Proses Penggabungan PHB Dalam YPB Sedang Berjalan

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) — Proses penggabungan Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) dalam Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB) dari Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera (YAHB) sedang berjalan.

Menurut Jabatan Perdana Menteri, beberapa kelulusan prasyarat kepada penggabungan tersebut sedang dipohon daripada pihak tertentu seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Kementerian Kewangan.

“Mekanisme penggabungan ini adalah melalui pemindahan saham PHB yang dipegang oleh YAHB kepada YPB,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.

Ia bagi menjawab pertanyaan Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) mengenai status dan mekanisme penggabungan PHB di bawah YPB seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2024.

Semasa pembentangan Belanjawan 2024 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata institusi pelaburan bumiputera seperti PHB akan dipusatkan di bawah YPB.

Anwar berkata fokus dan koordinasi antara agensi berkaitan pembangunan bumiputera juga akan diperkukuh.

— BERNAMA

Previous ArticleNext Article

Beli Rumah Bukan Sekadar Ansuran Bulanan. Ini Senarai Kos Kena Bayar Lepas Dapat Kunci

Setiap tahun, ribuan rakyat Malaysia berjaya memiliki rumah pertama. Tahniah kami ucapkan.
Tetapi ada satu perkara yang ramai hanya sedar selepas rumah siap dan kunci diserahkan, kos sebenar memiliki rumah jauh lebih luas daripada bayaran pinjaman/pembiayaan bank.

Ansuran bulanan hanyalah pintu masuk. Selepas itu datang pula tanggungjawab kewangan berterusan yang tidak boleh dielak.

1. Cukai Hartanah: Kos Wajib Setiap Pemilik Rumah

Sebaik sahaja nama anda direkod sebagai pemilik di Pejabat Tanah, tiga jenis cukai ini akan berjalan secara automatik.

1️⃣ Cukai Pintu (Cukai Taksiran)

Dibayar kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti DBKL, MBPJ, MBSA dan lain-lain.

• Dibayar 2 kali setahun
• Berdasarkan anggaran sewa tahunan rumah
• Digunakan untuk penyelenggaraan jalan, longkang, lampu, kutipan sampah dan kemudahan lain

Contoh portal rasmi:
• DBKL: https://dbayar.dbkl.gov.my
• MBPJ: https://www.mbpj.gov.my/ms/rakyat/perkhidmatan-online-mbpj
• MBSA: https://www.mymbsa.gov.my
• MBJB: https://apl.mbjb.gov.my/mybill

Masukkan nombor akaun cukai atau IC, terus boleh bayar online.

2️⃣ Cukai Tanah

Dibayar kepada Pejabat Tanah Negeri.

1 kali setahun
• Wajib walaupun rumah kosong
• Jika gagal bayar, tanah boleh dikenakan tindakan undang-undang

Portal rasmi negeri:
• Wilayah Persekutuan: Pejabat Tanah & Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
• Selangor: e-Tanah Selangor
• Johor: Pejabat Tanah & Galian Johor Bahru

Hanya masukkan nombor hak milik atau lot dan jumlah akan dipaparkan.

Di mana nak cari nombor hak milik dalam Sale & Purchase Agreement (S&P)/Perjanjian Jual Beli?

Dalam S&P, biasanya ia ditulis sebagai:

Title Particulars
atau
Butiran Hak Milik

Ia akan kelihatan lebih kurang begini:

HS(D) 12345 / PT 67890 / Mukim Petaling

3️⃣ Cukai Petak

Untuk pemilik rumah strata seperti kondominium dan apartment.

Kalau strata title masih belum dikeluarkan, maksudnya bangunan itu masih di bawah JMB (Joint Management Body). Dalam situasi ini pemilik hanya bayar yuran penyelenggaraan & sinking fund kepada JMB.

1 kali setahun
• Dibayar kepada Pejabat Tanah
• Berbeza daripada yuran pengurusan bangunan

Ramai keliru dan sangka yuran maintenance sudah termasuk kos ini, tetapi sebenarnya tidak.

2. Utiliti: Bila Ada Rumah, Semua Jadi Bil Tetap

Selepas rumah atas nama sendiri, anda akan mula terima:

• Bil elektrik TNB
• Bil air
• Indah Water (IWK)
• Internet

Ini semua kos bulanan tetap, walaupun rumah tidak diduduki sepenuhnya.

3. Yuran Penyelenggaraan dan Sinking Fund

Untuk rumah strata, ini antara kos paling besar.

Contoh:
Kondominium 1,000 kaki persegi
Yuran RM0.30 – RM0.50 sekaki = RM300 hingga RM500 sebulan
Ini belum termasuk sinking fund.

Apa itu Sinking Fund?

Sinking fund ialah tabung simpanan bangunan.

Ia bukan untuk:
• gaji pengawal
• bil elektrik
• cuci kolam
• potong rumput

Semua itu dibiayai oleh yuran penyelenggaraan bulanan. Sinking fund pula adalah wang yang dikumpul untuk pembaikan besar pada masa hadapan seperti cat semula bangunan, naik taraf lif, baiki bumbung dan kebocoran struktur, tukar pam air utama atau sistem tangki air.

Yuran ini wajib walaupun rumah kosong atau disewakan.

4. Insurans dan Perlindungan

Kebanyakan pinjaman/pembiayaan rumah datang bersama:

• MRTA atau MLTA
• Insurans kebakaran
• Kadang-kadang insurans isi rumah

Kos ini biasanya disekalikan dalam pinjaman/pembiayaan, tetapi sebenarnya anda membayarnya setiap bulan melalui ansuran.

Baca juga MRTT vs MLTT, Dan Apa Jadi Kepada Keluarga Selepas Kematian?

5. Kos Lain

Ini bukan cukai, tetapi tetap keluar dari poket.

• Baiki paip bocor
• Servis aircond
• Bumbung bocor
• Pam air rosak
• Pagar dan pintu
• Tandas dan saliran

Rumah bukan aset pasif. Ia memerlukan penyelenggaraan sepanjang masa.

Hakikat Yang Ramai Tak Cerita

Apabila seseorang berkata, “Aku dah beli rumah”, sebenarnya dia sedang berkata: “Aku telah menandatangani komitmen kewangan jangka panjang kepada bank, kerajaan negeri, PBT, syarikat utiliti dan pengurusan bangunan.”

Itulah harga sebenar untuk menjadi seorang pemilik hartanah.

Selalunya pelaburan hartanah memerlukan modal yang besar, tetapi REIT membuka peluang kepada semua orang untuk dapat ‘pemilikan bersama’ dalam hartanah tanpa perlu membeli bangunan sendiri. Baca lagi REIT: Cara Melabur Dalam Hartanah Tanpa Modal Besar dan Deposit