Silver Thursday, Sejarah Hitam Dalam Komoditi Perak Dunia

Perdagangan komoditi merupakan salah satu perdagangan yang dilakukan sebahagian besar institusi pelaburan dunia. Di antara sebab utama mereka menjalankan perdagangan komoditi ini adalah untuk mempelbagaikan portfolio pelaburan mereka.

Secara asasnya, komoditi ini bergerak secara bertentangan dengan pasaran saham dan dengan sebab itu, kebayakan intitusi pelaburan akan melabur dalam pasaran komoditi sekiranya keadaan pasaran saham berada dalam keadaan yang tidak menentu.

Pelaburan komoditi yang terkenal di dunia minyak mentah, emas, perak, besi, soya, jagung dan macam-macam lagi. Untuk artikel pada kali ini, kita akan fokus kepada perak yang merupakan di antara logam terpenting di dunia selain emas.

Perak ini boleh dikategorikan sebagai “adik” kepada emas kerana harga perak ini bergerak seiring dengan harga emas.

Berkenalan Dengan Herbert dan Nelson Hunt

Tidak lengkap jika kita membicara sejarah moden perdagangan perak ini tanpa menyebut kisah Keluarga Hunt yang telah menggegarkan dunia pelaburan komoditi perak pada awal era 1980-an. Keluarga Hunt ini merupakan di antara keluarga terkaya di dunia pada era 1970-an.

Bapa mereka iaitu H.L. Hunt merupakan seorang pedagang minyak mentah. Beliau meninggal dunia pada tahun 1974 dengan meninggalkan harta sebanyak $100 juta dan diwariskan kepada anaknya, Herbert dan Nelson.

Berbanding dengan bapanya, Herbert dan Nelson tidak meneruskan legasi keluarganya sebaliknya menukar hala tuju pelaburan keluarganya kepada komoditi perak. Faktor utama mereka berbuat demikian adalah mereka tidak mempercayai nilai kedudukan Dolar Amerika Syarikat selepas Richard Nixon menamatkan sandaran Dollar Amerika kepada emas pada awal tahun 1970-an.

Pada tahun 1974, nilai Dolar Amerika Syarikat telah mengalami kadar inflasi sebanyak 14% menyebabkan nilai kekayaan keluarga mereka berkurangan. Pada waktu itu, mereka bertindak dengan membeli perak secara konsisten dari setahun ke setahun.

Kemuncak pembelian perak adalah pada tahun 1979 yang mana pada ketika itu, harga perak naik dengan begitu mendadak akibat pembelian yang dilakukan dengan jumlah yang sangat besar oleh keluarga Hunt ini dan keluarga Diraja Arab Saudi. Mereka telah berjaya menaikkan harga perak dari $8 bagi satu auns kepada $16 bagi satu auns.

Peristiwa ini telah menarik perhatian pelabur luar untuk melabur dalam komoditi perak.

Dalam tempoh satu tahun sahaja, mereka telah menguasai sebanyak 70% jumlah perak yang berada di Amerika Syarikat. Ini telah menyebabkan kerajaan Amerika Syarikat terpaksa campur tangan bagi mengelakkan timbul keadaan panik di kalangan para pelabur.

Tindakan yang dilakukan oleh Keluarga Hunt itu juga dipercayai untuk menonopoli jumlah perak yang berda di dalam negara tersebut dan seterusnya memanipulasi harga perak di dalam pasaran pada masa hadapan.

Kerajaan Amerika Syarikat bertindak balas dengan memperkenalkan undang-undang baru yang menghalang mana-mana pelabur untuk menyimpan lebih daripada 3 juta auns dalam tempoh setahun. Ini bagi menghalang Keluarga Hunt untuk terus mengumpul perak yang berada di dalam negara tersebut.

Selain itu juga, kerajaan Amerika Syarikat turut menghalang mana-mana bank untuk terus memberi pinjaman kepada Keluarga Hunt dalam urusan pembelian perak.

Dengan sekatan yang dilakukan oleh kerajaan Amerika Syarikat itu, menyebabkan mereka tidak mampu lagi untuk menambah pegangan perak. Akhirnya pada tahun 1980, harga perak dunia telah jatuh dengan mendadak iaitu daripada $50 satu auns kepada $11 satu auns dalam masa hanya 10 minggu.

Keluarga Hunt merupakan yang paling terjejas teruk kerana kebanyakan perak yang dikumpul oleh keluarga itu adalah melalui pinjaman bank. Akhirnya, pada tahun 1982 Keluarga Hunt telah diisytiharkan bankrap.

Selepas peristiwa tersebut, pelaburan perak merupakan satu pelaburan yang tidak berapa digemari oleh pelabur komoditi.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Terhalang Oleh Paras Rintangan RM4,100; Keadaan Pasaran Menurun Kekal

Kekalkan pegangan jualan

Walaupun ia menghadapi tekanan jualan, FCPO berjaya meneruskan lantunannya pada hari Jumaat dengan menaik RM21 untuk ditutup pada harga lebih tinggi sebanyak RM4,057. Komoditi ini memulakan sesi dagangan pada RM4,049 dan mencapai paras terendah intrahari pada harga RM4,032. Kemudian, ia melonjak naik ke paras tertinggi intrahari iaitu sebelum jatuh daripada kenaikan dalam hari tersebut untuk mencecah paras RM4,057. Dengan itu, ia membentuk corak lilin Tukul Terbalik. Tindakan harga terbaharu ini menegaskan bahawa paras RM4,100 bertindak sebagai rintangan yang kuat. Dalam keadaan pasaran menurun, rintangan biasanya kuat.

Sementara itu, kami menjangka paras rintangan yang lebih kukuh akan muncul pada RM4,200. Mengikut pemerhatian kami, RSI terus berlegar bawah paras 50%, lalu menunjukkan momentum menaik masih lemah. Tambahan lagi, garis SMA 50 hari sekarang sedang mencatat penurunan, lantas memberi tekanan menurun yang lebih kuat terhadap FCPO. Selagi komoditi ini terhad bawah paras rintangan RM4,200, ia mungkin menyambung pergerakan menurun dan mengubah harga ke aras paras sokongan RM3,900. Buat masa sekarang, kami tetap berpegang pada bias dagangan negatif. Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada RM4,328, iaitu penutupan 4 Apr.

Untuk mengurus risiko-risiko dagangan:

  • Paras henti rugi ditetapkan pada RM4,200
  • Paras sokongan terdekat ditetapkan pada RM3,900, diikuti oleh RM3,800
  • Bagi pergerakan menaik, paras rintangan terdekat ditambat pada RM4,100, dengan paras rintangan seterusnya ditetapkan pada RM4,200.