Kisah Remaja 15 Tahun Jual Permainan Sehingga Mencecah RM25,000 Sebulan

Pernahkah anda mempunyai patung mainan yang apabila dipicit, ianya kembali ke bentuk asal dengan sangat pantas? Jika ya, pasti anda teruja untuk baca kisah ini.

Nama Nur Aisyah Mohd Razip yang berusia 15 tahun pada 2015 yang lalu ini bakal merungkai kisah budak jual permainan cecah 5 angka pendapatan sebulan. Hebat bukan? Jom ikuti kisahnya di bawah.

Memulakan Perniagaan Pada Usia 12 Tahun

Pada mulanya, Nur Aisyah Mohd Razip hanya suka berkongsi Vlog di Youtube mengenai aktiviti hariannya.  Aktiviti tersebut termasuklah pelbagai cabaran yang dilakukannya serta permainan.

Selepas itu, followernya mula bertanyakan kepadanya mengenai adakah beliau menjual patung ‘squishy toy’ tersebut. Apabila beliau melihat ramai yang meminatinya, beliau pun mengambil keputusan untuk menjual permainan tersebut.

Sambutan terhadap jualan patung tersebut sememangnya agak tinggi dan beliau mula melakukan bisnes tersebut dengan lebih serius. Beliau telah melakukan pembungkusan mainan-mainan tersebut pada waktu malam atau pada masa lapang.

Ibunya pula membantunya menghantar ke pejabat post mainan yang telah ditempah. Masa yang diperuntukkan oleh beliau untuk membungkus permainan tersebut adalah dalam tempoh 1 ke 2 jam sehari.

Mendapat Permintaan Yang Tinggi

Kredit Gambar: Squishy Japan

Salah satu sebab kenapa mainan tersebut mendapat permintaan yang tinggi adalah kerana ia sangat comel dan sering mempunyai rekaan baru pada setiap minggu. Jadi, permintaan untuk mainan ini sentiasa tinggi dan ramai yang menyimpannya sebagai koleksi berharga.

Daripada segi nilai mainan itu pula, ianya boleh ditukar dan dijual beli dengan harga tertentu kerana ada juga versi edisi terhad yang sukar didapati.

Biasanya beliau menjual mainan tersebut dengan harga RM5 sehingga RM65 setiap satu. Nur Aisyah memilih menjual mainan yang diimport daripada Jepun kerana lebih berkualiti tinggi.

Bagi mereka yang kurang berkemampuan, mainan yang diimport daripada China selalunya dijualkan kepada mereka kerana harganya yang lebih murah.

Setiap hari, beliau akan menjana pendapatan jualan sekitar RM800 ke RM1,000. Ramai yang terkejut kerana pada usia yang baru sahaja 15 tahun tetapi beliau sudah mampu menjana jualan sebanyak RM25,000 sebulan.

Ada juga yang tidak menyangka bahawa perniagaan menjual patung squishy ini diuruskan oleh gadis remaja yang berusia 15 tahun. Kisah budak 15 tahun menjual permainan sehingga mencecah 5 angka sebulan ini sangat baik untuk dijadikan contoh bagi anak muda di luar sana.

Kesimpulannya, Nur Aisyah sangat bijak dalam mengambil peluang yang ada dan menguruskan satu demi satu perkara yang dilakukan. Beliau juga tidak melepaskan peluang untuk menguruskan media sosial miliknya bagi mempromosikan jualan mainannya.

Selain daripada itu, beliau juga bijak mengatur waktu perniagaan dan waktu pembelajarannya. Sekiranya seorang budak boleh mengatur masa dengan jayanya, bagaimana pula dengan kita?

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

PM New Zealand Bertemu Khairul Aming, Nikmati Sajian Roti Jala Dan Teh Tarik


KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) — Kunjungan Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon, yang dalam lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia, turut diserikan dengan pertemuan dengan pempengaruh popular dan usahawan tempatan, Khairul Amin Kamarulzaman.

Luxon berada di Malaysia pada 1-3 Sept, 2024 dan ini merupakan kunjungan pertama beliau ke negara ini selepas mengambil alih pentadbiran New Zealand pada November 2023.

Menerusi perkongsian di akaun X miliknya, Khairul Amin atau lebih dikenali sebagai Khairul Aming berkata pertemuan di restoran Hidang KL di sini, hari ini, juga sebagai tanda terima kasih kerajaan New Zealand susulan kehadirannya ke negara itu baru-baru ini bagi menghasilkan siri video masakan.

Lebih manis lagi, pertemuan itu dimanfaatkan oleh pempengaruh bidang masakan itu untuk memperkenalkan sajian ‘ikonik’ sarapan Malaysia seperti nasi lemak, roti jala dan teh tarik yang turut disertai dengan sesi memasak roti jala bersama pemimpin New Zealand itu.

Tidak hanya menjamu selera, beliau juga sempat bertukar pandangan dengan Luxon mengenai aspek pelancongan antara Malaysia dan New Zealand, eksport perdagangan daging halal dan hasil tenusu, pemuliharaan alam semula jadi serta potensi eksport produk-produk perusahaan kecil dan sederhana ke New Zealand.

“Siapa sangka, lapan tahun lepas, saya melakukan rakaman video memasak pertama dengan hanya duduk di atas lantai di rumah sewa…namun hari ini dapat duduk bersebelahan Perdana Menteri (dari negara) terkenal dunia.

“Berusahalah dengan gigih, anda pasti kagum sejauh mana hidup ini mampu membawa anda,” kata Khairul Aming yang mempunyai seramai 4.1 juta pengikut dan 1.5 juta pengikut, masing-masing di Instagram dan X.

Bercakap kepada Bernama kemudiannya, Khairul Aming berkata sewaktu berada di New Zealand bagi melakukan rakaman video masakan itu, beliau mendapati terdapat banyak daging halal yang boleh diimport oleh Malaysia.

“Oleh itu, saya berminat untuk mengetahui aspek perdagangan halal antara New Zeland, Malaysia dan serata dunia,” katanya.

Berkongsi mengenai siri video masakannya di New Zealand itu, Khairul Aming berkata beliau sendiri tidak menyangka video itu turut tular di negara itu sehingga menarik perhatian kedutaan New Zealand dan Luxon.

“Saya ingatkan hanya sekadar ‘fyp’ (for your page) yang sudah pun memadai, tapi rupanya turut ‘fyp’ di New Zealand. Susulan itu, Kedutaan (New Zealand) menghubungi saya dan menyatakan hasrat Perdana Menteri berjumpa dalam agenda lawatannya ke Malaysia.

“Bagi saya, ini merupakan antara pengalaman berharga dalam hidup,” katanya.

Pertemuan santai Luxon dan Khairul Aming telah berlangsung selama 45 minit.

Anak kelahiran Kota Bahru, Kelantan, nama Khairul Aming sudah sinonim dengan siri video masakan Ramadan beliau yang tular bertajuk ‘30 Hari 30 Resepi.’

Bukan setakat terkenal sebagai pempengaruh, lulusan kejuruteraan mekanikal Vanderbilt University, Amerika Syarikat itu juga berjaya dalam bidang perniagaan, termasuk mempunyai dua kilang di Kota Bahru bagi produk termasuk ‘Sambal Nyet.’ 

— BERNAMA

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee