Hukum Options Trading – Datuk Dr Mohd Daud Bakar

Berikut merupakan transkrip video Datuk Dr Mohd Daud Bakar, Pengerusi Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia berkaitan Options Trading.

Memang panjang, tetapi insha-Allah berbaloi.

Untuk makluman ini adalah suntingan kepada koleksi video beliau bertajuk Derivatif Patuh Syariah?

  1. Options, ini tajuk yang terakhir. Tajuk yang agak panas di Malaysia, bukan cuaca yang panas tapi juga options. Sebab options ni produk yang halus, yang mudah, yang berbeza dengan Forward dan Futures sebab perlu pergi pasaran. Ini merupakan satu produk yang boleh dibuat secara mudah di rumah, dibuat dan dijual beli dengan mudah. Jadi ramai orang yang tertarik. Jadi Alhamdulillah minat berniaga itu penting. Tapi kalau boleh, kita tanya hukum dahulu. Kita faham betul-betul dahulu. Barulah kita rasa tenang hati dan jiwa kita. Melakukan perniagaan yang benar-benar memberikan keuntungan dan lebih penting lagi patuh dengan ajaran agama kita.
  2. Options adalah satu kontrak, bukan obligasi untuk membeli atau menjual. Ia merupakan satu hak yang dibenarkan kepada mereka yang ada options untuk membeli sesuatu barang atau saham, komoditi, bon atau sukuk, mata wang, atau indeks dalam dunia konvensional, atau menjual. Ada hak untuk mereka menjual. Bila pihak satu lagi telah memanggil options mereka, mereka kena menjual. Jadi namanya, yang pertama ialah; Call Options, yang kedua adalah Put Options. Call – Beli, Put – Jual. Dari segi falsafahnya, kenapa kita hendak beli? Itu falsafahnya. Kita hendak beli hak untuk membeli sesuatu saham, sesuatu aset pendasar yang saya sebut tadi, komoditi dan sebagainya. Sebab kita rasa harga akan naik. Sebab itu Call Options berlaku dalam pasaran Bullish, dalam pasaran yang akan naik harganya.
  3. Jadi kita rasa sekarang ini selepas Covid-19, harga akan naik. Jadi kita hendak belikan hak membelikan saham-saham tertentu. Yang takut hendak beli saham, sebab saham jumlah yang besar, mahal dan perlukan duit yang banyak. Tidak ada duit lagi. Kita beli hak untuk membeli options tersebut. Kita bayar sedikit yang dipanggil ‘Premium’. Kita ada hak dan bila harga sudah naik, kita tukar daripada options kepada saham pendasar tersebut. Jadi kita untung yang banyak, kalau options kita itu menjadi kalau harga naik. Tapi dari segi pemikiran manusia, Call Options relevan dalam konteks pemikiran manusia ke arah pasaran Bullish. Market yang outperform. Tapi kalau kita rasa pasaran turun, turun dan sebagainya, maka kita akan beli hak untuk menjual. Jadi kita sudah pegang saham tertentu, kita tahu saham kita akan turun. Jadi kita tidak jual lagi. Kita hendak pegang lagi tapi kita beli hak untuk menjual saham tersebut. Bila turun kita jual kepada orang tertentu dan mereka akan tanggung risiko.
  4. Dalam dunia ini, menarik ada orang yang berfikiran Bullish dan ada pemikiran Bearish. Itu biasa dalam masyarakat. Syariah tiada isu. Syariah tidak akan memaksa minda manusia untuk berfikiran Bullish atau Bearish.
  5. Saya sebut dalam buku saya di dalam Theory of Fasciculation dan juga Resharing, bahawa syariah tidak campur tangan dalam urusan pengambilan risiko. Sebab risiko itu adalah kemanusiaan, bukannya keagamaan dan saya bagi dalil-dalil Al-Quran, Sunnah, dan macam-macam. Boleh baca buku di masa hadapan.
  6. Jadi berbalik pada options ini, ada call dan ada put options. Dalam bahasa konvensional disebut American Options dan European Options. Ini bukan sebab lokasi atau geografik. Ini perincian sahaja. Kalau American Options, kita diberikan hak untuk jual atau beli pada bila-bila masa sebelum atau semasa tarikh luput options tersebut. Jadi ada ruang yang banyak. Tapi kalau kita beli options untuk European Options, bukan di Eropah tapi nama sahaja. Satu dunia boleh buat European Options. Kita hanya boleh melaksanakan options tersebut, jual atau beli pada tarikh matang options tersebut. Ini perbezaan teknikal. Tidak ada isu syariah dari segi definisi dan juga hukumnya. Jadi jangan bimbang tentang American Options atau European Options, sama sahaja dari segi bentuk hakikatnya.
  7. Saya nak minta 10 minit lagi untuk nak mencetuskan idea options dan kalau tak sempat saya tak nak rush. I don’t want to rush this issue. Kita sambung. Kita lumat-lumatkan, kita hadam-hadamkan untuk faedah kita semua.
  8. Saya telah menyatakan dalam seminar saya sama ada di Facebook atau di atas pentas, dalam persidangan yang telah ditularkan, yang telah diulang-ulang dalam persidangan dan seminar, yang saya tahu atau tidak tahu di belakang tabir misalnya, mengatakan “Dr Daud telah membenarkan Options Trading. Sebab itu kita boleh melabur dalam options dan semua perkara options yang berlaku di atas muka bumi ini. Termasuk yang berlaku di luar Malaysia, seperti di Chicago Options Exchange contohnya”.
  9. Saya ingin jelaskan bahawa, bila saya ditanya tentang Options pada pandangan syariah, saya mengatakan syariah membenarkan pada pandangan Penasihat Syariah di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Options itu adalah satu hak Mali. Satu hak kewangan yang boleh dijual beli. Saya boleh beli hak untuk membeli saham di masa hadapan. Itu adalah hak yang diiktiraf oleh syariah. Dan saya sebut dengan syarat saham induknya patuh syariah. Itu kenyataan saya yang konsisten sepanjang masa. Saya tidak pernah tambah atau kurang. Ramai mengatakan ini satu fatwa untuk semua options. Sedangkan dalam dunia padahal, terdapat 3 jenis options.
  10. Options yang saya sebut tadi dinamakan di Malaysia sebagai waran, sebagai TSR (Transferable Subscription Rights). Iaitu satu options yang dikeluarkan oleh syarikat yang diapungkan di Bursa. Untuk mereka menjual hak tersebut kepada pelabur-pelabur mereka yang sedia ada untuk mereka menukarkan options tersebut kepada saham induk di masa hadapan. Kalau mereka hendak menukar options kepada saham induk yang patuh syariah. Itu fatwa yang jelas daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan juga fatwa daripada saya sendiri. Walaupun di Timur Tengah hukum options iaitu hak untuk membeli belum diputuskan sebagai patuh syariah walaupun mereka ada cara yang baru.
  11. Saya akan sebut mungkin pada hari esok. Masa tidak mengizinkan hari ini. Jadi itu fatwa saya yang jelas. Saya tidak mengatakan sebarang options yang dikeluarkan oleh pihak ketiga yang tidak ada langsung kaitan dengan saham induk. Keluarkan options, kita beli dan jual berdasarkan harga pasaran. Itu adalah lebih dekat kepada perjudian yang tidak ada langsung semangat untuk menukar options tersebut kepada mana-mana saham induk. Options ini tidak dikeluarkan oleh syarikat yang tersenarai untuk mereka mengambil sedikit modal berdasarkan harga options yang diperniagakan mendapat wang tunai secara segera dan mudah. Mereka sanggup untuk mencairkan saham mereka, pemegang saham yang asal, kepada pemegang options di masa hadapan. Itu yang dibenarkan. Sebab ada isu barang yang jelas, ada isu harga yang jelas, ada niat yang baik untuk menukarkan options kepada saham yang patuh syariah di masa hadapan. Hak ini, hak yang berasas. Hak Mali. Disebut dalam fatwa di Malaysia. Iaitu hak kewangan yang diiktiraf kerana ada saham pendasarnya.
  12. Adapun options yang berlaku di luar negara, di Amerika Syarikat, di Chicago dalam pasaran options. Mereka tidak ada aset pendasar. Mereka keluar seperti satu instrumen “kami nak beli, kami nak jual”. Kalau harga berubah terhadap satu sama lain, untung dan rugi berdasar perubahan harga dalam pasaran dalam pasaran yang tiada kaitan dengan niat untuk menukarkan options tersebut pada saham utama. Ini, dengan izin tiada ada ulamak yang mengatakan halal sama ada di Malaysia ataupun di Timur Tengah.
  13. Saya berasa bahawa, mungkin suatu hari nanti ada resolusi yang lebih jelas. Tapi pada masa sekarang untuk lebih adil, tidak ada fatwa yang mengatakan ini ada satu transaksi yang halal. Kerana ianya tidak diasaskan kepada mana-mana aset pendasar yang sama ada patuh atau tidak patuh Syariah. Ia hanyalah merupakan satu instrumen untuk mengambil untung dan rugi pasaran semata-mata yang tidak ada asas kepada pelaburan dalam saham utama di masa hadapan.  Jadi tuan-tuan dan puan-puan, saya rasa itu merupakan satu kenyataan saya yang saya rasa perlu saya buat untuk menjelaskan kenyataan saya selama ini adalah merujuk kepada options yang dikeluarkan oleh syarikat yang patuh syariah. Untuk membolehkan para pemegang options menukar options mereka kepada saham dalam masa yang ditetapkan dengan harga yang ditetapkan yang dipanggil strike price. Bila mana mereka ingin menukar, mereka ada hak untuk membeli saham dengan harga yang ditetapkan pada masa options dikeluarkan.
  14. Jadi jangan keliru. Mungkin ada yang tidak puas hati. Ada yang kurang selesa. Jadi kita akan sambung lagi pada hari esok. Saya tidak mahu mengambil masa yang panjang daripada tuan-tuan dan puan-puan, kerana masa itu berharga. Jadi saya sudahi kenyataan saya bahawa options itu ada pelbagai. Ada options yang berbentuk, memberikan peluang dan hak kepada mana-mana pihak untuk mendapat hak membeli saham yang akan dikeluarkan pada masa hadapan dengan harga yang ditetapkan pada hari ini. Tidak ada risiko, harga dan sebagainya. Itu hak, bukan kewajipan. Mereka hendak beli juga boleh kalau harga naik tinggi mereka beli dan untung. Kalau harga turun, janganlah kita beli sebab kita akan rugi. Kita beli sebab hendak dapatkan perbezaan antara harga. Harga options dengan harga sebenar pasaran. Jadi itu dibenarkan syarak.
  15. Adapun options yang dipanggil, dengan izin, ‘naked options’. Options yang bogel ini yang tidak ada sandaran mana-mana alat yang nyata. Itu tidak ada fatwa yang membenarkan dan kita perlu rujuk kepada mereka yang pakar, dikalangan sahabat, rakan-rakan kita dan juga komuniti kita.

Kesimpulannya, Options itu adalah sejenis produk. Syariah tak syariah sesuatu produk bergantung kepada cara perdagangan atau mekanismanya. Sebab itu Waran Syarikat (Malaysia) yang juga sejenis instrumen derivatif, boleh berstatus syariah sebab mekanismanya betul. 

Baca juga:

Dan berikut merupakan jawapan daripada pihak Saxo Bank dan TD Ameritrade, broker global yang popular di kalangan rakyat Malaysia.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

55 Juta Unit IOIPG REIT Dikhaskan Untuk Bumiputera

Selama ni kita datang IOI City Mall untuk shopping, makan, tengok wayang atau sekadar jalan-jalan cukupkan 10,000 langkah.

Kali ni ada berita baik.

IOI Properties Group Bhd (IOIPG) telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk menubuhkan dan menyenaraikan IOIPG REIT di Bursa Malaysia. REIT ini akan mempunyai portfolio aset bernilai kira-kira RM7.58 bilion.

Dan antara perkara paling menarik untuk pelabur runcit ialah sebanyak 715.6 juta unit diperuntukkan untuk tawaran runcit.

Daripada jumlah tersebut, 55 juta unit dikhaskan untuk pelabur Bumiputera yang diluluskan MITI.

Jadi, apa sebenarnya yang bakal kita dapat melalui REIT ini?

Apa yang ada dalam IOIPG REIT?

Portfolio IOIPG REIT bukan sekadar satu bangunan.

Antara aset yang akan dimasukkan ialah:

  • IOI City Mall Phase 1 & 2
  • IOI City Towers
  • PFCC Towers
  • Putrajaya Marriott
  • Le Méridien Putrajaya
  • Moxy Putrajaya
  • Four Points by Sheraton Puchong
  • W Kuala Lumpur
  • Courtyard by Marriott Penang

Dan sudah tentu, nama yang paling mudah dikenali ialah IOI City Mall.

Mall yang kita kenal sebagai tempat shopping dan makan itu sebenarnya merupakan salah satu aset utama dalam portfolio REIT ini.

Jadi macam mana kita boleh “jadi landlord”?

Konsep REIT sebenarnya agak mudah.

Bayangkan satu hartanah bernilai berbilion ringgit.

Tak ramai individu mampu membeli hartanah tersebut secara terus.

Jadi, aset itu dimasukkan ke dalam satu struktur REIT dan dibahagikan kepada unit.

Pelabur pula membeli unit tersebut.

Secara tidak langsung, pelabur memiliki kepentingan dalam portfolio hartanah berkenaan.

Sebab itu orang selalu gambarkan REIT sebagai cara untuk memiliki sebahagian daripada hartanah yang besar tanpa perlu membeli keseluruhan bangunan.

Dalam kes IOIPG REIT, saiz awalnya ialah 5.5 bilion unit, dengan harga jangkaan 90 sen seunit.

Pelabur runcit dapat 715.6 juta unit

Ini antara bahagian yang paling menarik.

Daripada keseluruhan struktur tawaran, 715.6 juta unit akan diperuntukkan melalui tawaran runcit.

Dan 55 juta unit daripada tawaran tersebut dikhaskan untuk pelabur Bumiputera.

Kenapa ada allocation khas untuk Bumiputera?

Peraturan SC menetapkan penyenaraian tertentu, termasuk REIT, perlu memenuhi keperluan penyertaan ekuiti Bumiputera. Bagi penyenaraian yang tertakluk kepada syarat tersebut, 12.5% daripada jumlah unit selepas penyenaraian perlu diperuntukkan kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan/diiktiraf.

Pada masa yang sama, sehingga 1.48 bilion unit pula akan ditawarkan kepada pelabur institusi, termasuk institusi Bumiputera yang diluluskan dan pelabur institusi lain.

Bukan sekadar tengok harga 90 sen

Harga indikatif yang disebut ialah 90 sen seunit.

Tapi pelabur jangan berhenti setakat:

“90 sen je? Murah ni.”

Dalam REIT, perkara yang lebih penting ialah aset yang berada di belakang unit tersebut dan kemampuan aset itu menjana pendapatan.

Contohnya:

Berapa banyak hasil sewaan?
Bagaimana kadar penghunian?
Berapa tinggi hutang?

Dan akhirnya, berapa banyak pendapatan yang boleh diagihkan kepada pemegang unit?

Sebab kita bukan sekadar membeli “nama IOI”.

Kita membeli unit dalam satu portfolio aset yang sepatutnya menghasilkan pendapatan.

Kenapa IOI Properties buat REIT?

Bagi IOI Properties, penyenaraian REIT ini juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk membuka nilai daripada aset matang yang dimiliki kumpulan.

Cadangan asal yang diumumkan pada April 2026 menyaksikan aset bernilai RM7.58 bilion dipindahkan ke REIT, dengan struktur transaksi melibatkan penerbitan 5.5 bilion unit pada harga indikatif 90 sen serta RM2.65 bilion dalam bentuk tunai melalui pembiayaan.

Struktur sebegini membolehkan IOI Properties mendapatkan semula modal daripada aset sedia ada dan pada masa sama mengekalkan pendedahan kepada portfolio hartanah melalui REIT.

Bila IOIPG REIT akan disenaraikan?

IOIPG REIT disasarkan untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada suku keempat 2026, tertakluk kepada syarat dan proses yang ditetapkan.

Jadi buat masa ini, perkara yang paling menarik untuk ditunggu ialah prospektus rasmi dan butiran akhir tawaran.

Satu perkara yang masih belum boleh dipastikan buat masa ini ialah status Syariah IOIPG REIT. Ini kerana i-REIT mempunyai keperluan Syariah tersendiri, termasuk berkaitan sumber pendapatan sewaan dan aktiviti penyewa. Bursa Malaysia sendiri membezakan REIT konvensional dengan i-REIT, iaitu REIT yang mematuhi prinsip Syariah.

Sebab dekat situlah pelabur boleh tengok dengan lebih jelas tentang harga tawaran akhir, struktur agihan, hasil sewaan, kewangan REIT dan potensi agihan pendapatan.

Kesimpulan

Penyenaraian IOIPG REIT di Bursa Malaysia menandakan satu lagi perkembangan menarik dalam pasaran modal tempatan. Bagi orang ramai, ia membuka ruang untuk menukar peranan daripada sekadar penyumbang pendapatan perniagaan di mall tersebut, kepada penerima sebahagian daripada hasil sewaannya menerusi agihan dividen kelak.

Laporan asal The Star mengenai kelulusan IOIPG REIT

Maklumat rasmi IOI Properties mengenai cadangan IOIPG REIT

Syarat Asas: Wajib Ada Akaun CDS

Bagi yang baru pertama kali mendengar tentang peluang pelaburan seperti ini, penting untuk diingat bahawa pembelian unit REIT di Bursa Malaysia tidak boleh dibuat secara terus di kaunter pusat beli-belah.

  • Anda perlu memohon unit IPO tersebut menerusi e-IPO di dalam perbankan dalam talian seperti: Maybank2u atau aplikasi broker seperti CGSI.
  • Di sini syaratnya anda wajib ada Akaun CDS yang terikat dengan akaun bank anda supaya unit yang anda mohon itu ada “bekas” untuk disimpan.

Proses pembukaan akaun CDS kini boleh dilakukan secara dalam talian (online) dengan caj minima dan ia merupakan langkah pertama yang perlu disiapkan awal sekiranya anda berhasrat untuk terlibat dalam pasaran saham tempatan.

Berminat nak buka akaun saham CDS dengan CGSI (sebelum ini dikenali sebagai CGS-CIMB)? Sekarang dah mudah, boleh buka secara atas talian (online) sahaja. Kelulusan pun segera jika tiada apa-apa isu.

Rujuk tutorial mudah ini > Tutorial Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB), Beli Saham Bursa Malaysia & Global

Masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.