3 Cara Pelabur Sofistikated (The Sophisticated Investor) Berfikir Dan Bertindak

Sebelum ini kami ada kongsikan 5 Kategori Pelabur Mengikut Robert Kiyosaki, dan salah satunya adalah Pelabur Sofistikated.

Pelabur sofistikated adalah pelabur yang sering berfikiran jauh ke hadapan dan berfikir di luar kotak. Mereka peka dengan undang-undang dan peraturan ketika melakukan apa sahaja transaksi saham. Sudah pasti kejayaan dan kekayaan adalah matlamat semua pelabur.

Menurut Robert T. Kiyosaki dalam bukunya yang berjudul Guide To Investment, Rich Dad berkata bahawa dengan belajar melalui pengalaman sehingga berjaya membina bisnes, akan menjadi seseorang itu pelabur sofistikated. 

Jom lihat beberapa cara pelabur sofistikated berfikir dan bertindak yang boleh anda contohi.

1. Himpun Dan Beli Aset, Kurangkan Liabiliti

Pelabur sofistikated akan sentiasa memastikan wang mereka banyak dan mempunyai simpanan yang amat kukuh.  Oleh itu, mereka akan menghimpun dan membeli aset seperti rumah, emas dan sebagainya.

Di samping itu, liabiliti yang menyebabkan wang keluar akan dikurangkan.

2. Jadikan Perbelanjaan Peribadi Kepada Perbelanjaan Bisnes

Perbelanjaan peribadi akan dianalisis dan ditukar kepada perbelanjaan bisnes bagi pelabur sofistikated. Ia dibuat untuk tujuan percukaian. Mereka akan mengurangkan perbelanjaan peribadi dan pembayaran cukai di samping melebihkan dana perniagaan dan pelaburan mereka.

3. Mengetatkan Kawalan

Kawalan perbelanjaan dan urusniaga akan dibuat dalam bentuk dokumentasi dan penyata kewangan. Pelabur sofistikated tidak akan mengalami masalah kerana mereka memahami setiap satu masalah, undang-undang diperlukan dan dapat menguasai ilmu kewangan.  Pelabur bukan sofistikated akan mula mengalami masalah.

Terdapat beberapa kawalan yang perlu pelabur sofistikated ambil tahu selain fokus kepada penyata kewangan. Di antaranya adalah:

  • Kawalan Terma-Terma Dan Syarat Perjanjian

Sekiranya seseorang pelabur sudah menguasai terma dan syarat perjanjian, tidak mustahil mereka dapat mengelak daripada membayar cukai.  Seseorang pelabur sofistikated haruslah mengawal terma-terma dan syarat perjanjian dalam sesebuah pelaburan yang mereka sertai.

Sebagai contoh, Akta Section 103 (Undang-undang Amerika) digunakan dalam kes anda melakukan roll over atas jualan rumah kecil kepada sebuah bangunan pangsapuri kecil. Akta tersebut akan membenarkan anda menangguh atau roll over keuntungan daripada dikenakan cukai.

  • Kawalan Ke Atas Akses Maklumat

Tahukah anda, pelabur sofistikated yang juga berperanan sebagai pelabur dalaman dapat mengakses maklumat. Pelabur perlu memahami semua maklumat yang diperlukan seperti syarat perundangan yang dikenakan oleh SEC di Amerika (begitu juga dengan organisasi pemantau di negara lain).

  • Kawalan Ke Atas Pemberian, Filantropi

Selain urusan kewangan diri sendiri, pelabur sofistikated juga mementingkan tanggungjawab sosial dan sumbangan semula kepada masyarakat. Kerja filantropi dan sumbangan kebajikan adalah usaha dari pemberian ini. Namun, sistem kapitalisme seperti mencipta peluang pekerjaan dan perkembangan ekonomi juga diamalkan oleh masyarakat.

Akhir kata,

Dengan berfikir dan bertindak seperti pelabur sofistikated, sesebuah syarikat akan mudah memperoleh kejayaan dan keuntungan satu demi satu. Semua transaksi dilakukan dengan terperinci akan mengurangkan risiko dan memaksimumkan keuntungan.

Sumber Rujukan:  Rich Dad’s: Guide To Investment

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Bakal Menguji Paras Rintangan MYR4,700

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami momentum kenaikan yang kukuh pada hari Jumaat apabila melambung naik MYR73 untuk ditutup lebih tinggi pada harga MYR4,646. Sesi ini dibuka pada paras MYR4,567. Selepas mencecah paras terendah sesi hari tersebut pada MYR4,559, komoditi ini menaik ke arah paras tertinggi sesi berkenaan pada MYR4,672 dan menutup dagangan pada MYR4,646 dengan pembentukan corak lilin menaik memanjang. Pergerakan harga semasa ini menunjukkan berlakunya peralihan positif dalam sentimen pasaran. Walau bagaimanapun, paras rintangan kukuh dijangka muncul pada paras MYR4,700.

Selagi komoditi ini terus berada di bawah paras ambang MYR4,700, ia mungkin akan membuat pergerakan mendatar. Penembusan menaik akan menambah baik sentimen pasaran, dan menyambung trajektori menaik semula untuk menuju ke arah paras MYR4,840. Sekiranya kegiatan penjualan berlaku lagi, komoditi ini akan menurun ke arah paras MYR4,500. Buat masa sekarang, kami terus berpegang pada bias dagangan negatif sehinggalah FCPO ditutup di atas paras ambang MYR4,700.

Para pedagang disarankan untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada paras MYR4,481 atau semasa penutupan 12 Mei. Untuk menangani risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi ditetapkan pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama ditetapkan pada MYR4,500 yang diikuti oleh paras MYR4,390. Apabila harga meningkat, paras rintangan pertama berada pada MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi pada MYR4,840.