Perbezaan Flat, Apartment Dan Kondominium?

Jika anda tengah mencari atau survey hartanah di Malaysia, sudah pasti anda pernah mendengar tentang flat, kondominium dan apartment. Namun, adakah anda jelas akan perbezaannya?

Walaupun jika dilihat ciri-cirinya seakan-akan sama namun ia merujuk kepada jenis hartanah yang berbeza di negara kita.

Kredit gambar: Consumers Association of Penang

Kita ketahui bahawa topik yang berkaitan dengan flat, kondominium dan apartment sering menjadi perdebatan dari segi harga dan reka bentuknya. Walaupun dari segi jenis hartanah, ia adalah sejenis bangunan bertingkat, tetapi fakta ini telah menyebabkan ramai pihak menjadi keliru. 

Dalam entri ini, mari kami kongsikan tentang perbezaan flat, kondominium dan apartment.

Maksud

Rumah flat atau rumah pangsa kos rendah merupakan perumahan mampu milik yang dijual pada harga yang lebih rendah berbanding kategori perumahan lain.

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, apartment atau pangsapuri lazimnya besar dan luas, serta disediakan beberapa kelengkapan dan kemudahan. Apartment merupakan kediaman kos sederhana yang mampu dimiliki oleh ramai orang.

Kondominiumpula sering dianggap sebagai kediaman mewah dan lengkap dengan kemudahan yang lebih banyak.

Perbezaan Status Hartanah

Rumah flat tidak dikenakan kadar komersial untuk utiliti seperti mana yang dikenakan ke atas apartment. Rumah ini juga hanya boleh dibeli oleh golongan yang mempunyai julat pendapatan tertentu.

Apartment atau pangsapuri biasanya dimiliki oleh pemilik tunggal atau syarikat yang memegang semua unit bangunan yang biasanya beroperasi sama seperti sebuah hotel. Memandangkan apartment terletak di atas tanah komersial, pemilik perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk sewa, bil utiliti dan yuran penyelenggaraan berbanding kondominium.

Unit kondominium pula dimiliki oleh orang atau pemilik yang berbeza. Dari segi caj utiliti untuk kondominium pula tidaklah setinggi seperti apartment kerana ia didaftarkan sebagai kawasan kediaman persendirian.

Perbezaan Privasi dan Keselamatan

Rumah flat mungkin tahap keselamatannya tidak sama seperti apartment dan kondominium. Apa yang ada di rumah flat hanyalah pondok pengawal dengan pengawal keselamatan memantau kawasan tersebut. Selain itu, rumah flat tidak mempunyai sistem keselamatan yang ketat.

Kredit gambar: pr1ma.my

Berbeza dengan apartment, sistem keselamatannya lebih baik daripada rumah flat. Selain itu, kebanyakan apartment turut mempunyai lot kedai runcit yang terletak di bahagian bawah apartment tersebut. Maka, ramai orang luar akan keluar dan masuk dalam kawasan apartment. Justeru, sistem pengawasan di apartment boleh dikatakan terhad untuk yang penting dan asas bagi menjaga keselamatan penduduk.

Kondominium pula mempunyai kawalan keselamatan yang lebih ketat seperti pengawasan 24 jam. Harga kondominium yang lebih tinggi ini turut termasuk dengan kawalan keselematan yang biasanya lebih baik berbanding rumah flat dan apartment.

Perbezaan Dari Segi Harga

Flat

Rumah flat biasanya dijual dalam julat harga yang lebih rendah dan mampu milik. Ianya adalah kerana rumah flat tidak mempunyai kemudahan sama seperti apartment dan kondominium. Selain itu, bayaran penyelenggaraan dan utilitinya juga amat rendah.

Apartment

Kredit gambar: pr1ma.my

Harga apartment pula berbeza-beza mengikut lokasi. Sebagai contoh, apartment yang terletak di kawasan strategik lebih mahal daripada apartment yang terletak di kawasan yang prasarananya minimum. Kos yuran penyelenggaraan, caj utiliti dan kadar cukai yang dikenakan juga adalah lebih tinggi berbanding rumah flat.

Kondominium

Kredit gambar: Mah Sing

Kondominium pula memiliki harga yang lebih mahal dan kos penyelenggaraannya juga jauh lebih tinggi. Biasanya harga kondominium mampu milik bermula sekitar RM 400,000. Harga ini juga berbeza mengikut kawasan. Apa-apapun, kondominium sangat selesa untuk didiami berbanding flat dan apartment.

Perbezaan Kemudahan Yang Ditawarkan

Kredit gambar: foursquare.com

Dari segi kemudahan yang disediakan, rumah flat biasanya cenderung mempunyai kemudahan yang terhad berbanding dengan apartment dan kondominium. Apartment pula mempunyai pelbagai kemudahan tetapi bergantung pada lokasinya. Apartment di kawasan yang kurang kompetitif mungkin mempunyai kemudahan yang terhad berbanding apartment yang terletak di kawasan yang strategik. 

Walaupun kemudahan apartment hampir sama dengan kondominium, tetapi kondominium mempunyai kemudahan yang lebih banyak dan bagus. Boleh dikatakan kemudahan yang terdapat pada kondominium memenuhi keperluan kediaman dan memberikan gaya hidup yang paling selesa.

Kesimpulannya, flat, kondominium dan apartment amat berbeza dari segi harga, kemudahan asas, harga dan juga status hartanah. Bagi anda yang ingin memiliki salah satu hartanah ini disarankan untuk melihat sama ada berbaloi ataupun tidak untuk jangka masa yang panjang. 

Semoga entri ini bermanfaat dan dapat membantu anda membuat pilihan.

Rujukan: rent.rumah-i.com

Nak Tahu Anda Layak Dapat Pinjaman / Pembiayaan Dengan Bank atau Tidak? Semak Laporan CTOS / CCRIS Terlebih Dahulu. Pastikan Cantik!

Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman / pembiayaan daripada bank. Namun rekod CCRIS hanya sebuah laporan skor kredit, bukan rekod blacklist yang sering jadi salah faham dalam kalangan rakyat Malaysia.

Berapa harga untuk laporan CTOS / CCRIS?

Anda boleh dapatkan di laporan MyCTOS serendah RM27.90 di CTOS score, ataupun muat turun secara online di MyCreditInfo daripada EXPERIAN serendah RM23.90.

Dengan EXPERIAN My Credit Info (nama lama dia RAMCI), mereka ada produk bernama Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai status kewangan anda.

Laporan ini mengandungi maklumat seperti CCRIS;

  • Kemudahan kredit anda dengan bank / institusi kewangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS), Bank Negara Malaysia.
  • Kemudahan kredit peribadi, secara bersama atau diperolehi oleh hak milik tunggal di mana anda adalah pemilik.
  • Nama bank atau institusi kewangan yang memberi kemudahan kredit/pinjaman, cawangan institusi kewangan di mana kemudahan kredit/pinjaman yang anda diperolehi.
  • Jumlah pinjaman/had kredit, baki tertunggak daripada kemudahan kredit anda dan tarikh terakhir untuk jumlah belum dijelaskan akan dilaporkan oleh bank / institusi kewangan.
  • Jenis cagaran atau jaminan yang dicagarkan untuk kemudahan kredit.
  • Pembayaran yang kerap untuk setiap kemudahan, seperti setiap bulan atau mingguan.
  • Permohonan kredit yang diluluskan selama 12 bulan terakhir dengan ahli CCRIS yang mengambil bahagian.
  • Pelbagai kemudahan kredit anda dipantau khas oleh bank atau institusi kewangan di bawah Akaun Perhatian Khas

Selain itu, ada juga maklumat SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA – baki potongan & sejarah pembayaran), PTPTN, maklumat bukan berkaitan perbankan dan banyak lagi.

Maklumat yang TIDAK termasuk dalam laporan ini adalah:

  • Akaun Deposit atau Simpanan
  • Rekod pekerjaan
  • Status perkahwinan
  • Kesihatan
  • Rekod jenayah
  • Butiran gaji
  • Agama

Contoh Laporan Kredit:

Dapat gred 10 kira dah terbaik, bermaksud kurang risiko untuk pembiayaan tidak dibayar atau default. Agak-agak ada ke bank nak bagi pembiayaan kalau kita berisiko tinggi? Paling teruk sekali dapat skor 1 – 3 (WEAK), bank pasti akan terus tolak bulat-bulat je permohonan korang tu tanpa cakap banyak.

Maklumat yang digunakan bagi mengira skor kredit ini termasuk:

  • Pinjaman yang anda ada (kad kredit, pinjaman / pembiayaan perumahan, kereta, pinjaman peribadi, dan lain-lain.);
  • Sama ada anda membayar pinjaman / pembiayaan tepat pada masanya;
  • Jumlah hutang anda yang belum dijelaskan;
  • Sama ada anda telah secara aktif memohon kredit baru;
  • Sama ada anda mempunyai apa-apa tindakan undang-undang;
  • Usia akaun anda

Skrol bawah sikit akan ada bahagian Banking Credit Information. Dekat sini akan disenaraikan segala pinjaman / pembiayaan / kredit kad dan sejarah pembayaran.

Kena pastikan lebih banyak angka kosong ‘0’ bermakna kita buat bayaran on-time setiap bulan. Kalau dapat semua ‘0’, itu memang terpaling flawlessbank tak akan tergamak nak reject dan dengan rela hati akan meluluskan permohonan pembiayaan korang.

Menarik bukan? Cepat check dan DOWNLOAD sekarang.

Previous ArticleNext Article

Beli Rumah Bukan Sekadar Ansuran Bulanan. Ini Senarai Kos Kena Bayar Lepas Dapat Kunci

Setiap tahun, ribuan rakyat Malaysia berjaya memiliki rumah pertama. Tahniah kami ucapkan.
Tetapi ada satu perkara yang ramai hanya sedar selepas rumah siap dan kunci diserahkan, kos sebenar memiliki rumah jauh lebih luas daripada bayaran pinjaman/pembiayaan bank.

Ansuran bulanan hanyalah pintu masuk. Selepas itu datang pula tanggungjawab kewangan berterusan yang tidak boleh dielak.

1. Cukai Hartanah: Kos Wajib Setiap Pemilik Rumah

Sebaik sahaja nama anda direkod sebagai pemilik di Pejabat Tanah, tiga jenis cukai ini akan berjalan secara automatik.

1️⃣ Cukai Pintu (Cukai Taksiran)

Dibayar kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti DBKL, MBPJ, MBSA dan lain-lain.

• Dibayar 2 kali setahun
• Berdasarkan anggaran sewa tahunan rumah
• Digunakan untuk penyelenggaraan jalan, longkang, lampu, kutipan sampah dan kemudahan lain

Contoh portal rasmi:
• DBKL: https://dbayar.dbkl.gov.my
• MBPJ: https://www.mbpj.gov.my/ms/rakyat/perkhidmatan-online-mbpj
• MBSA: https://www.mymbsa.gov.my
• MBJB: https://apl.mbjb.gov.my/mybill

Masukkan nombor akaun cukai atau IC, terus boleh bayar online.

2️⃣ Cukai Tanah

Dibayar kepada Pejabat Tanah Negeri.

1 kali setahun
• Wajib walaupun rumah kosong
• Jika gagal bayar, tanah boleh dikenakan tindakan undang-undang

Portal rasmi negeri:
• Wilayah Persekutuan: Pejabat Tanah & Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
• Selangor: e-Tanah Selangor
• Johor: Pejabat Tanah & Galian Johor Bahru

Hanya masukkan nombor hak milik atau lot dan jumlah akan dipaparkan.

Di mana nak cari nombor hak milik dalam Sale & Purchase Agreement (S&P)/Perjanjian Jual Beli?

Dalam S&P, biasanya ia ditulis sebagai:

Title Particulars
atau
Butiran Hak Milik

Ia akan kelihatan lebih kurang begini:

HS(D) 12345 / PT 67890 / Mukim Petaling

3️⃣ Cukai Petak

Untuk pemilik rumah strata seperti kondominium dan apartment.

Kalau strata title masih belum dikeluarkan, maksudnya bangunan itu masih di bawah JMB (Joint Management Body). Dalam situasi ini pemilik hanya bayar yuran penyelenggaraan & sinking fund kepada JMB.

1 kali setahun
• Dibayar kepada Pejabat Tanah
• Berbeza daripada yuran pengurusan bangunan

Ramai keliru dan sangka yuran maintenance sudah termasuk kos ini, tetapi sebenarnya tidak.

2. Utiliti: Bila Ada Rumah, Semua Jadi Bil Tetap

Selepas rumah atas nama sendiri, anda akan mula terima:

• Bil elektrik TNB
• Bil air
• Indah Water (IWK)
• Internet

Ini semua kos bulanan tetap, walaupun rumah tidak diduduki sepenuhnya.

3. Yuran Penyelenggaraan dan Sinking Fund

Untuk rumah strata, ini antara kos paling besar.

Contoh:
Kondominium 1,000 kaki persegi
Yuran RM0.30 – RM0.50 sekaki = RM300 hingga RM500 sebulan
Ini belum termasuk sinking fund.

Apa itu Sinking Fund?

Sinking fund ialah tabung simpanan bangunan.

Ia bukan untuk:
• gaji pengawal
• bil elektrik
• cuci kolam
• potong rumput

Semua itu dibiayai oleh yuran penyelenggaraan bulanan. Sinking fund pula adalah wang yang dikumpul untuk pembaikan besar pada masa hadapan seperti cat semula bangunan, naik taraf lif, baiki bumbung dan kebocoran struktur, tukar pam air utama atau sistem tangki air.

Yuran ini wajib walaupun rumah kosong atau disewakan.

4. Insurans dan Perlindungan

Kebanyakan pinjaman/pembiayaan rumah datang bersama:

• MRTA atau MLTA
• Insurans kebakaran
• Kadang-kadang insurans isi rumah

Kos ini biasanya disekalikan dalam pinjaman/pembiayaan, tetapi sebenarnya anda membayarnya setiap bulan melalui ansuran.

Baca juga MRTT vs MLTT, Dan Apa Jadi Kepada Keluarga Selepas Kematian?

5. Kos Lain

Ini bukan cukai, tetapi tetap keluar dari poket.

• Baiki paip bocor
• Servis aircond
• Bumbung bocor
• Pam air rosak
• Pagar dan pintu
• Tandas dan saliran

Rumah bukan aset pasif. Ia memerlukan penyelenggaraan sepanjang masa.

Hakikat Yang Ramai Tak Cerita

Apabila seseorang berkata, “Aku dah beli rumah”, sebenarnya dia sedang berkata: “Aku telah menandatangani komitmen kewangan jangka panjang kepada bank, kerajaan negeri, PBT, syarikat utiliti dan pengurusan bangunan.”

Itulah harga sebenar untuk menjadi seorang pemilik hartanah.

Selalunya pelaburan hartanah memerlukan modal yang besar, tetapi REIT membuka peluang kepada semua orang untuk dapat ‘pemilikan bersama’ dalam hartanah tanpa perlu membeli bangunan sendiri. Baca lagi REIT: Cara Melabur Dalam Hartanah Tanpa Modal Besar dan Deposit