Bina Portfolio Pelaburan Anda Dengan 4 Langkah Mudah Ini

Semua orang akan menempuhi alam persaraan, sekiranya dikurniakan umur yang panjang (insyaAllah). Sebelum bersara, kita digalakkan menabung dan melaburkan wang supaya kita mempunyai aset yang mencukupi untuk menampung kehidupan kita setelah bersara kelak.

Menyimpan wang bukanlah sesuatu yang sukar sekiranya kita berdisiplin. Kita hanya perlu ketepikan sedikit wang dari gaji atau pendapatan kita setiap bulan dan lihat ia bertambah setiap tahun. Pelaburan pula adalah sebaliknya.

Ia memerlukan perancangan yang rapi dan memerlukan seseorang individu itu menimba ilmu terlebih dahulu. Ini bukanlah sesuatu yang diajar di sekolah.

Namun, penulis ingin menggariskan beberapa langkah mudah untuk membina portfolio pelaburan yang boleh kita ikuti. Langkah-langkah ini merupakan panduan umum yang sesuai untuk sesiapa yang tidak berlatarbelakangkan kewangan atau pelaburan.

Mari kita lihat.

1. Penetapan Objektif

Pertama, anda perlu menentukan sendiri berapa jumlah yang mencukupi untuk anda hadapi kehidupan setelah bersara. Penulis beri contoh di bawah:

Nama: Ahmad

Umur: 30 tahun

Umur persaraan: 60 tahun

Jangka hayat setelah bersara: 20 tahun

Pengiraan kos sara hidup setelah bersara:

Kos sara hidup bulanan = RM3,000

Kos sara hidup tahunan = RM36,000

Kos sara hidup 20 tahun = RM720,000

Maksudnya anda perlukan RM720,000 ketika bersara kelak. Pengiraan ini adalah pengiraan kasar sahaja. Realitinya, ia bergantung kepada berapa banyak kita berbelanja sebulan (gaya hidup) dan kadar inflasi, bermaksud kita mungkin underestimate jumlah yang diperlukan. Kalau tidak pasti, letakkan jumlah yang lebih tinggi.

Sesetengah orang juga mungkin terpaksa memasukkan perkara lain seperti kos perubatan, ansuran rumah yang masih belum selesai dan sebagainya. Sebagai panduan, KWSP menyarankan agar setiap ahli mempunyai simpanan minima sebanyak RM228,000 pada umur 55 tahun.

Kedua, anda perlu menetapkan jumlah simpanan bulanan anda dan berapa kadar pulangan yang anda boleh jana melalui simpanan anda. Katalah anda mampu simpan RM600 sebulan dan laburkan duit tersebut dengan pulangan 7% setiap tahun secara kasar.

Simpanan bulanan = RM600

Simpanan tahunan = RM600 x 12 = RM7,200

Pulangan tahunan = 7%

Simpanan selama 30 tahun berserta pulangan compound interest = RM727,726

Ini dari simpanan dan pelaburan anda sahaja, belum lagi campur dengan wang pencen atau wang KWSP. Kalau anda dapat pencen atau ada KWSP, lebih bagus. Pengiraan ini boleh dibuat menggunakan mana-mana kalkulator online. Setiap kalkulator berbeza sedikit dari segi cara pengiraan tapi keputusan lebih kurang sama sahaja. Google sahaja “compound interest calculator”.

Cuba lihat pengiraan pertama di atas. Anda perlukan RM720,000 bukan? Mengikut pengiraan kedua, anda dapati bahawa dengan menyimpan RM600 setiap bulan dan menjana keuntungan 7% setiap tahun, anda berupaya bersara dengan RM727,726 dalam tangan, menepati pengiraan pertama.  Kalau kurang dari itu, anda perlu naikkan simpanan bulanan anda atau naikkan pulangan tahunan anda.

2. Pembahagian Aset (Asset Allocation)

Sekarang, anda mungkin yakin anda boleh simpan RM600 sebulan dengan konsisten. Namun adakah anda yakin anda boleh dapat purata 7% setahun? Kalau boleh dapat purata 7% setahun pun, adakah anda boleh tahan dengan naik turun nilai pelaburan anda sepanjang 30 tahun anda melabur?

Ha, inilah persoalan yang anda perlu jawab sebelum anda teruskan. Untuk mengetahui, jawapannya, anda perlu lengkapkan sesuatu yang digelar Risk Profile Questionnaire.

Tujuan soal selidik ini adalah untuk mengetahui portfolio jenis macam mana yang sesuai untuk anda mengikut risk appetite anda, dan mampukah portfolio tersebut beri anda 7% setahun. Anda boleh buat secara online sahaja, contohnya di sini: https://personal.vanguard.com/us/FundsInvQuestionnaire

Contohnya, keputusan dari soal selidik tersebut ialah “20% bonds & 80% stocks” atau 20/80 untuk penulis. Maksudnya, menurut risk appetite penulis, penulis perlu laburkan 20% ke dalam bon manakala selebihnya ke dalam saham. Mari kita lihat, mampukah portfolio 20/80 penulis menjana pulangan 7% setahun? Menurut kajian Vanguard, ya. Sila lihat rajah di bawah.

Sumber: Vanguard

Dengan portfolio 20/80, penulis mampu menjana 9.6% setahun, lebih tinggi dari 7% yang diperlukan. Oleh itu, penulis boleh mengurangkan sedikit simpanan bulanan kerana pulangan lebih tinggi (tidak disyorkan). Atau, kita boleh anggap pulangan yang lebih tinggi tersebut sebagai bonus yang boleh digunakan ketika kecemasan atau perkara lain (disyorkan).

Malang tidak berbau, kan?

Menurut rajah di atas juga, untuk mendapatkan pulangan 7% setahun, portfolio anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya 40% saham. Saham di sini bukan bermaksud instrumen pelaburan ASB atau TH ya. Pelaburan seperti ASB dan TH agak diversified dan mempunyai aset lain selain saham.

Mereka juga agak berisiko rendah, bolehlah dikira sebagai bon. Sebab itu susah untuk dapat pulangan tinggi.

3. Memilih Aset

Katalah anda dah lengkapkan soal selidik tersebut dan anda mendapati bahawa anda perlu melabur mengikut pembahagian 50% bon dan 50% saham. Anda masih perlu pilih bon dan saham macam mana yang sesuai.

Di sini anda sendiri kena tetapkan. Anda boleh beli saham secara langsung, atau guna unit trust, atau ETF. Kalau tiada ilmu pelaburan saham, penulis nasihatkan supaya beli unit trust atau ETF sahaja. Mudah dan tak pening kepala.

Anda perlu diversifykan lagi aset anda, sama ada dari segi geografi, sektor, market cap, dan sebagainya. Contohnya, anda boleh beli 25% saham negara membangun (emerging market) dan 25% negara maju (developed market) untuk mendapatkan 50% saham itu.

Ini antara contoh unit trust yang agak common di seluruh dunia. Pilihlah unit trust manager yang perform. Dan ingat, lebih rendah caj jualan dan caj pengurusan, maka anda lebih untung.

Malangnya, melabur ke dalam bon secara langsung memerlukan modal tinggi. Satu lot bon sahaja dah jutaan ringgit.

Kalau anda individu high net worth, lainlah. Nasib baiklah ada unit trust bon. Biasanya caj untuk unit trust bon lebih rendah dari saham.

4. Imbangan Semula (Rebalancing)

Setiap tahun, anda pasti perlu mengimbang semula portfolio anda. Pulangan setiap aset itu berbeza. Boleh jadi pada mulanya anda menetapkan pembahagian 50/50 ke dalam portfolio anda, namun pada akhir tahun ia menjadi 55/45 kerana aset bon anda naik dan aset saham anda turun.

Apa yang anda boleh buat ialah jual sedikit bon anda dan masukkan duit itu ke dalam saham supaya ia kembali ke 50/50.

Begitu seterusnya yang patut anda lakukan setiap tahun. Ada baiknya juga sekiranya anda teruskan buat Risk Profile Questionnaire setiap 5 tahun, kerana mungkin risk appetite anda sudah berubah dan anda perlu modify portfolio anda.

Tak susah kan? Anda hanya perlu buat langkah 1-3 sekali sahaja seumur hidup dan langkah 4 sekali setahun. Kalau anda berdisiplin dan lakukan secara konsisten, anda akan mempunyai aset yang lebih besar berbanding dengan hanya sekadar menyimpan.

Inilah manfaat compounding. Ditambah lagi dengan wang pencen/KWSP yang anda bakal terima, insyaAllah anda mampu bersara tanpa perlu risau atau perlu bergantung kepada orang lain.

Kesimpulan

Empat langkah di atas hanyalah panduan kasar semata-mata. Pengiraan yang dilakukan oleh profesional adalah lebih tepat dan realistik, dan proses pembinaan portfolio mereka adalah lebih kompleks dan sistematik.

Namun, tak ramai yang ada akses kepada ilmu yang mendalam tentang kewangan untuk meniru 100% apa yang dilakukan oleh mereka. Jadi, panduan kasar ini sudah mencukupi untuk kebanyakan orang yang tidak mempunyai latarbelakang kewangan tetapi ingin menyimpan dan melabur untuk persaraan.

Selain persaraan, anda boleh cuba bina portfolio untuk perkara lain juga, contohnya dana pendidikan anak.

Selamat melabur!

Ditulis oleh Azam, seorang pengurus dana saham antarabangsa di sebuah institusi kewangan di Malaysia.

Penafian: Artikel ini merupakan pendapat dan pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pandangan rasmi mana-mana individu/organisasi. Penulis tidak menerima sebarang bayaran pengiklanan dari mana-mana individu/organisasi yang disebutkan di dalam artikel ini.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

55 Juta Unit IOIPG REIT Dikhaskan Untuk Bumiputera

Selama ni kita datang IOI City Mall untuk shopping, makan, tengok wayang atau sekadar jalan-jalan cukupkan 10,000 langkah.

Kali ni ada berita baik.

IOI Properties Group Bhd (IOIPG) telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk menubuhkan dan menyenaraikan IOIPG REIT di Bursa Malaysia. REIT ini akan mempunyai portfolio aset bernilai kira-kira RM7.58 bilion.

Dan antara perkara paling menarik untuk pelabur runcit ialah sebanyak 715.6 juta unit diperuntukkan untuk tawaran runcit.

Daripada jumlah tersebut, 55 juta unit dikhaskan untuk pelabur Bumiputera yang diluluskan MITI.

Jadi, apa sebenarnya yang bakal kita dapat melalui REIT ini?

Apa yang ada dalam IOIPG REIT?

Portfolio IOIPG REIT bukan sekadar satu bangunan.

Antara aset yang akan dimasukkan ialah:

  • IOI City Mall Phase 1 & 2
  • IOI City Towers
  • PFCC Towers
  • Putrajaya Marriott
  • Le Méridien Putrajaya
  • Moxy Putrajaya
  • Four Points by Sheraton Puchong
  • W Kuala Lumpur
  • Courtyard by Marriott Penang

Dan sudah tentu, nama yang paling mudah dikenali ialah IOI City Mall.

Mall yang kita kenal sebagai tempat shopping dan makan itu sebenarnya merupakan salah satu aset utama dalam portfolio REIT ini.

Jadi macam mana kita boleh “jadi landlord”?

Konsep REIT sebenarnya agak mudah.

Bayangkan satu hartanah bernilai berbilion ringgit.

Tak ramai individu mampu membeli hartanah tersebut secara terus.

Jadi, aset itu dimasukkan ke dalam satu struktur REIT dan dibahagikan kepada unit.

Pelabur pula membeli unit tersebut.

Secara tidak langsung, pelabur memiliki kepentingan dalam portfolio hartanah berkenaan.

Sebab itu orang selalu gambarkan REIT sebagai cara untuk memiliki sebahagian daripada hartanah yang besar tanpa perlu membeli keseluruhan bangunan.

Dalam kes IOIPG REIT, saiz awalnya ialah 5.5 bilion unit, dengan harga jangkaan 90 sen seunit.

Pelabur runcit dapat 715.6 juta unit

Ini antara bahagian yang paling menarik.

Daripada keseluruhan struktur tawaran, 715.6 juta unit akan diperuntukkan melalui tawaran runcit.

Dan 55 juta unit daripada tawaran tersebut dikhaskan untuk pelabur Bumiputera.

Kenapa ada allocation khas untuk Bumiputera?

Peraturan SC menetapkan penyenaraian tertentu, termasuk REIT, perlu memenuhi keperluan penyertaan ekuiti Bumiputera. Bagi penyenaraian yang tertakluk kepada syarat tersebut, 12.5% daripada jumlah unit selepas penyenaraian perlu diperuntukkan kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan/diiktiraf.

Pada masa yang sama, sehingga 1.48 bilion unit pula akan ditawarkan kepada pelabur institusi, termasuk institusi Bumiputera yang diluluskan dan pelabur institusi lain.

Bukan sekadar tengok harga 90 sen

Harga indikatif yang disebut ialah 90 sen seunit.

Tapi pelabur jangan berhenti setakat:

“90 sen je? Murah ni.”

Dalam REIT, perkara yang lebih penting ialah aset yang berada di belakang unit tersebut dan kemampuan aset itu menjana pendapatan.

Contohnya:

Berapa banyak hasil sewaan?
Bagaimana kadar penghunian?
Berapa tinggi hutang?

Dan akhirnya, berapa banyak pendapatan yang boleh diagihkan kepada pemegang unit?

Sebab kita bukan sekadar membeli “nama IOI”.

Kita membeli unit dalam satu portfolio aset yang sepatutnya menghasilkan pendapatan.

Kenapa IOI Properties buat REIT?

Bagi IOI Properties, penyenaraian REIT ini juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk membuka nilai daripada aset matang yang dimiliki kumpulan.

Cadangan asal yang diumumkan pada April 2026 menyaksikan aset bernilai RM7.58 bilion dipindahkan ke REIT, dengan struktur transaksi melibatkan penerbitan 5.5 bilion unit pada harga indikatif 90 sen serta RM2.65 bilion dalam bentuk tunai melalui pembiayaan.

Struktur sebegini membolehkan IOI Properties mendapatkan semula modal daripada aset sedia ada dan pada masa sama mengekalkan pendedahan kepada portfolio hartanah melalui REIT.

Bila IOIPG REIT akan disenaraikan?

IOIPG REIT disasarkan untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada suku keempat 2026, tertakluk kepada syarat dan proses yang ditetapkan.

Jadi buat masa ini, perkara yang paling menarik untuk ditunggu ialah prospektus rasmi dan butiran akhir tawaran.

Satu perkara yang masih belum boleh dipastikan buat masa ini ialah status Syariah IOIPG REIT. Ini kerana i-REIT mempunyai keperluan Syariah tersendiri, termasuk berkaitan sumber pendapatan sewaan dan aktiviti penyewa. Bursa Malaysia sendiri membezakan REIT konvensional dengan i-REIT, iaitu REIT yang mematuhi prinsip Syariah.

Sebab dekat situlah pelabur boleh tengok dengan lebih jelas tentang harga tawaran akhir, struktur agihan, hasil sewaan, kewangan REIT dan potensi agihan pendapatan.

Kesimpulan

Penyenaraian IOIPG REIT di Bursa Malaysia menandakan satu lagi perkembangan menarik dalam pasaran modal tempatan. Bagi orang ramai, ia membuka ruang untuk menukar peranan daripada sekadar penyumbang pendapatan perniagaan di mall tersebut, kepada penerima sebahagian daripada hasil sewaannya menerusi agihan dividen kelak.

Laporan asal The Star mengenai kelulusan IOIPG REIT

Maklumat rasmi IOI Properties mengenai cadangan IOIPG REIT

Syarat Asas: Wajib Ada Akaun CDS

Bagi yang baru pertama kali mendengar tentang peluang pelaburan seperti ini, penting untuk diingat bahawa pembelian unit REIT di Bursa Malaysia tidak boleh dibuat secara terus di kaunter pusat beli-belah.

  • Anda perlu memohon unit IPO tersebut menerusi e-IPO di dalam perbankan dalam talian seperti: Maybank2u atau aplikasi broker seperti CGSI.
  • Di sini syaratnya anda wajib ada Akaun CDS yang terikat dengan akaun bank anda supaya unit yang anda mohon itu ada “bekas” untuk disimpan.

Proses pembukaan akaun CDS kini boleh dilakukan secara dalam talian (online) dengan caj minima dan ia merupakan langkah pertama yang perlu disiapkan awal sekiranya anda berhasrat untuk terlibat dalam pasaran saham tempatan.

Berminat nak buka akaun saham CDS dengan CGSI (sebelum ini dikenali sebagai CGS-CIMB)? Sekarang dah mudah, boleh buka secara atas talian (online) sahaja. Kelulusan pun segera jika tiada apa-apa isu.

Rujuk tutorial mudah ini > Tutorial Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB), Beli Saham Bursa Malaysia & Global (China, Hong Kong, Singapura, Indonesia)

Masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.