YXPM Jangka Harga Emas Sekitar US$1,900 Seauns Menjelang Akhir Tahun

KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) — YX Precious Metals Bhd (YXPM), anak syarikat milik penuh Tomei Consolidated Bhd,  menjangkakan harga emas bergerak sekitar US$1,900-US$2,001 seauns menjelang akhir tahun, dengan pasaran kewangan global dan cabaran geopolitik terus menjadi pemacu utama yang mempengaruhi harga komoditi itu.

Harga emas fizikal berada pada US$2,000.95 setiap troy auns, seperti yang diterbitkan oleh London Bullion Market Association pada 5 Mei, 2023.

Pengarah Urusan YXPM Ng Sheau Chyn berkata krisis perbankan di Amerika Syarikat dan ketegangan geopolitik yang berpanjangan terus menjadi kebimbangan utama dalam kalangan pelabur, terutamanya untuk jangka pendek dan sederhana.

“Bagaimanapun, kami akan terus mengembangkan rangkaian barang kemas daripada emas berongga dan kami juga mempertimbangkan kerjasama dengan (tukang emas) Turki dan Itali kerana kami belum melihat pengilang tempatan menawarkan produk jenis tersebut,” katanya pada sidang akhbar sempena mesyuarat agung tahunan syarikat di sini hari ini.

Ng berkata 90 peratus daripada pelanggannya adalah pemain domestik, manakala selebihnya adalah di luar negara.

YXPM yang disenaraikan di Pasaran Ace Bursa Malaysia Bhd tahun lepas, mencatatkan keuntungan bersih RM9.4 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2022 (TK22), lebih tinggi daripada RM7.1 juta yang dicatatkan pada TK21.

Hasil bagi tahun dalam tinjauan juga meningkat kepada RM298.04 juta daripada RM265.38 juta pada TK21, disokong oleh peningkatan dalam jumlah jualan barang kemas berikutan permintaan yang lebih tinggi.

— BERNAMA

Previous ArticleNext Article

UOB Malaysia Menyokong Pelanggan Di tengah Ketidaktentuan Semasa

Kuala Lumpur, Malaysia, 10 April 2026 – UOB Malaysia akan menyokong pelanggan yang mungkin terjejas oleh perkembangan geopolitik terkini, termasuk situasi yang sedang berkembang di Timur Tengah. Sebagai rakan kewangan yang telah lama bersama isi rumah dan perniagaan di seluruh negara, UOB Malaysia kekal komited untuk menyokong kestabilan dan kesinambungan dengan membantu pelanggan mengurus komitmen kewangan mereka dalam keadaan operasi yang berubah-ubah.

Bank ini mengakui bahawa ketidaktentuan global yang meningkat boleh memberi tekanan kewangan kepada individu dan perniagaan, termasuk gangguan sementara kepada pendapatan, kekangan aliran tunai atau aktiviti perniagaan yang lebih perlahan.

Puan Ng Wei Wei, Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia berkata, “Tempoh ketidaktentuan boleh memberi kesan kepada isi rumah dan perniagaan dalam pelbagai cara. Melalui program bantuan kewangan kami, kami bekerjasama rapat dengan pelanggan untuk menyediakan penyelesaian praktikal bagi membantu mereka mengurus komitmen dengan yakin dan terus memberi tumpuan kepada perkara yang paling penting.”

Pelanggan yang memerlukan bantuan digalakkan untuk menghubungi melalui saluran berikut:

Untuk pelanggan individu:
Emel: [email protected]
Pusat Perhubungan UOB: 03-2612 8121
Borang dalam talian: https://forms.uob.com.my/eservices/personal/financial-relief-assistance/index.html

Untuk pelanggan perniagaan:
Hubungi Pengurus Perhubungan masing-masing, atau
Emel: [email protected]