
Kredit Gambar: BEST Invest
Zaman sekarang semuanya di hujung jari. Di kala Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, semakin ramai yang terpaksa memuat transaksi atas talian- termasuklah pelaburan.
Kalau nak tahu, BIMB Investment Melancarkan BEST Invest, Aplikasi Pelaburan Lestari pada bulan April yang lalu. BEST Invest merupakan platform Pelaburan Lestari Robo-Pintar Shariah-ESG yang pertama oleh BIMB Investment.
BEST Invest menawarkan pelbagai dana unit amanah Shariah-ESG yang diuruskan oleh BIMB Investment, merentasi kelas aset termasuk dana ekuiti Shariah-ESG global, Asia Pasifik dan Malaysia, Sukuk ESG global dan pasaran wang. Berdasarkan matlamat dan tahap toleransi terhadap risiko pelaburan oleh pelabur, aplikasi ini mampu membantu pelabur membina portfolio pelaburan yang optimum, berpandukan data dan analisa secara digital.

Maka kami pun melaburlah sebanyak RM500 menggunakan aplikasi BEST Invest pada awal bulan Julai 2020.

Siapa sangka dalam masa tak sampai 6 bulan, pelaburan ini telah meningkat sebanyak 13%. Tak perlu buat apa-apa pun, tak perlu monitor hari-hari pun, cuma masukkan duit dan biarkan ianya ‘bekerja’ untuk kita.
Yang bestnya, kita boleh mula melabur dengan aplikasi BEST Invest melalui pelaburan minima RM10, tanpa sebarang caj penjualan. Kita juga boleh melabur dan/atau mengeluarkan pelaburan pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Semuanya dibuat secara online.
Sangat sesuai untuk mereka yang ada duit lebihan, boleh guna teknik simpan dan peram. Nak top-up setiap bulan pun terbaik sangat tu.












