3 Falsafah Pelaburan George Soros

George Soros adalah seorang yang penuh kontroversi. Beliau merupakan seorang kanak-kanak pelarian yang menjadi mangsa peperangan, namun telah menempa nama yang besar dalam ddunia pelaburan.

Ambillah pengajaran daripada perkongsian ini sekiranya ia boleh mendatangkan kebaikan, dan sebaliknya jauhkanlah jika ianya membawa kemudaratan. Harus diingat sekiranya kita mengikuti cara beliau 100%, dikhuatiri kita akan jatuh ke lembah perjudian.

George Soros sangat terkenal sebagai pakar spekulatif dan inilah yang beliau telah lakukan sebagai falsafah pelaburan.

1. ‘Invest First, Investigate Later’

Image by skeeze from Pixabay

Dalam erti kita lain, buat dulu tindakan, baru buat kajian kemudiannya. Ini merupakan falsafah pelaburan George Soros yang paling terkenal.

Pada tahun 1980, George Soros telah berkesepakat dengan seorang fund manager untuk membeli bon. Ketika persetujuan dicapai, beliau telah mengeluarkan arahan untuk mengambil position short terhadap bon tersebut dengan nilai USD50 juta.

Arahan tersebut telah menyebabkan kekeliruan, kerana mengikut persetujuan mereka sebelum ini adalah untuk mengambil position long.

George Soros kemudiannya menerangkan, sebelum mereka mengambil position long sebanyak $300 juta, beliau ingin merasai perasaan sebagai short-seller, sebab itulah beliau memberi arahan untuk melakukan short.

Jika short seller tersebut terlalu mudah berjaya, bermakna tindakan mereka dalam melakukan buy adalah satu kesilapan. Dalam erti kata lain, Soros hanya ingin mengetahui sejauh mana tindakannya adalah tepat, dan tujuan lain adalah untuk menyingkirkan perasaan bias.

2. ‘Big Bet’

Image by 955169 from Pixabay

Stanley Druckenmiller pernah berkata ‘Put all your eggs in one basket and watch the basket very carefully’, namun imaginasi beliau tidak setanding dengan falsafah pertaruhan yang diamalkan George Soros.

Ketika mereka bersetuju untuk melakukan short terhadap mata wang Pound Sterling, Druckenmiller berkata bahawa beliau hanya akan menggunakan dana sebanyak USD1 bilion. Namun Soros membalas “A billion dollar, you call that a position?”

Kata-kata George Soros tersebut membuat Druckenmiller senyap seketika, kerana beliau tidak pernah terfikir untuk membuat pertaruhan lebih besar daripada USD1 bilion. George Soros kemudiannya telah mengeluarkan arahan untuk membuat position short yang bernilai $10 bilion Pound Sterling.

Bagi Soros untung atau rugi itu hanyalah perkara biasa, yang lebih penting adalah nilai jumlah keuntungan ketika melakukan tindakan tepat, yang sentiasa perlu jauh lebih tinggi, berbanding dengan nilai kerugian.

Jika kita lihat kembali point #1 iaitu ‘invest first, investigate later’, maka akan terdapat 1 keuntungan dan 1 kerugian. Disebabkan jumlah nilai keuntungan akan sentiasa mengatasi jumlah nilai kerugian, maka beliau sanggup mengambil risiko yang tinggi setiap kali.

3. ‘Change Partner, Change Strategy’

Photo by JESHOOTS.com from Pexels

George Soros juga terkenal dengan strategi bertukar-tukar rakan bagi meningkatkan kejayaan beliau. Ini kerana menurut beliau, berganding bahu dengan seseorang adalah baik daripada hanya seorang diri.

Dan setiap rakan tadi akan ada kelebihannya yang tersendiri, maka sekiranya kita ingin bertukar strategi – maka tukarlah rakan yang sehaluan dengan strategi yang kita gunakan.

Bukan itu sahaja, dalam kehidupan luar dari dunia kewangan, Soros juga sering bertukar-tukar pasangan wanita.

Nak tahu lebih lagi mengenai George Soros, jemput baca:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Penurunan Harga Kian Menguat

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami penurunan mendadak pada hari Jumaat apabila menyusut MYR76 untuk ditutup pada harga MYR4,475. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada paras MYR4,560. Ia mencecah paras tertinggi intrahari pada MYR4,577 sebelum kegiatan jualan yang besar mengheretnya ke arah paras terendah sesi tersebut pada MYR4,455. Ia kemudiannya menutup dagangan berhampiran paras terendah sesi hari itu dengan corak lilin menurun yang kuat, sekali gus mengesahkan tekanan jualan mendominasi pasaran.

Pergerakan ini menyaksikan FCPO menurun ke arah paras sokongan terdekat bernilai MYR4,390. RSI berada dalam zon menurun, lalu memberikan isyarat bahawa momentum menurun adalah kukuh dan mungkin akan berlarutan. Komoditi ini sekarang diramalkan untuk menguji paras sokongan seterusnya pada MYR4,390. Kami bertindak mengekalkan bias dagangan negatif kerana sentimen menurun jelas menguasai pasaran.

Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei, iaitu MYR4,481. Untuk mengurangkan risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi masih dikekalkan pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan pertama sebaliknya ialah MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi sebanyak MYR4,600.