
Sub Topik
Emas telah lama dikenali sebagai aset yang stabil dan pelindung nilai di kalangan pelabur di seluruh dunia. Disebabkan nilai mata wang yang ditelan inflasi, ramai yang sedar bahawa pentingnya untuk melabur dalam pelaburan seperti emas. Oleh itu, negara-negara yang mempunyai kemampuan juga memilih untuk menyimpan rizab emas.
Sebelum kita melihat kepada prestasi harga emas untuk 5 tahun terakhir, apa kata kita ambil tahu perkara yang mempengaruhi naik turun harga emas.
Apa Yang Mempengaruhi Harga Emas?
Harga emas dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang boleh menyebabkan ia naik atau turun. Berikut adalah beberapa sebab utama yang mempengaruhi pergerakan harga emas:
- Permintaan dan Penawaran
- Kadar Faedah dan Polisi Monetari
- Inflasi
- Ketidakpastian Ekonomi dan Geopolitik
- Kekuatan Mata Wang
- Sentimen Pelabur dan Aktiviti Pasaran
- Pengaruh Harga Aset Lain
Sekarang kita tahu bahawa harga emas ini juga ada turun naiknya, jom kita lihat prestasi harga emas untuk lima tahun terkini. Kita mulakan dengan melihat prestasi harga emas secara tahunan bermula pada tahun 2020.
Prestasi Harga Emas Tahun 2020

Harga pembukaan 2020: AS$1,517.70
Harga penutup 2020: AS$1,897.90
Kenaikan dalam setahun: +25.05%
Jika anda beli emas di awal tahun 2020 dan menyimpannya sehingga hujung tahun 2020, nilai emas tersebut telah naik sebanyak 25.05%.
Prestasi Harga Emas Tahun 2021

Harga pembukaan 2021: AS$1,898.07
Harga penutup 2021: AS$1,829.24
Penurunan dalam setahun: -3.63%
Jika anda beli emas di awal tahun 2021 dan menyimpannya sehingga hujung tahun 2021, nilai emas tersebut telah turun sebanyak -3.63%. Walaubagaimanapun, ianya masih lebih tinggi berbanding harga pembukaan 2020. Andai kata, anda membeli pada tahun 2020 dan masih menyimpannya pada tahun 2021, sebenarnya nilai pegangan emas anda masih menguntungkan.
Prestasi Harga Emas Tahun 2022

Harga pembukaan 2022: AS$1,801.1
Harga penutup 2022: AS$1,822.79
Kenaikan dalam setahun: +1.20%
Jika anda beli emas di awal tahun 2022 dan menyimpannya sehingga hujung tahun 2022, nilai emas tersebut telah naik sebanyak 1.20%.
Prestasi Harga Emas Tahun 2023

Harga pembukaan 2023: AS$1,823.58
Harga penutup 2023: AS$2,062.68
Kenaikan dalam setahun: +13.11%
Jika anda beli emas di awal tahun 2023 dan menyimpannya sehingga hujung tahun 2023, nilai emas tersebut telah naik sebanyak 13.11%.
Prestasi Harga Emas Tahun 2024

Sumber: Trading View
Harga pembukaan 2024: AS$2,062.66
Harga penutup 2024: AS$2,624.16
Kenaikan dalam setahun: +27.22%
Jika anda beli emas di awal tahun 2024 dan menyimpannya sehingga hujung tahun 2024, nilai emas tersebut telah naik sebanyak 27.22%.
Kenaikan Dalam 5 tahun
Di bawah merupakan jadual yang menunjukkan harga pembukaan dan harga penutup emas bagi setiap tahun.
Bagaimana pula sekiranya anda membeli emas pada tahun 2020 dan menyimpannya sehingga tahun 2024, iaitu selama 5 tahun?
Agak-agak berapakah pulangannya?
Sekiranya anda membeli emas pada tahun 2020 dengan harga AS$1,517.70 dan menyimpannya selama 5 tahun sehingga nilainya meningkat kepada AS$2,624.16, nilai emas anda telah meningkat sebanyak 72.90%.
Ia merupakan pulangan yang agak baik untuk tempoh tersebut.
Potensi Harga Emas Tahun 2025
Berdasarkan artikel yang dipetik dari Berita Harian, harga emas berupaya mencecah paras tertinggi baharu pada 2025, rekod baharu AS$3,000 (RM13,504.80) seauns atau RM434.19 segram melepasi paras kemuncak AS$2,788 (RM12,550.40) atau RM403.50 segram yang dicatat Oktober 2024, dipacu oleh dasar monetari global yang longgar, ketidakpastian fiskal dan persekitaran geopolitik.
Anda mungkin merasa harga dalam AS$ mungkin sukar untuk anda fahami.
Apa kata kami berikan harga emas dalam nilai Ringgit Malaysia pula.
Pulangan Emas Yang Terkini
Dengan mengambil kira 1 auns bersamaan dengan 31.1035 gram dan 1USD = RM4.44, berikut merupakan harga pembukaan emas bagi lima tahun terkini.

Jadi sekiranya anda masih menyimpan emas yang dibeli pada tahun 2020 sehingga hari ini (Feb 2025), nilai emas anda telah meningkat sebanyak 93.17%!
Kesimpulan
Hidup dalam dunia yang berkembang hari ini dan ekonomi yang berubah-ubah, anda mungkin melihat pada kewangan dan pelan pelaburan anda. Melabur dalam emas adalah pilihan yang bijak dan boleh membantu memberikan kestabilan semasa masa ketidaktentuan.

Anda sedang mencari platform untuk melabur emas?
Baca: [Tutorial] Kini Anda Boleh Melabur Emas Secara Online Di Bursa Gold Dinar
Selain itu, anda juga boleh mencari platform pelaburan emas digital lain yang sah atau membeli emas secara fizikal.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !
Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.
Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.
Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.













