FCPO ini meneruskan rentak mendatarnya pada hari Isnin apabila ia menguncup RM31 untuk ditutup pada paras RM4,242. Ia membuka sesi dagangan pada harga RM4,256 dan meningkat kepada paras tertinggi intrahari sebanyak RM4,273 buat sementara waktu sebelum kegiatan penjualan mengheretnya kepada paras terendah pada RM4,221. Kontrak ini kemudiannya mengalami kerugian untuk ditutup menghampiri paras pertengahan dalam julat dagangan sesi hari berkenaan.
Walaupun mencatat penurunan harga, trend menaik secara amnya masih kukuh dengan garisan SMA 50 hari masih menaik. RSI terus bergerak ke bawah dan hal ini mencerminkan momentum menaik semakin memperlahan. Paras sokongan segera dilihat mencecah paras RM4,200 yang boleh membataskan potensi penurunan harga lanjut dan membuka peluang untuk harga kembali menaik menuju ke paras rintangan RM4,400.
Melainkan komoditi ini jatuh di bawah paras sokongan RM4,100, penurunan harga baru-baru ini akan dianggap sebagai sebahagian daripada fasa pembetulan harga yang baik dalam keadaan pasaran yang menaik. Dengan ini, kami bertindak mengekalkan bias dagangan positif kami.
Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan belian yang dimulakan pada RM4,157 (penutupan 9 Jul). Untuk mengurus risiko-risiko dagangan yang ada:
Paras ambang henti rugi sekarang ditetapkan pada RM4,100
Paras sokongan awal ditambat pada paras RM4,200 yang diikuti oleh RM4,100
Paras rintangan terdekat sekarang sebaliknya diikat pada RM4,400 yang disusuli oleh RM4,500
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) — Kesan kewangan yang berpotensi daripada isu status tanah perhutanan di Indonesia ke atas ladang kelapa sawit milik syarikat Malaysia di negara itu dijangka tidak memberi impak yang ketara, kata CIMB Securities Sdn Bhd.
Dalam nota penyelidikannya hari ini, ia berkata ini adalah berdasarkan penilaian awal daripada syarikat-syarikat perladangan Malaysia.
“Bagaimanapun, syarikat-syarikat ini masih berusaha mendapatkan kejelasan lanjut, menunjukkan bahawa risiko pengawalseliaan masih wujud untuk operasi mereka di Indonesia.
“Apa yang ketara, Genting Plantations telah membuat peruntukan sebanyak RM66 juta pada suku pertama 2025 untuk menampung potensi kehilangan pendapatan daripada sebahagian ladang mereka di Indonesia yang telah ditetapkan sebagai tanah hutan oleh kerajaan Indonesia di bawah peraturan itu baru-baru ini,” katanya.
CIMB Securities berkata analisis mereka terhadap Keputusan Menteri Kehutanan Republik Indonesia Nombor 36 Tahun 2025, yang menyenaraikan syarikat kelapa sawit yang beroperasi secara haram di kawasan hutan tanpa permit perhutanan, menunjukkan bahawa syarikat-syarikat yang tersenarai dalam dekri itu terbahagi kepada dua kategori.
“Ini merujuk kepada syarikat yang sedang dalam proses pengesahan status perundangan, setelah memohon sebelum tarikh akhir 2 November, 2023 selaras dengan Artikel 110A Undang-Undang No. 6/2023, dan mereka yang ditolak daripada proses pengesahan kerana tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan,” katanya.
CIMB Securities berkata mereka mendapati anak syarikat Indonesia milik Genting Plantations, KL Kepong, dan SD Guthrie disenaraikan di bawah dekri itu.
“Genting Plantations telah memohon untuk mengesahkan status perundangan bagi 18,448 hektar tanah, dengan 13,365 hektar sedang dalam proses pengesahan, manakala 4,464 hektar telah ditolak.
“KL Kepong memohon 4,368 hektar, di mana 1,800 hektar sedang dalam proses dan 1,368 hektar telah ditolak, manakala anak syarikat SD Guthrie di Indonesia telah memohon 3,045 hektar dengan 1,874 hektar sedang diproses dan 1,171 hektar ditolak,” katanya.
Ia turut berkata Bumitama, syarikat bersekutu yang tersenarai di Indonesia dan dimiliki 32 peratus oleh IOI Corp, telah memohon 30,115 hektar, dengan 29,975 hektar sedang dalam proses dan 5,570 hektar ditolak.
CIMB Securities memetik laporan Reuters pada 9 Julai, 2025 yang menyatakan kerajaan Indonesia telah memindahkan 394,547 hektar ladang kelapa sawit yang dirampas kepada Agrinas Palma Nusantara, syarikat milik kerajaan yang baru ditubuhkan.
“Ini menjadikan jumlah keluasan tanah yang diuruskan oleh Agrinas melebihi 833,000 hektar. Ladang-ladang yang dipindahkan itu, yang sebelum ini diusahakan oleh 232 syarikat swasta yang tidak dinamakan, terletak di Kalimantan Tengah, Riau, Sumatera Utara dan Sumatera Selatan, serta dianggap beroperasi secara haram dalam zon hutan yang telah diwartakan,” katanya.
— BERNAMA
Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.
BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !
Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.
Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.
Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.
Kenapa Kena Miliki Buku Ini?
Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.
Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?
Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.
Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.
Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.
Miliki Buku Ini Sekarang!!
Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!
Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?
Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.
Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.
Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.
TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee