4 Kesalahan Yang Sering Dilakukan Wanita Dalam Pelaburan

Siapa kata wanita tidak boleh melakukan pelaburan? Ini merupakan satu diskriminasi kerana zaman sekarang terdapat ramai wanita yang mempunyai kerjaya samada bekerja secara bebas atau sendirian.

Menurut kajian daripada University of California, Berkeley, wanita mengatasi lelaki di dalam prestasi saham sebanyak 2.3% di dalam tempoh 7 tahun. Ada 3 sebab utama yang dinyatakan, nak tahu lebih lanjut boleh baca mengenainya di Kenapa Wanita Lebih Pandai Melabur Berbanding Lelaki?

Wanita melakukan pelaburan demi masa depan mereka namun begitu, masih terdapat juga kesalahan yang sering dilakukan oleh mereka dalam dunia pelaburan. Di sini, kami akan menyenaraikan 4 kesalahan yang dilakukan para wanita dalam dunia pelaburan. Justeru, para wanita akan menjadi lebih peka dengan kesalahan ini dan diharapkan tidak mengulangi lagi.

Kesalahan 1: Tidak Bermula

Tidak bermula bermaksud para wanita sering melengahkan niat untuk melakukan pelaburan dengan pelbagai alasan. Alasan yang sering dikemukan adalah tidak tahu mengenai pelaburan yang sesuai dengan mereka, atau memerlukan rakan untuk sama sama melabur. Satu konsep yang jelas mengenai pelaburan ialah, pelaburan tidak memerlukan rakan atau sanak saudara. Anda sebagai seorang wanita bekerjaya boleh melakukan pelaburan selagi berada di jalan yang betul.

Kesalahan 2: Tidak Meminta Khidmat Nasihat Perunding

Sekiranya anda masih tidak tahu mengenai selok-belok dunia pelaburan, jangan malu untuk minta tunjuk ajar dan pandingan daripada mereka yang lebih berpengalaman. Kesalahan para wanita dalam melabur adalah mereka malu untuk bertanya, kerana stereotaip wanita tidak digalakkan terlibat dalam bidang pelaburan. Dogma pemikiran sedemikian ini harus diubah, kerana zaman sekarang sudah mempunyai wanita yang berjaya dalam pelaburan.

Kesalahan 3: Terburu-buru

Dalam situasi ini, terburu buru bererti para wanita ingin melabur dalam semua aspek tanpa melihat kepentingan satu demi satu. Anda harus memilih satu pelaburan tetap untuk sesuatu masa, misalnya pelaburan emas dan bukan melabur dalam pelaburan saham dalam pada masa yang sama anda melabur pelaburan emas.

Ini kerana anda perlu betul-betul faham berkenaan modal yang diperlukan, risiko yang terlibat dan jangka masa pelaburan tersebut boleh dituai hasilnya.

Kesalahan 4: Tidak Mengautomasi Pelaburan

Jangan memandang remeh mengenai hal mengautomasikan pelaburan. Di dunia yang serba canggih dan pesat membangun, terdapat pelbagai jalan mudah untuk membantu anda mengautomasikan pelaburan anda setiap bulan. Cara ini berkesan untuk mengelakkan anda daripada menggunakan duit tersebut untuk tujuan lain.

Kesilapan yang sering dilakukan iaitu anda memilih untuk menambah nilai pelaburan secara manual dengan pergi ke kaunter bank. Bila datang malas atau tiba-tiba tergoda untuk membeli sesuatu, maka anda tidak melabur untuk bulan tersebut.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Kembali Ke Fasa Pengukuhan

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO ini menurun MYR9 semasa sesi dagangan lalu untuk ditutup pada harga MYR4,597. Pada hari Jumaat, komoditi ini memulakan dagangan pada paras MYR4,604. Pada awalnya, ia jatuh ke paras terendah sesi tersebut pada MYR4,575. Ia kemudiannya melantun ke paras tertinggi sesi tersebut pada MYR4,608 dan menutup dagangan pada MYR4,597. Di samping pergerakan RSI ke bawah, penutupan dagangan terkini yang menurun menunjukkan momentum menurun kembali menguat.

Komoditi ini mungkin akan melanjutkan fasa koreksi harga dan menguji paras sokongan semula pada MYR4,390. Sementara itu, garisan SMA 50 hari masih bergerak ke paras lebih rendah, lantas mengukuhkan keadaan pasaran menurun. Sekiranya komoditi ini mencatat pergerakan menaik, paras MYR4,700 akan menahan harga daripada menembusi paras berkenaan. Selagi FCPO terus berada di bawah paras ambang MYR4,700, kami tetap akan berpegang pada bias dagangan negatif.

Para pedagang disarankan untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei (MYR4,481). Untuk menangani risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi ditetapkan pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama kini berada pada MYR4,390 dan diikuti oleh paras sokongan lebih rendah pada MYR4,250. Paras rintangan pertama pula ialah MYR4,700 yang diikuti oleh paras MYR4,900.