Tips Beli Rumah Landed

Beli rumah adalah impian ramai terutamanya pasangan yang baru sahaja berkahwin. Ada juga yang membeli rumah untuk didiami dan ada juga untuk tujuan pelaburan. Bagi anda yang ingin membeli rumah landed, terdapat beberapa perkara yang perlu anda ketahui supaya urusan lebih mudah dan difahami. 

Antaranya adalah berkaitan objektif pembelian mengikut keperluan dan kemampuan agar tidak kerugian kelak. Jom lihat beberapa tips beli rumah landed

1. Beli Mengikut Harga Mampu Milik

Beli rumah memerlukan tanggungjawab yang besar dan ia akan mempengaruhi sebahagian besar kehidupan kita. Sekiranya membeli rumah mengikut hawa nafsu, sudah pasti ia akan menjejaskan kewangan kita kelak. 

Jadi, belilah sekadar mengikut kemampuan seperti pepatah ada mengatakan ‘ukur baju di badan sendiri’.  Kos rumah perlulah seiring dengan kemampuan kita untuk membayarnya.

2. Mulakan Dengan Yang Kecil Dahulu 

Sekiranya kita membeli rumah untuk tujuan pelaburan, langkah pertama adalah bina kewangan kita dengan lebih kukuh dahulu. Ia haruslah berdasarkan modal yang dimiliki sebelum mengambil keputusan untuk membeli rumah landed sebagai pelaburan. 

Sebaliknya, jika kita melakukan pembelian yang melebihi had kemampuan kita, kemungkinan ia mendatangkan kerugian kepada diri sendiri. Jadi, seelok-eloknya bermula dengan yang kecil sebelum membeli hartanah yang lebih besar dan lebih baik di masa hadapan.

3. Buat Kajian Terlebih Dahulu 

Terdapat banyak kes pembelian rumah landed yang telah direkodkan.  Sebagai contoh, ramai yang membeli secara tergesa-gesa dan tidak membuat penyelidikan yang secukupnya akhirnya pasti ada kerosakan atau kekurangan yang berlaku pada rumah atau sekitar rumah tersebut. 

Sebagai pembeli, kita perlu memastikan jumlah nilai pasaran semasa rumah tersebut, kenali pemilik rumah, keselamatan rumah dari kes jenayah serta bencana dan keadaan fizikal rumah tersebut. Penting untuk anda semak terlebih dahulu supaya kerugian dapat dielakkan.

4. Lokasi Yang Berdekatan 

Dalam pembelian rumah landed juga, anda harus memilih lokasi yang berdekatan dengan tempat kerja atau tempat persekolahan anak-anak. Perkara ini penting kerana ia dapat menjimatkan kos perbelanjaan pengangkutan ke tempat kerja atau ke sekolah.  Selain itu, anda tidak perlu menghadap kesesakan lalu lintas, malah dapat menjimatkan masa urusan seharian anda.

5. Pilih Lokasi Lengkap Kemudahan Prasarana

Kemudahan prasarana yang mantap juga perlu dititik beratkan dalam pembelian rumah landed. Sekiranya anda membeli rumah tersebut untuk dijadikan tempat tinggal ataupun pelaburan, pastikan ia memiliki akses lebuh raya dan pengangkutan awam yang lancar. Selain itu, sangat bermanfaat sekiranya ia berdekatan dengan hospital, pasaraya, balai polis dan sebagainya. Nilainya kelak juga pasti akan meningkat.

Akhir kata, fahami asas dan tips pembelian rumah landed supaya segala risiko dan masalah dapat dielakkan.  Semoga bermanfaat!

Rujukan

  1. https://dailyrakyat.com/tips-membeli-rumah-landed/10409
  2. http://gilahartanah.com/tip-power-ejen-hartanah-malaysia/

Makin berumur, makin mahal bayaran bulanan bank. Sebab maksimum tempoh pinjaman / pembiayaan bagi kebanyakan bank adalah sehingga umur 70 tahun. Kalau umur sekarang 40 tahun, hanya tinggal 30 tahun sahaja. Semakin pendek tempoh pinjaman / pembiayaan, semakin mahal bayaran bulanan bank. Erti kata lain kalau ada peluang beli rumah masa muda, belilah sekarang.

Beli rumah ikut kemampuan sendiri. Ramai orang layak beli rumah tapi belum tentu mampu. Layak dan mampu adalah dua benda berbeza. Layak di mata bank, tapi kita saja yang tahu kewangan kita mampu atau tidak.

Nak Tahu Anda Layak Dapat Pinjaman / Pembiayaan Dengan Bank atau Tidak? Semak Laporan CTOS / CCRIS Terlebih Dahulu. Pastikan Cantik!

Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman / pembiayaan daripada bank. Namun rekod CCRIS hanya sebuah laporan skor kredit, bukan rekod blacklist yang sering jadi salah faham dalam kalangan rakyat Malaysia.

Berapa harga untuk laporan CTOS / CCRIS?

Anda boleh dapatkan di laporan MyCTOS serendah RM27.90 di CTOS score, ataupun muat turun secara online di MyCreditInfo daripada EXPERIAN serendah RM23.90.

Dengan EXPERIAN My Credit Info (nama lama dia RAMCI), mereka ada produk bernama Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai status kewangan anda.

Laporan ini mengandungi maklumat seperti CCRIS;

  • Kemudahan kredit anda dengan bank / institusi kewangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS), Bank Negara Malaysia.
  • Kemudahan kredit peribadi, secara bersama atau diperolehi oleh hak milik tunggal di mana anda adalah pemilik.
  • Nama bank atau institusi kewangan yang memberi kemudahan kredit/pinjaman, cawangan institusi kewangan di mana kemudahan kredit/pinjaman yang anda diperolehi.
  • Jumlah pinjaman/had kredit, baki tertunggak daripada kemudahan kredit anda dan tarikh terakhir untuk jumlah belum dijelaskan akan dilaporkan oleh bank / institusi kewangan.
  • Jenis cagaran atau jaminan yang dicagarkan untuk kemudahan kredit.
  • Pembayaran yang kerap untuk setiap kemudahan, seperti setiap bulan atau mingguan.
  • Permohonan kredit yang diluluskan selama 12 bulan terakhir dengan ahli CCRIS yang mengambil bahagian.
  • Pelbagai kemudahan kredit anda dipantau khas oleh bank atau institusi kewangan di bawah Akaun Perhatian Khas

Selain itu, ada juga maklumat SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA – baki potongan & sejarah pembayaran), PTPTN, maklumat bukan berkaitan perbankan dan banyak lagi.

Maklumat yang TIDAK termasuk dalam laporan ini adalah:

  • Akaun Deposit atau Simpanan
  • Rekod pekerjaan
  • Status perkahwinan
  • Kesihatan
  • Rekod jenayah
  • Butiran gaji
  • Agama

Contoh Laporan Kredit:

Dapat gred 10 kira dah terbaik, bermaksud kurang risiko untuk pembiayaan tidak dibayar atau default. Agak-agak ada ke bank nak bagi pembiayaan kalau kita berisiko tinggi? Paling teruk sekali dapat skor 1 – 3 (WEAK), bank pasti akan terus tolak bulat-bulat je permohonan korang tu tanpa cakap banyak.

Maklumat yang digunakan bagi mengira skor kredit ini termasuk:

  • Pinjaman yang anda ada (kad kredit, pinjaman / pembiayaan perumahan, kereta, pinjaman peribadi, dan lain-lain.);
  • Sama ada anda membayar pinjaman / pembiayaan tepat pada masanya;
  • Jumlah hutang anda yang belum dijelaskan;
  • Sama ada anda telah secara aktif memohon kredit baru;
  • Sama ada anda mempunyai apa-apa tindakan undang-undang;
  • Usia akaun anda

Skrol bawah sikit akan ada bahagian Banking Credit Information. Dekat sini akan disenaraikan segala pinjaman / pembiayaan / kredit kad dan sejarah pembayaran.

Kena pastikan lebih banyak angka kosong ‘0’ bermakna kita buat bayaran on-time setiap bulan. Kalau dapat semua ‘0’, itu memang terpaling flawlessbank tak akan tergamak nak reject dan dengan rela hati akan meluluskan permohonan pembiayaan korang.

Menarik bukan? Cepat check dan DOWNLOAD sekarang.

Previous ArticleNext Article

Prestasi REIT Patuh Syariah di Bursa Malaysia pada Tahun 2025

REIT atau Real Estate Investment Trust ialah cara mudah untuk melabur dalam hartanah tanpa perlu membeli bangunan sebenar. Tak perlu fikir loan tak lepas, tak perlu bayar maintenance, tak perlu hadap penyewa dari neraka. Cuma beli unit REIT, kerja macam biasa dan tunggu dividen sewa masuk setiap suku tahun.

Di Bursa Malaysia hanya beberapa REIT yang disahkan patuh syariah dan fokus artikel ini ialah meninjau prestasi mereka sepanjang tahun 2025, termasuk latar belakang asas, pergerakan harga serta aspek dividen.

REIT Patuh Syariah?

Sehingga artikel ini ditulis, 5 REIT yang disenaraikan di Bursa Malaysia ini berstatus patuh syariah :

  1. AXREIT (Axis REIT)
  2. ALAQAR (Al-’Aqar Healthcare REIT)
  3. KLCC Real Estate Investment Trust (KLCC REIT)
  4. ALSREIT (Al-Salam REIT)
  5. AMEREIT (AME REIT)

Sejarah ringkas:

  • Axis REIT ialah REIT pertama di Malaysia yang mempunyai portfolio hartanah yang terdiri terutamanya daripada pejabat dan industri (industrial/logistik), disenarai pada 3 Ogos 2005.
  • Al-’Aqar ialah REIT penjagaan kesihatan Islamik pertama di Asia seperti Hospital KPJ, disenarai pada 10 Ogos 2006.
  • KLCC REIT tertumpu pada hartanah komersial premium seperti Menara Berkembar Petronas, Menara 3 Petronas dan Menara ExxonMobil, disenarai di pasaran Bursa Malaysia pada 9 Mei 2013.
  • Al-Salam REIT banyak aset runcit dan F&B, contohnya restoran dan premis perniagaan yang mula disenarai di Bursa Malaysia pada 29 September 2015.
  • AME REIT pula memberi fokus kepada industri dan logistik, seperti kilang dan gudang.

Beberapa shopping mall popular di Malaysia berada di bawah REIT berbeza:

  • Mid Valley Megamall & The Gardens Mall → IGB REIT
  • Pavilion Kuala Lumpur → Pavilion REIT
  • Sunway Pyramid → Sunway REIT

Dari segi volum dan nilai dagangan: 2025 menunjukkan peningkatan yang baik. Sebagai contoh, bulan Jun 2025: nilai dagangan adalah sebanyak RM 1.317 billion manakala bukan Julai 2025 sebanyak RM 1.178 billion.

REITHarga terkiniAnggaran perubahan
AXREIT~ RM2.14 (Okt 2025)+24%
ALAQAR~ RM1.28 (Okt 2025)–5.8%
KLCC REIT~ RM8.70 (Okt 2025)+7.6%
ALSREIT~ RM0.46 (Okt 2025)+24%
AME REIT~ RM1.60 (Okt 2025)+13%

Kenaikan harga bukanlah pengukur utama bagi REIT kerana majoriti pelabur melabur dalam REIT kerana ingin mendapatkan dividen. Setiap REIT di atas juga semuanya mengagihkan dividen kepada para pelabur. 

Dividen bagi tahun kewangan 2025 sehingga artikel ini ditulis:

  • AXREIT = 2.50 + 2.65 + 2.65 = 7.80 sen.
  • KLCC REIT = 7.38 + 7.24 = 14.62 sen.
  • AME REIT = 1.96 + 2.16 = 4.12 sen.
  • ALSREIT = 0.51 + 0.47 = 0.98 sen. (setakat ini)
  • ALAQAR = 1.74 + 1.73 = 3.47 sen. (setakat ini)

Kiraan Jika Melabur RM10,000 Dalam AXREIT

Jumlah unit dibeli:

RM10,000 ÷ RM2.14 = ≈ 4,673 unit

Jumlah dividen diterima:

4,673 unit × RM0.078 = ≈ RM364.50

Ringkasnya:

  • Pelaburan RM10,000 dalam AXIS REIT bagi tahun 2025 dijangka beri pulangan tunai sekitar RM360–RM370 setakat ini.
  • Jika AXIS REIT tambah satu lagi agihan pada hujung tahun (contohnya total dividen naik ke 10 sen), jumlah dividen boleh meningkat ke sekitar RM467.

Cara Melabur Dalam REIT di Bursa Malaysia

1️⃣ Buka Akaun CDS & Trading

  • Sama seperti beli saham biasa.
  • Boleh guna platform seperti M+ Online, CGS iTrade, Maybank Trade, RHB Invest, Kenanga One Trade dan lain-lain.

2️⃣ Pilih REIT Yang Sesuai

Fokus pada:

  • Jenis aset – komersial, industri, kesihatan, runcit
  • Sejarah dividen
  • Occupancy rate

3️⃣ Beli Di Bursa Malaysia

  • Minimum pelaburan adalah 1 lot = 100 unit.
  • Kalau harga AXREIT RM2.14, 1 lot ≈ RM214 sahaja.

Risiko Utama

  • Jika kadar faedah (OPR) naik, harga REIT boleh jatuh. REIT biasanya pinjam duit bank untuk beli atau naik taraf bangunan. Bila kadar pinjaman naik, kos kewangan (interest expense) meningkat. Contoh: Axis REIT ada pinjaman RM1 bilion. Kalau kadar faedah naik 0.5%, kos tambahan dalam RM5 juta setahun. Keuntungan bersih REIT akan berkurang → dividen juga boleh menurun.
  • Nilai hartanah dan kadar sewa boleh terjejas jika ekonomi perlahan.
  • Tak semua REIT sama kukuh, pelabur perlu semak laporan tahunan.

Dulu kita selalu pandang twin tower KLCC dengan penuh bangga.
Sekarang kita boleh pandang dengan senyuman kecil sebab walaupun bahagian kita cuma 0.000001%, sekurang-kurangnya kita secara tidak langsung berkongsi pendapatan sewa dan nilai aset tersebut. Ini contohhhh……

Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.