Adakah Warren Buffett Menggadai Prinsip Pelaburannya Dengan Melabur Ke Dalam Emas?

Semua orang pastinya kenal pelabur hebat yang bernama Warren Buffett ini kan? Beberapa bulan yang lepas, beliau telah mengejutkan dunia apabila melabur ke dalam lima buah syarikat gergasi Jepun ketika keadaan ekonomi yang semakin suram.

Tindakan yang dilakukan oleh Warren Buffett itu telah mengejutkan ramai pihak kerana kebanyakan pelaburan potfolio yang dipegangnya adalah berdasarkan syarikat yang berpengkalan di Amerika Syarikat dan juga Kesatuan Eropah.

Baca: Dah Kenapa Warren Buffett Melabur $7 Bilion Ke Dalam 5 Syarikat Jepun?

Kini, Warren Buffett sekali lagi mengejutkan orang ramai apabila beliau melabur ke dalam emas. Kalau nak tahu, Warren Buffett tidak gemar melakukan pelaburan emas dan menganggap emas itu sebagai non-productive asset.

Beliau juga pernah bergurau dengan menyatakan jika makluk asing dari planet marikh melihat gelagat manusia yang mengumpul emas untuk disimpan, nescaya makhluk asing itu akan menggaru kepala dengan tindakan yang dilakukan oleh manusia.

Kredit Gambar: Mining

Ray Dalio pernah mengkritik Warren Buffett yang tidak meletakkan emas ke dalam portfolio beliau, bagi melindungi dirinya dan syarikatnya sekira berlaku sesuatu yang tidak diduga di dalam pasaran saham.

Selain daripada membuat pelaburan emas, Warren Buffett juga membuat tindakan yang mengejutkan dengan menjual kebanyakan pegangan portfolio di dalam intitusi bank yang dimiliki oleh Berkshire Hathaway.

Beliau telah menjual saham JPMorgan Chase & Co sebanyak 65% dan Wells Fargo & Co. Holdings sebanyak 26%, di mana ianya merupakan salah satu pelaburan terbesar yang ada di dalam portfolio Berkshire Hathaway.

Adakah Warren Buffett nampak sesuatu yang kita tak nampak? Sebelum ini beliau tidak gemar bercakap tentang pelaburan emas, sedangkan selama ini pelaburan ke dalam bank telah memberikan pulangan yang memberangsangkan?

Kredit Gambar: Press Insider Daily

Walaupun Warren Buffett secara asasnya dilihat membuat pelaburan ke dalam emas, tetapi beliau tidak membeli jongkong emas secara fizikal. Sebaliknya beliau melabur ke dalam syarikat yang melombong emas bernama Barrick Gold.

Syarikat ini menghasilkan emas melalui perlombongan emas dan ia adalah berbeza dengan memiliki jongkong emas secara fizikal. Warren Buffett telah membeli syarikat Barrick Gold dengan harga sebanyak USD564 juta.

Perbezaan di antara memiliki emas fizikal dan memiliki lombong emas adalah sangat ketara. Barrick Gold mempunyai financial statement yang lengkap yang membolehkan Berkshire Hathaway membuat penyelidikan yang mendalam berbanding dengan mempunyai emas secara fizikal yang beliau gelar sebagai non-productive assets.

Kredit Gambar: Datawrapper

Walaupun menjual sebahagian besar pegangan bank di dalam portfolio Berkshire Hathaway, Warren Buffett telah membeli sejumlah besar pegangan saham di dalam Bank Of America yang menjadikannya prortfolio kedua terbesar selepas Apple.

Secara keseluruhannya, pegangan saham Barrick Gold yang dimiliki oleh Berkshire Hathaway adalah sangat rendah jika dibandingkan dengan jumlah portfolio yang dimiliki oleh Berkshire Hathaway.

Walaupun sejak akhir-akhir ini prestasi Berkshire Hathaway tidak begitu memberangsangkan, namun Warren Buffett tidak mengubah pandangannya terhadap emas yang dilihat sebagai bukan satu aset pelaburan yang bagus untuk jangka masa panjang.

Kesimpulannya, Warren Buffett tidak menggadaikan prinsip pelaburan yang dipegang beliau. Ini kerana apa yang telah beliau buat selama ini telah berjaya menjadikannya seorang pelabur yang sangat kaya dan terkenal di seluruh dunia.

Sumber Rujukan:

Jom mulakan simpanan emas patuh syariah dengan KAB Gold.

This image has an empty alt attribute; its file name is kab-gold-uncang-emas-800-700x990.jpg

Dengan minimum pembelian 0.25 gram emas atau serendah RM66 (berdasarkan harga emas RM264 segram), semuanya boleh dilakukan secara online.

Prosesnya sangat mudah:

  • Layari laman web KAB Gold
  • Lengkapkan borang pendaftaran
  • Verify emel

Kemudian dah boleh login dan buat pembelian pertama anda hari ini juga.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Trend Menurun Semakin Mengukuh

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami penurunan mendadak semalam apabila jatuh MYR45 untuk ditutup pada paras MYR4,393. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada MYR4,435. Ia kemudiannya merekodkan paras tertinggi intrahari sebanyak MYR4,456 sebelum kegiatan jualan yang tinggi mengheret FCPO ini ke arah paras terendah sesi bernilai MYR4,382. Ia kemudian menutup dagangan pada MYR4,393 dengan membentuk corak lilin menurun yang kuat, sekali gus mengesahkan tekanan jualan menguasai pasaran.

Pergerakan ini menyaksikan komoditi ini jelas menurun melepasi paras sokongan penting bernilai MYR4,420 dan terus ditutup di bawah garisan SMA 50 hari. RSI juga berada dalam keadaan menurun, yang menunjukkan bahawa momentum menurun adalah kuat dan terus berlangsung. FCPO kini dijangka akan menguji paras sokongan seterusnya pada MYR4,300. Kami tetapkan bias dagangan negatif memandangkan mereka yang menantikan penurunan harga berada dalam kawalan.

Kami menyarankan para pedagang untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei atau MYR4,481. Untuk mengurus risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi kini disemak kepada MYR4,700.

Selepas membuat penembusan menurun, paras sokongan pertama disemak kepada MYR4,300 dan diikuti oleh paras MYR4,200. Paras rintangan pertama pula sekarang berada pada MYR4,570 dan diikuti oleh paras ambang MYR4,700.