Apa Itu Pelaburan KAPB, Pelaburan Patuh Syariah Dividen Tinggi?

Wujudkah pelaburan patuh syariah yang beri dividen tinggi?

Pelaburan koperasi sahaja, tapi dividen tinggi dan patuh syariah, siapa sangka!

Ramai orang nak melabur dalam hartanah tetapi takut untuk menanggung risiko kerugian. Jadi, salah satu cara mudah untuk melabur hartanah dengan risiko kerugian yang rendah adalah melalui pelaburan KAPB. Sekiranya anda ingin tahu apa itu pelaburan KAPB, sila ikuti artikel ini sehingga habis.

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Pelaburan KAPB?

Koperasi Amanah Pelaburan Berhad atau juga dikenali sebagai Pelaburan KAPB merupakan sebuah syarikat koperasi pelaburan. Syarikat koperasi pelaburan ini sememangnya berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Syarikat Pelaburan KAPB ini ditubuhkan pada 14 November 2014 oleh Dato’ Mohamed Ilyas sebagai Pengerusi Eksekutif.

Untuk pengetahuan anda, KAPB ini bukan sahaja diketuai oleh ikon perniagaan korporat dan pakar pelaburan, malahan ia juga dianggap antara koperasi yang sangat menguntungkan. Selain itu, ia juga patuh syariah dan dividennya sangat sustainable di Malaysia bagi mereka yang aktif melabur di peringkat global.

Anda juga boleh melihat bagaimana koperasi ini menggerakkan modal yang diperolehi dengan penuh integriti dan kepintaran melalui pelaburan dan juga inovasi perniagaan di dalam sektor strategik. Tujuan utama mereka adalah untuk mewujudkan faedah yang berpanjangan buat kesemua ahli pelaburan KAPB. 

Untuk pengetahuan anda, pelaburan yang dilakukan oleh KAPB juga sama seperti platform pelaburan yang lain. Kesemua dana atau modal yang dikumpulkan daripada ahli KAPB ini akan dilaburkan kepada beberapa portfolio. Jadi, dengan menyertai KAPB, anda akan mengetahui ke mana dana anda akan dilaburkan dan sistemnya juga akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Kelebihan Dan Manfaat KAPB

Pelabur pasti inginkan platform pelaburan yang terbaik dan mendapat hasil yang menguntungkan. Terdapat beberapa ciri yang dilihat oleh mereka sebelum mula melabur.  Kita perlu fahami mengenai organisasi tersebut dan konsepnya dalam pelaburan supaya kita tahu apa perlu dibuat dan sebagainya.

Selain pelaburan, KAPB juga sentiasa memberi bantuan kepada mereka yang terjejas dan yang memerlukan. Sebagai contoh akibat banjir dan pkp, mereka turut hadir membantu. Ini adalah antara aktiviti yang dijalankan oleh KAPB. 

Dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan, jelas bahawa KAPB merupakan koperasi yang dipercayai dan sangat mesra dalam kalangan masyarakat Malaysia terutamanya bagi para pelabur. Ahli KAPB dan para pelabur adalah penggerak kepada kejayaan KAPB, kerana itu juga, KAPB berusaha menjadi yang terbaik dalam menawarkan pelaburan yang hebat ini.

Portfolio Korporat Yang Diuruskan Oleh KAPB

Portfolio dana pelaburan yang diuruskan oleh KAPB semuanya dalam kalangan yang pasti dikenali oleh kita semua. Antaranya termasuklah Ar-Rahnu, The Exchange 106, hartanah, stesen TV (Awsome TV), perkhidmatan pemfaktoran (MFI Money), kereta sewa (Quick Ride) dan sebagainya.

Kesimpulannya, peluang untuk menyertai pelaburan KAPB ini terbuka untuk semua rakyat Malaysia dan terbuka di kalangan umat Islam.

Untuk makluman anda juga, kini KAPB menawarkan saham RM2 Bilion kepada kesemua ahli KAPB dan akan ditutup selepas jumlah RM2 Bilion tersebut habis dilanggan.

Artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja. Bukan saranan kepada sesiapa untuk menyertainya. Sebarang penglibatan dalam pelaburan haruslah dibuat oleh diri sendiri berdasarkan maklumat yang sah.

Previous ArticleNext Article

Peluang Menjadi Saudagar Emas Moden di Malaysia

Bila sebut pasal pelaburan emas, ramai orang terus terbayang emas fizikal, dinar, jongkong atau barang kemas. Kita kena akui, pengalaman dapat pegang emas fizikal memang lain perasaan dia. Rasa “secure” tu ada.

Tapi sekarang, semakin ramai mula memilih emas digital sebab lebih mudah, boleh mula dengan modal kecil dan paling penting boleh beli/jual/pindahkan terus dari telefon tanpa perlu keluar rumah.

Cuma masalahnya… bukan semua platform emas dicipta serupa.

  • Ada yang nampak murah masa beli, tapi bila nak jual spread tinggi melangit.
  • Ada yang nampak mudah, tapi banyak caj lain.
  • Ada platform yang memang sesuai untuk simpanan, cuma pilihan fungsi tambahan tidak sebanyak platform lain.

Jadi, artikel ini kita fokus satu platform yang sedang kerap disebut kebelakangan ini: Bursa Gold Dinar (BGD).

Apa itu Bursa Gold Dinar?

Bursa Gold Dinar (BGD) ialah platform dagangan emas yang membolehkan pengguna membeli dan menjual emas melalui akaun BGD. Satu inovasi terkini dari Bursa Malaysia.

Ringkasnya:

  • Anda top up duit
  • Anda boleh beli emas
  • Anda boleh jual emas
  • Anda boleh pindahkan emas kepada orang lain
  • Anda boleh tebus emas kepada syiling dinar
  • Anda boleh menerima makluman perubahan harga emas semasa melalui notifikasi.

Satu lagi ciri yang buatkan BGD nampak “lain macam” ialah fungsi Exchange.

Fungsi ini membolehkan pengguna jual beli sesama pengguna (buyer vs seller) seperti konsep pasaran saham. BGD akan memastikan pasar ini “hidup” melalui system order (1 buy order + 1 sell order) yang dikemaskini setiap minit.

Jadi BGD bukan sahaja sesuai untuk simpanan emas, tetapi turut membuka peluang untuk pengguna yang mahu aktif berdagang (trade) emas. Ini kerana anda boleh harga jual dan beli sendiri berdasarkan harga sasaran, bukan sekadar beli ikut harga yang ditawarkan oleh platform.

Konsep ini lebih mirip dengan trading saham di mana anda boleh lihat pergerakan pasaran melalui order book, pantau harga last done, serta ambil peluang bila harga turun/naik mengikut strategi sendiri.

Dalam pasar macam BGD Exchange, orang boleh jual lebih murah daripada harga semasa sebab beberapa faktor:

1) Nak pakai duit (urgent cash)

Dia tak kisah rugi sikit asalkan cepat dapat cash.

2) Tak sabar / “panic sell”

Bila harga jatuh, ada yang takut jatuh lagi → dia jual murah untuk lock untung.

3) Salah letak harga (human error)

Tersalah tekan, tersalah pilih harga atau ingat harga tu betul. Memang naya kalau kes macam ni.

4) Nak pastikan terjual cepat

Kalau dia letak harga jual lebih rendah dari harga seller lain, peluang emas dia “disambar” adalah lebih cepat.

Waktu dagangan BGD Exchange

BGD ada trading hours yang lebih panjang berbanding pasaran saham Bursa Malaysia: 8:30AM – 11:50PM (Isnin – Jumaat), tidak termasuk hujung minggu dan cuti umum.

Apa itu Order Book?

Order book ialah senarai pesanan beli/jual yang sedang menunggu untuk dipadankan. Ini membantu anda buat keputusan yang lebih strategik seperti nak beli ikut best sell price atau set buy order lebih rendah dan tunggu match.

Maksud High, Low dan Last Done

High ialah harga paling tinggi yang dicapai dalam hari dagangan tersebut. Low ialah harga paling rendah yang dicapai. Last done pula ialah harga transaksi terakhir yang berjaya berlaku di Exchange (harga terkini yang ‘matched’).

Apa itu spread dalam BGD?

Spread ialah beza antara harga beli tertinggi dan harga jual terendah. BGD tetap ada spread seperti platform lain, namun spread BGD biasanya lebih kompetitif (lebih rendah) berbanding kebanyakan platform lain.

Macam mana order matching berlaku?

BGD guna konsep price-time priority: harga terbaik akan diutamakan dan jika harga sama, pesanan yang masuk paling awal akan diutamakan.

Patut guna BGD untuk peram atau trade emas?

BGD sesuai untuk simpan emas secara konsisten, terutama untuk yang mahukan platform lebih ‘market-driven’. Untuk yang lebih aktif, fungsi Exchange juga memberi ruang untuk anda menjadi saudagar emas. Ringkasnya, BGD boleh menjadi pilihan sama ada anda mahu menjadi pelabur emas (simpanan jangka panjang) atau trader emas (lebih aktif), bergantung kepada strategi masing-masing.

Kesimpulan

Kalau anda mencari platform emas yang bukan sekadar “beli dan simpan”, tetapi memberi pengalaman seperti pasaran sebenar, Bursa Gold Dinar (BGD) memang antara yang paling menarik di Malaysia. Fungsi Exchange menjadikan urus niaga emas lebih strategik serta menawarkan pengalaman ‘gold trading’ yang mirip mekanisma pasaran saham.

Yang paling penting, struktur pelaburan ini turut menitikberatkan aspek patuh Syariah, menjadikan ia pilihan yang lebih meyakinkan untuk pelabur Muslim yang mahu akses kepada pasaran emas moden tanpa mengabaikan prinsip Shariah.

Nak mula menyimpan emas di Bursa Gold Dinar (BGD)?
Guna referral code
[ NURS17324 ]
Anda akan dapat 0.02g emas bila buat pembelian pertama RM100 dan yang kami juga dapat 0.01g emas. Win-win, start simpan emas terus dapat bonus. Terima kasih!

Apple Store: https://apps.apple.com/my/app/bursa-gold-dinar/
Google Play: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.bursamalaysia.BGD