluminium boleh guna semula, sistem lif cekap tenaga, cat rendah penyerapan sebatian organik (VOC) serta pengoptimuman pencahayaan semula jadi.

Secara keseluruhannya, langkah-langkah ini dijangka meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan air, memperbaiki kualiti persekitaran dalaman serta mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selesa untuk para penghuni.

Berdasarkan penilaian GreenRE, Gardens Idaman dijangka mencapai penjimatan tenaga kira-kira 30.61% berbanding dengan garis dasar GreenRE, serta mengurangkan pelepasan karbon operasi yang dianggarkan sebanyak 337 tan karbon dioksida setara (CO₂e) setiap tahun.

Terletak di salah satu koridor pertumbuhan utama Selangor, Gardens Idaman menawarkan hubungan strategik ke Rawang, Sungai Buloh, Kwasa Damansara, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie serta Lebuhraya Utara-Selatan (NSE).

Pembangunan ini turut menawarkan akses mudah ke sekolah, kemudahan penjagaan kesihatan dan rekreasi serta pusat komersial berhampiran.

Gardens Idaman merupakan projek terbaharu dalam portfolio Rumah Idaman OIB, selepas kejayaan pelancaran Putra Idaman di Desa Pinggiran Putra pada tahun 2024.

Dengan Saujana Idaman dijadualkan untuk dilancarkan pada suku ketiga 2026, OIB akan terus mengembangkan portfolio perumahan mampu miliknya di Selangor, selaras dengan aspirasi perumahan negeri. Untuk maklumat lanjut mengenai Gardens Idaman, layari https://www.myra.com.my/myra-homes/gardensidaman