Compound Interest: Keajaiban Ke Lapan Di Dunia

Compound interest ataupun faedah kompaun adalah faedah tambahan yang diperoleh atas jumlah simpanan asal ditambah dengan faedah yang diterima. Dalam erti kata lain, ia merupakan faedah ke atas faedah.

Kelebihan compound interest ialah ia dapat memastikan wang bekerja untuk kita kerana itulah ia digelar keajaiban ke lapan didunia. Compound interest ini boleh mendatangkan kebaikan jika digunakan dengan elok, tetapi juga keburukan jika disalahguna.

Kebaikannya adalah daripada aspek pelaburan. Pelabur akan memperolehi manfaat menerusi pulangan ke atas pelaburan kerana manfaat daripada faedah kompaun bermaksud anda akan mendapat pulangan yang lebih tinggi sekiranya pelaburan tersebut dikekalkan bagi jangka masa panjang.

Tetapi keadaan sebaliknya berlaku sekiranya anda berada di pihak yang meminjam. Cuba anda bayangkan jika anda mempunyai pinjaman atau hutang kad kredit, anda perlu membayar lebih sekiranya hutang tersebut dikira pada kadar faedah kompaun atau faedah ke atas faedah.

Dengan melewatkan bayaran pinjaman atau kad kredit bagi tempoh yang lebih panjang, anda akan dikenakan lebih faedah. Akhirnya, ia akan menimbulkan kesukaran untuk anda menjelaskan pinjaman atau hutang kad kredit tersebut.

Jadi bagi mengelakkan anda terjerat dengan hutang kad kredit yang melampau, jangan gunakan kad kredit untuk membeli barang di luar kemampuan anda dan biasakan untuk membuat bayaran sebaik sahaja anda menerima penyata kad kredit sebagai tabiat.

Bagi memudahkan pemahaman mengenainya, Rule of 72 telah dicipta dan ia adalah antara peraturan asas yang semua pelabur harus tahu. Ini kerana Rule of 72 adalah kiraan mudah yang digunakan untuk melihat berapa tahunkah masa yang anda perlukan untuk gandakan pelaburan anda.

Caranya amat mudah, bahagikan 72 dengan peratus pulangan yang diperolehi. Teori ini dicipta oleh ilmuan fizik dan ahli matematik terkenal, Albert Einstein.

Contoh mudah di bawah ini akan menunjukkan kepada anda bagaimana teori ini berfungsi. Dengan modal RM10,000, mari kita lihat bagaimana amaun ini boleh meningkat sekali ganda kepada RM20,000 dalam instrumen simpanan dan pelaburan:

Jenis Simpanan/PelaburanAnggaran Purata Faedah TahunanKiraan Rule of 72Jumlah Tahun Yang Diperlukan Untuk Simpanan Meningkat RM20,000
Bank Simpanan Biasa0.3%72/0.3240 tahun
Fixed Deposit3%72/324 tahun
Tabung Haji6%72/612 tahun
ASB7%72/710.28 tahun

Untuk pengetahuan anda juga, compound interest ini hanya akan berfungsi jika pelaburan asal wang prinsipal tidak diusik dan keuntungan sama ada dividen atau bonus dilaburkan semula.

Sekiranya anda tidak konsisten dalam simpanan atau pelaburan, simpanan asyik keluar masuk maka semakin lama masa yang diperlukan untuk wang anda meningkat berkali ganda.

Previous ArticleNext Article
An introverted chocoholic whom happened to be involved in content curation and stock trading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Pemulihan Harga Yang Sementara

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO meneruskan lantunan teknikalnya untuk sesi kedua pada hari Selasa apabila menaik MYR23 untuk ditutup pada paras MYR4,496. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada harga MYR4,461. Pada awalnya, ia jatuh kepada paras terendah bernilai MYR4,445 sebelum sentimen menaik membawanya lebih tinggi kepada paras MYR4,510. Walaupun penutupan dagangan positif, pergerakan menaik ini hanyalah dianggap sebagai satu koreksi harga dalam trend pasaran yang menurun. Komoditi ini terus berada di bawah garisan SMA 50 hari yang sekarang berperanan sebagai rintangan overhed yang dinamik.

Apabila harga menaik, paras rintangan kuat dijangka muncul pada paras MYR4,700. Berdasarkan pasaran teknikal ini, mereka yang menjangkakan penurunan harga masih mempunyai kelebihan teknikal. FCPO mungkin menyambung semula koreksi harga sebaik sahaja ia gagal menembusi paras rintangan overhed yang dinamik itu – garisan SMA 50 hari. Buat masa sekarang, kami bertindak mengekalkan bias dagangan negatif.

Kami menyarankan para pedagang untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei atau MYR4,481. Untuk mengurus risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi kekal kukuh pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama ialah MYR4,390, yang diikuti oleh paras MYR4,300. Sementara itu, paras rintangan pertama kini berada pada MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi bernilai MYR4,840.