Jenama Terkemuka Untung Besar Jual NFT

Sejak kebelakangan ini orang ramai mula bercakap-cakap mengenai NFT. Jika dahulunya orang ramai cuma kenal dengan saham dan kripto, kini timbul pula NFT.

NFT atau Non-Fungible Token adalah cryptographic asset dalam blockchain dan mempunyai kod identiti serta metadata yang tersendiri.

Memang benar ramai yang tidak yakin terhadap NFT kerana bagaimana sekeping karya digital boleh dijual pada harga sehingga mencecah jutaan ringgit sedangkan orang lain boleh sahaja right click dan save gambar tersebut?

What Is An NFT? – Forbes Advisor
Gambar: Forbes

Saya percaya anda juga berpendapat sebegitu.

Nak tahu lebih lanjut berkenaan NFT? Kami nak ajak anda untuk baca satu artikel yang menerangkan apa itu NFT.

Baca : Apa Itu NFT? Mengapa NFT Menjadi Kegilaan Ramai?

Dah faham apa itu NFT? Terbaik kerana selepas tahu apa itu NFT, anda mungkin ingin mencuba aktiviti jual beli NFT. Nak jual di pasaran global, kita ada pasaran seperti Opensea.io. Di Malaysia pula kita boleh berbangga dengan marketplace tempatan iaitu Pentas.io. 

Walaubagaimanapun, nak beli dan jual NFT anda kena ada wallet kripto. Ramai pelabur pula gemar menggunakan MetaMask.

Baca : Cara Buka MetaMask Untuk Beli NFT

Tahukah anda, terdapat syarikat-syarikat luar negara yang turut terlibat dengan NFT dan menjual NFT? 

Jenama di bawah seperti Dolce & Gabbana, Burberry, Gucci dan Louis Vuitton sudah pastinya tidak asing bagi anda. 

Pernah dengar jenama Dolce & Gabbana?

Pedestrians walk past an Italian luxury fashion house Dolce & Gabbana store in Shanghai. (Photo by Alex Tai/SOPA Images/LightRocket via Getty Images)
Gambar: CNN

Dolce & Gabbana diasaskan pada tahun 1985 dan ibu pejabatnya terletak di Milan, Itali. Sejak itu ia berkembang menjadi syarikat multinasional gergasi yang menghasilkan pakaian kelas atasan dengan harga yang tinggi.

Produk keluaran Dolce & Gabbana merangkumi pakaian, kasut, beg tangan, cermin mata hitam, jam tangan, barang kemas, minyak wangi dan barangan kosmetik. 

Dolce & Gabbana telah berjaya menjual 9 keping koleksi digital dalam bentuk NFT. Jenama tersebut berjaya menjana sebanyak 1885.719 ETH yang bersamaan dengan sekitar USD5.7 juta. 

Koleksi digital tersebut bertajuk Collezione Genesi dijual di marketplace bernama UNXD. Koleksi digital tersebut bermula apabila Shashi Menon, pengasas dan ketua eksekutif UNXD datang kepada Dolce & Gabbana dan mencadangkan idea tersebut. 

Gambar: Coindesk 

NFT Doge Crown menerima harga tertinggi. Reka bentuk Doge Crown dihiasi dengan tujuh nilam biru serta 142 berlian. Ia dijual pada 423.5 ETH ataupun sekitar USD1.25 juta (harga pada ketika itu). 

Ramai yang membuat lawak jenaka dengan meminta Elon Musk untuk membeli NFT Doge Crown. Sebenarnya ‘Doge Crown’ diilhamkan sempena Venice’s Doge Palace dan langsung tiada kena mengena dengan Dogecoin.

Gambar di atas hanyalah screenshot daripada NFT tersebut ya dan ini tidak menjadikan kita pemilik NFT tersebut. 

Tahukah anda, bukan semua orang boleh menyertai bidaan untuk membeli NFT Dolce & Gabbana? Dalam sesi bidaan itu, syarikat tersebut hanya membenarkan pembida tertentu sahaja untuk sertai bidaan tersebut. 

Pihak yang berjaya bukan sahaja akan memiliki NFT tersebut, mereka juga akan menerima item tersebut dalam bentuk fizikal dan akan diberi akses eksklusif ke event Dolce & Gabbana. 

Louis The Game (Louis Vuitton)

louis-vuitton-nft-game-06
Gambar: Highsnobiety

Louis Vuitton melancarkan permainan NFT sempena meraikan ulang tahun ke-200 jenama tersebut.

Nama permainan tersebut adalah Louis The Game. Setiap NFT tersebut boleh dikumpul hanya dengan bermain permainan tersebut, dan tidak boleh dijual.  

Sudahkah anda bersedia untuk menyertai hype NFT ini? Sebelum membeli sebarang NFT, pastikan anda faham apa itu NFT.

Belum Terlambat, Masih Sempat Untuk Belajar

Ingat, pasaran saham tidak kalis rugi. Harga saham akan bergerak. Naik, turun atau duk situ saja. Namun begitu, pelaburan saham telah lama terbukti menjadi salah satu instrumen pelaburan yang paling menguntungkan. Paling penting, gunakan modal dari duit lebihan sahaja supaya tidak serabut dan kusut bila rugi.

Nak melabur saham tapi tak tahu caranya?

Dah mula melabur tapi asyik rugi?

Nak tahu cara cari saham yang boleh dibeli?

Nak tahu analisis teknikal untuk ‘entry’?

Banyak ilmu pelaburan saham turut dikongsikan secara percuma di TheKapital. Jika anda ingin mendapatkan ilmu-ilmu eksklusif berdasarkan kepada tajuk-tajuk yang lebih mendalam, dapatkan ilmu tersebut di sini >> Produk TheKapital

Previous ArticleNext Article

Public Gold syarikat Malaysia pertama jadi ahli antarabangsa Shanghai Gold Exchange

KUALA LUMPUR: Syarikat logam berharga bersepadu, Public Gold Group berjaya menjadi ahli antarabangsa dalam Shanghai Gold Exchange (SGE) iaitu satu platform perdagangan emas yang paling berpengaruh di dunia.

Ini menjadikan Public Gold sebagai syarikat Malaysia pertama yang memperoleh pencapaian berkenaan.

Pencapaian bersejarah ini meletakkan kedudukan Public Gold di barisan hadapan dalam industri logam berharga ASEAN sekali gus memberikan akses langsung kepada rangkaian perdagangan global SGE, infrastruktur penghantaran fizikal dan kontrak emas yang dinilai dalam yuan Renminbi.

Syarikat itu berkata, penyertaan ini juga membolehkannya memperoleh serta menghantar emas melalui rangkaian peti simpanan antarabangsa SGE dengan lokasi strategik di Shanghai, Shenzhen dan Hong Kong.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Louis Ng, berkata menyertai SGE bukan sekadar pencapaian perniagaan tetapi ia juga merupakan langkah strategik bagi menghubungkan Malaysia secara langsung dengan pasaran emas terpenting di dunia.

“Dengan kehadiran yang semakin berkembang di Dubai, India, London dan seterusnya, Public Gold bersedia untuk membina rangkaian global yang benar-benar memberi manfaat kepada pelanggan kami serta industri emas Malaysia secara keseluruhannya,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain daripada keanggotaan SGE, Public Gold kini berada di peringkat akhir untuk memperoleh keahlian dengan India International Bullion Exchange (IIBX) dan akan memasuki pasaran London, seterusnya memperluas jangkauannya ke satu daripada pusat perdagangan emas terbesar dan paling kukuh di dunia.

“Dengan kehadirannya di Dubai iaitu pusat perdagangan emas utama di Asia Barat, Public Gold kini dapat menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan dan rakan kerjasamanya di seluruh Asia, Timur Tengah dan tidak lama lagi, Eropah,” kata Public Gold.

Sebagai ahli Persatuan Emas Malaysia dan Singapore Bullion Market Association, Public Gold berhasrat memperkukuhkan peranan Malaysia dalam perdagangan logam berharga global sebagai sebuah syarikat yang bersepadu sepenuhnya.

Ia juga disasarkan beroperasi merentasi seluruh rantaian nilai emas iaitu daripada perdagangan emas borong hingga produk simpanan runcit, penyelesaian penyimpanan dan tawaran emas yang mematuhi prinsip Syariah.

Syarikat itu berkata, peluasan ke dalam SGE, IIBX, dan London mencerminkan komitmennya untuk meningkatkan kecekapan sumber melalui penyertaan langsung dalam pasaran emas utama dunia sambil memperluas peluang eksport produk emas Malaysia ke China, India, Asia Barat dan Eropah.

-BERNAMA

Baca lagi Perbandingan Simpan Emas dalam MIGA-i dan Public Gold