5 Persediaan Tabung Pendidikan Anak-Anak

Pastinya sebagai ibu bapa, kita mahupun yang terbaik untuk anak-anak terutamanya dalam pendidikan mereka. Tapi tahukah anda kos pendidikan di negara kita semakin meningkat setiap tahun?

Kalau dulu mungkin senang nak dapat biasiswa, tapi sekarang peluang menjadi semakin tipis sebab budak-budak zaman sekarang dah semakin cerdik dan dapat banyak ‘A’ dalam peperiksaan.

Yang ada pun mungkin berbentuk pinjaman yang di-convert kepada biasiswa sekiranya dapat keputusan yang baik.

Daripada membebankan anak-anak dengan pinjaman pembelajaran dan menanggung hutang yang banyak sebelum mereka mula kerja, apa kata kita membuat tabungan untuk anak anda hari ini.

Ini ada 5 tempat yang kita boleh mulakan tabung pendidikan untuk anak-anak.

1. ASB

ASB adalah singkatan bagi Amanah Saham Bumiputera yang berfungsi sebagai sebuah medium pelaburan kepada orang ramai dalam tempoh jangka masa yang panjang.

ASB akan memberika dividen iaitu kadar keuntungan yang baik pada setiap tahun kepada setiap pemegang akaun. Anda tidak perlu bimbang untuk membuat pelaburan di ASB ini kerana ia adalah instrumen pelaburan yang berisiko rendah dan mempunyai track record yang cemerlang.

Anda boleh membuka akaun ASB untuk anak sebaik saja mereka lahir. Jumlah simpanan adalah bergantung kepada kemampuan anda sendiri, lagi bagus kalau anda boleh tolak gaji atau guna auto-debit setiap bulan.

Lihatlah jumlah tersebut meningkat, dan tidak mustahil beliau boleh memperolehi simpanan sehingga ratusan ribu ringgit apabila berumur 18 tahun kelak.

2. Unit Trust

Seterusnya, pelaburan unit trust atau amanah saham adalah satu lagi bentuk pelaburan yang mengambil tempoh masa jangka panjang dimana ianya melebihi 5 tahun keatas. Dengan minimum simpanan sebanyak RM100 sesetiap bulan, pastinya anda mampu untuk menggandakan wang tersebut demi masa depan anak-anak.

Dengan memberikan kadar pulangan sebanyak 8-10% setahun, ternyata ianya menarik minat orang ramai untuk membuat pelaburan di Unit Trust.

3. SSPN-i Plus

SSPN-i Plus

Pelan pelaburan yang lain daripada yang lain, SSPN-i Plus ini menggabungkan tabung pendidikan dan perlindungan takaful.

Tak perlu hurai panjang lebar, jemput baca artikel berkenaan SSPN-i Plus di sini.

4. Tabung Haji

Eh bukan tabung haji ni untuk mereka yang nak pergi haji saja ke? Jangan terkejut, kita ada bincangkan dalam artikel, Simpan Dalam ASB atau Tabung Haji Lebih Untung? Ianya pasti membuka mata anda berkenaan simpanan dalam tabung haji.

Lagi satu, percaya atau tidak pendaftaran baru untuk tabung haji pada hari ini; tarikhnya ada sampai tahun 2100 baru dapat pergi haji. Maknanya kalau anak anda baru setahun, umur 80+ baru dapat pergi haji.

5. Saham

Saham adalah lubuk emas di mana tak ramai yang tahu tentang kewujudannya. Tapi teknik pelaburan saham ini telah digunapakai untuk mengumpul duit untuk hantar anak-anak mereka pergi study oversea bila dah besar.

Tapi bukankah saham ni dikira golongan high risk high return? Takkan nak perjudikan masa depan anak kita pula?

Ada cara sebenarnya. Saham pun boleh digunakan sebagai instrumen pelaburan jangka masa panjang. Tekniknya adalah dengan membeli lot saham secara konsisten setiap bulan. Sama je macam anda beli unit trust tadi.

Tapi untuk berjaya guna teknik ni, kenalah cari saham yang kukuh dan beri dividen kepada pelabur secara konsisten.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Kembali Ke Fasa Pengukuhan

  • Kekalkan pegangan belian

FCPO menyusut MYR45 untuk ditutup lebih rendah pada paras MYR4,450 apabila ia kembali memasuki fasa pengukuhan. Komoditi ini memulakan sesi dagangan hari Jumaat pada harga MYR4,491. Ia mencapai paras tertinggi sesi sebanyak MYR4,521 dan paras terendah intrahari bernilai MYR4,443 sebelum menutup dagangan pada harga MYR4,450. Pergerakan harga yang negatif sekarang menunjukkan komoditi ini bakal menguji paras sokongan terdekat bernilai MYR4,400.

Selagi paras sokongan ini terus kukuh, komoditi ini akan melantun semula dan bergerak ke arah paras rintangan terdekat pada harga MYR4,800. Walaupun momentum pergerakan menurun sekarang, keadaan pasaran secara keseluruhannya masih menaik. Komoditi ini terus diniagakan di atas kedua-dua garisan SMA 50 hari dan 200 hari. Selepas fasa pengukuhan berakhir, ia mungkin akan menyambung semula pergerakan menaik. Buat masa sekarang, kami terus berpegang pada bias dagangan positif.

Para pedagang sepatutnya terus mengekalkan pegangan belian yang dimulakan pada penutupan 6 Mac (MYR4,367). Untuk mengurus risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi ditetapkan pada MYR4,400.

Paras sokongan awal sekarang ialah MYR4,400, diikuti oleh paras sokongan seterusnya pada MYR4,250. Paras rintangan terdekat sebaliknya berada pada MYR4,800 dan disusuli oleh paras MYR4,925.