3 Cara Simpan Emas Anda Dengan Selamat

Tidak kira sama ada emas yang dibeli adalah dari segi barang kemas ataupun gold bar. Ia adalah 2 benda yang perlu disimpan dengan selamat dan tersorok. Silap hari bulan, jika ianya disimpan ditempat terbuka, takut hilang dicuri pula.

Pelbagai cara dilakukan dalam menyimpan emas milik masing-masing. Namun, apakah cara yang paling selamat dan berkesan untuk menyimpan emas-emas ini.

Berikut adalah 3 cara yang boleh anda gunakan untuk menyimpan segala emas yang anda miliki.

1. Rahsia

Hal ini yang paling utama dan penting. Jangan sesekali beritahu sesiapa meskipun ahli keluarga anda sendiri, dimanakah anda meletakkan emas anda. Jika anda memberitahu lokasi simpanan anda, kebarangkalian emas anda untuk selamat adalah rendah.

Siapa yang tidak suka emas, sedangkan anda sendiri sedia maklum bahawasanya emas itu punya pengaruh yang amat tinggi di kalangan orang. Jadai berhati-hati dan ambil langkah yang lebih bijak.

2. Patuh Syarat Simpan Di Rumah

Apabila anda menyimpan emas di rumah, perlu anda pastikan bahawa emas tersebut disimpan di tempat yang orang-orang luar ataupun orang-orang yang berada di dalam rumah tidak terfikir emas tersebut disimpan di tempat tersebut.

Sebagai contoh, simpan emas di dalam bekas beras, tin biskut, belakang almari atau sebagainya. Elakkan menyimpan emas di rumah di tempat yang menjadi sasaran perompak. Ia sama sekali berbahaya.

Lagi satu, pastikan anda menyimpan emas anda di tempat yang berbeza-beza. Contohnya di sini, jika anda punya emas yang banyak, agih-agihkan emas tersebut kepada beberapa bahagian dan beberapa tempat untuk disimpan. Dah simpan, jangan terlupa pula.

3. Simpan Di Pejabat

Pastinya ramai yang tidak pernah terfikir hal ini. Mana mungkin simpan di pejabat, takut dicekup oleh rakan-rakan sekerja pula apabila mereka tahu. Bagaimana cara nak menyimpan di pejabat agar emas anda itu berada dalam keadaan yang sentiasa selamat?

Caranya adalah dengan memastikan pejabat anda itu mempunyai kawalan CCTV yang sangat ketat. Dan pastikan juga rakan pejabat yang duduk sebelah menyebelah dengan anda adalah individu yang boleh dipercayai dan amanah.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Harga Emas Boleh Cecah RM700 Segram Menjelang Hujung Tahun Ini

KUALA LUMPUR: Harga emas berpotensi meningkat kepada RM700 segram menjelang hujung tahun ini didorong ketegangan geopolitik global serta ketidaktentuan ekonomi yang berterusan.

Ketika ini, harga komoditi itu diniagakan pada RM582 segram dengan paras tertinggi pernah dicapai ialah sekitar RM675 segram pada awal Januari lalu.

Ahli ekonomi, Prof Datuk Dr Ahamed Kameel Mydin Meera, berkata meskipun terdapat faktor yang boleh menekan harga emas seperti penjualan pegangan oleh sesetengah negara, kesan keseluruhan daripada konflik geopolitik dan kejutan harga minyak dijangka terus menyokong kenaikan logam berharga itu.

“Kalau dilihat kepada keadaan semasa, harga emas memang ada turun naik, tetapi trend jangka panjang masih menaik. Ketegangan geopolitik akan terus menjadi pemacu utama,” katanya ketika ditemui selepas sesi dialog bertajuk ‘Emas dalam persekitaran global yang tidak menentu’ anjuran Habib Jewels Sdn Bhd di sini, hari ini.

Dialog itu dikendalikan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib, Datuk Seri Meer Habib.

Mengulas lanjut, Dr Ahamed Kameel yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademi dan Penyelidikan) Universiti Sultan Azlan Shah, berkata harga emas sebelum ini hampir mencecah paras RM700 segram pada Januari lalu sebelum susut semula ke sekitar RM600, namun paras itu dijangka diuji sekali lagi dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, kenaikan harga emas sejak awal 2000 menunjukkan trajektori yang konsisten, sekali gus menepis kebimbangan berlakunya gelembung harga dalam masa terdekat.

“Sejak 2001, harga emas menunjukkan trend menaik yang berterusan. Jadi walaupun sekarang nampak tinggi, saya masih melihat ruang untuk ia meningkat lagi,” katanya.

Sementara itu, Meer Habib berkata, keyakinan pengguna terhadap pembelian emas dilihat terus kukuh meskipun berlaku ketegangan geopolitik di Asia Barat, termasuk konflik melibatkan Iran, dengan trend pembelian menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh semasa.

Katanya, situasi itu berlaku walaupun harga emas mengalami sedikit penurunan dalam jangka pendek, susulan faktor luaran seperti keperluan negara tertentu menggunakan rizab untuk menampung kos tenaga, khususnya minyak.

“Penurunan harga emas ketika ini tidak menjejaskan sentimen pengguna, malah dilihat sebagai perkembangan positif yang mendorong lebih ramai pelanggan kembali membeli emas.

“Keyakinan pelanggan sebenarnya meningkat. Walaupun harga emas turun sedikit, ia berlaku atas sebab yang baik, antaranya kerana negara menggunakan rizab emas untuk keperluan penting seperti tenaga.

“Ini membuka peluang kepada pengguna yang sebelum ini merasakan mereka terlepas peluang apabila harga terlalu tinggi,” katanya.

Menurut Meer Habib, perkembangan itu menyebabkan peningkatan pembelian emas dalam kalangan pengguna, terutama ketika harga menunjukkan pelarasan sementara.

Dalam masa sama, beliau berkata perubahan tingkah laku pembelian turut ketara apabila semakin ramai lelaki mula membeli emas sebagai instrumen pelaburan, berbanding sebelum ini yang lebih didominasi golongan wanita untuk tujuan perhiasan.

“Jika dahulu pembelian jongkong emas hanya sekitar lima hingga 10 peratus, kini ia meningkat sehingga kira-kira 40 peratus daripada keseluruhan jualan,” katanya.

Beliau berkata, trend itu mencerminkan peningkatan kesedaran terhadap emas sebagai aset pelaburan jangka panjang, selain faktor ketidaktentuan ekonomi global yang terus menyokong permintaan terhadap aset selamat .

Pada masa sama, katanya pembelian barang kemas juga kekal kukuh kerana pengguna melihatnya sebagai gabungan nilai estetika dan pelaburan.

“Emas memberi dua manfaat, iaitu sebagai perhiasan dan juga pelaburan. Sebab itu permintaan terhadap barang kemas masih meningkat walaupun harga tinggi,” katanya.

— Berita Harian